Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Percaya!

Rate this book
PERTEMUAN pertama Bella Amira dan Kaylina sudah cukup membuatkan hatinya diasak seribu macam rasa. Saat tangan mereka bertaut, imbasan hitam putih mula menerjah ke minda Bella. Senyuman seorang wanita berbibir nipis hadir dan kelihatan sebilah pisau tajam bergerigi di tangannya. Pisau itu berlumuran darah!

“Bella Amira!” Rizqi cuba membawanya ke alam nyata.

Semenjak itu, kehidupan Bella tidak lagi serupa. Isteri baru bekas suaminya itu menyimpan seribu satu macam ulah dan suka bermuka-muka. Bermula dengan kematian anak sulungnya, Bella tahu Kaylina ada perkaitannya.

Namun begitu, siapa yang percayakan kata-katanya? Kaylina yang lebih manja digelar Kay itu seorang wanita yang lemah lembut, pandai memasak dan sayangkan kanak-kanak. Di hadapan Rizqi, pijak semut pun tak mati. Di belakangnya, anak-anak Bella menggelar dia raksasa maha jahat!

Bella pula sering ditimpa mimpi buruk semenjak mengenali wanita itu. Siapa Kaylina sebenarnya? Mampukah Bella membuatkant mereka percaya yang Kay bukanlah seperti yang mereka sangkakan? Jangan sampai nanti mereka semua mati dalam keadaan tidak percaya, sudahlah!

528 pages, Paperback

First published October 25, 2015

2 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Syaida Ilmuna

7 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (46%)
4 stars
21 (40%)
3 stars
5 (9%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
May 1, 2019
Tak rugi beli time PBKL baru-baru ini. Harga pun berbaloi-baloi 3 buku RM20.00 😲 mana nak dapat weiii. Pertama kali membaca penulisan Syaida Ilmuna. Novel "romantic thriller" bagaikan sukar utk dihentikan pembacaan. Jarang membaca tema sebegini tapi bila dah dpt baca + 👍 nak lepaskan sekejap pun Susah. 😅

Setiap kita sebenarnya memiliki deria ke 6 sama ada kita sedar atau tidak sahaja. Bagaimanakan kita menjaga dan menggunakan kebaikan deria ke 6 itu.

Wpon dh tahu Kay tu tak sihat + watak yg mengerunkan tetap nk tahu juga kehidupan dia lagi2 bila fikirkan hidangan yg disediakan olehnya buat suaminya Rizqi. Mengerikan!! 🤮🤮
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 1, 2016
4.5*
seharian cuti abiskan baca novel ni!!

apa yang boleh dikatakan, good jobs!!
i like!!

walaupun da tau Kay tu memang jahat, tapi tetap suspense baca apa yang dia buat dekat Bella & famili dia... pada saya, penul;is berjaya sampaikan mesej halus yang kita tak patut terus menghukum orang2 sebegini, sebaliknya cuba untuk memahami masalah mental yang mereka hadapi.

plot yang teratur,strutur ayat pun simple & tak berbelit tuk menggambarkan kejadia2 yang berlaku.

Cuma saya rasa kebolehan Bella & ibunya, Zahlia perlu di kupas lebih lagi dalam naskhah ini. Tapi mungkin akan memanjangkan cerita ini, so far saya berpuas hati.

Tahniah kepada penulis.

ps - terus nak cari novel2 lain penulis.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 25, 2016
Novel thriller yang sangat ohsem.. Watak Kay tu membuatkan kita rasa sangat stress, geram dan juga simpati. Manakala watak Belle pula menimbulkan perasaan marah yang sukar terungkap. Geram dengan tindakan melulunya serta simpati dengan perasaan penuh kasih sayang. Novel ini mengisahkan mengenai perempuan yang punya deria keenam, mampu melihat imbasan bahaya yang bakal berlaku dan juga kejadian hitam yang sudah berlaku. Namun begitu watak jahatnya agak kejam, sadis dan tragis. Membunuh tanpa belas kasihan. Punya masalah Borderline Personality disorder dan juga sangat meminati serangga sebagai makanan. Tunjang novel ini adalah Percaya.. Kerana kepercayaan yang dikhianati, macam-macam boleh terjadi. Mendapatkan semula kepercayaan juga bukannya mudah. Cantik diluaran tidak semestinya cantik didalam..
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
January 13, 2016
9
Jangan Percaya! nukilan novelis muda ini bagi saya satu kisah yang menarik walaupun unsur saspens itu tidaklah terlalu ketara seperti yang saya baca dalam novel thriller yang lain.

