Jump to ratings and reviews
Rate this book

Srengenge

Rate this book
Memaparkan konflik nilai di kalangan watak-watak di sebuah desa terpencil. Ini berlaku kerana munculnya manusia yang bersikap dinamik untuk mengubah cara hidup mereka agar sesuai dengan zaman moden. Prinsip ini membawa kepada pertelingkahan dengan manusia yang bersikap mahu mempertahankan nilai-nilai lama seperti percaya kepada penunggu dan enggan memugar bukit untuk tanaman baru bagi kepentingan diri masing-masing. Masalah ini lebih dibebani oleh Imam Hamad selaku ketua yang harus membuat keputusan untuk menerima atau menolak nilai-nilai baharu itu. Akhirnya Imam Hamad mati akibat perbuatan kuasa ghaib yang dipercayai dilakukan oleh golongan yang percaya kepada hantu tadi sebagai balasan daripada niat buruk ketua tersebut. Shahnon, sekali lagi memaparkan unsur-unsur khayalan dan ingatan yang memberi kesan kepada kehidupan desanya dan ternyata memberikan kesegaran alam mengolah unsur-unsur tradisi.

231 pages, Hardcover

First published January 1, 1973

27 people are currently reading
416 people want to read

About the author

Shahnon Ahmad

70 books149 followers
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.

Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.

Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).

Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.

Source: Wikipedia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
74 (40%)
4 stars
74 (40%)
3 stars
25 (13%)
2 stars
5 (2%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Steve.
441 reviews582 followers
Read
August 14, 2014
To live was to work. When there was no work, a man died. Life was work.

These are the words 55 year old Awang Cik Teh lives by, a rice farmer in the second novel by the Malaysian author Shahnon Ahmad I've read. His No Harvest But a Thorn , again a story of Malaysian rice farmers, was one of the most intense reading experiences I've had for a very long time, one of the sort where I turned the pages with a cringing hesitancy because nearly every page brought new pain and suffering to characters whom I cared deeply about. Srengenge (1973) is a very different kind of read.

Uncle Awang decides one day that the mountain Srengenge at whose foot he lives and works must be cleared of its rain forest and turned into arable land. Not because he and the rest of the village need the additional food, but because he needs a new project - one last big project before he pulls the shades down. Unfortunately, his past big projects had exploded in the villagers' faces, leaving much ill feeling. Also uncomfortably for his big plan, many of his fellow villagers loved the forest on the mountain for as many different reasons as there were men. Some loved to hunt porcupines; some loved to hunt mousedeer; some loved to match their fighting birds against the wild birds of the forest; to mention a few. If the mountain were to be cleared, then all of these people would lose not merely a form of recreation, but, in each and every case, the object of the man's obsession.

For the men of this village are extremists. Each neglects the care of his home, family and property in order to indulge in his obsession.

The elements of a rather explosive mixture have therefore been brought together.

But, instead, something else occurs. After a shameful act by the village imam, the story veers off into a possession. And here the reader finds that despite the Islamic veneer, Malaysia is quite thoroughly a southeast Asian country, illustrated by, among other things, an exorcism in which not only Moses, Jesus and Muhammad are invoked, but also Hanuman and autochthonous spirits such as the shepherd of the black tigers. I won't give away more of the plot, but I will praise Ahmad for his vivid writing and his insight into the characters, their relations and their surroundings.

In No Harvest But a Thorn, where it was about naked survival, women, even daughters, were equal partners in the business of life. Everybody knew what had to be done, and everybody did as much as they could. Everyone was necessary and accepted as necessary. In Srengenge, on the other hand, women - i.e. wives, for there are no other women - are ordered about like slaves, talking back occasionally and then scurrying off to the kitchen for refuge with the other women, their husband's abuse flying about their ears. The ritual uncleanness of women in both the Islamic and the Hindu traditions couple to result in a most unfortunate position for females.

Now what I don't understand is how is it that these people have all of this free time available between the planting and the harvesting of the rice, while in No Harvest But a Thorn that was the time when it was necessary to wage the fight against all of the multitudinous plant, insect and animal pests preying on the growing and ripening rice nearly 24 hours a day?

Rating

http://leopard.booklikes.com/post/955...
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
June 28, 2016
Lama. Memang lama untuk menghabiskan buku 310 halaman ini. Rentetan tugas yang tidak berpenghujung. Ramadhan pula bagaikan ada "badi", seperti tahun-tahun lepas, sukar benar mahu meluang masa untuk membaca.

Dipaksa. Tamat juga.

Srengenge, buku karya SN Shahnon Ahmad yang pertama saya baca. Selama ini hanya mendengar namanya sahaja. Buku ini saya beli ketika di PBAKL yang lepas. Itupun yang menarik minat saya setelah saya tahu buku ini sudah diadaptasi ke layar perak.

Srengenge ceritanya mengajar manusia.

Jalan ceritanya mudah. Hal manusia dengan alam. Alam Srengenge yang berpenghuni dengan mahkluk pelbagai. Kisah yang berkisar hanya beberapa orang.

Walaupun begitu, saya sangat terpesona dengan lenggok bahasanya. Tak tahu bagaimana mahu saya terangkan, tetapi begitulah. Juga, saya mula kenal dengan beberapa perkataan baru. Bukan. Bukan perkataan baru. Tetapi, perkataan yang baru didengar.

Sekali lagi saya diingatkan, bahasa bangsa saya ini sangat kaya.

Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews22 followers
January 27, 2018
Akhirnya, Srengenge yang tersergam hodoh macam setan berjaya 'dipugar' dari kulit ke kulit.

