Jump to ratings and reviews
Rate this book

Town Mall

Rate this book
Bangunan terbengkalai itu punya misteri tersendiri. Desas-desus mengatakan, projek itu terbengkalai disebabkan berlakunya gangguan makhluk halus pada pekerja-pekerja pembinaan dan jurutera yang menguruskan projek itu, menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan.

Selepas hampir 10 tahun terbengkalai, sebuah syarikat pembinaan tempatan yang terkenal di negara ini cuba menyambung semula kerja-kerja pembinaan dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat membeli-belah terkenal dan terkemuka di bandar Seremban.

Mampukah projek itu disiapkan dengan sempurna tanpa ada masalah? Adakah gangguan makhluk halus yang mengganggu sebelum ini benar-benar sudah tiada? Apakah hal yang berlaku 10 tahun lalu tidak akan berulang kembali?

752 pages, Paperback

First published January 1, 2015

25 people are currently reading
272 people want to read

About the author

Hasrudi Jawawi

21 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (37%)
4 stars
38 (30%)
3 stars
23 (18%)
2 stars
7 (5%)
1 star
9 (7%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 17, 2016
2.35* untuk Town Mall!

Masa keluar iklan mengenai buku ini di laman muka buku, serius aku sangat teruja. Kavernya saja sudah menjanjikan sesuatu yang mungkin mampu mengujakan aku. Namun...

Tak sangka buku seram ni macam kamus dewan bahasa. Atau kertasnya yang tebal? *Batuk!*

Serius aku mula takut nak baca. Bukan takut sebab seram tapi takut aku jadi bosan. Dan apa yang aku jangka memang betul-betul jadi. Maaf~

Buku seram yang tebal ni ada dua jenis saja. Pertama, buku seram yang tebal tapi bosan. Banyak yang akan diulang-ulang. Kedua, buku seram yang tebal dan sangat mengujakan dengan pelbagai elemen yang terselit. Namun, jarang kau temui yang kedua. Dan buku ini, jenis yang pertama. Maaf sekali lagi~

Dan seperti review saudara Heril Azwan, narasi penulis yang kemas dan teratur, memang patut dipuji. Iyalah, dah namanya senior di dalam bidang penulisan. Lagipun dah banyak buku yang dihasilkan oleh tuan penulis. Jadi itu bonus buatnya ketika menghasilkan karya yang baru. Tahniah!

Seram yang dah biasa. Buat aku mengeluh dan mood hilang. Kalau boleh, aku malas nak habiskan. Tapi sayang pulak!

Apa-apa pun buku ini bukan tak best, mungkin tak kena dengan citarasa aku. Kalian cubalah. Manatau kalian suka.

Peace!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
June 20, 2020
Ok.. Seriously seram.. Saat kau mula membaca novel Town Mall ini kau dah terasa keseramannya. Sedari awal kau akan dihidangkan dengan lauk keseraman yang boleh membuatkan bulu roma kau tegak.. Kau akan mula mengumpul klu dan tanda untuk lebih memahami cerita Town Mall ini. Cerita dia sebenarnya mengisahkan seorang perempuan yang mati dibunuh. Punyalah ramai yang tau pasal perempuan tu tapi mereka buat xtau je. Kerana sikap tak endah merekalah, tragedi demi tragedi berlaku.. Kematian demi kematian.. Keseraman nya terletak pada gangguan yang sangat extreme.. susah juga nak jangka yang mana manusia, yang mana makhluk tu..
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 19, 2016
Sekali lagi, kisah mengenai roh yang tidak tenteram dipaparkan.
Sebagai peminat novel genre sebegini, agak mengecewakan kerana tema sebegini masih diketengahkan tanpa ada pembaharuan. Maaf, sejak dari awal saya boleh mengagak kisahnya.

Cuma, gaya penulisan penulis wajar diberi pujian. Terlihat kematangan penulis dari segi olahan & penceritan yang kemas & teratur. Walaupun memaparkan tiga kisah berbeza, perkaitannya secara tidak langsung disampaikan dengan baik.

