Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya.
Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia.
Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.
Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan. Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak. Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula. Damya Hanna muncul dengan novel pertamanya berjudul BICARA HATI.
Beliau bernasib baik kerana novel ini meletup di pasaran. Novel pertama yang mendapat sambutan jarang-jarang terjadi kepada seseorang penulis. Nampaknya, nasib menyebelahinya. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernah padam, Damya Hanna terus menulis hingga kini. Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untuk menjadi seorang akauntan tetapi juga untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan disenangi ramai. Insya-ALLAH.
Karya-karya Damya Hanna (setakat ini); 1. Bicara Hati (6 Mac 2003) 2. Sepi Tanpa Cinta (22 Jul 2004) 3. Saat Cinta Bersemi (20 Jun 2005) 4. Rela Ku Menanti (4 Mei 2006) 5. Senafas Rindu (30 Apr 2007) 6. Ternyata Cinta (5 Apr 2008) 7. Ilham Hati (15 Jun 2009) 8. Ingin Berkasih Lagi (20 Mac 2012) .
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Bukannya tak best atau menarik, cuma tiada keistimewaannya. N expect ada surprise ending, but nope. Yerlah, nama pun movie adaptation kan. Ingatkan adalah sesuatu yang menarik untuk menjadi 'hook' buat orang nak pegi menonton filem tu nanti and ditambah pulak ada artikel tentang pengarah menangis semasa production sebab filem ni memang sedih (katanya). Tapi maaflah, ada banyak cerita lain yang lebih sedih dari ni.
Kisah penderitaan wanita bernama Kadejah yg menunggu kepulangan suaminya Aliff pulang ke pangkuannya..
Aliff akibat hilang ingatan disebabkan kemalangan dia lupa sebahagian memorinya..
Datuk Affendi seorang yg mementingkan status pangkat, sanggup melakukan apa sahaja asalkah rancangannya berjaya memisahkan 2 insan ini.
Kisah yg tak berat sgt, cuma seronak bila baca novel ni terasa berada di Pulau Perindu yang cantik pemandangannya, sejuk mata memandang ke indahan kampung~orang tak derrr kampung cam ni laaa.. haha!!
Pandai penulis mengambar perkampungan tersebut. :)
Cerita yg santai ~ simple ~ mudah untuk dibaca. Ending saja kot di mana Datuk Affendi tetiba insaf macam tu aje. Macam tak cukup perasa. Hihihi. Tapi okay la kot. Tak payah nak hantuk kepala kat dinding.
Bertitik tolak pada kisah untuk menjadikan tanah di Pulau Perindu sebagai tapak projek, Aliff dan Khadeja bertentang mata. Atas desakan si ayah, Aliff tekad untuk memujuk Khadeja supaya bersetuju menjualkan tanah pusaka milik arwah ayahnya pada Samudera Holdings. Tapi... lain yang dirancang lain pula yang jadi. Semakin rapat dia dengan keluarga Khadeja, semakin membuatkan hatinya dipenuhi rasa cinta untuk Khadeja. Melihatkan tulusnya Khadeja menyara Mak Piah yang buta, buatkan hatinya makin sayang pada gadis itu. Dan dia tekad untuk menjadikan Khadeja isterinya. Namun, dalam diam Khadeja juga dicintai Budiman. Tapi... sayang Budiman lebih rela memendam rasa. Walau cemburu pada Aliff, sampai ke sudah hati itu dia biarkan bicara sendiri sehingga ke hari terikatnya Khadeja dan Aliff. Tapi... langit tidak selalunya cerah. Bahagia yang digapai tiba-tiba diragut pergi dalam hidup Khadeja. Makanya, apakah yang terjadi dalam hidup Khadeja saat suaminya hilang tanpa khabar? Dapatkah Budiman memenangi kembali hati Khadeja atau Khadeja akan setia menanti di jeti menunggu munculnya Aliff? Dan... apakah yang sebenarnya berlaku pada Aliff? Nak tahu kenalah dapatkan novel ini. Sungguh, ini novel air mata. Betapa setianya Jah pada suami buatkan saya sebak dengan perjalanan hidupnya. Ditambah lagi kejamnya Datuk Affendi dengan rancangan gilanya buatkan hidup Khadeja makin terseksa. Apa pun plot penceritaan novel ini berada pada landasan sendiri. Walaupun andai dibaca pada sinopsis, tampak klise, tapi gabungan idea Damya Hanna dan Osman Ali berjaya menjadikan kisah ini hidup! Tak sabar menantikan filem ini pada Januari tahun hadapan!
Akhirnya berjaya jugak aku habiskan novel ni di kala kesibukan bercuti bersama keluarga. Novel ni bagi aku biasa je. Ada saat gembira dan duka. Ada watak orang miskin dan kaya macam kebanyakan novel. Aku tertarik nak membaca novel ni sebab ni novel adaptasi filem. Sebelum tengok filem nak baca novel dulu. Mungkin sebab aku dah tahu siapa pelakon cerita ni,aku boleh bayangkan mereka dan karekter mereka. Overall aku suka dengan watak Budiman. Berbanding watak Aliff,watak Budiman lagi meninggalkan kesan mendalam.
Novel ini mengisahkan tentang Aliff Zulkarnain yg pergi ke sebuah pulau untuk urusan beli tanah telah jatuh cinta dgn Khadeja yang tidak mahu menjual tanahnya. hasratnya untuk berkahwin dgn khadeja di halang oleh ayahnya kerana darjat & keturunan. Dato Effendi tidak mahu bermenantukan gadis kampung yang miskin. tetapi kerana cinta perkahwinan mereka diteruskan juga walaupun tanpa restu. kisah sedih bermula selepas perkahwinan mereka. saya suka latar tempat & masyarakat di Pulau perindu. saya boleh bayangkan corak kehidupan penduduk pulau.