Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Berkasut Merah

Rate this book
Masa lalu adalah teman yang sering mendesak-desak untuk dikenang. Untuk manusia yang mengharapkan bahagia datang daripada masa lalu, pasti kecewa apabila terjumpa dosa-dosa yang menunggu di sebalik pintu.

Kenyataan itulah yang dialami oleh dua lelaki berwajah dingin dan jarang melemparkan senyum. Jamal bin Lomo, lelaki berkasut merah yang punyai masa lalu penuh rahsia, yang memegang falsafah di sebalik kasut merah yang digunakannya. Hairi pula anak muda yang punyai kisah lalu yang mengganggu hiwa dan tidak pernah gentar dengan sesiapa.

Cerita merekalah yang memegang kisah ini. Kisah masa silam yang dibina tanpa kata maaf dan tanpa rasa rendah diri. Sehingga pada satu saat, Tuhan mendatangkan suatu kejadian yang mendesak mereka membetulkan semula kisah silam mereka. Kejadian yang memaksa mereka memadamkan dosa masa silam dengan kata maaf dan rendah diri. Kejadian yang membuatkan mereka memegang teguh falsafah sebagai... lelaki berkasut merah.

460 pages, Paperback

First published January 1, 2010

7 people are currently reading
92 people want to read

About the author

Bahruddin Bekri

53 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
59 (40%)
4 stars
48 (33%)
3 stars
26 (18%)
2 stars
8 (5%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
August 8, 2010
Buku ini jika diperkatakan dari sudut bahasa, terlalu tawar jika kita selalu membaca gaya bahasa susastera yang indah dan tidak klise. Tetapi saya tidak begitu hairan mengenai itu, malah memang menjangka tiada apa-apa yang istimewa mengenai bahasanya, kerana pengalaman lepas dengan buku PTS selalunya begitu. Jarang menemukan kelainan ketara dalam permainan bahasa buku-buku PTS, mungkin kerana syarat berbahasa yang mempunyai matlamat yang bukan semata-mata susastera dalam penyuntingannya.

Begitu juga lawak-lawak kentutnya yang diulang-ulang sehingga berasa mutu pembaca seperti direndahkan pula. Kentut itu bagi saya sekadar lawak dalaman keluarga, bolehlah. Itupun sudah terlalu basi. Biasanya hanya kanak-kanak terlibat dengan lawak begini. Orang tua-tua seperti saya sudah tidak hairan lagi, malah berasa tidak matang pula untuk dihidangkan dengan lawak seperti itu.

Malah bab-bab terawal LBM, iaitu bab 1 hingga 9, sebenarnya boleh diringkaskan kepada 1-2 bab saja supaya lebih padat dan tidak meleret dan membosankan. Saya berasa jenuh untuk menghabiskan kisah-kisah dalam bab 1-9; hampir-hampir pula menyerah sahaja, kalaulah tidak kerana buku ini buku program Ganding Baca Ogos 2010 yang perlu dibaca beramai-ramai untuk didiskusikan.

Pembacaan hanya berasa lebih mencabar apabila memulakan bab 10, sejak pertemuan dengan perempuan berseragam hijau. Dan syukurlah, tempo keseronokan membaca ini berterusan hingga ke bab terakhir. Bagi saya, dalam bab-bab selepas bab 1-9, baharulah kekuatan Bahruddin Bekri menjadi nyata.

Plot seperti yang dibawakannya bukan mudah hendak ditemui dalam novel lain, malah berasa sangat unik dan memberi makna baru kepada perkataan 'maaf'. Saya berasa kagum bagaimana pengarang mampu mengadun kisah mengenai dendam, kemaafan dan dugaan hidup, menjadi suatu selirat yang bermakna untuk direnungkan. Mungkin kerana itu pengarangnya memilih menyampaikannya berlatarkan komedi yang beliau gelar komedi kehidupan.

Kalaulah tidak kerana kekurangan bahasa, dan lawak-lawak kentut yang sampai ke akhir saya terfikir-fikir untuk apakah dimasukkan, bukan sekali bahkan berkali-kali, saya pasti akan memberi buku ini 4 bintang kerana plot dan pengisiannya mengenai maaf yang memberi kesan yang bukan sedikit.

Buku ini sesuai jika ingin dihadiahkan kepada remaja yang gila-gila, menghadapi kemelut zaman remaja dengan masalah sikap dan kenakalan yang berlebihan, mungkin dapat memberi nilai baru terhadap dendam, maaf dan dugaan kepada mereka.