Tapi, dari segi elemen seram, saya rasa penulis menggunakan formula yang sama seperti filem seram/novel seram lain, malah kisah pertama & kedua seakan-akan sama, cuma ditukarkan watak & nama sahaja. 2 cerita pertama mengenai Rusdi & Ariani, masing2 kematian kawan rapat mereka tetapi kedua2 nya dihantui roh kawan mereka.

Agak lelah juga menghabiskan nashkah ini kerana adengan-adengan seram yang berulang2 sehingga mengurangkan mood seram itu.

Apapun, tahniah tuk penulis.
Profile Image for Safura Mizhar.
48 reviews5 followers
June 26, 2025
Novel horror pertama yang saya baca. Saya suka penceritaannya tapi banyak sangat scene berulang. Semua gangguan yang berlaku lebih kurang sama sahaja. Penat nak baca banyak kali. Panjang sangat. 700 lebih muka surat. Penulis kene jadi lebih kreatif lagi kalau nak tulis buku panjang-panjang ni. Ayat yang sama berulang banyak kali. Redundant.
Satu lagi, apa terjadi pada Mawar? Hilang macam tu je wataknya.
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
September 21, 2025
Buku ni ada BANYAK watak. Dia terbahagi kepada tiga bahagian

1. Kisah Rusdi, salah seorang engineer untuk Projek Townmall
2. Kisah Ariani, salah seorang wakil syarikat untuk Projek Townmall.
3. Kisah tiga sekawan, iaitu Danie, Adha dan Yusof yang ada menyimpan rahsia daripada 12 tahun lalu.

Ada SEBAB kenapa hantu yang terkubur di salah satu dinding dekat Townmall tu menyerang mereka sampai ke penghujung nyawa mereka. And korang takkan dapat tahu sampailah ke tiga bab terakhir buku yang mengandungi 737 muka surat ini hahaha....

Okaylah, elemen seram tu ada. Cuma rasa macam buku ni makin drag dia punya plot sebab kitanya dah sampai separuh nak tahu sikit² ah kenapa hantu tu dok kacau diorang. Tapi takde klu pun. Adalah hint sikit tapi dia cam tidak menjawab banyak² persoalan sampailah ke TIGA BAB TERAKHIR TU.

Like at least sprinkle ah sikit salah satu twist tu. Ni dok ulang "kenapa kau abaikan aku?" & "Bebaskan aku" aku dengan watak sendiri pun blank ngan si roh tu nak apa sebenarnya.

At least terjawablah juga segala persoalan dekat hujung buku ni. And kita akan faham kenapa roh tu buat apa yang dia buat dekat watak² tu.

Salah satu pengajaran utama daripada buku ini adalah kesan buruk apabila kita sebagai bystander tidak membuat laporan kepada polis apabila kita ternampak seseorang melakukan jenayah.
Profile Image for NUR. AKMA.
10 reviews1 follower
August 5, 2016
Baru je habis baca minggu lepas. Over all cerita ni agak membosankan sebab ada sesetengah cerita tu banyak yg berulang2. Novel ni paling lama saya nak habiskan. Tapi apa2 pun tahniah untuk Hasrudi Jawawi sebab berjaya hasilkan setebal ni.
Profile Image for Fiq Almiezan.
5 reviews
December 17, 2017
Buku ni best..Seram...Banyak terkejut2..And Cerita dia ada macam2 and berkait..Good book to read..
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
September 7, 2023
wah akhirnya saya berjaya habiskan 😭😭😭☝️☝️

satu perkataan yang boleh saya gambarkan melalui buku ini ialah GEMPAK !

penulisan yang ditulis oleh penulis sangat teratur dan kemas. setiap cerita disampaikan dengan satu per satu. dan setiap saspen dalam each scene disampaikan dengan baik sampai saya rasa seram sehingga ke tulang.

mengisahkan tentang roh yang tidak tenteram yang terperangkap dalam bangunan terbengkalai yang akan dibina menjadi mall dan hotel pada masa kini. kiranya roh ni nak minta tolong orang lepaskan dia. tapi yang menariknya ada target tersendiri tau. dan apa motif dia? saya pun tak pasti sampailah ending dia baru saya faham. takkan saya nak spoil dekat sini ye dok?