Melalui novel ini, kita dapat lihat bagaimana masyarakat desa zaman dahulu kala berinteraksi dengan hutan. Aktiviti meracik tekukur; menggetah puling/punai; menjebak landak; meciding pelanduk semuanya diceritakan secara terperinci.

Apa lagi yang menarik semasa Imam Hamad terlantar sakit, semua penduduk kampung bermuafakat datang melawat walaupun sebelum ini mereka berbeza pandangan kerna hal-hal yang kecil. Buat perabih beras dan lauk tuan rumah. Lucu juga.

Kepercayaan khurafat dan tahyul juga sangat kuat pada zaman itu... ini dapat dilihat melalui persembahan menjamu penunggu Srengenge dan mengaitkannya bala yang menimpa penduduk kampung.

Srengenge sememangnya sebuah novel yang kaya dengan bahasa daerah yang berkait dengan alam dan kehidupan penduduk desa yang wajib dibaca oleh pencinta Bahasa Melayu.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews326 followers
August 6, 2025
Srengenge, karya agung SNSA, mengangkat latar sebuah desa terpencil di Sik, Kedah, yang masih terikat erat dengan kepercayaan animisme dan adat turun-temurun. Di tengah - tengah desa itu terletak Bukit Srengenge, sebuah entiti alam yang menjadi lambang spiritual dan mistik bagi penduduk kampung. Bukit ini dipuja, diberi makan, dan dianggap sebagai pelindung kesejahteraan hidup mereka.

Konflik bermula apabila Awang Cik Teh, seorang lelaki tua yang berpandangan jauh, berhasrat untuk memugar Srengenge demi pembangunan dan kemajuan pertanian. Dia berhasrat untuk gantikan hutan belantara itu dengan tanaman pisang, timun, ubi, dan padi bukit. Tapi niatnya ditentang oleh penduduk kampung, termasuk anak saudaranya sendiri, Imam Hamad, yang juga ketua kampung dan pemegang suara keramat masyarakat desa.

Ketegangan memuncak apabila tekukur kesayangan Imam Hamad tewas di gelanggang Srengenge. Kemarahan Imam Hamad membawa kepada perubahan sikapnya – dia mula menyokong pemugaran Srengenge. Namun, sebelum sempat impian itu terlaksana, Imam Hamad jatuh sakit secara misteri, meracau dan tak sedarkan diri. Penduduk kampung pula percaya bahawa penunggu Srengenge telah murka. Dalam usaha memulihkan Imam Hamad, mereka kembali kepada ritual lama, memujuk bukit yang dianggap bersemangat tu untuk selamatkan Imam Hamad. Long story short, takdir Allah mengatasi segalanya – Imam Hamad akhirnya meninggal dunia, meninggalkan kampung dalam dilema antara kemajuan dan warisan spiritual.

SMSA mengolah Srengenge sebagai sebuah alegori yang kaya dengan simbolisme – bukit sebagai roh, tekukur sebagai jiwa, dan Imam Hamad sebagai moral kompas. Ini menjadikan karya ini selain bernaratif desa yang kaya budaya, jugs sebuah tafsiran mendalam tentang jiwa bangsa Melayu itu sendiri.

Bahasa yang digunakan sarat dengan nuansa daerah, idiom Melayu klasik, dan gaya naratif yang mengalir seperti sungai desa. Ia seakan menghidupkan semula suasana kampung yang telah lama aku tinggalkan, memberi pengalaman membaca yang nostalgik dan mendalam terhadap kampung halamanku di Miri, Sarawak.

Ternyata SNSA bukan sahaja seorang sasterawan, tetapi juga seorang pemikir. Melalui Srengenge, beliau menyampaikan kritikan sosial yang tajam terhadap sikap manusia yang lupa kepada akar budaya, menjadikan novel ini cerminin kepada masyarakat yang sedang bergelut dengan identiti dalam arus globalisasi waktu itu.

Walaupun ditulis lebih 5 dekad lalu, Srengenge sebenarnya tetap relevan. Isu pembangunan yang menindas alam, konflik nilai, dan kehilangan identiti bangsa sebenarnya adalah wacana yang semakin senyap, namun tak boleh diketepikan hari ini. Justeru, karya ini wajar diangkat semula dalam wacana sastera kontemporari.

Apakah kehilangan identiti bangsa itu setanding harga sebuah kemajuan?

5 / 5 stars
Profile Image for Haizir Othman.
Author 5 books14 followers
May 5, 2017
Srengenge, selain Seorang Tua di Kaki Gunung (Azizi Haji Abdullah) adalah rujukan untuk kita mengetahui perbendaharaan kata Melayu yang luas terhadap alam, terutamanya hutan. Ia adalah kamus alam sekitar yang disusun secara sasterawi - menunjukkan besarnya pengaruh alam terhadap orang Melayu. Orang Melayu memanfaatkan hasil alam, i.e. hutan, dengan sepenuhnya baik tumbuh-tumbuhan mahupun binatang yang ada di sana. Interaksi rapat ini menghasilkan kerja-kerja berkaitan - lalu bahasa yang lahir adalah dari persekitaran sebegini seperti menajuk tanah, meracik tekukur, berdenak, menggetah puling, menepuk pelanduk, menjebak landak, memugar, memerun, merintis (kata kerja), perenggan, huma, kacip, cerana (kata nama) dan lain-lain yang merupakan khazanah dari perbendaharaan kata Melayu yang kaya.