Dan mungkin kerana golongan sasarannya adalah remaja dengan latar belakang dan sikap yang unik, maka kewajaran saya memberi tiga bintang sahaja masih boleh dipertikaikan. Kerana mungkin sekali buku ini bukanlah untuk wanita pada usia 30-an yang sudah hilang sikap kegila-gilaan seperti saya. Ah! Jurang generasi barangkali?
Profile Image for Mali.
210 reviews
January 1, 2013
Two words. FUCKING. AMAZING.

I don't know how to begin to explain this book because it's wonderful. It started simple before the plot gets twisted and the characters, they're just LOVABLE.

I mean, you don't know how great this book is. This book deserves an award. Can someone please give the author an award? Thank you.

Simple writing but it has the most outstanding plot I've ever encountered with in Malay Fiction.

The author has captured my heart since the first page. This book is seriously the best Malay fiction book I've ever read. Everyone should read this.

This book deserves endless and continual awards, compliments and praises.

It has all the good genres such as self-motivation, Islamic, Friendship, Family, Crime, Suspense, Drama, Comedy, etc.

The story centers on Hairi, who started out as a cold, stoic-expression bully. He is also known for his terrifying 'Death Glare'.


Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
September 1, 2010
Boleh ikuti secara langsung perbincangan mengenai buku ini di laman Goodreads - http://www.goodreads.com/topic/show/3...

Saya jawab dahulu soalan-soalan yang dikemukakan pembaca :

Isma
Dimana kelebihan(saya tidak mahu bercakap kelemahannya) LBM: plot 'kebetulan'nya kah?lawaknya kah?falsafah kasut merahnya kah?watak-watak peliknya kah?Atau pendek kata, apa yang membuat anda terus membacanya sampai selesai(terpaksa habiskan demi Ganding Baca!-jawapan ini tidak boleh pakai).

Saya sentiasa percaya yang saya membaca bukan untuk suka-suka. Saya sedang melakukan pencarian. Saya mencari kegembiraan melalui kebenaran yang disampaikan. Saya mencari tulisan yang mahu menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Saya mencari tulisan yang boleh memberi nasihat. Saya menjumpai itu melalui LBM. Itulah sebab utama kenapa saya meneruskan pembacaan dengan riang gembira.

Bolehkah LBM dikira naskhah Islam untuk remaja(terpengaruh dengan tajuk Fenomena Seni semalam, kalau bukan kerana FT, tidak tengok pun).

Saya menganggap LBM sebagai sebuah naskhah Islam. Jikalau tiada yang bersangkutan dengan akidah atau penghinaan kepada Islam dan tokoh-tokohnya, saya tidak akan campak buku itu. Biasanya juga, saya akan melihat kepada pengakhiran cerita sebuah novel itu yang menjadi penentu sama ada saya akan mempromosikannya kepada kawan saya atau tidak. Saya mahu memahami bagaimana penulis menyudahkannya kerana pada ketika inilah penulis sedang memberitahu kepada pembaca cara berfikirnya. LBM boleh dianggap sebagai sebuah karya dakwah. Manusia ada pelbagai citarasa, perangai dan cara fikir. Oleh sebab itu juga, terdapat banyak metod dakwah di dunia ini. Jikalau kita tidak berapa serasi dengan LBM, anggap sahaja metod dakwah ini tidak berapa sesuai untuk kita tetapi ia mungkin berjasa untuk orang lain.


Kak Haryati
Penulis mengenengahkan tema buli dan kongsi gelap dalam masyarakat. Gejala atau masalah sosial ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang-orang biasa malah berlaku juga kepada golongan cerdik-pandai atau profesional. Kenapa ya? Mengapa agaknya kepandaian yang dikurniakan Allah itu disalahguna dengan menzalimi manusia lain?

Saya sentiasa percaya setiap perkara itu ada pencetusnya kenapa ia terjadi. Saya juga percaya yang tidak semua orang suka berada dalam dunia kejahatan. Kadang-kadang mereka tidak mampu membuat pilihan. Allah tidak lupakan mereka. InsyaAllah mereka akan kembali kepada kebaikan juga nanti.

Apakah tulisan-tulisan atau ayat-ayat yang berkesan di hati setelah membaca LBM?

Hadis qudsi ini.
Penulis mungkin boleh sertakan rujukan jikalau ada menyelitkan hadis di dalam karya. Mudah pembaca rujuk kembali. Hadis qudsi ini tidak pernah saya dengar lagi. Ia begitu menyentuh.

