Jump to ratings and reviews
Rate this book

Signal Hati

Rate this book
“Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!”

Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan.

“Kau ingat nikah kahwin ni macam gula-gula ke? Boleh rasa-rasa. Eh, kejap! Yang kau tiba-tiba tanya aku soalan ni kenapa? Kau nak kahwin ke? Dan yang paling penting… kenapa perlu tanya aku? Bukan ke kau dengan aku ni ibarat Israel dengan Palestin?” ~ Qaisara

“Yang pasti kau Israel!” ~ Naqib

“Kaulah Israel! Pembuli!”~ Qaisara.

“Eleh… macam kau tak pernah buli aku balik!”~Naqib

Perjalanan hidup Qaisara yang pada mulanya tenang dan aman bertukar menjadi hiruk piruk saat dia dituduh berkhalwat dengan sahabat baiknyaAnas dan terpaksa dikahwinkan. Puas dia merayu, puas dia meraung, namun tiada siapa yang mempercayainya. Saat dia melutut memegang kaki Naqib dan menuntut janji, Naqib pula berlalu pergi.

“Tapi percayalah cakap aku, Sara. Kalau ditakdirkan satu hari nanti, dah tak ada sesiapa untuk kau mengadu nasib, kau boleh datang pada aku. Aku tak akan tinggalkan kau. Aku akan tetap terima kau, walaupun ditakdirkan satu dunia buang dan membenci kau. Itu janji aku, Sara.” ~ Naqib

“Naqib… kau tak boleh buat aku macam ni? Kau tak boleh tinggalkan aku. Kau kena pujuk ma supaya percayakan aku. Kau kena yakinkan ayah yang aku tak salah dalam hal ni. Tolong aku, Naqib. Kau tak kesiankan aku ke? Naqib! Buka pintu! Tolong aku! Naqib!” ~ Qaisara

Tanpa disangka-sangka, Naqib sepupu merangkap musuh ketat Qaisara melamar Qaisara untuk menjadi isterinya. Lamaran yang pada mulanya ditolak oleh Qaisara terpaksa diterima disebababkan alasan yang tertentu.

Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Naqib sepanjang menjadi suami Qaisara. Dan bagi Qaisara, Naqib yang dulunya sepupu dia jauh sangat bezanya dengan Naqib yang sudah menjadi suaminya kini.

696 pages, Paperback

First published November 1, 2015

7 people are currently reading
126 people want to read

About the author

Sha Ibrahim

14 books104 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
41 (32%)
4 stars
42 (33%)
3 stars
34 (27%)
2 stars
8 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
August 31, 2016
Finishhhh.... 2nd book to finish after my mood membaca yg hanyut di lautan antartika came back tho dont think it's gonna stay long la...

I like this book very much.... Its all about trust. If there is no trust then the relationship wont stand strong and definitely wont stood the test of time.

Its hard to like Qaisara n Its also hard not to like Qaisara. She has a personality that can make u like her for firm believes and at the same time u can hate her for her hard headed attitude. Either way, it made her a special person. As such, Naqib felt drawn to her tho it is not an easy task for him to love someone like her.

I like Naqib. I would have loved him if only he didn't make the same mistake thrice. The 1st mistake, well... who would not be angry... 2nd mistake, well... nobody's perfect. 3rd mistake... cant tolerate! He has no right or whatsoever to do what he did to Qaisara without finding out what actually happened. I really hated him for that but being Naqib... he is a very patient guy, a nice n considerate guy.... So, I forgave him... :))

I have always loved Sha Ibrahim's book. Be it long n winding conflict, be it short n simple sweet story, be it illogical fantasy world, be it redundancy in the dialogues or be it making my blood sumtimes go upstairs n downstairs, I find it hard to not to read her books.

All in all... it was a fun read. Havent reviewed this long for quite some time. Felt like an achievement pulak. Ahaksss...
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
February 2, 2016
1. Memang word of the day betul 'Signal Hati'. Sebagai tajuk dan wujud di hampir setiap bab.

