Inilah persamaan yang pernah Izwan 'nampak' dan ditulis ke atas kertas A4 yang aku bawa hari itu. Pada mulanya aku tak faham dan aku abaikan. Sampailah aku teringat semula ramalan Alin tempoh hari.
Bayangan Nadhirah juga menjadi persoalan apabila rakan-rakan lama Izaq menafikan kewujudan gadis itu. Ah, sudah. Apa yang kau cuba nak sampaikan kat aku ni?
Siasat punya siasat, muncul persoalan ini pula; siapa Sarah? Dan apa bendanya Organisasi ni? Lopek betul namanya kan. Tapi disebabkan Organisasi inilah aku perlu cari dan cantum setiap aksara menjadi perkataan. Dan perkataan yang perlu aku cari haruslah sebuah 'penyelesaian'.
sangat suka dengan ketiga-tiga buku dalam set trilogi Ajaib ni :)
ketiga-tiganya punya kekuatan dalam elemen percaya pada-NYA, persahabatan dan kekeluargaan. namun antara ketiga-tiga buku, pada saya Awan lebih memberikan impak mendalam.
terima kasih dik Syafiq Aizat untuk trilogi yang mengesankan di hati akak :)
Okay, aku tarik balik review Ajaib yang mengatakan aku rasa jengkel sebab budak darjah 6 yang matang daripada umur. Mind manipulator rupanya.
Aku nak tau pasal Organisasi tu sebenarnya tapi tak banyak info. Ending tu buat nak baca lagi, dan sangat menyakitkan hati sebab Aksara ni buku akhir. 😒
Trilogi ni? Mindblown. Jalan cerita menarik, cara cerita pun baik. Cuma part bahasa tu boleh baiki. Ye aku memang mementingkan laras bahasa. So what?
Sebenarnya sipi lagi nak kasi buku ni sekurang-kurangnya 2 bintang sebab pada mulanya adalah juga terasa perbezaan sikit jika dibandingkan dengan dua buku yang sebelumnya. Tak ada sepanjang masa bangkit topik pasal gay atau seks tanpa sebab dan perwatakan wataknya pun dah semakin baik. Takde lagi perwatakan watak yang terlalu matang atau terlalu kebudak-budakan.
Cuma malangnya, selepas 100 muka surat watak si Fa'iq tu dah mula menjengkelkan dan cerita pun dah mula jadi macam dua buku yang sebelumnya balik. Kali ni tanpa seks, cerita sekali lagi melompat dari satu subplot ke satu subplot yang mudah dilupakan dengan sekali sekala diiringi dengan obsesi penulis tentang gay dan diberatkan dan membuatkan bacaan amat memenatkan dengan falsafah-falsafah dan juga syarahan-syarahan yang ketara sekali merupakan cubaan untuk menjadikan detik-detik ayat acah mendalam Tumblr.
Secara kasarnya, takde beza sangat pun tiga-tiga buku dalam trilogi ni. Dari segi plot yang tidak kemas, pengulangan topik yang sama sehinggalah ke watak-watak yang tidak jelas kerana ditenggelami dengan falsafah dan syarahan yang disampaikan oleh watak itu sendiri.
Watak-watak utama dalam buku ni tak tahulah kenapa suka sangat berfalsafah dan bersyarah. Mungkin tu gaya menulis penulis. Tapi letih betul baca. Lagi-lagi bila dirasakan semua falsafah dan syarahan ni dirasakan terlalu banyak sampaikan benda-benda kecil pun nak dileretkan renungannya. Dan disebabkan terlalu fokus dengan semua falsafah dan syarahan ni sampaikan watak-watak dalam buku ni tidak terasa hidup dan secara jujurnya mudah dilupakan. Senang cerita, ketiga-tiga buku dalam trilogi ni ceritanya mudah dilupakan. Setiap kali lepas baca, ingatan aku dapat atau lebih tepat lagi nak ingat mungkin 20% apa yang aku dah baca. Dan apa yang aku lupa dan apa yang aku ingat kemudiannya ternyata tak penting pun sebab di buku seterusnya takde watak, kejadian atau ayat yang mendesak atau berbaloi untuk diingati juga.