Namun, usaha penulis dalam melakar kisah ini saya puji. Penulis berjaya mengetengahkan kisah perempuan yang menghadapi kisah silam yang tragis dan membawa dendam sehingga dewasa. Bagaimana kejamnya seorang Kaylina sedikit sebanyak menjadikan jalan cerita ini hidup.

Tahniah buat Syaida Ilmuna! Teruskan berkarya dengan genre sebegini.
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
November 13, 2021
Sangat sangat best.... Start baca susah nak berhenti sb nk tau apa akan jadi seterusnya,,, I like it....
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
July 7, 2019
Terdetik utk cuba baca JP semalam. Sebab sebelum ni pernah baca karya penulis Dia Bukan Arissa. Kalau korang baca sinopsis pun rasanya tak perlu diceritakan sgt sbb dari situ dah boleh faham serba sedikit siapa dlm JP yang akan mati, yg jahat, watak utama, dan sebagainya.

Utk JP. Ika puji sebab mmg mula baca tu pun dah tahu yang Kay tu memang jahat. Tapi apa yang membuatkan ika teruskan bacaan walaupun dah jelas sgt dah gambaran watak? Haha.

Sebab bila ika belek cover buku. Dan ternampak gambar belalang. Apa kena mengena belalang dgn storyline JP ni? Oh rupanya mmg ada kena mengena. No wonder la. Kay mmg psiko. Tapi tak utk Rizqi & Bella. Dieorang sanggup face it Kay yang sah sah mental. Bella pulak ada deria keenam. So deria keenam dia tu pun menjadi salah satu punca kenapa ika teruskan mmbaca. Tapi penulis tak kerap belanja sgt psl sixth sense ni huhu.

Em, rasa mcm ending dia a bit tergantung. For me la. Nak cerita details takut jadi spoiler. Sbb Bella sendiri pun takut utk tgnnya dipegang oleh Rizqi. Kenapa? Takut dia dapat gambaran yg lain pula? Mcmtu ya hehe.

Overall, ika puji effort penulis menulis cerita thriller mcmni. Bukan senang. Penulis perempuan yang pandai tulis cerita psiko thriller mcmni, ika kasi credit. Hee. Em kalau ada member psiko cam Kay ni. Ika rasa em, i kenot brain youolss em gituww 😐

Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 23, 2016
wahhh.... gadis cantik ini dah makin melangkah yakin dan berani dengan karyanya, tidak boleh dinafikan kebangkitan dalam menongkah arah genre pilihannya. tahniah cik penulis cantik Syaida Ilmuna untuk penghasilan novel yang amat menarik ini..

kita tinggalkan sedikit kesalahan nama watak yang ada. Ketelitian cik penulis dalam mencipta watak dan sekaligus mewujudkan jalan cerita memang harus dipuji. Kemas dan terasa debaran setiap plot yang dibina. Weiihh.. takkan tak terasa geli bila terbayang berdepan dengan manusia yang selamba kunyah hidup-hidup belalangla, kupu2 la.. Kembang gak tekak, kan? Lepas tu pulak bayangkan kita hidup dengan manusia yang ada masalah jiwa tapi kita tak sedarinya... Tak ngeri namanya tu.. Tidak menunggu lama untuk membuat pembaca berdebar-debar kerana mula penceritaan pun dah buat pembaca terpaku dan terus mahu tahu apa yang jadi seterusnya...

Bella, yang punya deria keenam mula rasa tidak senang dengan kehadiran kaylina atau kay yang diperkenalkan sebagai isteri baru rizqi. Rizqi adalah bekas suaminya. Even sewaktu mula kenal, bella dapat bayangan yang kay adalah manusia yang patut dijauhi. Pertama cubaan memburukkan bella bila kay menuduh bella cuba mencederakannya. Seterusnya makin memuncak bila belina, anaknya mati angkara kay. Rizqi pula tidak percaya apa yang disampaikan oleh bella walaupun tahu kelebihan yang ada pada bekas isterinya itu..