Pergantungan terhadap alam juga memberikan kesan kepada kepercayaan orang Melayu walaupun sudah beragama Islam. Amalan berjamu, memberi persembahan kepada semangat Srengenge masih dibuat walaupun disertai dengan bacaan selawat dan surah Al-Fatihah. Srengenge dipercayai mempunyai "penjaga" dan ditakuti sebagai satu kuasa yang boleh memberi manfaat atau mudarat kepada manusia, satu tinggalan animisme yang masih tebal.

Suasana damai kampung (walau wujud juga konflik) yang dinampakkan dalam Srengenge adalah sebab saya menyukai novel ini, sama seperti saya menyukai Seorang Tua di Kaki Gunung (Azizi Haji Abdullah), Senjakala (Baharuddin Kahar), Rimba Harapan (Keris Mas) dan novel-novel lama yang lain, suasana yang barang pasti tidak dapat lagi dinikmati dalam novel zaman sekarang.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
November 19, 2020
Apabila kata menjerat burung, menangkap pelanduk, tak pernah bayangkan pula bagaimana caranya, apa impaknya pada haiwan yang diperangkap. Terima kasih kepada penulis kerana memberi bayangan yang agak rinci. Hampir-hampir menghentikan terus bacaan kerana berasa terlalu kejam. Mujur saya tukar fikiran. Ia masih perlu dibaca. Ada sebab/akibatnya diceritakan di hujung nanti.

Buku ini juga membuat saya teringat-ingat perbualan dengan emak, tentang nenek datuk moyang dulu yang membuka penempatan. Hubungkait dengan menumbangkan pokok kayu yang bukan setakat sepemeluk dua. Mustahil mereka kerjakan dengan tangan sendiri tanpa bantuan. Kepercayaan bantuan-bantuan mistik itu memang ada.

Proses membakar ayam yang ditulis juga membuatkan saya teringat-ingat tompokan sabut dan tempurung kering di sudut dapur nenek yang tiada dapur gas waktu kecil dulu. Nostalgik pula rasa.

Cerita-cerita yang sebenarnya hampir saya terlupa.

Mungkin inilah sebab sesebuah cerita itu walau sekecil mana pun ia, perlu ditulis.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
May 4, 2017
Buku kedua SN Shahnon Ahmad yang dibaca selepas Shit. Terus terangnya, saya tidak begitu mengenali penulisan sasterawan negara ini kerana kedangkalan ilmu dan minat saya sendiri kepada sastera.

Buku Srengenge ini saya tertarik untuk membacanya kerana ingin menonton cerita ini yang telah diadaptasi dalam bentuk drama yang akan ditayangkan di RTM hari Sabtu nanti. Saya ingin melihat bagaimana rupa karya sastera ini bila diangkat menjadi drama.

Tema Srengenge ni antara tema yang sebenarnya agak kurang menarik terutama untuk anak-anak muda. Sesuailah dengan usia novel ini yang pertama kali diterbitkan tahun 1973.

Berkisah tentang sebuah kampung dan penduduknya yang masih mempunyai kepercayaan terhadap semangat alam dan hutan atau animisme. Ditonjolkan beberapa watak utama yang setiap sisi pandang watak utama itu dihurai dan digarap dengan baik.

Yang paling ketara saya rasa adalah betapa banyaknya perkataan yang saya tidak faham yang pertama kali saya dengar walaupun saya ini memanglah orang Melayu. Walaupun dapat A dalam semua peperiksaan Bahasa Melayu. Kayanya Bahasa Melayu ini sangat saya rasai tatkala membaca naskhah ini. Jenuh mencatat perkataan-perkataan itu untuk disemak maknanya.

Lenggok bahasa Shahnon Ahmad memang tersendiri. Susah juga nak jelaskan tapi begitulah. Mungkin kena membaca lagi karya-karya beliau selepas ini.
Profile Image for lara_nur.
40 reviews10 followers
November 27, 2014
Kelakar, sinis, mengharukan, sedikit seram dan paling penting sedap dibaca dari awal bab sampai ke hujung. Akhirnya Srengenge takjuga kena tutuh but that's okay. Maybe Awang Cik Teh did it anyway, alone, but since there's no sequel for this, so we won't know. Whatever. Soalnya Srengenge kena tutuh atau tidak itu takusah dibuat kalut. Yang pasti Srengenge tetap kekal indah seindah indahnya buat Diah dan penduduk Kampung Kaki Srengenge (hodoh sehodoh hodohnya kepada Awang Cik Teh).

Watak paling kesian tentulah si denak Imam Hamad bernama Jebat itu.
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
May 29, 2018
berdoa mohon pada yang Esa.. tak perlu guna jin islam... kalau dah sakit, bawa ke hospital bukan bomoh melainkan tiada ubat jadi cari yang guna cara islam....
kalau ada yang sakit atau meninggal, keliling kena bantu dan masak lalu sedekah pada tuan rumah. bukan tuan rumah yang perlu hidang.
sokong dengan Awang Cik Teh.. akal nya lain. Imam Hamad pula entah le... imam diluar tapi dalam suka meracik burung kukkur kukku kukku kukku...
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
July 14, 2018
Baru perasan yang hampir sebulan jugak aku nak habiskan novel ni. Pertama kali membaca Pak Shahnon dengan Tivi. (Walaupun Shit ada di rumah sudah sekian lama (milik ibuku waktu belajar di universiti dulu), tetapi aku tak sanggup nak baca sebab yekkk tak tahan). Bila baca Pak Shahnon, banyak pengulangan ayat yang ditulis. Mungkin memang gaya dia. Mula baca Tivi rasa pelik apahal tulis berulang ulang macam ni. Rupanya bila terus membaca, ada penekanan tehadap adengan tersebut.