Perjalanan menuju ke penamat buku ni juga rasa terlalu tergesa-gesa. Rasanya kalau dibuang separuh falsafah dan syarahan dalam buku ni dan diperkenalkan watak-watak baru dengan kuasa sikit-sikit mungkin cerita akan jadi lebih baik. Ini tiba-tiba muncul semua sekaligus dan tambah dengan penjelasan ringkas dan lepas tu habis.
2.90* untuk naskah ini. Tahniah Sapit untuk Aksara. Thanks untuk signature-nya. Yeah!
Aku mulakan trilogi ini dengan buku yang ketiga. Sangat bijak. Ibaratnya ada seorang jiran yang baru pindah sebelah rumah, dan aku belum kenal pun siapa jiran itu, aku dah terjah ke rumahnya dan ajak lunch sama-sama. Pelikkan bunyinya. Samalah juga dengan buku ini. Aku langsung tak kenal sorang watak pun, tapi terus tersaji dengan kisah mereka. Lain kali jangan cuba baca buku trilogi dari belakang. Harap maklum.
Aku tahu Syafiq Aizat memang suka menyajikan kisah-kisah persahabatan, perpisahan dan kehidupan budak/remaja macam ni lewat dari cerpen-cerpennya yang pernah aku baca. Maka, aku tidak meletakkan ekspektasi yang tinggi dengan harapan ada babak aksi yang luar biasa. Ternyata tanggapan aku betul. Walaupun naskah ini berkaitan kisah budak-budak sixth-sense, tapi penceritaannya hanya mendatar. Hanya bermain dengan emosi dan kenangan yang ada di sekeliling watak itu. Aku puji untuk bab belakang yang hampir buat aku 'syahdu'.
Tapi aku pelik dengan budak Izwan tu. Perwatakan dia sangat manja dan aneh. Sampaikan nak baring kat bahu Faiq dan pegang tangan beriringan tunggu bas. Ya seperti yang penulis perkatakan, stigma masyarakat akan memandang jelek pada lelaki yang berpegangan tangan sesama mereka di khalayak umum berbanding lelaki-perempuan. Tapi aku rasakan pun aku sebagai lelaki, sudah pasti ianya agak aneh. Something fishy sangat. Hahaha...
Lagi satu, aku tak boleh terima bila mana organisasi tu diwujudkan sendiri oleh mereka yang ada sixth sense. Dorang masih budak dan remaja kot! Selalunya kalau dalam movie, mesti ada organisasi yang lebih teratur dan punyai misi yang lebih besar. (Abaikan yang ini.)
Apa-apa pun kalian cubalah. Tapi baca dari Ajaib dulu supaya boleh berkenal-kenalan dengan watak yang ada di dalam naskah ini.
This book is about gifted people. The last book from the Ajaib Trilogy which concludes all. As usual, plot twist and page turner. Damn, cried when Yaw read the wasiat. Well done, Syafiq Aizat! Buku ni dah setaraf dengan buku-buku YA English yang pernah aku baca. This young writer is so talented. I bet he is gifted and has a sixth sense too. Even I, have a sisxth sense as well. 'Perasaan Ketam'. ahaha.
Permulaan novel ni bab Izwan aku blur jap..aku lupe2 ingat jalan crita Ajaib dan Awan..bila dah msuk bab Faiq bru aku mula faham..ada lawak gak lah..cuak gak bila part Yaw baca wasiat Faiq..x best la kalo dia mati..huhuhu..but happy ending gak. hehe..
Hebatnya trilogi ini, ialah bila kau sentiasa hendak tahu apa kisah pada muka surat seterusnya. Sebuah kisah yang tidak klisè. Sebuah kisah yang menyentuh hati. Sebuah kisah yang tunjukkan kau satu hubungan yang pada satu tahap yang lebih tinggi dalam bentuk penulisan; dalam bentuk cerita.
