Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan.
Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV? Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi? Buku ini akan membantu anda.
Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.
Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti.
Sebuah buku yang agak lengkap bagi saya, sebagai panduan untuk melancong ke Korea. Malahan, jika anda seorang yang adventureous dan suka melancong sendiri tanpa mengikuti mana-mana travel tour, buku ini mampu menjadi pemandunya ;-) . Di samping perkara-perkara asas seperti tempat tumpuan pelancong, penulis juga memberitahu cara-cara untuk kita sampai ke destinasi tersebut sama ada melalui subway ataupun bas. Malahan bayaran-bayaran yang perlu kita sediakan sebagai tambang atau bayaran masuk, turut sama diberitahu. Jadi, bolehlah kita merancang budget yang diperlukan semasa berada di Seoul nanti...hehehe. Di samping itu, tempat-tempat solat dan makanan halal turut dikongsi bersama. Dua perkara yang selalu menimbulkan kerisauan bila berada di negara yang majoriti rakyatnya bukan Muslim.
Berbaloi untuk dibeli, sudah tentu relevan kepada sesiapa sahaja yang mahu ke Korea. Bukan untuk penggemar K-Pop sahaja, tahu? Heh!
Penulis memperincikan setiap perkara yang menjadi persoalan kepada pelancong/backpacker. Dan tidak keterlaluan jika buku ini sesuai untuk dibawa ke Korea sebagai panduan. Gambar-gambar yang disertakan juga menarik dan sedap mata memandang.
Cuma, ya ada "cuma"nya. Ada beberapa perkara yang mungkin boleh diperbaiki (bagi saya).
1) Buku ini menggunakan bahasa harian. Tidak ada masalah untuk saya membacanya, tetapi bagai "tidak kena" dengan buku yang bersifat maklumat. Penggunaan bahasa formal lebih sesuai, seperti mana penerangan penulis berkaitan "penghormatan" bahasa oleh orang Korea sendiri. Lagipun saya beli buku ini untuk rakan Cina saya. Dia yang beria mahu beli buku ini untuk rujukan melancong ke Korea. :) 2) Bab-bab yang pendek (terutamanya bahagian sejarah). Adakalanya seperti tergantung. Alang-alang bercerita, biarlah lebih lanjut. Mahu dengar pandang/cerita orang Malaysia sendiri :) 3) Saya membandingkan kisah travel yang banyak menceritakan kesan travel itu kepada kehidupan, tetapi buku ini hampir tidak ada menceritakan hal itu. Mungkin penulis ada alasannya, tetapi saya tetap merasakan itu satu kekurangan. ;)
Selebihnya, buku ini memuaskan. Cuma saya masih belum "terbuka hati" untuk ke Korea. Tetapi saya pasti akan merujuk buku ini jika satu hari ini saya ingin bertemu "Janggeum", heroin Jewel of The Palace itu! :)
Buku ini diterbitkan pada tahun 2015. Jadi pada tahun 2023 ini, mungkin ada beberapa maklumat yang sudah berubah berkenaan dengan Korea Selatan seperti nilai tukaran mata wang dan sebagainya. Namun buku ini masih seronok dibaca.
Buku ini memuatkan panduan-panduan mudah untuk bacaan umum dan sesiapa yang berminat untuk melancong ke Korea Selatan. Maklumat-maklumat tersebut termasuk tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, panduan menaiki kenderaan awam, restoran makanan halal dan lain-lain. Tetapi aku rasa kebanyakan tempat yang disebut oleh penulis agak cliche. Tempat-tempat yang sudah biasa di dengar dah dilawati oleh kebanyakan pelancong dari Malaysia. Mungkin seperti yang aku katakan pada awal reviu ini, buku ini agak outdated. Masih seronok untuk bacaan santai.
Beli few years ago tapi baru habis baca few days sebelum bertolak dari Kuala Lumpur ke Seoul. Memang sangat informative dan berguna. Gambar sangat membantu dalam memahami selok belok perjalanan waktu di Korea. Jenis makanan apa yang mungkin boleh dimakan pun ada letak gambar, nama dalam bahasa hangul juga. Yang paling penting adalah exit subway. Sebab kadang-kadang exit subway sampai sepuluh exit kalau salah exit penat nak patah balik. Senang kata siapa yang malas study boleh je follow buku ni untuk itinerary waktu dekat sana. Untuk tak memberatkan bag saya screenshot tempat yang hendak pergi dalam masa sehari so bila lupa scroll gambar nak tengok detail. Highly recommended.
