Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anak-anak Abah

Rate this book
ANAK ANAK ABAH (AAA) is a tale from a father about his five wonderful kids. Each child has different personality and character. A rendition direct from the heart of how a father appreciating each moment with his kids and how raising them made him a better person to understand potential of and unique individuality of the five of them.

A tale that are packed with what loving your family is all about written beautifully with pure emotions - laughters, tears, joys, happiness, sadness and everything else.

Inspirations are an unerstatement of what this book could express really.

Just enjoy the journey of AAA.

:-)

288 pages, Paperback

First published January 1, 2015

3 people are currently reading
33 people want to read

About the author

Nazali Noor

6 books38 followers
Bestselling book details Malaysian academic’s journey

Image of Nazali Noor with his book at book launchLJMU Senior Lecturer in Facilities Management Nazali Mohd Noor’s autobiographical book about his journey from a small village in Malaysia to academic life in Liverpool has been published by Karangkraf, one of the largest publishers in Malaysia.

The book, Ulu Yam di Liverpool (UYDL), sets forward positive vibes on how you should pursue a dream despite all the challenges that you might encounter.

Nazali joined LJMU in 2008 as a PhD student in Facilities Management. He is a Certified BIFM member (CBIFM) and a subject matter experts' group member of the Chartered Management Institute (MCMI). His key areas are Property, Facilities Management, Property Marketing, Real Estate Agency and Property Development. He gained his Bachelor degree (Hons) in Property Management and MSc in Facilities Management from Malaysia in 1996 and 2002 respectively.

He is currently pursuing PhD research on developing an optimum collaborative innovation framework for facilities management with focus on BS 11000. He has been invited as speakers to share his knowledge and experience in facilities management at many international platforms.

Nazali’s book was recently released nationwide in Malaysia and is currently third in the best sellers non-fiction category in MPH Bookstores throughout the country, and will soon be available in English and in an e-book format.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (57%)
4 stars
12 (31%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
January 18, 2016
Sebuah buku yang menceritakan pengalaman penulis membesarkan lima orang anaknya. Tak tahu nak mula tulis reviu macam mana sebab banyak sangat nak diceritakan, mungkin sesuai diceritakan dalam bentuk poin:

1. Saya kagum kebolehan penulis untuk menulis sesuatu yang sangat dekat dengan kita semua. Pada mulanya saya fikir buku ini hanya sesuai untuk para ibu bapa. Tapi ternyata meleset, buku ini sememangnya mengimbau semula kenangan bersama saya dan ibu bapa (sewaktu kecil). Apabila terbaca kisah penulis dengan anaknya, saya teringat-ingat memori indah saya bersama ibu bapa sendiri.

2. Peluang yang Allah berikan kepada penulis untuk membesarkan anak di Malaysia (3 orang anaknya lahir di sini) dan UK (2 orang) membolehkan penulis membuat perbandingan kehidupan berkeluarga di dua lokasi ini. Antaranya adalah kesukaran mencari wang, cabaran dalam menyesuaikan diri di tempat baru dan sebagainya. Pengalaman ini jarang dipunyai oleh kebanyakan pelajar atau masyarakat Malaysia di UK. Hal ini membuatkan apa jua karya yang dihasilkan penulis bersifat unik, ditambah lagi dengan kehebatan penulis untuk menceritakan sesuatu kisah dengan cukup baik sekali.

3. Boleh dikatakan hampir setiap bab, penulis memberi cadangan bagaimana seharusnya pembaca bergaul dan melayan anak-anak. Antaranya adalah mendengar masalah anak-anak, bagaimana untuk bergembira bersama anak-anak tanpa mengeluarkan wang yang banyak dan bermacam-macam lagi. Terlalu banyak untuk saya senaraikan di sini sebenarnya. Tapi apa-apa pun, teknik dan kaedah yang dicadangkan sememangnya sudah kita sedia maklum, cuma penulis mengingatkan kita kembali berserta dengan contoh praktikal daripada kehidupannya sendiri.

4. Anak-anak penulis pula berjaya daripada sudut yang berbeza - ada yang hebat dalam pelajaran, ada yang hebat dalam sukan tapi sedikit kurang dalam pelajaran = tapi kedua-dua anak ini tetap diraikan kemampuan/kebolehan masing-masing, tetap dibanggakan. Suatu untuk diinsafkan oleh kita yang acap kali menjadikan kejayaan dalam akademik sebagai penentu kemajuan seseorang, walhal masih banyak orang yang cemerlang dalam kehidupan dari aspek sukan, perniagaan dan sebagainya. Mengapa hanya disempitkan kejayaan pada pencapaian akademik?