Persoalan, teka-teki, tanda tanya -- penulis curahkan semuanya untuk kau sama perah otak. Tapi sayang untuk aku, ketika cuba meneka-neka satu tekaan pun salah. Hebatnya penulis sebab mampu mencipta sesuatu yang tidak terjangka -- sekurang-kurangnya bagi aku. Tapi penulis tidak membiarkan kau disimbah dengan jawapan melimpah-limpah sampai kau lemas, sebaliknya penulis menyiram kau dengan jawapan yang cukup supaya kau serap semuanya dan faham jalan cerita.
Aku menangis gila -- macam aku nangis bila Izaq pergi -- bila Fa'iq pula yang 'pergi'. Terima kasih sebab mampu hadirkan rasa sedih dan terluka dengan jumlah yang aku suka sepanjang membaca Aksara -- kontradik sungguh. Setiap kali Fa'iq syahdu aku pun ikut syahdu.
______
Salah satu fav. quote dalam Aksara - "...boleh tak anggap musibah tu macam pujian secara tak langsung?"
I've read Ajaib and Awan previously tapi dah lama so sedikit lost bila baca Aksara. But still bagi aku memang terbaik. Plot twist yang tidak disangka-sangka dan jalan cerita yang tak boleh nak agak. Penulis jugak pandai bermain dengan emosi pembaca. Part tulis wasiat macam sedih gila tapi part nak hilangkan sixth sense Fa'iq tu jadi lawak pulak.
Page 168: "Sama macam tak semua orang sedar yang 'moist' tu maksudnya 'lembap'."
Lembap' dengan 'lembab' lain. Pun intended ke ni?
Anyway, overall memang terbaik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
I'm not a great fan of the two previous books; Ajaib and Awan but I have always been comforted by the stories of friendships they had and the concept of our very own Malaysian superheroes (just without capes and masks). And when I stumbled upon a short story which was a teaser of Aksara; I was intrigued.
Aksara is the third book of the Ajaib trilogy; where Ajaib started with the story of a boy who can see ghosts. You thought it will be of the horror genre; but when Awan rolled in with the story of a boy who can read minds, it turns out to be a story of superheroes after all.
Aksara continues where it left off and now focuses on Izwan; the boy whose powers are intuitive and boleh berinteraksi dengan sumber alam. I honestly did not understood what his powers were until the very end and that's just one of the many faults of the book.
It's not easy writing a trilogy; mind you. The best franchises are those which the writer knew how it was going to go till the very last book/film/TV episode. When the writer sees the whole story from an aerial point of view; it's easier to cover loopholes and foreshadow plots from the very beginning. So when Aksara went back and practically erased/corrected what readers believed or knew from the first two books; I was not impressed. So if you're one those books who do not like changes; skip this. It should have just ended with Awan.
Syafiq Aizat's forte is his focus on friendships and brotherly love and on that; he did not disappoint. If he has foreshadowed the plot of Aksara in Ajaib & Awan; this would have been a great book of great ideas and a great premise.
Baru muka satu and i was right . Buku ni lagi berat berbanding dua successor dia. Heck i need to open up calculator. And banyak fakta menarik contohnya warna langit dan golden ratio.
At this point, i think trilogi ajaib ni never meant to be a trilogi. Cuma kebetulan boleh disimpulkan jadi satu trilogi yang lengkap. Dia macam Ajaib keluar, and then author rasa hm macam boleh flesh out lagi so keluarlah lah Awan. And bagi nk buat Ajaib & Awan tu connected maka adanya Aksara nak completekan . But it’s working damn well, so i’ll accept it. Patutlah novel Ajaib tu rasa macam melompat lompat and short stories, sebab novel tu sebenarnya cebisan memori Izaq. So kalau nk diikutkan, Ajaib tu sekadar epilog kepada siri ni and Faiq is the main character.