Muncul amir.. Amir yang rupa-rupanya kenal siapa kay yang sebenar-benarnya tapi demi janji yang dipegang dia diamkan saja walaupun akhirnya bella dapat mencungkil rahsia sebenar amir dan kay. Mereka membuat keputusan untuk tidak mahu bertelagah sehingga kay selamat melahirkan. Tapi mampukah mereka merealitikan apa yang mereka rancang? Kay licik dan bijak, mampukah mereka menentang kilicikan kay itu? Percayakah rizqi yang isterinya sebenar punya masalah kesihatan yang amat teruk dan berbahaya?

kali ini cik penulis cantik menamatkan cerita dengan penuh bergaya. Puas hati dengan penamatnya. Membaca karya cik penulis ni, membuat pembaca seolah-olah berhadapan dengan situasi sebenar yang berlaku. Nampaktak penulis berjaya memanipulasi minda pembaca.. Hehe... Apa-apapun, tahniah dan all the best untuk seterusnya ya!
Profile Image for Nurina Feeza.
30 reviews5 followers
March 7, 2016
Pertama sekali nak cakap, saya geli-geleman dengan watak Kay! Kedua, saya rasa geram dengan watak Rizqi yang terlalu percayakan Kay! Ketiga, geram dengan sikap Bella Amira yang terlalu ego! Eh, geram je memanjang ye? kui3.... cuma dalam novel ni, saya sukakan watak Amir yang nampak agak tenang, baik hati dan seorang penyayang. Saya puji watak dia yang sanggup menjadi galang ganti pembunuh sebenar ibunya. Harap sangat dia yang jadi suami Bella tau!

Jalan cerita yang mengujakan! Walaupun dah tahu Kay tu sebenarnya jahat, tapi still nak baca babak2 seterusnya. Nak tahu apa yang Kay buat pada Bella. Cuma yang rasa geli tu bila dia simpan serangga2 tu.. Iyuu!!!! geli kot! Ada jugak manusia macam ni kan? Untuk ending pulak, nampak macam ceritanya tergantung. ada sambungan ke? hehe....

Pendek kata, cerita ni memang best! tahniah untuk penulis! Moga terus menghasilkan novel yang terbaik dan bermutu di masa akan datang..
8 reviews1 follower
February 3, 2017
Tamat sudah bacaan ‘Jangan Percaya’ karya Syaida Ilmuna.Ini adalah karya penulis yang pertama Reyna baca.Tahniah kerana berjaya membuatkan Reyna tak mahu berenggang dari buku ni.Jalan cerita agak menarik dan tak memeningkan kepala.Ceritanya berjalan lancar tanpa ada tergantung di mana-mana bahagian pun.Mungkin ada sesetengah pembaca mengharapkan plot twist.Tapi bagi Reyna , selesa membaca gaya penulisan sebegini tanpa ada banyak persoalan dan yang penting tak meleret jalan ceritanya.

Apa pun...tahniah...! Watak Kay memang menjadi.Terserlah watak psikonya.Bacaan Reyna lebih banyak tertumpu pada Kay dari yang lain-lain.Rasa kesal pula tak baca buku ni dari awal lagi , sebab Reyna jangkakan buku ni berat tapi sebaliknya.

Jangan percaya dengan cover luaran buku ni.Baca dulu baru nilai sendiri.
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
April 24, 2017
BEST SGT!!!aku pn ikut psiko sbb xleh nk letak tepi skejap novel ni 😂😂.....
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
August 1, 2018
Baca novel ni memang bulu tengkuk asyik meremang. Watak Kay tu menakutkan. Saya sendiri pun terkadang rasa seriau, seakan tiba-tiba Kay akan ada di belakang dan menetak tengkuk saya dengan parang besar favourite dia. Seram. Banyak sangat kematian dalam keluarga Rifki dan Belle disebabkan dendam tak bertepi seorang Kay. Ironinya, Kay jadi begitu kerana kasihnya yang terlalu dalam terhadap daddy-nya. Kasih yang extreme dan benci yang extreme, bila digabungkan jadi apa? Jadi 'Kay'.
1 review
April 18, 2024
Buku ni dah lama terbit but baru baca sebab tengok ada dekat rak library. Memula ada expectations yang tinggi untuk novel ni. Sinopsis yang promising, cover menarik and memang sukakan genre macam ni. Dari bab awal baca, pace memang laju and menarik. Rasa tak sabar je baca. Walaupun agak skeptikal sebab memang susah nak terima karya daripada penulis perempuan. Mostly karya daripada dorang buatkan aku nak lempar atau tutup buku tu simpan dalam kotak ke or kat mana2 even baru baca separuh. Berharap karya Syaida Ilmuna ni tak termasuk dalam kategori yang aku cakapkan but ternyata aku kecewa.