Srengeng semacam Sidang Serangga; Pak Sako — Ada fokus asal pada permulaan, tetapi di tengah cerita, fokusnya lari. (Dibandingkan dengan Sidang Serangga sebab baru lepas habis baca novel tersebut)

Fokus naratif Srengenge ialah ingin menebang hutan Srengenge. Sama seperti Sidang Serangga; fokusnya ingin mengumpulkan serangga bermesyuarat.
Tapi di tengah cerita itulah sebenarnya yang menjadi fokus. Srengenge tak jadi tarah hutan, Sidang Serangga tak pula ada mesyuarat. Dua-dua ini cuma merancang perbuatan tersebut.

Srengenge kuat terhadap kritikan sosial. Mulanya rasa bosan untuk baca. Tetapi bila sampai di tengah, ketika ‘disampuk Srengenge’, masa itulah satiranya bermula. Ditulis dengan sinis oleh Pak Shahnon. Dan sinisismenya menjadi kerana aku tersenyum membacanya.

Jika novel ini anda nak dapatkan dan novel pertama anda nak baca dari Pak Shahnon, aku sarankan baca dulu Tivi (kerana ianya nipis) untuk dapatkan vibe Pak Shahnon. Peribadi aku sendiri, aku pun agak letih membaca Srengenge.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
September 25, 2021
Srengenge adalah sebuah bukit yang berada di kampung penulis sendiri di Sik, Kedah iaitu Bukit Enggang. Perkataan srengenge pula diambil daripada bahasa jawa kuno yang bermaksud matahari.

"Srengenge tersergam hodoh macam setan. Hodoh macam perempuan tua kadang-kadangnya. Macam tenuk gemuk sekali-sekala terpandang."

Srengenge dikatakan sedemikian kerana, bukit ini adalah tempat naiknya matahari, jadi apabila matahari naik dari belakang, Srengenge dari hadapan akan tersergam hitam, gelap, dan disamakan seperti sifat-sifat hodoh di atas, di samping kepercayaan terhadap 'penunggu' di bukit ini.

Novel ini mengisahkkan masyarakat di kaki bukit srengenge yang terpecah dua, di mana satu pihak yang diwakili Awang Che Teh yang digambarkan sebagai seorang yang inginkan kemajuan. Beliau juga yang pernah menubuhkan Syarikat Mati, dan Syarikat Baja namun usahanya gagal dan kini, beliau berusaha pula meyakinkan masyarakat kampung untuk memugar dan menutuh bukit Srengenge demi kemajuan perusahaan tani dan lainnya.

Manakala di pihak Imam Hamad pula ingin mempertahankan bukit tersebut atas dasar mahu mengekalkan hutan ini dalam bentuk semula jadi supaya kegiatan perburuan di kaki bukit itu dapat diteruskan selain percaya kepada 'penunggu' Srengenge.

Jalan cerita agak perlahan dan mencabar dengan istilah-istilah berkaitan tumbuhan, haiwan dan aktiviti memburu di hutan. Contohnya:
Meracik tekukur, menepuk pelanduk dan napuh, menggetah puling, memungut berangan ataupun gondang, racik ekor kuda bertumang timah, jebak dawai mata punai dll. Banyak kali juga 'google' makna perkataan supaya dapat faham konteks cerita.

Namun klimaksnya bermula apabila Imam Hamad dikatakan 'disampuk srengenge'. Bermulalah penduduk kampung diketuai Useng bomoh, masuk ke hutan hendak menjamu semangat Srengenge tersebut dengan harapan Imam Hamad segera pulih.

Novel ini adalah kritikan sosial buat masyarakat kampung yang percaya akan kuasa ghaib, pantang larang dan adat tahyul daripada bukit Srengenge. Juga kritikan terhadap orang-orang kampung yang hanya menyusahkan tuan rumah sahaja hendak menyediakan makan minum tatkala datang menziarahi orang sakit. Selain itu, aspek utama yang dibawakan adalah pertembungan nilai moden dengan nilai-nilai tradisi yang menjadi halangan kepada kemajuan.

Bacaan yang menarik, dikatakan novel Pak Shahnon yang paling menonjol pada era 70-an, namun saranan saya kepada yang belum terbiasa membaca karya Pak Shahnon, ceritanya mungkin bosan kerana teknik pengulangan yang sangat banyak. Namun, nilai dan kritikan yang dibawa sememangnya menarik.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
June 8, 2022
Bacaan pada 07 Mei 2022 - 08 Jun 2022

Srengenge, bukan hanya judul buku atau nama bukit di dalam karya Shahnon Ahmad, tetapi di'hidup'kan ia sebagai satu 'makhluk'. Membaca Srengenge sebenarnya, membuatkan saya bertanya kepada diri sendiri, apakah ilmu hidup yang saya ada? Di dalam Srengenge, Shahnon menukilkan segala pengetahuannya tentang masyarakat kampung baik dari segi cara hidup, amalan, bahasa, budaya, kepercayaan dan kedangkalan watak-wataknya kepada ilmu Tuhan.