2. Cara cerita yang santai. Free of conflict. Rasa macam pelik pula bila sudah biasa baca novel melayu yang penuh dengan conflict yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan lebih cepat. Dan sekarang tiada tema penting itu...rasa macam pelik. Tapi takpelah. Untuk merehatkan jiwa sebentar.

3. Cuma ceritanya ala2 karya Siti Rosmizah if you get what I mean. XD

Ok...yuni TRY untuk buat komen yang pendek.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
February 5, 2016
2.8* kot.

Entah la. Bercinta sungguh nak habiskan. Sebenarnya, sekali je pernah baca novel dari penulis ni. I tak boleh nak masuk. Nak cakap pun tak kena. Cara gaya penulisan dia kot. Ampunkan saya cik penulis.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
December 25, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

I like this far better than her last novel. Yang ni walaupun ada drama and watak Qaisara pula bukanlah seperti gadis pingitan yang biasa, at least ia tak over the top. Kekasaran Sara masih boleh diterima kerana sekasar-kasar dia, dia tak biadab, unlike Edlynn from Cinta Ada Di Sini .

Cerita ni comel jer, sebab dua-dua suka tapi tak mahu mengaku. Lebih-lebih lagi Naqib yang, typical boy, "menunjukkan" perasaan suka dengan menyakat Sara. Kalau ada downside pun, I'd say sikap Sara yang tak padan dengan umur.

Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 22, 2016
fuhh.. lame gak nak ambik masa habiskan.

cerita ni ok, santai je..light conflict.. tp sebab tu la terasa terlalu mendatar.. cerita diawalnya memang mendebarkan dan seronok di baca sehingga Qaisara diceraikan n menyepikan diri. lepas tu, adengan pujuk memujuk n misi memikat hati sara tu rasanya terlalu panjang..

namun cerita kembali seronok selepas m/s 500++.

cuma saya je la kot, sedikit lelah dengan permainan tarik tali antara naqib n sara.

apapun still ok, bole layan.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
November 24, 2015
kisah tentang naqib-sara-anas. Sebuah kisah persahabatan...kisah cinta...kisah keluarga...kisah masyarakat.

Sara yg kasar, pemalas, selekeh & panas baran, kontra dgn indah layak namanya. Dicemuh oleh masyarakat sekelilingnya, sentiasa ditaburi fitnah durjana oleh manusia yg busuk hatinya. Namun dia punya Anas, satu2nya sahabat baik yg sudi mendengar keluh-kesahnya, menjadi pelindungnya, sedia berkongsi gembira mahupun duka. Apapun mereka tetap menjaga batas susila antara mereka.

Naqib pula seorang sepupu yg sentiasa mencari pasal dgn Sara. Pantang bersua pasti bertengkar, ada saja yg x kena antara mereka. Tetapi pertengkaran mereka x pernah lama, rajuk x pernah bersisa, mereka cepat saja kembali mesra. Sesungguhnya di satu pihak telah terbitnya "rasa".

Kerana sebuah angkara, atas sebuah onar & salah sangka, Anas dan Sara ditangkap khalwat & terpaksa berkahwin kemudiannya. Ibu Sara yg malu & kecewa tergamak merobohkan dinding percaya...tambah luluh hatinya apabila Sara & Anas bercerai kurang 2 bln usia pernikahan mereka.

Kemudian Naqib melamar Sara. Demi "rasa" yg sekian lama bermukim di hatinya, dia mahu Sara tahu yg dia sentiasa ada buat Sara, dia mahu melindungi Sara selagi ada hayatnya.

Sedang Sara menganggap Naqib hanya bersimpati dgnnya. Apatah lg setiap kali Sara cuba membela diri ketika dilempar nista, Naqib tdk pernah menyebelahinya, malah menganggap Saralah yg menjadi punca. Naqib x pernah hendak mendengar penjelasannya. Sakitnya hati Sara apabila tidak beroleh rasa percaya, sedang lelaki itu pernah berjanji setia utk menjadi pembela.

