Tengku Ishaan Danish. Orangnya berkarisma, berpenampilan segak dan menjadi rebutan ramai wanita. Dengan jawatan CEO Seri Jaya Holding Berhad yang disandangnya, sesiapa saja menanti peluang untuk mendekati. Namun siapa duga, di sebalik semua itu, dia adalah seorang ketua gengster!
“Kau jangan fikir aku akan berhenti di sini saja Sarah. Selagi kau tak jadi milik aku, selagi itulah aku akan terus kejar kau sampai akhirnya, kau sendiri yang datang menyerah pada aku. Itu janji aku.” ~ Tengku Ishaan Danish
Nurul Salah Sulaiman. Dia hanyalah seorang gadis biasa. Tiada impian lantaran hidup sendiri lebih banyak diatur orang sejak dulu. Caranya kekampungan, rupanya pun tidak seindah mana, tetapi mengapa dia juga yang dikejar Tengku Ishaan Danish sedari dulu? Apa istimewanya dia di mata lelaki itu hingga Tengku Ishaan Danish sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan cintanya?
“Tengku buat apa ni, hah? Suka hati saja nak babitkan saya dalam masalah Tengku dengan awek Tengku. Tengku jangan fikir Tengku tu orang kaya, Tengku boleh cakap apa saja yang Tengku suka tanpa fikir perasaan orang lain!”~ Sarah
Dellina Datuk Mokhtar. Lapan tahun dia menunggu Tengku Ishaan Danish. Mampukah dia menerima hakikat apabila Tengku Ishaan Danish memilih Nurul Sarah sebagai isteri dan bukan dirinya? Rahsia apakah yang wujud antara Dellina dan Tengku Ishaan Danish hingga Dellina sukar melepaskan lelaki itu pergi begitu saja? Manakala Dahlan, bekas tunang Sarah, mampukah melihat Sarah hidup bahagia di samping Tengku Ishaan Danish setelah Sarah menjatuhkan maruah dia sekeluarga?
First time baca tajuk, i liked it a lot. Then baca synopsis kt blakang, okey...maybe best. Sebab ade sikit kelainan. Truthfully speaking, it just doesn't do for me. I love the idea. Bg i,mmg belum lagi baca cerita husband ala2 gangster (kecuali bukan aku x cinta) .tapi ade sedikit kuciwa la. Watak2 sgt confusing. Yg si hero ni, katanye baik tapi i mmg serabut dengan dia. Terlalu over confident. And please please please be original.. dah berlambak novel pasal kawin paksa. And method nya tak lain mesti tangkap khalwat yg mmg dirancang si hero. Gosh.. cliche much!! yg si heroin, pun serabut. Zaman heroin air mata, dah tu lurus bendul ala2 innocent dah terlalu biasa.. semput nk habiskn baca. Balik2 ulang dialog yg sama and meleret2 . Cubaan yg baik i think. Sbb idea nya bagus. But intreptation of characters and plot are weak. And i was hoping to get to know more on the gangsterism world. But not much there. I suka cerita yg ada info baru. Sadly, novel ni mmg xde. Sorry penulis.tp cuba lagi ye.
sejujurnya cerita ni memang best tapi agak meleret dan banyak pengulangan plot sampai MB selak segalanya2 hehe letih dik nun
hero dalam kisah ni mmg WIN ok cakap lah apa pun buatlah apa pun dia tak kira kalau dia nak dia mesti dapat mmg gila la dia ni.. cara dia dapatkan sarah tu mmg klise tp menarik mmg ishan ni syg sgt2 dgn sarah krn sarahlah dia menjadi seorg manusia yg berguna jarak usia bukan pengukur kebahagian kata ishan dia tak peduli yang paling tak menahan dari mula sampai ke sudah kata sayang tu tak habis2 mmg disitu dah nampak betapa sygnya ishan dekat sarah tempias sayang dia dekat MB hehehehe...
lembik meleleh betul watak nurul sarah sulaiman. sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. pastu sibuk dok ungkit kisah yang dah jadi. nak cinta, tak nak cinta.. adoi... letih!
tengku ishaan danish? lagi sorang. konon macam bagus berlagak sangat jadi ketua gangster. ugut orang. nak bercinta pun ugut, nak kahwin pun, ugut. macam dia sorang paling hebat, paling hensem, paling digeruni, paling dikejar dek pompuan. haisshhh... dia je lah yang betul!