Ia ditulis dengan bahasa sebenar masyarakat. Mengenali penulisan Shahnon, kita tahu tiada tapisan ketika tinta jatuh menjadi aksara. Jika hendak menyebut alat sulit manusia pun, disebut bersahaja. Itulah cara hidup masyarakat di dalam ceritanya. Cara hidup sebenar. Bahasa sebenar. Membuatkan cerita Srengenge ini juga hidup jelas di mata pembaca.

Jika hendak disindir, didedahkan kebodohan atau kepercayaan karut, ditulis juga tanpa memikirkan implikasinya. Pembacaan jadi hidup, jadi dekat dengan watak dan kehidupannya.

Srengenge sebuah bukit yang dipandang seperti syaitan oleh watak utamanya, Awang Cik Teh. Seorang lelaki yang lebih berusia berbanding penduduk di kaki Srengenge itu. Ini jelas bila ramai yang memanggilnya pak su dan menganggapnya tidak mampu 'mengerjakan' Srengenge walaupun semangatnya berkobar-kobar.

Malah, ketika di babak akhir, sewaktu orang lelaki kampung mereka masuk ke tubuh Srengenge untuk upacara persembahan korban, Awang Cik Teh tidak mengikut. Tiada pula yang mempertikai kerana dia dianggap tua dan tidak diperlukan.

Watak ini dbangunkan sebagai watak yang hidupnya hanya untuk bekerja. Melakukan sesuatu yang memberi hasil kepada manusia dan kehidupan. Tidak suka hanya duduk diam. Berdiam dan melakukan sesuatu yang membuang masa hanya menghadirkan kesakitan kepada tubuh tuanya. Dia ingin memugar Srengenge untuk ditanam padi huma atau padi bukit sementara menanti musim menuai sawah bendang.

Tetapi, watak-watak lain di dalam Srengenge berbeza pandangan. Mereka menganggap, Srengenge sebagai tempat aktiviti sampingan sementara musim menuai. Mereka meracik burung, menjerat haiwan. Baik orang biasa, mahupun yang memegang gelaran orang agama. Mereka tidak faham kenapa Awang Cik Teh ingin bekerja keras sehingga bukit yang banyak pantang larang itu hendak diubah menjadi kawasan penanaman. Mereka lebih memilih hidup bersantai. Berehat sementara menanti hasil yang ada. Cukup bagi mereka dengan hidup begitu. Jadi, bila Awang Cik Teh bersungguh, sedangkan mereka tidak, mereka menuduh Awang Cik Teh tamak dan tidak bersyukur.

Watak Imam Hamad satu watak satu sindiran yang dibentuk oleh Shahnon selain daripada watak lain yang ada ragamnya. Dalam meracik burung, manusia hilang akal dan iman. Bila Jebat, burung kesayangan Imam Hamad menjadi bacul tiba-tiba, Imam Hamad naik angin sehingga berlaku kejam kepada Si Jebat. Penulisan Shahnon yang rinci pada setiap perbuatan kejam ini memang menghiris hati dan perasaan. Ia mungkin kisah benar yang difiksyenkan. Dan, kerana itu hati saya lebih ngilu bila terbayang perbuatan kejam tersebut sebagai kisah benar yang pernah berlaku dan Shahnon tahu.

Srengenge juga mendedahkan akan watak-watak manusia yang dengki dengan kerajinan manusia lain. Sedangkan, dia sendiri seorang yang pemalas. Orang rajin mendapat baja subsidi, dia tidak dapat kerana tidak bertanam hasil, melainkan bertanam lalang. Lalu, difitnah sehingga semua orang tidak mendapat apa-apa pun sepertinya.

Gambaran cara hidup orang kampung di kaki Srengenge juga sangat jelas. Jenis cawan yang digunakan juga memang terbayang di kehidupan sebenar bukan setakat novel. Babak ketika orang kampung berkumpul di rumah Imam Hamad yang tiba-tiba jatuh sakit, mengedang kejang seakan disumpah Srengenge, ditulis dengan rinci dan hidup. Bagaimana setiap seorang daripada mereka, berkampung di rumah Imam Hamad.

Yang perempuan memasak sebagaimana di rumah sendiri membantu isteri Imam Hamad tanpa nampak wujudnya halangan seperti, itu dapur dia. Rumah dia. Tak boleh menjengah ke sana, kurang sopan namanya. Tidak. Hal itu tidak wujud pada masyarakat yang tinggal di kaki Bukit Srengenge. Mereka umpama saudara yang berniat membantu tanpa memikirkan dapur siapa.

Saya amat suka babak ketika Keghesum, isteri Awang Cik Teh menghidangkan kopi kepada suaminya di rumah Imam Hamad yang sewaktu itu sedang sakit. Shahnon menggambarkan rupa bentuk cawan dan cara Keghesum menghidang. Malah, gambaran anak-anak kampung yang tidur berselerak di rumah Imam Hamad sementara menanti Useng dan orang kampung yang lain pulang daripada menghantar korban kepada Srengenge juga sangat indah. Kehidupan biasa yang tidak mewah tetapi, terlihat sama tara.

Srengenge juga enggambarkan pada zaman tersebut, ilmu agama sangat cetek dalam kalangan mereka. Tidak kira kewujudan Awang Cik Teh yang berjaga di rumah Imam Hamad, isteri-isteri orang kampung yang sudah penat membantu isteri Imam Hamad memasak, terus tidur bersepah-sepah bersama anak-anak. Di sini nampak kehidupan mereka. Nampak realiti hidup yang hebat dilukis menggunakan aksara.