Di antara hamba-hambaKu yang mukmin, ada sebahagian yang tidak dapat elok urusan agama mereka kecuali diberi kejayaan, kelegaan dan kesihatan. Lalu, Kami menguji mereka dengan kekayaan, kelegaan dan kesihatan sehingga eloklah urusan agamanya. Di antara hamba-hambaKu yang mukmin ada pula sebahagian yang tidak dapat elok urusan agama mereka kecuali diberi kekurangan, kemiskinan dan penyakit sehingga baiklah urusan agama mereka. Aku mengetahui dengan apa hambaKu yang mukmin menjadi baik dalam urusan agamanya.


Kak Nor Azzah
Setelah selesai membacanya, adakah anda turut merasa yang anda sebenarnya perlu meminta maaf kepada ramai orang atas pelbagai kesalahan?

Terima Kak Azzah kerana meningatkan tentang maaf. Sebenarnya, setelah habis pembacaan fokus saya ialah Allah sentiasa memiliki perancangan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Buku ini menasihati saya agar sentiasa melakukan kebaikan ikhlas kerana Allah. Hanya dengan itu kita tidak akan kecewa dengan segala ketentuanNya.


Hilman
Adakah benar kenyataan "Lelaki hanya dapat menerima dua jawapan, ya atau tidak." Benar-benar wujud? Pakar motivasi manakah yang menyatakan demikian? Adakah wanita dapat menerima jawapan lebih daripada 2 ini? Jawapan berdasarkan pengalaman peribadi juga diizinkan.

Saya tidak rasa kenyataan ini dipengaruhi oleh jantina. Selalunya, personaliti dan cara fikir seseorang itu (tidak kira dia lelaki atau perempuan) yang akan menentukan cara fikir sebegini - maksud saya - hanya dapat menerima 2 jawapan - Ya atau Tidak.


Ulasan :

Akhirnya saya membaca lagi sebuah karya Bahruddin Bekri yang sarat dengan nasihat. Saya mencari-cari setelah Doa Untuk Aku. Tidak sangka ia adalah Lelaki Berkasut Merah (LBM). Sebelum ini ia begitu kontroversi di laman Goodreads sehinggakan saya yang belum membacanya sudah sedikit demi sedikit ada unsur negatif tentang buku ini. Tambahan pula, kawan saya yang juga penggemar karya Bahruddin Bekri menyatakan yang dia tidak suka LBM.

Semalam (30 Ogos), saya memulakan pembacaan LBM. Sebentar tadi (31 Ogos), saya baru sahaja menyelesaikannya tanpa rasa tertekan sepanjang pembacaan. Saya tertanya-tanya, "Apa masalah dengan buku ini?". OK. Saya akui ada lawak-lawak yang agak menjengkelkan. Mungkin ini boleh menjadi cadangan untuk penulis agar lain kali jangan masukkan lawak-lawak yang menyentuh tentang kentut, najis atau cicak kerana ia memang memualkan. Boleh terbawa-bawa semasa makan. Saya ingat lagi, saya pernah membaca sebuah buku novel Islam yang bagus tetapi saya terpaksa katakan ia tidak bagus hanya kerana banyak sangat lawak-lawak memualkan dari awal halaman sehingga akhir halaman. Mujur LBM tidak sebegitu. Ia hanya pada awal halaman. Tentang lawak-lawak yang lain itu, saya (seorang yang telah membaca 7 buah karya penulis) menganggapnya perkara biasa. Trademark penulis. Lawak-lawak itu tidak menyakitkan saya. Saya boleh membuat keputusan samada mahu ketawa atau tidak. Tetapi biasanya saya ketawa sebab saya memang begitu.

Menulis novel komedi memang satu cabaran. Situasinya sama sahaja seperti ketika kita menonton rancangan Raja Lawak. Bukankah kadang-kadang kita terfikir, "Tidak kelakar pun". Di dalam masa yang sama banyak juga orang akan mengatakan, "Buat lawak bodoh". Jadi di sinilah maksud saya terletaknya cabaran bagaimana menjadikan karya komedi kita itu universal - pembaca remaja suka dan pembaca dewasa pun suka. Tetapi itu bergantung juga kepada pembaca yang disasarkan penulis. Buat masa ini, saya nampak Bahruddin Bekri mensasarkan remaja sebagai pembacanya dan saya yakin remaja memang akan menyukai karya Bahruddin Bekri. Membaca dengan santai dan menggembirakan. Cukup sinonim dengan remaja. Tambahan lagi kekuatan penulis ialah melalui kata-kata nasihat yang penuh berhikmah itu. Bukankah ia adalah satu kerja dakwah yang bagus. Remaja yang membaca dengan riang gembira dan di dalam masa yang sama dia dinasihatkan.

