Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pandu ke Arah Hati

Rate this book
“Kau jangan pandang rendah dengan pemandu treler seperti aku. Sebab kau tak tahu yang aku juga boleh pandu hati kau ke hati aku.”

Mohd Ariq - Sebuah nama yang ringkas. Namun, takdir hidupnya tidak semudah namanya. Hidupnya berubah 180 darjah apabila dia ditemukan dengan minah Nissan Skyline yang baru sahaja ditinggalkan kekasih.

Nur Hafiya - Gadis kepala batu dan kurang ramah. Mengenali lelaki bernama Ariq membuatkan hatinya kucar-kacir. Bila mata Ariq merenungnya pula Hafiya hilang arah. Resah gelisah jiwa dibuatnya!

“Misi pandu arah ke hati.”
“Asalkan ada jalannya.”
“Fiya dah sediakan highway untuk abang.”

Hafiya tubuhkan satu misi buat Ariq. Daripada misi itu, hubungan mereka cuba dibina. Daripada seorang kawan kepada kekasih, daripada kekasih kepada teman hidup. Ariq bahagia hinggalah dia merasakan maruah dirinya mula dipijak-pijak oleh wanita kesayangannya itu. Hanya kerana sebuah salah faham, Hafiya tega melukakan sekeping hati lelaki yang tulus mencintainya. Tekadnya, Hafiya perlu dilupakan. Tidak guna mencintai wanita yang telah bermain dengan harga dirinya. Kata putus telah dibuat. Ikatan harus dileraikan.

Bila kebenaran terungkap, mampukah Hafiya meraih kembali hati Mr. Pemandu Hatinya itu? Bisakah dia memandu semula hati Ariq ke hatinya? Akankah misi pandu arah ke hati terlaksana andai dua jiwa kian berjauhan?

560 pages, Paperback

First published January 1, 2015

3 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Emma Mariam

9 books28 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (40%)
4 stars
9 (30%)
3 stars
7 (23%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
November 13, 2019
[BOOK 143]

Pandu Arah ke Hati by Emma Mariam.
.

Best!!!
.

Ni buku pertama EM yang aku baca walaupun sebenarnya hampir kesemua buku penulis ada dalam wishlist aku. Berangan je lebih, belinya belum.
.

Dan sebenarnya dah banyak kali aku nampak buku ni time sale, sama ada kat PBAKL ataupun sale SMO. Tapi aku buat tak nampak je. Sehinggalah sale SMO kat Kuantan haritu, aku beli je la buku ni. And I'm glad I read this book.
.

Serius, aku ingatkan buku ni biasa-biasa je, tapi sebenarnya buku ni best sangat.
.

Kisah tentang Ariq dan Hafiya. Perkenalan mereka yang awalnya menyakitkan hati, tanpa mereka sedar yang mereka sebenarnya berjodoh. Sehinggalah mereka terpaksa berkahwin atas desakan atuk Hafiya. Bagi Hafiya, perkahwinan ini hanyalah demi atuknya sedangkan hatinya masih setia untuk arwah tunangnya. Sedangkan bagi Ariq, Hafiya ialah amanah yang Allah anugerahkan kepadanya.
.

Bila hati Hafiya mula terbuka untuk Ariq, masa tu la terbongkarnya rahsia disebalik punca perkahwinan mereka. Bagi Hafiya, Ariq hanya mempermainkan perasaannya. Pada masa tu jugaklah, ada fitnah lain pulak tersebar. Kesian Ariq.
.

Aku boleh rasa kelukaan Ariq. Isteri yang dicintainya menghina dan tidak mempercayainya. So, bila Ariq dah undur diri, Hafiya pulak yang memujuk.
.

Aku suka bila penulis mewujudkan watak Ariq sebagai pemandu lori. Ariq yang sangat bangga dengan kerjanya.
.

Okaylah cerita ni. Adegan tarik tali tak panjang pun. Just nice. Cumanya, aku rasa part bahagia dorang secoet sangat. Tak puas baca. Hahaha
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 23, 2019
3.5 star

Ini adalh novel ke 3 yang aku baca daripada penulis.

Aku suka jalan cerita nya. Hero bukan jenis kaya raya. Hanyalah seorang pemandu lori treler yang membawa gas. Tapi watak heroin la pulak cucu jutawan. But its oke. Nampak balance.

Ariq ni memang dia berpegang teguh pada agama. Walaupon mereka berkahwin tanpa rasa cinta, tapi dia tetap jalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Lama kelamaan muncul rasa cinta. Tapi tidak pada hafiya. Dia seakan tidak boleh melupakan arwah Nizam.

Aku bengang jugak dengan watak Hafiya ni, suami dah luah perasaan. Dia boleh tolak atas sebab dia xboleh lupakan Nizam. Kejam gilaa. Lagi satu dia ni suka menghukum tanpa periksa.