Saya suka bila Shahnon mendedahkan 'ketakutan' masyarakat yang cetek ilmu agamanya melalui ayat,

Dia akan mengeluarkan hadis nabi. Contoh teladan nabi memang padan dengan orang Kaki Srengenge. Dan, siapa pun tidak akan berani tentang hadis Nabi. Kalau Useng menentang, tentu dia dituduh murtad. Dan, itu gelaran paling jahanam. (Srengenge, halaman 244).

Di sini jelas menunjukkan bahawa hanya orang yang berilmu dapat membezakan atau mempertahan pandangan. Hanya ilmu yang mampu mengubah pendirian. Dan, yang bagusnya, bila mereka tidak berilmu, mereka tidak melawan kerana takutkan istilah 'murtad'. Masih ingin menjadi Islam yang baik. Tidak mahu melepaskan Islam itu walaupun sikap masing-masing bertentangan dengan cara hidup Islam.

Mereka masih punya hormat walaupun hormat itu terjana daripada kecetekan ilmu agama.

Cerita ini, yang terbaik, pada saya. Dari segi isi, gaya penceritaan, susunan plot, pilihan nama watak, perwatakan, pemerian tempat - di hutan, di rumah, di jalanan dan banyak lagi. Bahasanya hidup. Memberi kesan mendalam kepada emosi sepanjang pembacaan.

Mesej terlalu banyak. Ayat sinis, tajam juga tidak kurang. Sangat membuka fikiran dan membuka ruang untuk kita muhasabah diri sendiri.
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
April 1, 2022
Awalnya tertarik dengan judulnya. Berkibar-kobar ingin mengetahui apakah intipatinya, makna tajuk novel ini.

Novel yang tidak menghampakan. Kuasa Allah itu luas dan tidak terbatas. Melalui naskah ini, hati kecil memperingatkan diri sendiri ~ adakalanya perkara kecil atau pemikiran dangkal yang seringkali dianggap remeh, tanpa disedari boleh memesongkan akidah.
Nauzubillah - moga dijauhkan.

Adat resam, kebiasaan sesuatu amalan dalam masyarakat seharusnya diperhalusi semula. Kepercayaan kepada sesuatu selain Yang Maha Esa juga tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Ya..usaha itu perlu tetapi perlu seiring dengan penyerahan sebulat-bulatnya padaNya. Moga kita tergolong dalam kalangan yang beriman. Amin.

Nota : Srengenge, Kuala Lumpur - DBP (1973)
Maklumat dari rujukan naskah : Koleksi Terpilih Saterawan Negara Shahnon Ahmad yang diselaras oleh Mohd Yusof Hasan, Terbitan DBP (1995)
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
October 23, 2019
Sebuah novel yang berunsurkan satira.Memaparkan kepercayaan tahyul orang-orang melayu terhadap semangat hutan/penunggu hutan.Ia berkaitan dengan cara hidup,pantang larang,adat dan sebagainya.Sehinggakan melahirkan masyarakat teguh mempercayai perkara tahyul.Segala yang berlaku di kampung itu dipercayai sebagai 'kuasa' srengenge.Sehingga satu tahap menyamakan kewujudan Allah dan kewujudan 'penunggu' srengenge,berkuasanya srengenge,menyamakan bukit Srengenge dengan rumah ibadah Masjid.Budaya syirik yang diindahkan dengan istilah islam seperti salam,selawat dan mengucap.Ada satu babak yang mana orang kampung mahu menjamu makanan kepada 'penunggu' srengenge kerana menganggap Imam hamad telah melanggar pantang larang.Ketika mereka mahu 'menghadap',mereka bermuhasabah diri tentang 'dosa' apakah yang pernah dilakukan di tanah srengenge.

Watak Awang Che teh mewakili golongan yang mahu menghentikan kepercayaan karut masyarakat setempat. Awang Che teh mahu bukit Srengenge ditutuh dan ditebas.Manakala sebahagian watak tidak mahu perubahan itu kerana kepercayaan kepada penunggu srengenge dan tidak mahu aktiviti kegemaran mereka dicantas seperti meracik tekukur,tepuk pelanduk,jebak landak dan menggetah burung.

Beberapa kritikan kepada masyarakat.Antaranya budaya ziarah orang sakit atau mati.Pihak keluarga orang sakit perlu menjaga hati orang yang berziarah dengan menyediakan makan dan minum."belanja soal sakit kerana menjaga orang yang tidak sakit lebih banyak daripada belanja nikah atau sambut aidilfitri." Sudahlah begitu kehadiran tetamu pula bukanlah benar-benar meringankan beban kepada tuan rumah malahan memberatkan lagi.Ada satu ketika Shannon memaparkan ketika Imam hamad sakit terperuk di dalam bilik.Orang-orang di luar boleh bersembang,bergelak tawa dan orang sakit hanya dibiar.Orang sakit pula,yang dicarinya bomoh dahulu berbanding menghantar ke hospital.Seterusnya dikaitkan penyakit dengan entiti makhluk halus.Kepercayaan ini ada sehingga kini.

Novel ini memaksa saya berkali-kali untuk membuka kamus walapun saya seorang melayu.Tajuknya sahaja sudah membuatkan saya terpinga-pinga bagaimana mahu menyebutnya.baru 10 mukasurat pertama saya berkali-kali merujuk kamus.Ibaratnya sedang marathon namun di awal larian sudah berkali-kali berhenti.Ianya agak 'potong mood'.Namun selepas memasuki klimaks sudah mendapatkembali momentum itu.Ternyata karya yang hebat.Ya,ini keranan ianya sebuah karya dari Sasterawan negara yang hebat.
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
December 30, 2018
Srengenge potret kehidupan anak Kaki Srengenge yang cuba merasionalkan kewujudan Srengenge dalam kehidupan masing-masing.