dellina pulak, si perempuan penempel gedek-gedek macam sotong kurita. macam pompuan senteng pun ya jugak. lawa ke pakai mekap tebal sehasta tu? ni lagi sorang kaki ugut. bengong!
dahlan. nak membayangkan dia ni lembut suara macam penyanyi dahlan zainudin pun tak dapat, sebab perangai ego tinggi melangit. baru tunang je pun dengan sarah tapi dok menitah macam dia tu anak raja. baling ngan batu bata, baru tau!
haa.... camtu gaya manusia dalam dunia gangster yang ditulis oleh puan penulis Qhayra Qhayriesa ini, tapi
watak mereka inilah menghidupkan perjalanan kisah novel ini. korang ingat mampu ke pembaca nak habiskan ketebalan 700++ muka surat kalau takde kisah best, takde aksi menarik, takde topik yang mampu melekatkan pembaca. walaupun memang ada sedikit meleret especially part bercakap sorang-sorang tu but overall sebenar banyak pengajaran. yang korang baca memanglah kisah cinta tapi ada hayati tak apa yang nak disampaikan? malehlah akak nak elaborate isi novel ni, tapi satu dialog yang akak suka... 'cinta itu tanggungjawab. bermakna memberi yang terbaik dan tidak harapkan apa-apa balasan. ia juga adalah amanah yang dikurniakan oleh Allah.' haa.. lebih kurang camtulah isi dialognya. so fahamlahkan kenapa manusia dianugerahkan dengan perasaan itu? tanggungjawab dan amanah ya...
Akak tak sure lah tang mana gangster nye? Setakat kerjakan kereta org ...ugut mengugut org biasa2 pun boleh... Adehhh... Si tengku ni mmg childish ke hape ...psiko pun iye pada aku... Taksub kat nurul sarah... Memiliki gadis idaman dgn cara tak betul... Pastu mulut acah2 alim... Kikiki... Yg si gadis duk nangis manjang...
Banyak sgt kelemahan novel ni...tajuk tak sesuai... Meleret banyak... Jenuh ku selak2 cari kat mana gangster nya... GANGSTER BEB! Kacaulah sikit... 😂😂
Cuba lagi ye dik... Next novel... Akak kene jujur... Tak habis baca...kurang menarik... Sangat longgar jalan ceritanya...
Nasib baik beli pre loved... Adehhh... Maaf kalau terkasar bahasa ... Udada ubaibai...
Sarah rakan karib dan setiausaha kepada Tengku Iris Dania. Dulu dia dilantik menjadi cikgu tuisyen adiknya Tengku Ishaan Danish. Ishaan telah terlibat dengan dunia gengster sejak zaman remaja. Setelah 7 tahun, Ishaan kembali dan menjadi CEO Seri Jaya Holding Berhad. Iris pula Pengarah Urusan. Ishaan telah menjadi ketua Gengster Kumpulan Wira Alam juga. Kumpulan gengster yang diterajuinya tidak melibatkan pembunuhan. Setiap ahlinya dilarang mengambil arak, dadah dan wanita.
Dia kembali setelah berubah menjadi seperti yang dikehendaki oleh Sarah. Mengambil jalan memerangkap Sarah dan dirinya dalam bilik di Vila miliknya. Sarah putus dengan Dahlan dan bernikah dengan Sarah. Ishaan juga dalam usaha menumpaskan musuh utama keluarganya.
Jalan cerita yang 👍🏼 Gengster x polis. Dellina bukan sebarangan orang rupanya. Ada sebab kenapa dia mendekati Ishaan. Semuanya kerana dendam 😌 Okay jom sambung dengan buku seterusnya.. kesinambungan 😊
suamiku ketua gengster Suamiku ketua gengster tulisan qhayra qhayriesa...
"Dia belasah orang aku tak suka, dia kata cinta aku pula gabra"
Tengku ishaan danish ceo muda menjadi pujaan merangkap ketua gengster yang mendambakan gadis yang sebaya kakaknya..
Nurul sarah sulaiman ....gadis keturunan biasa...menjadi cikgu peribadi ishaan ketika spm...merangkap kawan baik tengku iris kakak kpd tengku ishaan...
Keinginan dan keegoan tengku ishaan untuk memiliki sarah menjadikan sarah membencinya...
Bukan hanya sarah!!tetapi dahlan dan dellina....2 insan yg terluka dengan perkahwinan koboi mereka... Siapa dellina???kenapa dia membenci sarah dan juga mahu memiliki ishaan....