Rasa macam dah panjang sangat. hehe.

memang buku ini terbaik untuk bacaan santai.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 4, 2016
Tuan Nazali Noor (NN) tak pernah gagal menginspirasi dalam buku-buku beliau. Lebih-lebih lagi dalam AAA. Saya tabik dengan NN yang benar-benar bersama dengan setiap inci kehidupan anak-anaknya yang berlima.

Tertanya-tanya juga, kalau saya disuruh menulis tentang setiap anak-anak saya yang berempat itu, mampukah saya menaip satu mukasurat penuh yang paling minima?

:(

Banyak yang boleh dipelajari daripada NN ini. Saya belajar beberapa kata kunci;

zahirkan

luahkan

hargai

dengar

kerana ini ramuan asas untuk komunikasi berkesan dengan anak-anak. Anak-anak bukan hanya kilang akademik, tapi kehidupan masa akan datang yang dibentuk oleh ibubapa. Buruk acuan, buruklah hasilnya.

Insya-allah. Tuan NN, saya tiru!
Profile Image for Ummu Sakinah Muhammad.
3 reviews
February 27, 2017
Review yang ringkas sahaja untuk buku ini.

Membaca buku tuan Nazali ni membuatkan saya nak baca buku-buku tulisan beliau yang lainnya.

Dan kesan selepas membaca buku AAA adalah, saya mahu segera berhijrah dan merasakan kehidupan di negara orang.

Tuan Nazali adalah seorang ayah yang baik dan beruntung anak-anak tuan. Semoga mereka mewarisi kebaikan yang ada dalam diri tuan!

Respect to the writer!
Profile Image for Hamidah Effendi.
367 reviews1 follower
September 9, 2025
Ulasan ikhlas : Anak-anak Abah – Nazali Noor


“Bila abah tiada nanti….”
.
.
Petikan ini terus menikam hati. Bayangkan bila orang yang paling rapat dengan kita ucapkan kata-kata sebegini. Kalau aku, memang akan menangis tak berhenti. Buku ini betul-betul potong bawang, apatah lagi bila tahu penulisnya sendiri, arwah Nazali Noor, sudah tiada. Tetapi, tulisan beliau masih hidup dan terus menyentuh hati.

Ada orang fikir, “Aku tak ada ayah atau mak, jadi tak perlu baca buku macam ni.”
Atau, “Ayah aku garang, aku tak suka dia.”

Tapi sebenarnya tak ada alasan pun untuk abaikan buku ini. Kita semua ada kisah silam dan pengalaman berbeza. Cuma satu perkara pasti – kita mungkin akan jadi ibu bapa suatu hari nanti. Dan waktu itu, ilmu sangat penting. Kita tak boleh hanya harap “nanti pandai sendiri”.

Melalui buku ini, arwah Nazali Noor kongsi tip-tip ringkas yang boleh terus kita praktikkan pada anak-anak. Konsep yang beliau bawa jelas – anak-anak belajar daripada apa yang mereka lihat. Bila kita berubah, mereka juga akan ikut berubah.

Bayangkan pulang ke rumah, disambut anak yang makin lembut hati kerana kita sendiri mula ambil peduli. Inilah antara sinar yang ditunjukkan dalam buku ini – perubahan kecil demi kecil yang akhirnya membawa cahaya di hujung jalan.

Tak kisahlah anda sudah berkahwin atau belum, buku ini wajib baca. Persediaan sangat penting. 🥰
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
November 16, 2023
Sebuah buku yang sesuai dibaca semua.. Perkongsian seorang ayah mengenai anak-anak yang boleh dijadikan panduan dan tauladan..
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
October 18, 2020
Untung Tuan Nazali sudah tulis buku tentang memorinya bersama anak-anak. Allah takdirkan beliau pergi dahulu sebelum sempat melihat cucu-cucunya nanti. Banyak diulang kata-kata : My family is my life. Alhamdulillah anak-anaknya pun tertib dan loving. Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Bukunya ini menyuntik semangat bagi saya yang membaca ini. Anak-anak tidak selamanya kecil. Nak mendepani cabaran mereka meningkat usia dari kanak-kanak ke remaja seterusnya dewasa bukan perkara mudah. Tapi dengan didikan yang betul insya Allah boleh lalui dengan baik.

Komunikasi dua hala dengan anak penting termasuk mendengar masalah mereka,berbual dan ambil tahu.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
December 22, 2015
Benar seperti kata anak-anak beliau di dalam buku ini, sang penulis merupakan seorang storyteller yang baik. Indeed he is.