Awang Cik Teh (paksu) dengan semangatnya ingin menentang Srengenge. Diah & Useng dengan kecintaan yang tersendiri pada Srengenge. Dan di antaranya wujud Imam Hamad yang menjadi korban tersepit antara dua dunia.

Srengenge novel pendek SN Shahnon Ahmad yang cuba memaparkan kehidupan masyarakat kampung yang terpaksa merasionalkan kejadian-kejadian yang menimpa sehari-hari. Beranak songsang, terkena sawan, cirit-birit, semuanya perlu dirasionalkan dengan mengambil kira wujudnya Srengenge.

Kehebatan SN Shahnon Ahmad dalam menceritakan dengan terperinci upacara berjamu berjaya membawa kita bersama dalam rombongan ke pusat jantung Srengenge menjamu datuk-datuk.

Dan sisi magis juga jelas dengan mimpi Paksu dan racau Imam Hamad.

Novel wajib baca buat semua yang tahu berbahasa Melayu.

Petikan pilihan:

Sebab itu Imam Hamad cuma mengikut ombak sahaja. Biar tidak usah cuba berbuat apa-apa. Biar Kaki Srengenge sekarang seperti Kaki Srengenge dahulu juga. Biar halaman rumah anak buah Kaki Srengenge semuanya jadi sarang puyuh. Biar balai raya jadi kandang kerbau putus jerat. Biar budak-budak muda terus-menerus ayun buah. Bukan sahaja orang lain, anaknya, Jantan, itupun bukan boleh disuruh buat apa-apa. Yang tahu hanya mengayun buah siang-siang. Malam mengatur tapak gayung. Kononnya nak sedia melawan Yahudi. Kononnya hari kiamat sudah tidak lama lagi. Kononnya perang sabil sudah dekat. Dajal nak turun. Biarkan. Biarkan.

...

Jadi gitu saja. Minta doa supaya rimba itu jadi huma. Besok minta doa lagi supaya semuanya tumbuh pisang, tumbuh serba tuk nenek. Lusa minta doa lagi supaya serba tuk nenek itu masuk melompat masuk bakul.

...

Malu kepada diri sendiri lebih hebat daripada malu kepada orang lain. Malu kepada orang lain boleh juga melarikan diri, tetapi malu kepada diri sendiri, ke kuburlah habis riwayat.

Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
November 25, 2017
Jika Harga Sebuah Maruah Azizi Abdullah memberi saya banyak maklumat baru mengenai padi, musim piamanya, semangat orang bendang, makhluk-makhluk bukan manusia yang sebati menyemarakkan sebuah kehidupan di sawah, Srengenge pula meluaskan sedikit cabang pengetahuan saya mengenai hiruk pikuk orang di sebuah perkampungan kaki bukit. Sebenarnya mungkin hiruk pikuk bulan adjective yang sesuai, malah rasa saya penduduk kaki bukit Srengrenge ni agak mundane rentak kehidupannya. Penulis mengulang nama orang, mengulang aktiviti sipolan-sipolan, mengulang cerita fiil Saad Che Lah panjat pokok tahan getah puling lepas tu kemaruk menggetah punai, Siddik menepuk pelanduk lepas tu sentiasa yakun yang dia tak kejam sebab pelanduk yang di ceding mati dengan darjat mati di Tanah Suci, pelanduk kena berterima kasih dengan Siddik, tebiat si Debasa, Useng si bomoh kampung yang passionate menjebak landak. Penulis juga meriah cerita fasal Imam Hamad dengan Jebatnya dan Diah dengan Ddidiknya, dan dua watak utama ini yang hantu meracik dan menggila dengar kukku mersik tekukur jalang. Kejadian di Srengrenge yang meragut nyawa 'anak emas' Imam Hamad dan penceritaan dalam hati Diah selepas Imam Hamad bagitau dia dah serik, rasa saya klimaks cerita Srengrenge. Agak saya saja la ni.

Pertama kali baca karya Shahnon Ahmad, mula-mula rasa bengang juga tapi lembar berganti lembar, jadi excited pula. Geram fasal budaya orang kampung yang seronok menjamu - menjamu semua orang yang ziarah orang sakit, menjamu "pelesit hantu syaitan empat tujuh atau luma belas beradik" Srengenge supaya jangan diganggunya anak cucu... Mana lagi nak dapat cerita pasal menatang ni semua? Srengenge lah.
Profile Image for Oznymandias.
3 reviews
June 22, 2020
Sinopsis:
Di sebuah kampung tersergam bukit Srengenge yang menjadi habitat pelbagai flora dan fauna. Sementara menunggu musim menuai padi, bukit itu menjadi lubuk pelbagai aktiviti penduduk kampung antaranya meracik tekukur, menepuk pelanduk, menjebak landak, menggetah burung punai dan puling. Srengenge menjadi simbol kebanggaan penduduk kampung tapi tidak bagi Awang Cik Teh yang bercita² untuk memugar bukit tersebut.

Ulasan:
Perincian tentang suasana rumah kampung, bendang dan Bukit Srengenge yang kaya dengan flora dan faunanya sangat menarik dan mengagumkan. Penggunaan bahasa yang menarik dan tidak membosankan walaupun berulang. Karakter-karakter dibangunkan dan dijelaskan dengan sangat baik selari dengan perkembangan plot dan penceritaan imbas balik.Pertembungan antara kepercayaan tradisional (penjaga hutan) dengan kepercayaan pada ajaran Islam dijalinkan dengan cantik.