Buku yang berguna untuk rujukan sebelum bermusafir ke Korea. Saya suka isi kandungan buku ini yang teratur dan senang dibaca. Buku yang lengkap pada pandangan saya sehingga termasuk kupon diskaun untuk hotel di Seoul pada mukasurat akhir buku.
sangat 'informative' bagi mereka yang teringin nak prg sendiri Bukan setakat dinyatakan tempat-tempat yang menarik dilawati bahkan disiapkan juga intenary uk 4h 3m dan juga 6h 5m dgn terperinci. Disamping itu untuk mereka yg ingin menginap di guest house boleh mendapat diskaun dgn syarat beli buku ni dan bawa ke Korea
Dengar dah lama tentang backpacker’s series ni tapi baru tergerak hati nak baca selepas dicadangkan oleh one of my lecturers . Korea memang destinasi yang menarik memandangkan dari banyak aspek, budaya mereka sangat memberi pengaruh yang besar dari segi pemakanan, fashion dan kwave-nya. Malahan, James Cameron pun menyiarkan Avatar 2 di Korea sebagai negara yang pertama memandangkan this country is very important market.
Tak sangka membaca buku bertemakan travel ni seronok macam ni. Serba sedikit saya lebih tahu dan sangat membantu bila penulis masukkan setiap topik yang penting untuk mengenal tentang negara tersebut dengan bahasa yang santai dan mudah difahami. Rupa-rupanya kenapa entertainment sangat penting dalam membangunkan ekonomi mereka pun diberitahu dan tentang King Sejong sebagai satu-satunya inventor yang diketahui dalam mengenalkan tentang tulisan. Sangat informative
Dan buku ini sangat berguna untuk mereka yang akan melancong ke Korea terutama tentang makanan halal dan cara untuk ke sesuatu tempat menggunakan transportation mereka. Thumbs up penulis😊
Kenapalah saya baru terjumpa buku ini selepas saya pulang dari program pertukaran pelajar selama satu semester di Korea Selatan? Terlalu banyak info yang menarik dan berguna berkaitan Korea Selatan hanya dalam senaskhah buku.
Bermula dari sejarah ringkas Korea, budaya dan masyarakat Korea, info empat musim, ikhtiar-ikhtiar hidup, kawasan pelancongan menarik, dan banyak lagi. Ringkas namun cukup padat bagi sesiapa saja yang mahu berkelana ke Bumi Sonata tersebut. Paling penting, segala butiran adalah dalam bahasa Melayu!
Saya kira, pembacaan saya terhadap buku ini lebih kepada mengenang segala memori indah saya kepada Bumi bertuah tersebut saat saya berada di sana selama lebih kurang empat bulan. Wahai Tuhan, sesungguhnya saya amat merindui Bumi Kimchi itu!
Terima kasih kepada saudara pengarang dan pihak penerbit I'm a Backpackers: Korea atas naskhah yang sangat kompak ini :)
Penulisan yg ringan untuk dibaca . Gaya bahasa yang sangat santai. Saya suka cara penulis mengesyorkan beberapa pakaian ketika berada di Korea , seolah-olah penulis sedang mengajar para pembaca mengenai trend fashion yang popular di Korea. Sangat menarik dan membantu😊👍🏼
Selain itu , pembaca dapat mengetahui segala maklumat tentang pengembaraan korea dengan lebih jelas dan mudah serta dapat menimba pengetahuan sedikit sebanyak mengenai sejarah bumi Korea 🇰🇷
Agak kecewa kerana isi kandungan buku pada mulanya tak relevan dengan tajuk. Walau bagaimanapun, ada juga maklumat yang berguna bagi backpacker ke Korea.
Finally habis baca. Habis agak lambat sebab nak menikmati dan menghadam segala isi buku. Ikutkan hati masa awal-awal baca lagi dah nak bagi review. Sangat informatif buku ni. Disebabkan dah lama pendam apa yang nak diperkatakan tentang buku ni...jadi maybe ada yang tak di mention sebab lupa.
First time, tengok buku ni dekat group BBM, terus rasa nak beli. Dah lah cover cun. Tapi bila PTS tunjuk a bit content dalam buku ni... tiba-tiba rasa berbelah-bagi. Sebab masa tu, part yang ditunjuk, adalah muka surat yang isinya cuma sedikit. So I thought, semua page pun content dia sikit jugak, rasa macam tak worth it.