Pembaca dewasa mungkin tidak serasi dengan karya Bahruddin Bekri hanya kerana jenaka yang dipersembahkan. Itu adalah reaksi yang wajar kerana semakin usia bertambah kita akan lebih cenderung membaca yang serius. Tetapi di dalam masa yang sama, karya-karya sebegini (yang banyak jenaka ini) tidak boleh kita bakul sampahkan tambah-tambah lagi jikalau isi-isi di dalamnya mengandungi nasihat-nasihat berguna untuk kehidupan. Ia mungkin tidak sesuai untuk kita tetapi ia mungkin sangat berjasa untuk anak-anak atau adik-adik kita yang jiwanya belum cukup kuat atau tidak berminat membaca buku-buku serius. Kadang-kadang kita membaca bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk orang lain juga.

Ketika membaca karya Bahruddin Bekri, saya mencari kelainan. Sama seperti saya membaca buku Tere Liye. Setiap karyanya saya menjumpai kelainan. Ada cerita tentang kanak-kanak. Ada cerita wanita hodoh yang baik hati. Ada cerita seorang lelaki yang berdosa. Mesejnya tetap sama - berbaik sangka kepada Allah dan mencintai perkara kebaikan. Saya tidak boleh membanding-bandingkan yang mana satu saya suka kerana masing-masing ada kekuatan. Setelah membaca Doa Untuk Aku, saya mencari lagi kelainan itu melalui karya penulis yang lain. Kini, saya baru menjumpainya melalui LBM. Saya membaca LBM dengan cermat. Saya mencari nasihat dan LBM telah menasihati saya. Ia bukan sekadar sebuah kisah remaja yang akrab dengan buli, gangsterisme dan kongsi gelap tetapi ia menyediakan pembaca sebuah proses penyelesaian menuju kebaikan dengan menampakkan akibat daripada sebuah kejahatan itu.

Wallahu alam
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
June 7, 2016
Secara keseluruhan, menghiburkan.
Konsep kemaafan diterap dalam dunia gengster insaf.

Bab-bab awal tersangat meleret. Rasanya, ketebalan buku boleh dinipiskan menjadi separuh.
(2nd-half buku, barulah 'pacing' semakin menarik).

Banyak lawak kentut. Kurang kreatif di situ. Ekspresi wajah berkerut juga TERLALU kerap diulang.
Banyak juga elemen 'recycle' daripada karya lain sang penulis. Seperti kritikan negatif terhadap MLM serta watak individu pelik serupa Tamara (boleh rujuk siri Despatch).

Kecewa mengenangkan watak Tamara dibiar terus misteri. Apa asal-usul? Kenapa selalu mimpi pelik? Hmm...

Terganggu dengan penggunaan 'ironi' yang tidak kena pada tempat. Tak faham istilah, penulis janganlah guna.

Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
February 10, 2014
Novel ini mengisahkan dua orang lelaki Jamal bin Lomo dan Hairi yang dalam proses untuk memperbaiki diri dan memohon maaf atas kesalahan pada masa silam. Walaupun cerita berkenaan samseng dan ahli kongsi gelap tetapi penulis bercerita dengan santai. Jadi tak rasa berat. Malah macam biasa penulis suka membuat hati pembaca tersenyum sendiri dengan adengan lucu yang tidak masuk akal. Cewah.. dan ada seorang perempuan dalam cerita ni bernama Tamara yang mengingatkan aku kepada sorang kawan aku. Perangai sama la. Suka cerita benda yang tak masuk topik perbincangan pada ketika itu. Orang macam ni memang ada. Perlu kesabaran yang tinggi bila bersahabat dengan jenis camni. Hahaha
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
August 6, 2010
Buku sempena Ganding Baca Ogos. Tulisan yang santai namun ada banyak makna yang berlapis-lapis untuk direnungkan.

Kisah Jamal bin Lomo dengan masa silamnya yang penuh misteri. Kisah pencarian diri menuju landasan yang betul. Bukan mudah, tapi perlukan keazaman yang bukan sedikit untuk belajar meminta maaf dan memberi maaf, juga tetap berbuat baik kekita disakiti. Ia umpama pepohon yang merimbun dan berbuah lebat, menjadi tempat berteduh dan tetap memberi buah walaupun dikasari batu atau kayu. Juga hari semalam yang banyak memberi pengajaran, tetapi jangan lupa kita ada hari yang perlu dilalui seadanya dan hari esok yang datang dangan penuh harapan.