Aksara is a good ending and conclusion untuk siri ni. Even plot tentang organisasi tu lambat diperkenal, it feels just right and tak rushing. Anti climax betul pasal Adif tu orz. Banyak quote boleh cedok kat sini.
Tiap kali ada mention Izaq, confirm berkaca. Also why oh why family Izaq ni sedih sedih belaka. Bapak sedih bila dah faham pasal Izwan ni 🥹. As always , author’s strongest point is the character’s interaction. Suka baca.
Some character and info pasal power diorang ni maybe akan mention in next book. Good thing baca ni bila entiti/kampus/anomali semua dah keluar so tk rasa tergantung sangat.
Thanks author. Really enjoy jadi rider dalam minda Faiq sama sama selesaikan misteri wonder of the World ni.
Kalau aku ada pilihan untuk pilih nak jadi orang yang mati atau orang yang hidup, aku akan pilih untuk jadi orang yang mati. Sebab perit kehilangan orang tu sampai bila-bila akan berdarah. Macam sebahagian daripada diri kau kena koyak, lepas tu hilang.
Adakah sebab aku baru je merasa kehilangan paling besar dalam hidup aku. So, aku betul-betul terasa bila baca Aksara.
Kena belek balik novel yang sebelum, sebab ada yang aku dah lupa siapa dia ni? Ni yang mana? Hahaha, tahniah penulis. keep it up.
p/s- Syafiq Aizat suka Yuna eh? hehe. Lagi satu kesian kat kami yang dah ada Ajaib and Awan cover lama. Huu~ Cover baru lawa habis.
Ambil masa lama sikit nak habiskan baca buku ni, sebab plotnya berat sikit berbanding dua prekuel-nya (Ajaib & Awan). Tapi plot ceritanya tetap best, penuh dengan plot twist. Unsur2 teladan pun masih banyak, seperti dua buku sebelumnya.
Kali ni, muncul lebih banyak individu yang mempunyai sixth-sense. Salah seorangnya adalah Izwan, adik kepada Izaq. Izwan mempunyai kebolehan membaca bahasa alam, lalu menyampaikannya dalam bentuk aksara. Setelah Fa'iq berkenalan dengan Izwan, dia mendapati ada rahsia disebalik memori Izaq. Terbongkarnya kewujudan sebuah organisasi merumitkan lagi keadaan. Dapatkah Fa'iq membongkar kesemua rahsia tersebut?
Maira sebenarnya dah tak ingat apa yg jadi dalam Ajaib dan Awan. So, bila mula baca cerita ni, Maira perlukan masa untuk figure out who's who again.
Bagi Maira, penulisan Syafiq Aizat sangat hebat. Dan kebolehan dia untuk selitkan emosi dlm setiap patah ayat membuat Maira rasa kagum. (It brought me to tears in some parts)
Siapa sangka plot twistnya begitu complicated. Maira tak igt sama ada sesetengah perkara yg diimbas balik oleh Ayiq ada disebut dalam Awan, tapi, untuk Syafiq to come out with an idea macam ni sangat hebat.
Jadi, adakah Maira lebih prefer Aksara daripada Ajaib dan Awan? Mungkin tak. Sebab bagi Maira, Awan lebih memberi impak pada Maira walaupun jalan ceritanya agak mengelirukan.
Tapi Maira appreciate elemen percaya pada yg Maha Esa, persahabatan dan kekeluargaan dalam Aksara ni. To me, that's the most important thing in life.
Mungkin Maira patut baca balik Ajaib dan Awan. Rasa tak puas bila tak dapat maraton baca trilogi ni sampai habis.
Maira bagi 4 bintang. Hahaha. :-D
P/S: Sebenarnya ada sambungan lagi ke ni? What's with the cliffhanger, Syafiq Aizat? Nice new covers, by the way. Tapi kenapa sekarang baru tukar?? I have the old covers and no money to buy Ajaib and Awan in their new covers! :'(
Kita kejar benda kat depan. Benda kat belakang kita tak 'kejar'. - Rosyaimy
Kita, manusia takut dgn apa yg kita taktahu. Selain hantu, persepsi org terhadap kita, dan mati, benda yg kita takut adalah masa depan. Dan masa depan yg pling kita takut ialah masa depan yg kita tahu,..