Sampai lah bila pergi MPH dekat Nu Sentral, dapat peluang belek-belek buku ni. Terus decide and tekad nak beli. Dan ternyata, ia pilihan yang tepat. Penggunaan font yang menarik, penggunaan bahasa yang sempoi. Tapi serius lah kagum dengan susun atur content dan font yang digunakan. Cantik! Belum termasuk gambar-gambar yang hampir setiap muka surat ada. Rasa macam...bayar murah pulak untuk dapatkan buku yang berkualiti macam ni. Puas hati.
Content dia pulak, memang apa yang aku nak tahu. Hampir semua yang aku nak tahu tentang Korea, penulis dah bagitahu. Its more like travel guide. Its not a travelogue. Kira kalau nak pi Korea, boleh refer this book as a guide. Sangat membantu. Siap ada page ajar basic cakap Korea lagi. Sampai sekarang, aku still tak leh percaya buku ni dijual dengan harga RM23.
Selain tu, ada diselitkan cerita-cerita Korea zaman dulu. Sejarah Korea. Rasa macam tak puas nak tahu pasal Korea. [Ewahh sejarah Negara sendiri pun tak habis kaji lagi. Ini kata orang yang tak berapa minat subjek Sejarah masa sekolah menengah tau. HAHAHHA] Serius kagum, bila penulis ceritakan Korea adalah Negara termiskin di dunia masa dulu dan sekarang bangkit sebagai 1 daripada 15 Negara terkaya di dunia. Ohsem weh.
Every page buat aku rasa kagum. Sebab tu lambat habis baca. Ralit tengok gambar-gambar. Siap dapat kupon lagi. Ini antara buku yang worth buying. Especially those yang nak pi Korea. Harap penulis buat buku untuk Negara lain pulak. Hihhi
Berbeza dengan orang kita, orang Korea ni asal sikit hujan atau panas memang pakai payung. Jadi kalau korang acah-acah gentle tak pakai payung. Memang dorang pandang pelik . K-Pop, drama Korea & semua berkaitan entertainment Korea ni memang agenda kerajaan dorang untuk menaikkan ekonomi negara. Lagipun sebelum ni Korea pernah jadi negara ke-2 termiskin di dunia . Korea terpecah kepada 2 bahagian iaitu Korea Utara & Korea Selatan akibat peperangan. Jadi Korea yang ada K-Pop, Gangnam Style & tempat menarik ni ialah di Korea Selatan bukan Korea Utara . Barang yang best shopping di Korea ialah pakaian, kasut & mekap sebab up to date tapi untuk barangan elektronik baik beli dekat Malaysia sebab lebih murah . Bila kita bercakap dengan orang Korea gunakan bahasa formal Korea yang berakhir dengan sebutan ‘yo’ sebab lebih sopan. Jangan sesekali gunakan bahasa yang ada dekat drama tu sebab nampak kasar . Untuk siapa yang tak pernah jejak kaki ke #Korea buku ni bolehlah dijadikan guide untuk korang lebih faham apa yang ada di Korea, macam mana budaya/sejarah dia, apa tempat makan HALAL yang best, tempat menarik untuk korang lawat, berapa anggaran harga untuk penginapan, makanan tepi jalan mana yang boleh korang beli, mana tempat utk korang sembahyang, belajar bahasa Korea dan memacam lagi. Taklah detail sehabisnya tapi sekurangnya dapat membantu
Jika pembaca mempunyai perancangan untuk bercuti atau melancung ke Korea, naskhah ini amat berguna untuk dijadikan sebagai panduan am. Pelbagai infomasi terkini dan amat berguna dimuatkan di dalam naskhah ini dan secara tidak langsung ia dapat memberi gambaran awal tentang negara Korea. Turut diselitkan dalam naskhah ini ialah sedikit sebanyak panduan perbualan dalam bahasa Korea serta informasi yang berkaitan dengan negara tersebut. Mantap dan padu !