Kisah tiga sekawan yang bijak tetapi kaki buli. Ini kisah kehidupan, kenapa agaknya mereka bersikap sedemikian? Penulis cuba meneroka kisah buli dan gejala samseng di sekolah dan universiti. Adakah mereka kekal begitu atau ada sesuatu yang menyebabkan mereka berubah? Hairi dengan pencarian "penawar sejati' untuk mengubati makciknya yang koma di hospital. Pencariannya menemukan dia dengan diri sendiri.

Kisah lima sekawan yang menjadi mangsa buli dan akhirnya tanpa disedari, mereka juga menzalimi orang lain. Hukum alam, kadang-kala Tuhan bayar tunai atas kekhilafan yang kita lakukan di dunia. Ini membenarkan tamsilan Nabi. Berkawanlah dengan sipembuat minyak wangi, agarnya bau harumnya terpalit jua pada kita.

Kita juga dipertemukan dengan kumpulan kongsi gelap. Begitukah cara mereka beroperasi?. Tiada kebaikan hanya kekejaman dan kezaliman serta kesetiaan membuta-tuli, tak boleh membezakan kebenaran dan kebatilan. Hanya maut jalan pemisahnya.

Akhirnya, kita bertemu dengan makna MAAf. Empat perkataan yang senang disebut namun sukar dilakukan. Penulis mengolah konsep maaf dengan cara tersendiri namun saya percaya ia berbekas di hati.
Profile Image for Lolliepop.
169 reviews47 followers
November 4, 2010
ini hanyalah apa yang saya rasa..

hmm...buku terbaru dari bahruddin bekri..ini bukunya yg ke 9 dalam simpanan saya..banyak, kan?tapi kuantiti x membuktikan apa2..bagi saya, ini bukunya yg paling saya suka (selain doa utk aku)...kemungkinan besar kerana taglinenya...kerana Allah bekerja dalam rahsia...sebenarnya, buku ney dibeli oleh abang saya krana dia sgt sgt sgt suka buku bahruddin bekri.bila ditanya sebab, jawapannya,..sebab lawak la...bukunya mmmg lawak pun - walaupun ada beberapa lawak yg dianggap agak jijik- tapi oleh kerana sudah 8 buku penulis yg sudah saya bca sebelum ini, maka lawak tu sudah saya anggap sebati dengan penulis..

buku ini tidak terlalu menawarkan lawak2 bodoh..tetapi lawak2 yg penuh dengan nasihat..stlah mmbaca buku ini, cukup utk membuatkan saya mahu meminta maaf terhadap semua org dan memaafkan semua orang..sangat2 terkesan di dalam hati~

p/s saya nie mmg banyak buat dosa kat orng lain..maaf!!
Profile Image for Silent Reader.
9 reviews
December 4, 2025
4 ⭐

Karya ini dipilih kerana ingin mencari kelainan dalam pembacaan saya. Ternyata pilihan yang tepat. Bahasanya santai tetapi isinya sarat dengan pengajaran. Permulaan cerita agak perlahan dan penuh tanda tanya dengan pengenalan kepada watak-watak penting yang tidak berhubung kait pada awalnya tetapi pada penghujungnya semuanya akan berhubung antara satu sama lain. Novel ini ditulis dari pelbagai sudut pandang; Hairi, Jamal bin Lomo, Men & Coconut dsb.

Watak dan perwatakan dalam novel ini sangat unik dan lain dari yang lain. Watak utama, Hairi dan Jamal. Kedua-duanya ada persamaan kerana pernah berbuat jahat tetapi mereka sangat baik dengan orang yang mereka sayang. Hairi kepada ibu saudaranya, Jamal kepada anaknya, isterinya dan Tok Imam. Setiap watak memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik termasuklah watak sampingan.

👳🏼‍♂️👨🏻‍🦳Tok Imam dan perempuan berseragam hijau memberikan impak yang sangat besar kepada perkembangan watak utama.
🤷🏻‍♀️ Tamara pula bagi saya sangat menghiburkan. Kata-katanya yang aneh dan tidak kena tempat selalu membuatkan orang di sekelilingnya kurang selesa dan tertanya-tanya. Namun begitu, ada kalanya dia juga mampu memberikan nasihat yang berguna kepada mereka yang memerlukan. Kehadirannya sentiasa dinantikan kerana ingin tahu apa lagi yang ingin diperkatakannya 😆
👨🏻‍🦱Pak Cik Rambli juga tidak terkecuali dengan taglinenya, "Pak Cik tahu apa yang kamu mahu tanya" sedangkan dia tidak tahu apa yang ingin ditanya 🤣.
🙎🏻‍♂️Abang 93 pula tetap berpegang teguh dengan prinsip Art of War dari Sun Tzu walaupun selalu kegagalan.