Well, suka baca sebab banyak kata kata yg membantu. Tak kisah lah serumit mana kisah hidup kau, jalan hidup orang lain lagi rumit. 🌤
Nangis juga baca buku ni. Tak pernah failed buat hati 'tersentuh' dengan tangan ajaib sapit.
Yang terdahulu sudah baik, ada yang terlebih baik, dan ada yang sangat baik. Yang ini pula, rendah baiknya. Bukannya tiada baik, malah ada sisi yang baik ditonjolkan, cuma peratusan baiknya tidak menyamai apa yang terdahulu telah lakukan. Mungkin baiknya sudah habis? Tidak aku pasti. Apa yang pasti, pengakhiran naskah ini sebagai penutup trilogi AJAIB boleh aku katakan baik. Yang baiknya, sebagai pemula untuk universe AJAIB.
Plot twist tu aduhhhhhhhhh gila betul la idea penulis. Betul-betul mindfuck. Bila baca trilogi ni, aku perlu ketiga-tiga buku di sebelah supaya aku senang refer. Sebab nak tau apa yang cuba disampaikan. 😅😅
Part hujung memang berair dah mata. Nak nangis tapi ada suami kat sebelah. Nanti kena ejek pula.
done @12.40 am!! superb!! rase nye dalam banyak2 trilogi fixi, ni yg paling best.... 1st sbb ala2 do vinci code pn ade 2nd improvement dr segi unsur2 Isalamik die tu Syafiq, u've done a great jobs!! mst bnyk kne wat reasearch/std nk tulis #aksara plot yg ok, jln cte sempoi.. congrtas bro!!
Berdasarkan sinopsis buku neh berkenaan sorang budak bernama Izaq yang ada keistimewaan (deria keenam) iaitu boleh nampak hantu. Tapi sepanjang aku membaca kebanyakkan cerita mengenai bagaimana Izaq membantu rakan rakan sebayanya yang mempunyai masalah peribadi. Kelebihan dia yang boleh nampak hantu tu tak banyak ditekankan. Agak frust. Tapi sebab gaya bahasa yang santai dan kehendak ingin tahu aku yang tinggi tu buat aku terus membaca dan membaca. Sampailah di jumpa Faiq yang boleh baca fikiran orang. Aku suka mamat neh.
2. AWAN
Aku suka gila persahabatan Izaq dan Faiq. Sangat sangat menghargai satu sama lain dan berkasih sayang dengan cara mereka tersendiri. Best gila. Buku neh memang best sebab Faiq tu best. Hahahha. Sedikit kuajaq (banyak actually). Suka gila bash orang. Selumber dia jer nak cakap apa yang dia rasa. Senyum. Gelak. Part last aku benci! Izaqqq.. 😭😭😭
3. AKSARA
Finally. . . . . . . . . . . . Semuanya terjawab dalam naskah terakhir trilogi neh. Kenapa begitu. Kenapa begini. Faiq tetap dengan perangai ngok dia. Banyak kasih sayang aku nampak dalam buku neh. Macam mana dia cuba protect Izwan. Macam mana dia layan Izwan. Aku suka gila mamat Faiq neh. HAHAHAHAHHAHA. Part baca wasiat tu aku dah macam down gila. Demmmm! Sebaik... Sebaik.. Sebaik. HAHAHAHAHHAHAA!
Thanks penulis untuk trilogi AJAIB neh. Aku suka walaupun agak terganggu dengan beberapa part GAY dalam cerita AJAIB. Biasalah makcik makcik kan. Overall aku sukaaaa. Banyak sangat quote2 yang aku suka dalam buku buku neh. Banyak. Tak dapat kira berapa banyak. Aku rasa ko penulis yang bijak! ! Aku nak cari KAMPUS nanti.