rusdi :- pengurus syarikat. orang pertama yang dikacau.
ariani :- engineer syarikat yang bekerjasama dengan rusdi dalam pembinaan town mall
yusof :- pekerja mph dalam town mall

mulamula saya sukar nak faham apa kaitan diorang ni. rupanya LAH SEMUA SALING BERKAIT. orang tu orang ini ada kaitan. dan setiap kali ada scene seram mesti saya macam terfikir aik tu siapa? aik apa susah sangat tok megat nak tolong? kenapa roh tu nak kacau jugak? apa motif?

honestly 737 pages tak cukup. nak cukupkan seribu pun boleh hehe sebab saya suka penulis punya buku. best gila! semua seram and deserved 5 stars !! okaylah pergilah baca sebab saya nak semua rasa keseraman dia. btw sedih tu ada - lagilagi bila orang yang kita sayang mati. cuma yang saya pelik siapa mawar? mawar tu wujud tak eh? hm
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
July 4, 2025
Ulasan Buku Town Mall oleh Hasrudi Jawawi

4 bintang untuk buku ini ⭐⭐⭐⭐

Maaf, mungkin sebab buku ini agak tebal, jadi ambil masa juga nak habiskan 😅 Tapi jangan risau, tetap puas hati! Cuma kalau nak bandingkan tahap seram, jujurnya — Pengabdian masih jadi penanda aras utama saya. Antara buk..buk..buk dan chik..chik..chik, saya rasa versi chik lebih seram. 😆

Seram dalam Town Mall lebih kepada elemen “cak-cak!” dan menyamar jadi orang terdekat — yang bagi saya agak biasa dan dah boleh jangka. Plotnya tentang sebuah town mall yang ingin dihidupkan semula oleh syarikat pembinaan, tapi gangguan mula berlaku ke atas beberapa watak.

Plot twist pun agak mudah dijangka sebab ada petunjuk awal yang terlalu jelas. Jadi, saya tak terlalu terkejut bila penjelasan terungkai.

Namun, apa yang menarik — buku ini lebih kepada misteri penyiasatan kematian beberapa watak. Dan bahagian akhir tu agak mengejutkan juga, bila akhirnya kita tahu siapa sebenarnya yang terima khadam — bukan orang yang kita sangka!

Satu pesanan penting: Jangan abaikan apa yang dibaca. Setiap petunjuk ada maknanya.

Dan oh ya, Mawar bukan hantu! 🤣🤣 Maaf Mawar, saya silap percaturan. Ingatkan plot awak sama dengan mangsa pertama — rupa-rupanya tak!

Kalau nak tahu tahap seram sebenar, belilah dan baca sendiri. Walaupun tak terlalu menakutkan, misterinya tetap menghiburkan!
November 14, 2025
Akibat terlupa saya telah membaca novel ini sebanyak dua kali dan hanya menyedari setelah separuh membacanya, alang-alang sudah membacanya maka terpaksa menghabiskan bacaan saya.

Saya membaca novel ini kembali kerana teringatkan ianya diadaptasi ke filem aksi benar dan diarahkan pelakon Eizlan Yusof, namun begitu saya tidak berminat menonton versi filem sama sekali.

Agak mengejutkan novel ini sangatlah tebal, antara novel penulisan Hasrudi Jawawi/Rudy Hirdy yang dibeli saya selama ini. Novel ' Town Mall ' yang paling tebal sekali dan jenuh untuk dihabiskan bacaannya.

Manalah tidak tebal umpama dua buah novel ataupun tiga buah, ianya berkisarkan watak-watak yang berbeza-beza namun persamaan di antara mereka adalah saksi suatu kes dan dosa mereka adalah mengabaikan apa yang disaksikan.

Pada saya novel ini bolehlah tahan menarik, namun sayangnya bukannya kesukaan saya. Malah ianya tidak menyeramkan langsung, mungkin kepada orang yang penakut.
Profile Image for Puteri Tasha.
10 reviews
January 18, 2025
No wonder this novel got picked for a film adaptation—it’s practically made for the big screen. The storyline is cinematic and definitely fits the vibe of a movie. But as a book? Honestly, it wasn’t all that exciting to read (at least for me). It just kept circling back to the same plot points, same scenes, same everything. To be real, it felt pretty monotonous and, well... a bit dull.