Pedih di hati Sara x pernah reda. Apalah erti sebuah ikatan jika tanpa saling percaya. Walaupun Sara menyimpan rasa cinta, namun dia rela andai perpisahan jalan yg terbaik utk mereka.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
December 2, 2015
Giler la kalau Dina kata Dina x suke!!!

lama giler menanti dan akhirnya dalam dakapan... weeeee...

Naqib yang sweet, Qaisara yang blur. tapi bila cinta bersatu, jadi manis berganda2.. suke sbb smooth ajer life mereka...

UNTIL!!! si NAQIB yang tak reti langsung nak simpan TRUST pada SARA... haila... sakit plak hati baca part2 situ. mmg rasa nak geget2 jer si Naqib nie, weng sesangat!!! huhuhu
286 reviews52 followers
October 22, 2015
bestttt....sy suka.....comey je sara tu....lg2 bl nak something dr si suami....

Mengisahkn seorang anak gadis kampung yg nampak lasak dan degil tetiba sgt manja sebenarnya.....hanya kerana satu kesilapan dia terperangkap dlm ikatan dan berpisah tanpa pengetahuan keluarga.....kerana kesilapan itu lah qaisara dibenci oleh ibu kandung sendiri...tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan dan menambah benci di hati seorang ibu, qaisara pergi meninggalkn keluarga...

Pertemuannya dgn naqib tlh membawa qaisara kembali ke pangkuan keluarga...tetapi kebencian si ibu msh tebal...qaisara msh tetap disisih oleh ibu sendiri dan akhirnya qaisara sekali lagi diikat dlm ikatan perkahwinan...nampak mcm kahwin paksa, tetapi hakikatnya ada sesuatu yg tersembunyi jauh di dasar hati naqib....naqib berjanji utk menyanyangi qaisara dan akn percaya sepenuhnya pd qaisara....tetapi tiada manusia yg sempurna di dunia ini....manusia mudah terleka bl emosi mula menakluki fikiran....mmg x dinafikan naqib sgt2 menyayangi dan mencintai qaisara...sgt sabar melayan kerenah dan rajuk qaisara dan mudah lemah dgn rengekan qaisara namun hati naqib goyah setiap ujian drg menduga dan melibatakn qaisara...hati nya sering tersasar dgn segala rs curiga...bkn sekali tetapi 3x naqib melukai hati qaisara dan mengkhianati segala janji2nya sblm ini....

Mampukah qaisara utk bertahan lagi? Menghadapi kerenah ibu yg membencinya, suami yg penuh curiga dan tohmahan org kampung yg semmg nya dengki pd dia.....dapatkah rumahtangga yg br disinari cahaya kebahagiaan itu dipertahankan atau musnah akhirnya????
Apakah pengakhiran pd qaisara??? Dapatkah signal hati nya memberi isyarat yg menunjukkan arah kebahagiaan dlm hidupnya???
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
November 6, 2016
Jom belajar mengenai signal.. nak masuk simpang kanan, sila beri signal kanan. kalau bagi signal kiri sila belok kiri. Jangan suka masuk simpang secara tiba-tiba tanpa bagi signal. Kena langgar dari belakang jangan nak salahkan pihak lain.. Hehe... Macam tu jugaklah signal hati ni. Sama saja konsep.

Qaisara, seorang gadis yang berpewatakan kasar, ganas dan panas baran. Asyik bergaduh dengan sepupunya Naqib. Naqib yang kuat menyakat, kuat mengusik tapi dalam pada masa yang sama sering mahu melihat qaisara depan matanya. Signal hatinya?? Anas pula teman sekampung merangkap sahabat baik qaisara. Sering ada bersama qaisara dan qaisara amat senang bersama anas kerana baginya anas amat memahami dirinya, tidak memandangnya serong seperti orang kampung yang lain dan tidak pernah menyakitkan hatinya seperti sepupunya Naqib. Signal hatinya?? Signal hati Anas??