Aku da skip a few part yang aku rasa cuma biase je. But overall cerita ni oke.
Profile Image for Mslvoe.
2,093 reviews203 followers
November 20, 2024
Santai je bacaan

Cuma F kurang minat bila Fiya menghina Ariq sampai keluarga pun termasuk sekali. Padahal family Ariq tu sebaik² orang arr. Tu je la F tak berkenan.

Cerita ni banyak kisah enggang takleh bersama dengan pipit. Family Fiya tu yang create sendiru padahal atuknya pun kahwin dengan nenek yang berasal dari kampung. Ok je bahagia.

Atuk Fiya ni tahu Fiya dalam bahaya sebab itu dia minta Ariq yang pernah selamatkan atuk masa kena serangan jantung untuk berkahwin dengan Fiya.

Fiya pulak susah nak terima kenyataan Nizam kekasih hati pergi meninggalkan dia di dunia. Hidup dia penuh dengan bayang² Nizam.

Atuk tahu Fida dan Kuza ada plan sesuatu untuk hancurkan atuk dan Fida. Tapi yang paling jahat si Shahrul la suami si Fida.

Macam² terjadi pada diaorang berdua sampailah hari yang Ariq kena musibah dan Fiya kehilangan atuk.

Ariq merajuk. Kesian pulak tengok Fiya merayu... cuba memujuk Ariq.
38 reviews1 follower
July 2, 2021
🌟4.3🌟
sy suka watak hero.. Tabah giler!! best scene bgi sy, time hero tk reti nk guna tandas.. HAHAHAHAHA n yg pling tkleh blah anak dia pon sama ngan diaaa.. auuww so cute.. heroin plak suka mengusik.. HAHAHAHA.. semua part epilog sy sukaa.. anak² diaorg comel..🥺 HAHAHA ermm tpi watak heroin tuu mmm.. baca laa yer😂👍
Author 13 books20 followers
December 25, 2015
Cerita ni berjaya memandu hati saya baca sampai ke muka surat terakhir tanpa ada rasa nak bertangguh lagi.

Sebuah naskah yang tak terlalu memberatkan kepala. Sepanjang baca asyik tersenyum aje. Dialog-dialognya memikat hati. Tapi ada juga yang membuatkan air mata bergenang.

Tabahnya seorang Ariq dalam memenangi hati Hafiya yang hidup dalam kenangan lama bersama bekas kekasih yang sudah pergi. Sabarnya dia menghadapi kedegilan, keegoan dan keangkuhan Hafiya demi cintanya yang tulus. Beruntunglah Hafiya dicintai lelaki macam Ariq. Tapi sayang, begitu lambat untuk dia menyedari. Bila dah terhantuk barulah nak insaf dan sedar. Geram aje dengan si minah Nissan Skyline ni. Otak zombie bak kata Ariq. Memang sesuailah sangat kan. Huh!

Secara peribadi saya rasa tak puas baca kisah lovey dovey dia orang ni. Rasa macam penulis boleh kembangkan lagi babak-babak antara mereka. Contohnya macam babak dekat kampung Ariq dan di Jepun. Rasa macam nak tolong tulis pulak untuk penulis. Haha!

Ada banyak juga typo yang dikesan. Tapi saya abaikan sebab tak terlalu mengganggu. Saya betulkan dalam hati sendiri. Gitu...

Apapun, PAKH tetap sebuah naskah yang tak mengecewakan dan terselit banyak pengajaran. Seperti selalu, sentiasa ada ruang untuk perbaiki mana-mana kekurangan di masa akan datang.

Teruskan menulis.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 30, 2016
Kekdg tertanya2 salahkah hidup kurang dengan kemewahan. Ataupun salahkah kalau hidup dlm kemewahan.

Senangnya berprasangka..
..diberi akal tak digunakan dgn berfikir seeloknya
..diberi mulut tak mahu bertanya kebenaran
..diberi telinga tak mahu dengar penjelasan
..diberi penglihatan tapi butakannya dgn hati yg hitam..

Kesian Ariq yg tabah..yg penyayang..yg sanggup berkorban apa saja termasuk nyawanya..yg berusaha untuk memberi kesenangan untuk cinta hatinya..sayang tak dihargai...(Suami idaman ni, siapa tak nak)

Bertuah betul si isteri..kesilapan berulang2 pun masih bisa di maafkan sang suami..dihina dicaci pun masih mampu bertahan...until...

Sometimes being too nice to people is not being appreciated. Never ask to be acknowledged but at least try to understand.
Profile Image for WaNie Jud.
77 reviews3 followers
January 25, 2016
kak @emmamariam saya sgt2 suka novel ni dsbbkn ARIQ!! dia sgt penyabar dgn kerenah hafiya, dia sgt tabah dgn cacian n hinaan, dia sgt baik hati....n sooooo sweet!! walaupun dia baran tp demi isteri tercinta dia lembutkn hati n sgt2 merendah diri...xtamak dgn harta yg dia boleh dpt..tabik spring laaaa toin toin toin!!...hahahaha..sy bg 10/10 sbb ariq!
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
April 20, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

I like!!! Walaupun half of the time, N rasa nak pelangkung jer Hafiya yang sangat bongkak.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.