I gave it a shot since, hey, if it’s getting a movie, it must be amazing, right? But nope—looks like my expectations set me up for disappointment. Woop woop, my bad!

ps/ nothing in this book was tab-worthy—literally nothing.
Profile Image for Nur.
45 reviews4 followers
October 8, 2017
Saya jenis yang suka baca banyak2 buku at the same time. However, hanya certain books yang saya actually boleh habiskan. And I have finished this book in 2 days! Memang best. Tapi, Hasrudi kena tukar pengunaan perkataan fasal jadi pasal.... dalam buku banglo section 12 pon sama. Perkataan fasal needs to change to pasal. overall cerita memang boleh tahan creepy. Tu psl sy nk hbskan cepat sbb selagi xhbs, selagi tu minda xblh nak tutup. Saya suke cerita ni. Best! Recommended!
Profile Image for Nitha Nairu.
25 reviews1 follower
April 18, 2020
Cerita seperti biasa hantu membalas dendam. Cerita asyik berulang. Sedikit membosankan tapi tahniah kepada penulis berjaya membuatkan saya teruskan pembacaan hingga akhir. Kewujudan setiap watak dibawa dengan flow. Tidak ada watak yang tergantung begitu sahaja. Tahap keseraman bagi saya tidaklah begitu menakutkan seperti seawal pembacaan. Mungkin pengulangan cerita membuatkan perasaan seram tidak lagi wujud. Secara menyeluruh bagi saya tidak ruginya membaca.
Profile Image for Kayblack.
34 reviews1 follower
November 12, 2017
my fav novel... hasil penceritaan yang bagus dan penuh tanda tanya...terfikir fikir apa yang akan jadi seterusnya..wajib baca
Profile Image for M Ju Kitchen.
4 reviews
April 5, 2018
Best .......suke sangat ...
untuk yg mcm saya jenis penakut tapi minat baca novel2 seram ini dah kira tahap boleh xmau kuar bilik.....hehehehhehe
ape pun saya suke penceritaan nie.
99 reviews2 followers
May 6, 2021
Penceritaan berulangkali..tapi masih boleh diterima..cuma tak suka ending dia tergantung seperti kisah di drama tv sahaja.
Profile Image for Zuzu Zain.
136 reviews
January 31, 2024
Start cerita Rusdi okay lagi, masih seram biasa. Masuk Ariani dah mula seram gila dah !
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sansuriya82.
59 reviews1 follower
March 22, 2025
“Town Mall” ialah novel seram karya Hasrudi Jawawi tentang sebuah pusat beli-belah terbengkalai di Seremban yang dikatakan berhantu. Gangguan makhluk halus menyebabkan projek itu terhenti selama 10 tahun sebelum usaha untuk membangunkannya semula dimulakan.

Novel ini mendapat pelbagai reaksi—ada yang memuji jalan ceritanya yang seram dan mendebarkan, sementara ada yang merasakan plotnya agak berulang. Ia juga telah diadaptasi ke filem pada tahun 2020.

Sesuai untuk peminat cerita misteri dan seram tempatan!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
January 16, 2016
12
Setelah dikecewakan dengan novel CBDCC, akhirnya saya mampu menarik nafas lega dengan karya seram nukilan penulis ini. Saya kira adalah lebih baik penulis statik dengan genre ini.

Town Mall dibahagikan kepada tiga kisah. Rusdi, Ariani dan Marini. Pada awalnya, kita akan tertanya-tanya kenapa mereka yang dikacau kerana penulis seperti tidak memberi petunjuk walaupun seperti boleh diagak. Sehinggalah kepada beberapa halaman terakhir barulah penulis menceritakan hal yang sebenar.

Tahniah buat penulis kerana berjaya mewujudkan elemen tanda tanya dalam diri saya sebagai pembaca. Paling penting, jangan sekali-kali abaikan apa yang kita lihat!
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.