Qaisara baran, pemalas dan segala macam benda buruk ada pada dirinya sehingga satu hari ibunya, faizah bergaduh besar dengannya buat qaisara amat berasa hati dengan ibunya. Konon mahu mengadu dengan anas tapi sampai di rumah anas dia terdengar yang anas mahu meminang hanim. Lagi bertambah pedih hatinya.. Qaisara menghilangkan diri. Tapi sekejap saja sebab kemudian dia ditangkap basah, dengan anas! Aduhai, naqib bila mendengar perihal itu amat kecewa hinggakan bila qaisara merayu supaya mempercayainya naqib hanya melangkah pergi. Agak-agak kenapa naqib begitu ya?

Kemudian, bila mendengar yang qaisara dan anas bercerai, naqib dah tak mahu beri salah signal lagi. Dia terus bertindak mahu mengahwini qaisara. Di situ, dia tidak mahu mengabaikan lagi perasaannya. Biarlah qaisara anggap kahwin terpaksa yang penting dia dapat memiliki qaisara...

Siapa kata kisah cinta semata? Dalam signal hati ini kalau dihayati yang paling utama kasih sayang antara anak dan ibu bapa. Siapa kita nak menidakkan kasih ibu? Bebel, marah, pukullah macam mana pun tapi tiada siapa yang boleh mempertikaikan kasih ibu pada anaknya. Mungkin ada salah di sisi faizah sebab sering membandingkan qaisara dengan anak-anaknya yang lain tapi qaisara tetap anak kesayangannya. Tu lah, kita ni jangan sesekali membandingkan anak-anak. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kita taktau jauh sudut hati perasaan anak, terasa ke jauh hati ke, tak elok. Kasih suami? Terima kekurangan isteri seikhlasnya dan janganlah kasar mendidik. Macam naqib, sabar dengan kerenah qaisara. Mendidik dengan selembut mungkin. Tapi satu perangai buruk naqib, dia cepat benar percaya benda buruk tanpa selidik tanpa meneliti. Sian qaisara....

Serius, satu alkisah yang menarik dan terbaik dari puan penulis sha ibrahim. Olahan cerita, pembinaan watak dan susunan ayat sememangnya menyentuh perasaan pembaca. Dalam lawak ada sedihnya. Dalam sengal ada emosinya. Dalam lucu ada kepedihannya. Tahniah untuk karya yang buat signal hati pembaca libang libu!!
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
December 23, 2015
SH...suka citer ni... jln citer tk berat..konflik pun tk sarat...blh hadam dgn baik!

Sara yg lasak, kasar n mudah marah ni tertangkap basah dgn kwn baiknya Anas...mmbuatkan dia dn kluarganya jd umpatan n hinaan org kg...mamanya mmg tdk ngam dgn sara ..ada aje yg tk brkenan pdnya...Dan dek rasa malu n sakit hati dgn sara..mama sara brtindak menjauhkan diri n tdk melayan sara lg...

Anas n sara ...Wlu mereka kwn baik.. rumahtangga mereka tk dpt brdiri dgn baik lalu berpisahlah keduanya dgn hati rela..

Ini tambah cemuhan org kg..malah mama sara semakin 'bencikan' sara yg dianggap sengaja mencipta masalah...Sara pun bawa diri n keje sbgai despatch...masa ni la dia brjumpa semula Naqib... naqib cuba utk buat sara brbaik dgn mamanya tp baik mama n sara dua2 degil n ego!

Naqib buat kputusan melamar sara....terkejut sara krn dia tdk cintakan naqib malah statusnya juga buat dia rasa tdk sesuai utk naqib...tp seorg naqib tdk mudah menyerah...usaha n sokongan kluarga diraih sementelah dia n sara adalah sepupu...

Berkahwin la juga naqib n sara.. misi naqib mahukan cinta sara selain ingin membimbing sara mnjd seorg wanita! Mmg tk mudah krn sara ni degil n cepat nak marah!