1. Baik tak payah buat watak2 lain tahu pasal sixth sense si bella tu kalau dorang taknak langsung percaya? Mana logiknya? Sakit hati betul sebab tak logik. Padahal dah buat mak mertua dgn kakak ipar dia kemain desak nak tahu pasal sixth sense si bella ni dekat kay awal2 bab. Siap cerita pengalaman dorang dekat semua sixth sense si bella ni betul berlaku pasal kejadian2 sebelum ni just untuk dorang act bodoh for whole 500+ pages?

2. Takde satu watak pun aku suka. Semua hampeh and tak logik. Just untuk tebalkan novel by masukkan semua nonsense. Kalau buat watak utama lelaki yang takde tandingan bodohnya, penulis perempuan memang tak pernah fail. Sampai aku fikir ada plot twist nasi kangkang ke sampai watak si risqi ni bodoh sangat? Mencarut aku at the end si risqi dgn bella ni together balik rasa macam what?

3. Penulis try hard nak tekankan elemen empati dalam diri si bella. Since mmg banyak kali penulis repeat perkataan empati and dikaitkan dengan bella. Empati2 pun ada had. Anak si bella tu dah mampos kene bunuh dengan kay and still nak berimpati dengan Kay? Siap ada scene si bella tu cuba berbaik2 dgn kay. Just because shes found out kay ada DID? Tapi anak ko dah mampos kot? Tu boleh dipertimbangkan lagi but ko gi terima risqi balik?? Padahal jantan tu tau ko punya sixth sense after been married forever? How dia layan kau pe semua and how hes been defensive pasal kay? Takleh brain

4. Kesalahan tatabahasa inggeris. Sekali dua takpe but kerap sangat everytime line bahasa inggeris muncul mesti ada words yang patut diletak tak diletak. Sampai aku fikir penulis terjemahkan secara literal atau apa. And aku perasan mmg penulis suka masukkan ayat BI even bukan monolog atau dialog watak. But BI yang fail dalam novel2 melayu ni terlalu kerap so aku malas nak ambik kesah dah

Mampu baca ke pertengahan buku. Seterusnya aku selak2 baca laju2. Sebab aku rasa aku hampir nak jadi gila macam Kay hadap kebodohan dalam cerita ni. Aku sampai lempar buku ni ketepi. But still berjaya habiskan. Mood aku hancur baca buku ni. Padahal dah excited awal2. But since ni pertama kali penulis tulis cerita genre ni, patut dipuji then. since tebal betul seksaan yang aku kene hadap means bukan senang nak tulis pepanjang gini. Aku mmg takkan baca dah any novel daripada penulis perempuan pasni. Serik.
Profile Image for Hamidah Effendi.
370 reviews3 followers
September 1, 2025
Buku Jangan Percaya oleh Syaida Ilmuna

Buku ini mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang broken—penuh dengan konflik dalaman, trauma, dan rahsia gelap. Ada elemen sixth sense melalui watak bekas isteri, isu kesihatan mental yang serius seseorang, dan juga kejadian kematian yang cukup menyedihkan.

Aku suka buku ini. Yes, truly YES!

Identiti si gila dan si muka hipokrit tak perlu tunggu lama untuk diketahui—penulis sudah beri bayangan awal-awal. Watak-watak mungkin tak menyedarinya, tapi pembaca dapat rasa ketidakpuasan hati si penjenayah. Menariknya, semakin kita ikut flow, semakin ramai watak baru muncul, menambah panjang senarai bakal mangsa.