**hidup jika berlandaskan dendam takkan ke mana dan xkan bahagia... . **jodoh dan takdir yang Allah tentukan pasti adalah yg terbaek untuk kita
idk nk describ cam ni this book sebb kisah dia mengcomplecated ha dia cam kan kat sip dia kata tengku tu dingin and masuk ii dlm buku jadi mamat jiwang 😌 but ada lah sikit scene dia jadi beku and THIS BOOK HAVE MANY PLOT TWIST YG MENGEJUT KAN 😭
The writing is good along with some of the messages. The plot has potential but the female lead ruined it. She's a crybaby who doesn't know how to stand up for herself. Meanwhile the male lead isn't really a gangster imo but more of a possessive, controlling person.
Skipped reading here & there. Jalan cerita & watak Ishaan yg childish pada saya. Sikit sikit nak rembat orang. Rasa mcm baca fanfics kat Asianfanfics..
Tengku Ishaan Danish baru pulang dari luar negara. Dia terus mencari Nurul Sarah Sulaiman, pemilik cinta hatinya. Malangnya, Sarah telah pun bertunang. Tengku Ishaan telah memerangkap Sarah lalu mereka teris di kahwinkan. Sarah mengambil masa yang lama untuk menerima Tengku Ishaan. Tengku Ishaan sabar menunggu serta tidak jemu untuk memikat hati belahan jiwanya. Dia senantiasa ada untuk melindungi orang yang dia sayangi. Lama-kelamaan, Sarah mula mengerti dan memahami sifat sebenar Tengku Ishaan. Walaupun Tengku Ishaan adalah ketua gengster, tetapi dia hanya mahu melindungi orang kelilingnya. Sarah mula dapat menerima Tengku Ishaan dalam hidupnya. Selepas itu, satu persatu rahsia tersingkap mengenai Dahlan, Dellina dan kemalangan yang menimpa arwah bapanya. Tengku Ishaan dan Sarah sama-sama menempuhi dugaan hidup mereka dengan tabah dan penuh keimanan. Satu cerita yang sangat positif. Saya suka cara pengelolaan topik tentang reda dan sabar akan qadak dan qadar dan tentang gengsterisme. Syabas, semoga penulis teruskan berkarya.
Sebenarnya Fah beli edisi revamp. Fah rasa sama je kot cuma blurp nya ada sedikit lain kedua² novel tapi jalan cerita blurp yang digambarkan sama dengan jalan cerita.
Fah tak gemar sangat hero yang muda dari heroin. Sebab entah la Fah pun tak tahu 😂 tak boleh go mungkin... tak boleh nak masuk. Tak boleh bayang. (Bagi Fah la lain orang lain taste)
Tajuk novel Fah dah tertarik tapi Fah tertolak dengan watak lemah si Sarah dan watak acah² Ishaan. Suami dia gangster konon² dari zaman sekolah la. Lepastu kalau Ishaan nak jadi sweet, Fah rasa tak sampai ke'sweet'an dia pada Sarah.
Alaaa tak tahu canne nak review 😂😂😂 sebab hero muda dari heroin terus spoil pembacaan. Tapi apa² pun tahniah penulis (Kak QQ) .
Kalau Fah punya review ni tak membantu, better abaikan 😂.
Maaf jika tersilap kata terkasar bahasa tertypo ejaan semasa review.
Apa yang saya rasa ya. Buku yg saya bawa masa saya pi bercuti. Blk pun tak hbs lagi. Kisah ketua genster yg berkahwin dgn sarah kerana ditangkap basah. Itupun ats rancangan tengku ishaan sendiri. Sarah mula menerima tengku ishaan. Kisah perjalanan ketua genster yg jth cinta dgn cikgu tuisyennya sendiri
sooo sweet,comel n ganas...hahha..kuat btol cemburunye si tengku ishaan ni...hailahhh...asl ada laki dkt dgn bini dia habis dia kerjakan...naseb la sarah dpt laki ketua gengster tau nak mengarah n ikot ckp diaaaa jerr...suka suka suka!!!
Tengku Ishaan character ni mesti ramai suka. Sangat melindungi, penyayang, trustworthy..Apa dia buat semua dlm diam tak menunjuk melainkan terpaksa..ini baru namanya ikhlas..Macam cite bodyguardlah pula. Tak rugi baca.