Berhari brsama...akhirnya muncullah juga rasa syg dihati sara...tp saat hati mula berbunga...ada pula yg mencantasnya.. Jannah dilihat sbgai pesaing...hati sara terusik bila naqib marahkannya krn satu insiden antara dia n jannah! Bergolak lah rumahtangga mereka...dlm kusut...ada pula fitnah yg tersebar! Berpisah jugakah mereka? Blh cari dlm SH k!
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
February 17, 2016

novel sha ibrahim setakat ni tak pernah mengecewakan aku. dulu sha & shah , sekarang signal hati. tema tentang persahabatan dan keluarga yang digarapkan oleh sha ibrahim sememangnya mampu memberi kesan kepada pembaca. aku tak tahu orang lain. tapi aku suka gaya penulisan dan penggunaan ayat yang satu persatu menceritakan seseorang atau sesuatu peristiwa.

walaupun tema yang diguna adalah sama, namun cerita sha ibrahim di olah dengan sedikit kelainan. kalau sha dan shah persahabatan berakhir dengan perkahwinan. kali ini persahabatan berakhir dengan perkahwinan sementara sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing.

konflik antara keluarga Qaisara yang lepas satu satu. menambah rencah. Bagi aku, ia sesuatu yang boleh di kaitkan dengan kehidupan kita. tambah lagi bintang, apabila watak gelap yang diketengahkan bukan seperti 'watak perempuan jahat' yang sering di gambarkan di dalam novel2 lain. bagi aku ia hanya selingan untuk menyedapkan rasa.

lebih menarik watak Naqib yang diketengahkan dapat menarik hati aku untuk terus baca sampai habis. bagi aku kalau aku baca non stop. novel itu boleh di- consider sebagai novel yang baik dan ada mesej tertentu.

Profile Image for Ainaa Akemi.
46 reviews4 followers
May 23, 2016
Kisah Naqib- Sara.

Kisah yang simple tapi sedih bila sampai part Ma Sara. Siapa tak sedih kalau Ma sendiri tak pedulikan anak dan lebih percayakan kata-kata orang luar. Bila Mak kita dah pedulikan, akan jadi hidup rasa kosong dan sedih. Itu yang Sara rasa, itu juga yang penulis nak sampai kan pada pembaca.

Part Naqib- Sara, memang penyabar betul Naqib melayan Sara terutama dalam mendidik Sara. Betul lah,dalam nak mendidik isteri menjadi lebih baik kena sabar dan pandai mencari jalan agar isteri tidak terasa malahan akur.
Profile Image for Jessica.
171 reviews
August 4, 2016
2016 - #Novel37

Mula-mula rasa macam menyakitkan hti gila dengan watak Qaisara ni.  Ada saja benda dia nak melawan tapi simpati gak bila dua asyik dibanding,  kena marah lepastu jadi bahan mengata orang kampung. Takde siapa nak percaya. Stress giler rasa.

Sakit hati nan Naqib sebab tak percayakan Qaisara. Tapi tetap puji dengan kesabaran Naqib didik Qaisara untuk jadi lebih baik. Tahniah untuk itu!

Perangai Naqib yg tak percayakan Qaisara tu yg rasa nak ketuk kepala Naqib. Dah janji beriya tapi buat lagi. Bila dah kena tinggal tahu pulak nak sedar.

Enjoy baca. Best.
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
January 24, 2016
Pertama kali baca karya penulis ni. Sebelum ni ada nampak novel Sha Ibrahim yg lain, tp memang tak rasa nak baca sebab tebal sangat. Novel ni boleh tahan. Rasa nak baca bila terbaca sinopsisnya. Mengharapkan ada scene yang tak klise dgn novel melayu lain. Ya, memang ada yg klise... tapi bukan bermakna tak best langsung. Enjoy membaca life Naqib-Qaisara.
194 reviews9 followers
November 11, 2015
tak boleh nak bg 5 stars. dok compare dengan CADS.

lagipon rasa bengang je dengan si Sara ni. serba serbi tak tau. mengeluh saya selaku org yg ada anak lelaki. takot dapat menantu mcm sara. hahahah..

bengang jugak dengan perangai Naqib yang selalu dahulukan amarah dari akal.

overall ok.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
November 10, 2015
sukanya.. sweet sgt Sara dgn Naqib..tersenyum2 saya baca.. congrats sha ibrahim memang best..
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.