Dari buku pertama (Ulu Yam di Liverpool) hingga yang ini buku ketiga, memang tidak mengecewakan. Sarat dengan kisah peribadi sang penulis, memori beliau mengenai keletah anak-anak beliau yang sedang membesar di negara orang. Penuh dengan nasihat, motivasi, panduan hidup dan tidak kurang juga motivasi untuk kita terus berjaya dalam hidup.

Buku ini dicadangkan untuk segenap lapisan masyarakat baik tua mahupun muda yang bujang mahupun yang sudah berkeluarga. Walau ditahap mana pun usia anda, anda pasti akan dapat sesuatu yang baru dari kisah hidup penulis ini.

Tidak salah untuk kita belajar sesuatu dari anak-anak kecil bukan? Ilmu Allah itukan Maha luas, dan boleh datang dalam pelbagai cara.

Tidak begitu Abang Naz?
102 reviews2 followers
December 25, 2020
My family is my live. Suka dengan ayat ni. Ayat yang diulang-ulang oleh penulis. Benar. Keluarga adalah tunjung kepada kekuatan kita.

Penulis mengamalkan komunikasi dua hala bersama anak-anaknya. Ini menjadikan hubungan mereka sekeluarga amat rapat. Titipan nasihat buat anak-anak pun ketika berborak santai.

Beruntung anak-anak penulis, abah mereka nukilankan kisah mereka dalam buku ni. Bila rindu menjengah buku ni boleh dijadikan pengubat.

Al Fatihah buat penulis.
Profile Image for Fathin Munirah.
6 reviews29 followers
January 11, 2016
Buku kedua yang saya baca dari encik Nazali Noor. Habis dibaca dalam masa hanya beberapa jam. Anak-anak Abah, buku pertama yang saya sungguh-sungguh mahukan edisi terhadnya. Cerita mengenai 5 orang anak-anak penulis yang berbeza personaliti tiap satunya, dari si kecil Awwab, Adam, Najmi, Najman dan si puteri tunggal, Najwa. Pada mulanya, saya fikir buku ini hanya untuk ibu bapa, iyalah, cerita yang dikongsi dari seorang ayah tentang anak-anak. Ternyata sangkaan saya meleset, setiap cerita yang dikongsi walaupun untuk dibaca oleh ibu bapa lain ternyata turut memberi pengajaran kepada kami, sebagai anak-anak. Dari keletah si comel Awwab yang memberikan jambangan bunga buatan sendiri kepada ibunya semasa berumur tiga tahun sehingga kepada kisah Najwa yang bersungguh-sungguh mahu menunaikan janjinya pada nenek yang ingin mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Setiap kali habis satu kisah, saya merefleks(?) diri sendiri. Beginikah saya, begitukah saya? Alhamdulillah, terima kasih untuk penulis kerana sudi berkongsi cerita dengan kami, anak-anak abah yang lain.

Banyak lagi nak cerita, sambung kat blog lah nampaknya. Again, thanks a lot encik Nazali!
Profile Image for Sufian Ahmad.
5 reviews
December 29, 2015
Buku AAA ini merupakan buku ke-3 (oleh abg nazali noor) yg saya miliki dan yang paling penting adalah edisi terhad. Kenapa saya memilih untuk mendapatkan edisi terhad kerana disetiap edisi terhad akan terdapat bab Bonus (yg tidak terdapat dalam edisi soft cover).

Untuk buku kali ini saya amat tertarik dengan ayat berikut: "Simple itu Indah, Complicated itu resah".

Abg naz mengajak pembaca untuk sentiasa menghargai momen2 bersama anak-anak dan juga insan tersayang. Laksanakan aktiviti atau momen2 simple tak perlu untuk resah memikirkan aktiviti2 yang memerlukan nilai wang yg tinggi, sudah memadai.

Saya bersetuju dengan anak2 abg naz yg abg naz ada seorg "pencerita" yang bagus. Sentiasa mempunyai modal untuk memberikan inspirasi pada anak2, org sekeliling dan juga pembaca2.

Untuk abg naz, saya tunggu buku ke-4 abg naz tentang kak ain (UYDL3)- seperti biasa Edisi Khas ye abg naz..
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
May 8, 2016
Encik Nazali Noor berkongsi pengalamannya dalam membesarka. 5 orang anaknya. Beliau yang dulunya sibuk dengan profesionnya sehingga tiada masa yg dapat diluangkan bersam anak-anaknya. Selepas berhijarah ke Liverpool, barulah beliau dapat meluangkan masa yg lebih panjang untuk anak-anaknya. Setiap detik bersama anak-anaknya, dijadikan momen-momen indah. Beliau mahu anak-anaknya tidak melupakan momen-momen itu..