Novel ini menelusuri kisah hidup Jamal yang ingin menebus dosa silamnya terhadap orang yang pernah dia zalimi. Pertemuannya dengan Hairi telah mengingatkannya kepada dirinya yang dahulu. Seorang yang panas baran dan kuat berdendam. Namun Tok Imam berjaya menyedarkan Jamal sebelum terlambat. Perempuan berseragam hijau pula mengajar Hairi untuk mencari 'penawar sejati' dengan memohon maaf dan memaafkan dan kembali mengenali diri dengan mengenali Tuhan. Memohon maaf dan memberi maaf inilah tema kepada novel ini.

Secara keseluruhan, novel ini menyajikan banyak nasihat kehidupan yang berkaitan dengan hati dan menekankan indahnya sebuah kesabaran. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Itu salah satu pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini. Seperti mana kumpulan Men & Coconut yang pada awalnya hanya mangsa keadaan kerana dibuli Hairi dan kawan-kawannya. Namun, perasaan geram, marah dan dendam telah menyebabkan akal fikiran mereka hilang kewarasan. Cara mereka membalas dendam memakan diri dan orang lain seterusnya menjadikan mereka hamba kepada kejahatan.

Di samping itu, ada beberapa perkara yang saya rasakan boleh ditambah baik dan juga tidak perlu dimasukkan dalam cerita kerana tidak membantu kepada perkembangan jalan cerita. Contohnya, penulis kerap menggunakan perkataan 'memek' & 'berkerut' untuk menggambarkan ekspresi muka. Penulis mungkin boleh variasikan perkataan untuk menerangkan ekspresi muka supaya penulisan menjadi lebih menarik. Babak kumpulan Tikus beroperasi pula terasa agak berlembut dan kurang menggerunkan. Babak trick orang jahat minum air pula agak lemah sikit tapi trick Hairi yang lain memang terbaik 👍🏻. Selain itu, penulis ada memasukkan beberapa babak 'kentut' yang saya rasa tidak perlu kerana sedikit mencacatkan cerita.

Kesimpulannya, Pengakhiran kepada jalan cerita ini memuaskan dan banyak pengajaran. Penulis telah memberikan penamat yang memuaskan untuk semua penjahat. Hukuman kepada Abang 93 pula agak luar biasa tapi selayaknya hukuman dari kumpulan kongsi gelap. Pengakhiran kepada Hairi pula agak menyedihkan tetapi penuh pengajaran. Untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Hairi, Jamal, Men & Coconut serta ahli kongsi gelap, silalah dapatkan novel ini.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
September 21, 2025
Ulasan Buku: Lelaki Berkasut Merah oleh Bahruddin Bekri

Alhamdulillah, saya memang suka jalan cerita macam ini. Dah tiga buku penulis ini saya baca, dan saya dapati ada satu persamaan yang jelas: setiap watak ada misi. Dan misi itu bukan kosong — ia selalu berkait dengan usaha memperbaiki diri, merungkai masalah yang timbul, serta menemukan pelbagai jenis manusia yang akhirnya memberikan pengajaran berharga.

Begitu jugalah dalam buku ini. Bezanya, kali ini ada tambahan watak Tamara yang sengal 🤭🤣. Dialah yang banyak menceriakan perjalanan misi Hairi — iaitu misi untuk meminta maaf dan menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh orang yang pernah disakitinya.

Mula-mula saya agak pening juga: apa kaitan Uncle Kasut Merah dengan bekas kaki buli dan dua lagi geng kaki pukul tu? Tapi bila misi meminta maaf bermula, barulah semua nampak jelas. Dari situ, saya bukan saja terhibur, tapi juga dapat ilmu daripada falsafah-falsafah yang diselitkan.

Keseimbangan cerita pun menarik. Keseriusan watak-watak utama diseimbangkan dengan Tamara yang selalu muncul dengan gelagat “sengal” pada masa yang tak dijangka — orang lain tengah serius, dia pula boleh timbulkan benda tak penting 😅.
Ada juga watak Abang 93 — dengan ilmu seni perangnya, dia asyik perhati dulu, sampai ke sudah tak capai target. Macam tak ada tujuan, tapi tetap beri warna pada cerita.