🕵🏻♂️ Okay so ni sambingan kepada Trilogi Ajaib #2. Fully mengisahkan tnth kehidupan Faiq aka Ayiq lepas kematian Izaq.
🕵🏻♂️ Yg menariknya kali ni sbb dpt tahu bahawa tak boleh ada lebih dri 6 org (yg ada 6th sense) yg boleh hidup dlm sesuatu kwsn. Bila yg ketujuh cecah umur 8 tahun, salah seorang drpd 6 budak 6th sense yg lain akn hilang kelebihan 6th sense dia.
🕵🏻♂️ Wujud satu kumpulan namanya Organisasi. Organisasi diwujudkan utk detect ahli 6th sense yg ke-7 dan bila wujud je ke-7, Adif pula akan padam 6th sense budak tu sblm umur dia cecah 8 tahun.
🕵🏻♂️ Uniknya novel ni sbb setiap budak yg ada 6th sense ni berbeza jenis 6th sense yg dimiliki. Contohnya Adif boleh padam memori, abdul Hasif boleh padam memori dan manipulasi fikiran, Alin boleh nampak masa depan dan sebagainya.
🕵🏻♂️ PS: banyak jugak quotes kat dalam novel ni😉
🕵🏻♂️ Fun fact! Tak tahu kenapa tpi aq rasa Mak Ayiq aka Puan Rose punya perwatakan sama mcm mak kawan Elena dlm novel Butterfly penulisnya Anna Lee.. (terfikir time tu yg diorg ni share idea ke utk buat watak yg sama?) 😆
Here we go. Aksara adalah sambungan daripada novel Awan - Trilogi Ajaib. Kali ni, penceritaan kisah adalah daripada Izwan, adik kepada si rambut selerak yang sudah... Hmm.. pergi?
Aku suka buku ni sebab penulis buku ni ialah Syafiq Aizat. Sejak kali pertama aku terbaca buku sapit, aku dah jadikan sapit Aizat sebagai fav author (sampai tulis dalam diari lagi. Dan aku harap dapat jumpa penulis suatu hari nanti)
Macam biasa, ayat-ayat sapit Aizat memang aku suka. Kalau part lawak, memang lawak. Kalau part sedih, memang sedih. Dan part yang sedih tu mestilah pada chapter selepas Ayiq jumpa dengan Adif dekat satu lorong.
Wasiat.
Sekali lagi air mata mahal aku jatuh gara-gara penulisan sapit. First kerana ending Awan. Second, kerana Yaw yang ajak aku untuk sama2 teresak ii di malam sunyi. Apapun, aku tarik nafas lega bersama niat nak tumbuk author kuat2 lepas dapat tahu yang si suka pakai singlet tu sebenarnya...
Bagi akulah... Maksud aku, bagi aku, bukan bagi orang lain. Bagi aku, antara Ajaib, Awan dan Aksara, aku paling suka Awan, diikuti oleh Aksara dan kemudiannya Ajaib. Ajaib paling last sebab suasana 'rancak' novel tu kurang dari dua novel selepasnya. Apa pun, aku tetap suka Ajaib, malah semua karya penulis ni.
Genre : mystery, teen fiction, psychological thriller Tag : sixth sense, detective, private organisations
Sungguh tak sangka dengan buku ni. Semuanya makes sense lepas baca buku ni. Perkara yang terjadi dekat buku pertama ngan buku kedua, semua persoalan dan terjawab dah.
Rasa puas hati giler. Saya faham sekarang kenapa buku ni pernah viral dan di-hype dekat tiktok masa zaman PKP dulu (2020).
Sebab saya rasa buku pertama ngan kedua agak bosan, so saya tak letak expectations tinggi sangat dekat buku ketiga. Tapi sangkaan saya salah.
Mungkin sebab awal-awal memang takkan faham, bila dah sampai pertengahan dan penghujung baru cam dapat klu sikit-sikit.