Membaca buku ini, saya merasakan saya betul2 berada di suasana KOREA SELATAN.. Sebabnya, saya ini salah seorang meminati K-DRAMA & RUNNING MAN 😅😅
Membaca buku ini, memang akan dapat membantu saya suatu hari nanti saya akan datang ke KOREA SELATAN 😍😍
Mula membaca buku ini pada tahun 2016 selepas 1-2 minggi pergi ke pesta buku antarabangsa kuala lumpur (PBAKL 2016) & habis membaca 1-2 bulan selepas itu tidak silap
Alhamdulillah BEST! Banyak info saya tahu dari buku ni. Tapi mungkin sekarang lagi banyak tempat pelancongan yang disediakan jadi buku ini sebagai rujukan bolehlah. Kalau nak tahu maklumat terkini, kena banyak Google.
Buku yang menghimpunkan maklumat berkenaan pelancongan ke Korea. Sesuai untuk mereka yang nak melancong ke Korea Selatan atau sekurang-kurangnya ada angan-angan nak ke sana. Ada maklumat-maklumat berkenaan sejarah dan budaya setempat yang menarik (agaknya penulis lama di sana jadi dia mampu memilih maklumat mana paling sesuai untuk dimuatkan dalam buku ini, dan dia telah melakukannya dengan baik).
Buku ini bukan travelogue jadi tak banyak 'insight' daripada penulis. Secara peribadi apabila membaca buku berkenaan sesuatu tempat, saya suka melihat apa kisah menarik dan pengalaman peribadi pengarang (campur dengan ulasan/komentar). Perkara-perkara ini tak banyak dimasukkan dalam buku ini, mungkin kerana buku ini memang dikhaskan untuk panduan perjalanan atau travel guide.
Juga banyak gambar untuk tatapan pembaca dan sangat berbaloi dengan harganya (berwarna, RM 23).
Buku beli di MPH Nu Sentral pada 20hb September 2016 sebelum terbang kembali ke UK
Buku ini seumpama 'Malaysian Travel Guide to Korea for Dummies', itupun jika ianya wujud (haha..).
Ringkas, mudah difahami, tersusun, tiada bab-bab yang kurang relevan dari buku ini. Kebijakan penulis menyelitkan unsur-unsur humor disana-sini juga membuatkan pembacaan buku ini tidak membosankan. Ternyata pengalaman penulis sepanjang belajar & menjadi pemandu pelancong disana banyak memberikan input & ilmu untuk kita semua dalami sekiranya ingin ke sana nanti.
Buku yang dicadangkan jika anda bercita-cita untuk bercuti di Korea Selatan satu hari nanti, terutamanya di Seoul.
Beli buku sebab target nak ke Korea tahun hadapan. Tapi, selepas anak yang berumur 2 tahun tu buat perangai dalam flight masa departure dan touch down, nampak gayanya tangguh dulu la. Mungkin tunggu 2,3 tahun lagi. Tunggu dia boleh behave macam abangnya. Perjalanan ke Korea makan masa lebih kurang 6 jam. Kalau dia buat perangai, nanti jadi tak bersemangat pulak nak nikmati keindahan Korea.
Apapun, betul. Buku ni dah boleh jadi buku panduan untuk Korea. Selain dapatkan juga sikit-sikit maklumat tambahan di internet.
Mula-mula aku sangka buku ni macam travelog orang yang melancong ke Korea. Tapi bukan, tapi lebih kepada panduan lengkap untuk orang-orang yang nak melancong ke Korea selatan terutamanya di Seoul.
Ada : -Pengenalan Korea -Sejarah -tempat menarik (berserta harga melawat dan makanan) -panduan makanan halal -panduan pengangkutan awam -asas bahasa yg boleh digunakan
Recommended for first timers in Korea. The book is well-organized in chapters and also included pretty photos and illustrations for better understanding. The author also states the popular tourist attractions, guesthouses, foods and some tips for travelling muslims.
However, the contents are actually for those who have never been to Korea and places stated are mostly in Seoul so if the author would write another book for places other than Seoul, I would be a one happy kid :)
Dalam masa beberapa jam, guwa dah habiskan pembacaan. Pecah rekod ni. Pasaipa? Sbb buku ni ohsemmm! Siap dapat kupon diskaun guest house lagi. Tapi takdak details psl tempat luar dari Seoul. Busan dgn Jeju best jugak kot! :(
Very informative, tapi disampaikan dengan cara yang mudah dan santai. Sangat sesuai untuk yang belum pernah ke Korea, atau yang ada cita-cita nak ulang pergi Korea. Fokus lebih kepada kawasan Seoul dan sedikit info tambahan untuk kawasan luar Seoul. Info solat, makanan dan pakaian memang terbaik.