📌 Scene yang paling tak boleh lupa: saat misi meminta maaf dijalankan, setiap daripada mereka perlu membaiki kesilapan sendiri. Plus, gelagat Tamara di tengah situasi tegang tu memang mencuit hati 🤭.

🔸 Aksi: 60%
🔸 Puzzle: 80%
🔸 Falsafah: 70%
🔸 Persahabatan & keluarga: 80%

Kesimpulannya, buku ini bukan sekadar hiburan, tapi juga mengajak kita berfikir tentang silap sendiri, keberanian meminta maaf, dan erti persahabatan.
Profile Image for Hani~.
141 reviews1 follower
February 26, 2025
Dah lama baca novel ni. Baru hari ni terasa nak kongsi catatan ringkas tentang buku ni. Hati-hati, mungkin mengandungi spoiler :)

1. Seperti kebanyakan novel Bahruddin Bekri yang lain, endingnya sentiasa berbekas di hati. Itulah salah satu kekuatan beliau - pandai menutup cerita. Malah kerap kali saya bertahan baca novel-novel beliau sehingga ke akhir cerita lantaran percaya akan pengajaran yang akan beliau persembahkan.

2. Selain ending yang baik, banyak juga pengajaran yang ada dalam peristiwa dan kisah kecil yang wujud sepanjang cerita ni.

3. Ada lawak-lawak spontan yang buat saya tergelak. Pemanjat Berlima menyanyi lagu Keluarga Bahagia atas pokok kelapa. Itu lucu.

4. Ada juga lawak yang tak lucu. Terutama lawak buang angin dan seumpamanya yang bagi saya tak perlu ada pun. Apatah lagi apabila berulang-ulang, malah panjang lebar pula huraian babaknya.

5. Saya suka selingan tentang al-Quran di halaman 396 (terbitan PTS).

6. Makin menghampiri penamat, cerita ni jadi makin best. Kalau anda dah baca sikit dan terasa bosan, skip-skip je part bosan tu. Tapi tolonglah baca sampai habis.

7. Bagi saya cerita ni agak kuat unsur Islamiknya. Ada rasa puas bila tamat baca. Bukan sekadar cerita kosong.
Profile Image for Syu.
40 reviews
October 19, 2025
Lelaki Berkasut Merah - Bahrudin Bekri ✅

5/5 ⭐️🤌

"Manusia tidak boleh lari daripada masa lalunya kerana ia sentiasa mengikut ke mana sahaja, kerana manusia hidup di atas masa lalu itu."

Komedi. Aksi. Islamik.

Tema: Misi mencari kemaafan.

Seorang gangster berkasut merah dengan misi untuk membaiki masa lalu dengan mencari kemaafan.

Begitu juga dengan seorang pembuli tegar (gemar membuli orang dari sekolah menengah hingga ke universiti) misi memohon maaf kepada semua mangsa bulinya. Kerana dia percaya, bala yang menimpa kepada penjaganya adalah asbab dosa masa lalu.

Jika kita lihat kepada tema yang dibawa oleh penulis ini, mesti dalam fikiran kita fikirkan kisah yang sedih dan penuh dengan emosi. Tapi tidak sama sekali bagi novel ini. Sangat kelakar dan semua watak sengal sengal ubi.

Suka dengan cara penulisan penulis, tema yang berat tapi dapat disampaikan dalam bentuk yang santai dan komedi.

Sungguh saya sudah jadi pentaksub Bahrudin Bekri hahaha
Profile Image for Ema.
1,111 reviews
August 8, 2024


Di awal cerita melihatkan Jamal bin Lomo seorang anggota kumpulan kongsi gelap, Geng Kasut Merah telah dituduh membelot hingga mengakibat pertelingkahan antara kumpulan lain dan menyaksikan GKM berkubur. Ada 2 perkara yang dirahsiakan Jamal sejak dari itu. Misi bossnya dan bungkusan hitam yang menjadi rebutan.

Dalam pada dia ingin merubah menjadi insan yang lebih baik, dia ditemukan dengan anak muda yang berniaga pada cuti semester di sebelah gerai pisang gorengnya. Beberapa insiden berlaku yang menyebabkan hidup Jamal jadi kelam kabut lagi. Dia menjadi sasaran. Sama ada sejarah lama menghantuinya kembali atau dia mempunyai musuh baru.

Pada aku tulisan penulis menghiburkan. Aku pernah baca karyanya yang lain, ini memang trademarknya. Clean dan steady.
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 24, 2022
Q U O T E


“Maaf, memang indah. Kita sering kali meminta maaf kepada musuh, namun kita terlupa banyaknya salah kita, bukannya kepada musuh, tetapi kepada orang yang rapat dengan kita. Kepada orang tua, adik-beradik dan sahabat. Semoga selepas ini, kita semua dapat meminta maaf kepada orang yang rapat dengan kita."
_Tok Imam

. . .