Tapi sengallah, saya rasa plot twist tu cam kelakar bila baca balik part tu😂👌🏻✨
Plot done well.
Watak-watak dalam buku ni semuanya menarik, even yang tak penting pun ada bahagian watak diorang yang jadikan ia menarik.
Definitely recommended. Tapi diorang cakap kena baca Kampus, Entiti dan Anomali sebab diorang cam dalam satu universe yang sama ngan buku trilogi ni. Jadi saya semestinya akan look forward untuk cuba membaca buku-buku tu.
Trilogi Ajaib ni tak de lar yang tak best. Dari buku pertama sampai ke 3 ni buat rasa berkobar-kobar nak baca. Haihh!
Aksara ni mula-mula baca agak belit-belit gak nak faham. Yelar, dah ingat-ingat lupa apa jadi dengan watak-watak sebelum ni. Tapi, masih teruskan baca. Aksara ni, mostly cerita pasal Fa'iq yang sekali lagi jadi detektif nak rungkaikan misteri mengenai adik Izaq, Izwan. Izwan ni tiba-tiba nak bunuh diri dan ada memori dia yang hilang. So, masa Fa'iq siasat benda ni, satu persatu terbongkar. Dalam buku ni, baru dapat jawapan, apa yang si Izaq tu buat dekat paksu Firdaus (masa dalam buku Ajaib - buku pertama) dan baru tau apa sebenarnya power Izaq ni. Fuh! Aksara ni agak berat nak faham sebenarnya. Haha. Tapi, nasib baik last tu baru faham. Pastu wasiat si Fa'iq ni buat orang syahdu lar. Tapi, apa yang paling tak boleh blah, ada ke bagi nama kumpulan dia tu "Pejuang Keadilan" ?? Berdekah-dekah sis ketawa. Ingatkan nama kumpulan dia tak lopek, ini lagi lopek lar. 🤣
Aku dah baca buku ni berulang kali (even semalam pun). Well, untuk sesiapa yang nak baca buku ni tapi tak pernah baca dari buku ajaib, pegi baca buku ajaib cepat! Kalau tak, you guys tak faham & elemen kejutan yang ada dalam buku tak jadi.
Buku ni salah satu favourite aku selain buku Awan. How to say this? Ok so you guys kena prepare minda dan akal yang telah diberikan Allah sebelum membaca kerana buku ni sangat pening sebab aksara - aksara tu lol
Yang paling penting, buku ni best. Obviously sebab ada buah hati aku, fa’iq. Ye, dia watak fiction je, aku tau tapi aku suka sarcasm fa’iq & style dia bercakap. Also, Izwan ni perangai dia comel especially part yang dia suka manja dengan Fa’iq. Kesian budak tu dari kecil dah macam2 dia lalui. Last but not least, aku pun rindu Izaq juga.
Ok dah tu je nanti ter-spoil pula. Silalah baca buku ni wahai manusia sekalian. Ciao!
Aku speechless jap baca buku ni😂 mula2 aku ingat trilogi Ajaib ni cerita slice of life je, sebab mmg buku first; Ajaib tu memang slice of life. Tiba-tiba masuk Awan... Eh??? Lepas tu aku macam... Oh. Okay. Tapi masuk buku ni.... EH??!!! Aku jadi bingung terus.
Tapi bagus lah buku ni, serabut-serabut pun penggunaan ayat dia simple dan mudah nak faham. Tak pening pun kalau baca. Cuma story dia tu dari buku ke buku memang mengejutkan aku sikit. Serius, berdebar je baca😂 takleh stop baca sebab nak tahu lebih lagi.
Aku pun takleh nak bencikan tiga-tiga watak utama dalam cerita ni. Sebab semuanya bagus budaknya 😂 aku pun khusyuk baca sampai tak nampak dah apa kekurangan buku ni😂 serius, dari cerita je cerita memang tak boleh nak jangka. So aku tak hairanlah buku ni popular waktu zaman sekolah menengah aku dulu 😂