Bahagian yang paling aku suka: bekas isteri yang ada sixth sense. Dia dapat rasa dan nampak bayangan apa yang berlaku, tapi bukan secara jelas—lebih kepada hint yang ditinggalkan. Sebab itu dia dituduh gila, kerana apa yang dia cakap nampak tak masuk akal. Kalau aku jadi dia pun, memang sakit hati dan mungkin pilih menjauh. Tapi, kerana ada ikatan tertentu, mereka tetap terpaksa bertahan bersama.

Buku ini sarat dengan elemen kekeluargaan, trauma, dan thriller daripada si “genius gila”. Ada sedikit elemen kuasa luar biasa, tapi bukan untuk menakutkan—lebih kepada membantu orang tersayang. Seram ada sikit, tapi yang kuat sebenarnya adalah sisi psikologi: bagaimana sifat gila boleh mempengaruhi orang sekeliling sampai pembaca sendiri rasa tertekan.

Kesimpulannya: cerita ini memang psycho, penuh emosi dan mind game. Sangat recommended untuk dibaca!
Profile Image for The Mimons.
7 reviews2 followers
January 4, 2020
Alhamdulillah habis sudah saya baca buku ni....Saya ambil masa dua hari je untuk habiskan.Buku ni diterbitkan pada 2015,saya baca buku ni pada 2020.

Buku yang sgt² menarik.Plot cerita yang tersusun dan tak membosankan.Bagi peminat Thriller sperti saya,buku ni mmg berbaloi untuk dibaca.

Saya tarik satu bintang kerana saya masih berharap crita ni ade plot twist dimana sbnrnye Kay tu tak prnh wujud,Rizqi dan Bella tak pernah bercerai.Saya berharap itu semua hanyalah mimpi Bella sahaja.Jadi saya agak kecewa.

Bagi saya Rizqi adalah watak yg sgt bengap.Dia curang dgn Bella,tapi Bella masih cintakan dia.Saya rasa agak tertekan dengan dua watak ni.

Dan sprti kebanyakan novel thriller dan seram,pengakhiran novel ini tergantung.Bella dapat firasat yg itu adalah mimpi,jdi perkara tu mmg akan berlaku.Namun firasat yg mana satu?

Akhir sekali,buat penulis,saya harap Syaida Ilmuna terus berkarya dan menghasilkan novel yg berkualiti sprti ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nadhiah Aida.
514 reviews27 followers
October 25, 2020
Not bad not bad ...
Plot cerita cepat .. tak membosankan walaupun ada few mistakes ... tu boleh dimaafkan
Ceritanya pasa Belle ada anak 2 sepasang dengan Rizqi. Tapi kena ceraikan sebab masalah mulut Belle. Sepantas 800mbps Rizqi dapat pengganti, nikah dengan Kaylina.
So ceritanya bermula dengan perkara pelik ... Then yang jadi mangsa anak-anak Belle dan Belle sendiri.
Nak dijadikan cerita lagi menarik .. Belle ada sixth sense ... dah macam filem The Sixth Sense. I can see dead people ...
Rugi lah siapa yang tak baca ...
Siapa yang baca laju ... boleh habis dalam sehari .. tapi siapa yang suka pakai brek .. lama ler
Love plot tak berapa sangat .. so and so ...
Profile Image for fatihah.
22 reviews4 followers
January 28, 2025
(28/1/2025)✓
Buku ini menceritakan tentang kesukaran dan segala cabaran yang dihadapi oleh Bella di dalam hidupnya setelah berkahwin dengan suaminya Rizqi. Penulis berjaya membawa saya sebagai pembaca ke dalam cerita ni sakit hati dengan perangai Kay dan juga suaminya yang sangat tidak pandai menilai mana yang benar dan salah.
Profile Image for Aqram Amri.
16 reviews
February 22, 2025
Bagi sesetengah pembaca lain anggap novel ini hanya sebuah kisah yang biasa..tapi bagi aku novel kisah menarik sehingga berjaya buat aku nonstop baca...sepanjang baca novel ini..tak boleh hilang rasa gelisah sbb takut individu A mengapa apakan individu dan family B...aku bangga dalam koleksi aku ade novel macam ni.
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
CABARAN OGOS

tajuk : JANGAN PERCAYA

penulis : Syaida Ilmuna

Review ringkas:
Karya thriller yg nyummy.terbaik la cik penulis.rasa tgk crta di tv.
RECOMMENDED!!

4.5/5 ★★★

18/8/2017
DONE.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.