“Marah bukan pada tempatnya adalah musuh iman kita. Cara bagi mengubati hati yang suka marah, adalah berusaha berbaik-baik dengan perkara yang membuatkan kita marah. Memang sukar, tetapi dalam dunia ini, ubat memang pahit tetapi mujarab."
_Jamal bin Lomo
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
July 13, 2024
Cerita tentang sebuah kemaafan. Apakah yang kita faham disebalik kata maaf itu?
Profile Image for dalillah.
29 reviews
January 25, 2025
Bagaimana dendam dan maaf merubah hidup seseorang.

Tajuk serius tapi kelakar yaa.
Profile Image for Farah Nisa.
111 reviews1 follower
May 24, 2025
awal2 macam payahnyaa aku nak teruskan baca tapi dah masuk tengah2 last2 tu best
Profile Image for Hidayah NH3 + 1.
10 reviews
December 14, 2012
Kadangkala kita tidak punya banyak masa untuk melakukan kesilapan dan belajar daripada kesilapan.

Kadangkala apa yang kita sempat hanyalah tidak melakukan kesilapan langsung.

...dan kita sering terlupa, segala-galanya terjadi kerana rahmat Allah. Dia yang bekerja dalam rahsia.

...dan meminta maaf serta memberi maaf dapat memberi 'penawar sejati', yakni rahmat-Nya.

...dan bahagia itu ada sebenarnya dalam hati kita, cuma kita sering lupa untuk menikmatinya.

..dan bahagia itu harus diberi kepada orang lain demi bahagia.

...dan hati yang seperti bola ini, yang mudah bergolek ke kiri dan kanan ini walau dengan sentuhan lembut perlu disentuh dengan penuh hati-hati.

...dan kebetulan itu tidak wujud, kerana segalanya Tuhan punya kerja.

...dan aku mengharapkan agar aku terus dan terus dan terus belajar dalam mengejar rahmat-Nya, walau langkahku sekecil langkahan kura-kura.

...semua kerana mahu ke arah ikhlas yang lebih daripada ikhlas demi-Nya.
Profile Image for Hilman.
2 reviews4 followers
August 30, 2010
Buku yang agak santai. Sangat sesuai untuk dibaca bagi golongan yang suka "buat lawak bodoh". Bagi sesiapa yang tidak suka membaca tetapi mempunyai perwatakan "suka buat lawak bodoh", buku ini memang patut anda baca.

Tetapi bagi yang berperwatakan serius, anda di nasihatkan supaya jangan sesekali membaca buku ini kecuali anda ingin berubah menjadi seorang yang tidak terlalu serius.

Sekiranya anda rasa tidak berpuas hati terhadap buku ini, maafkan lah penulis kerana dengan memberi maaf akan membuatkan perasaan 'sakit' kita hilang.

Saya maafkan penulis...

Nota: Adik saya yang tak suka membaca(kecuali berita sukan) telah menanam niat untuk beli buku LBM. Asalkan jangan di beli Kasut Merah untuk raya udah ler...
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
July 12, 2015
Kalau dibandingkan dengan buku-buku lain karya Encik Baharuddin
yang saya sudah selesai baca, mungkin buku ini tampak ada kekurangan sedikit.
Namun buku karya beliau sentiasa tidak mengecewakan dan penuh dengan kata-kata
bermakna yang perlu dihadam. Sentiasa ada sesuatu yang kita boleh ambil buat pengajaran.


Profile Image for Wanny.
16 reviews4 followers
May 17, 2012
Buku yang penuh pengajaran, walau setiap satu pengajaran itu disampaikan secara ringan..

Sekiranya 10 tahun lagi org bertanya tentang buku ini, 1 perkara yg sy akan sentiasa ingat ialah - MEMBERI MAAF...
Profile Image for Nottitoo.
6 reviews
July 26, 2012
not bad la... boleh dikategorikan sbg novel pembangun jiwa... ada banyak typing error.
Profile Image for lost soul.
49 reviews10 followers
March 13, 2013
Pendekatan yang berbeza. Lari dari kebiasaan. Mengujakan!
Profile Image for Misha.
1 review
June 21, 2013
Banyak yang perlu dipelajari dari buku ini .
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
April 22, 2017
Jangan terpedaya dengan tajuk dan muka depan buku ni.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.