PROUD TO BE ANAK ABAH !!!
PROUD TO BE ANAK EMAK !!!
Profile Image for Nurul Amirah.
109 reviews4 followers
December 31, 2015
as i read this book i will tears my eyes out along with the lines that remind me of my father or the struggles of a father to bring up his children.maybe our stories were different but somehow there were some point that we feel the same
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
August 25, 2025
Saya biasa melihat buku Ulu Yam di Liverpool semasa masa muda saya. Zaman menuntut di universiti dulu tetapi tidak pernah tergerak hati nak baca, maklumlah zaman muda, buku-buku pilihan penuh dengan novel cinta dan bacaan seusia saya ketika itu. Saya juga maklum bahawa penulis UYDL telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. 


Inilah pertama kali saya baca tulisan beliau, buku bertajuk ‘Anak-anak Abah’ asbab KRC 2025. Ya, mungkin untuk tambah bilangan buku yang dibaca. Tak ku sangka, banyak kali air mengata mengalir semasa pembacaan buku ni. MasyaAllah. 


Buku ini menghimpunkan cerita-cerita dan anekdot kesemua lima anak-anak beliau. Najwa, Najman, Najmi, Adam dan Awwab. Tak lupa diselitkan juga watak isteri, Puan Ain. Apa yang menyebabkan saya sangat terkesan ialah banyak sekali ayat ‘bila abah dah tak ada nanti’, seolah-olah beliau tahu dia akan pergi tak lama lagi. Buku ini diterbitkan pada tahun 2015 dan beliau meninggal dunia pada 2020. 


Saya dapat rasakan beliau seorang abah, suami, anak dan insan yang sangat baik. Kata-kata beliau pada anak-anak penuh kasih dan cinta. Beliau tekankan betapa pentingnya untuk meluangkan masa bersama keluarga dan beri perhatian pada anak. 


Saya pun pantas lah melihat akaun FB isteri beliau dan dapat saya lihat anak-anak beliau sudah besar panjang belaka. Semoga pahala mengalir untuk penulis yang berkongsi kisah, menulis dan berkongsi perkataan yang baik-baik. Inspirasi buat saya juga. Alfatihah Allahyarham Nazali Noor. 
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
September 14, 2025
Cerita tentang lima orang anak penulis, Awwab, Adam, Najmi, Najman dan Najwa, yang memberi pelbagai rasa buat saya - senyum, terharu, bangga dan kagum. Membaca buku ini ketika saya tahu penulis tiada lagi di dunia yang fana ini, membuatkan saya sentiasa berdoa semoga penulis ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, sedangkan saya belajar banyak sekali tentang bersyukur dan menghargai detik-detik hidup yang masih ada. Semasa membaca buku ini juga, tidak dapat tidak, rasa hiba seringkali menjengah jiwa saya.

Walaupun saya belum mempunyai anak, apatah lagi seorang isteri seperti Ain yang setia bersama penulis, buku ini tetap menyentuh hati saya pada lubuk yang paling dalam. Setiap topik yang ditulis ringkas, namun jujur daripada seorang penulis begitu terasa dalam karya beliau. Pada akhir topik pasti persoalan kekeluargaan yang terbit, menjadikan tulisan ini berbentuk interaksi dua hala yang membuatkan saya sebagai pembaca acapkali berbicara dengan penulis. Yang nyata, saya hanya bercakap sendirian. 😅

Buku ini mengajar saya untuk menghargai orang-orang di sekeliling serta menyemai dan menyuburkan perkara-perkara baik dalam diri sendiri dan anak-anak. Kadang-kadang, ibu bapa juga boleh belajar banyak perkara daripada anak-anak sendiri.
Profile Image for Ummu Roman.
22 reviews1 follower
December 4, 2019
Diceritakan telatah anak-anaknya satu per satu. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup selain melihat bayi yang kecil membesar menjadi seorang yang berfikiran matang.

My family is my life. Ini yang dipegang penulis. Apapun, dalam pemerhatuan aku kebanyakan orang memegang prinsip ini setelah berkeluarga. Alangkah lebih baik ia prinsip ini dipegang walaupun belum punyai pasangan hidup. Oleh itu, anak muda akan melebihkan famili sendiri dari orang lain.

Ini hanyalah pandangan aku, lain keluarga lain penerapan. Semoga kita termasuk dalam mementingkan keluarga.
Profile Image for AnisSya.
9 reviews
November 13, 2020
Beginilah gaya parenting yang saya tanamkan dalam hati. Moga menjadi kenyataan insyaAllah. Alfatihah buat Almarhum Nazali Noor.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
November 1, 2023
Sedih sebab baru habis baca dan baru tay penulis dah meninggal tahun 2020. Alfatuhah untuk penulis.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.