Kesimpulan:
Novel ini memberikan gambaran jelas tentang kehidupan masyarakat kampung yang mengusahakan sawah di samping pelbagai kerja kampung lainnya. Aspek kepercayaan masyarakat kampung yang beramal dengan ajaran Islam tetapi masih mengamalkan kepercayaan tradisional digarap dengan baik. Sebuah karya bermutu tinggi daripada Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang harus dibaca oleh semua.
Profile Image for Amira Nabilla.
27 reviews1 follower
March 2, 2022
My second book from Shahnon Ahmad and oh my God he’s a genius!

The event in the book only took around 3-4 days and it gives you a glimpse of the life of traditional Malay people in the villages. Dalam buku ni you’ll understand about kerjasama, or muafakat. How everything in kampung is done together and not only by a single individual and it also shows that not all muafakat will bring success, because it needs everyone to take part in the business.

The book also touches on ‘penunggang agama’ on how easy things are done once religion is involved. But it also shows the irony, follow agama tapi percaya semangat bukit, mintak tolong bantuan jin, bagi sembahan makan untuk penunggu.

Bagi yang tak familiar with kehidupan kampung, akan rasa buku ni merepek. Tapi yang pernah hidup di kampung, yang tahu tentang ‘peraturan’ masuk hutan, you will enjoy this. Or even if you want to understand the psychology behind the traditional beliefs, you may read the book. I love the book as it shows the reality of traditional Malay people back in the days and I love how Shahnon Ahmad tells the story in a subtle and sometimes cynical way.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rahmah Hayati.
5 reviews
March 16, 2022
Mungkin penulisan repetitive bukan untuk aku tapi aku enjoy baca mengenai cerita-cerita zaman dahulu. Banyak perkataan yang aku selalu dengar di kampung contohnya lau, menyeruk dan terkedang. Aku sangka perkataan-perkataan berikut tidak digunakan dalam penulisan novel. Mungkin sebab ni novel lama jadi itu perkara biasa. Kita juga boleh melihat aktiviti-aktiviti orang kampung pada zaman dahulu dan betapa mereka mengagungkan srengenge. Walaupun terserlah kehodohannya. Mereka percaya di situ tinggalnya penunggu yang sudah lama menetap. Setiap kali masuk perlulah mematuhi adab, tidak boleh melakukan perkara sembarangan. Amalan berjamu juga masih dijalankan untuk ‘mengambil hati’ penunggu-penunggu di situ jikalau ada yang sakit ‘ditegur’. Selain itu, jika ada rumah yang ada orang sakit, tetamu perlu dilayan dengan baik sekali. Makan dan minum perlu dijaga sehinggakan menyusahkan tuan rumah kerana mengeluarkan belanja yang banyak lebih-lebih kalau ada kematian. Namun, seluruh penduduk kampung akan datang dan membantu untuk gotong-royong. Namun itulah adat pada ketika itu. Pada zaman sekarang, kitalah yang patut membantu dan memberi bentuan kepada yang susah.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 12, 2018
kehidupan desa adalah apa yang kita mungkin tak rasa. muafakat penduduk kampung, hidup jiran berjiran, mesyuarat, semua tu mungkin kita tak sempat/akan rasa. jadi membaca buku ni buatkan aku kagum dengan segala apa yang ada diceritakan, mengenai racik tekukur, tepuk pelanduk, jebak landak, getah punai dan lain lain. semua ni benda yang aku tak pernah dan mungkin tak akan rasa.

novel ni sangat memuaskan hati, sini pada beberapa bahagian, sedih, gembira, marah (sikit). rasa fun bila baca novel macam ni. cara penceritaan pun suatu yang susah kita jumpa dalam karya sekarang. dan aku akui bukan senang hendak karang novel 300 muka surat yang menceritakan perkara yang berlaku (lebih kurang) seminggu.

akhir kalam, novel ni memang power.
5 reviews
August 28, 2021
Baca sebab perlu kaji novel untuk buat assignment tetapi apa yang aku boleh katakan, novel ni banyak tampilkan kepercayaan orang lama yang percaya kepada unsur mistik dan orang lama yang tidak percaya kepada unsur mistik. Jalan cerita mudah dihadam dan aku sendiri boleh berimaginasi suasana kehidupan pada waktu itu tetapi bagi aku, ada benda yang kurang lengkap dalam penceritaannya kerana aku mengharapkan penghujungnya diakhiri dengan satu kisah yang berbeza. Apa yang aku mampu katakan 'Srengenge tetap tidak boleh dipugar sama seperti mereka'.

Kata-kata yang paling aku ingat 'Srengenge tersergam hodoh macam setan' yang membuatkan aku tergelak kecil kerana berjaya buatkan aku rasa tertarik dengan penggunaan bahasanya.
Profile Image for Amalina Rahim.
6 reviews
June 27, 2018
Bacaan pertama dari sasterawan negara allahyarham Shahnon Ahmad. Penceritaan yang mampu membuat pembaca masuk ke alam lain dek kerana tiap-tiap plot diceritakan secara terperinci sampai rasa mual, geli, seram sejuk pun ada. Lagi-lagi pada bahagian pembunuhan Jebat dengan kejam itu. Haih, Imam..Imam.. Walaupun cerita orang kampung, tapi banyak terselit pengajaran hidup. Soal kepercayaan, hubungan manusia dengan manusia lain, alam lain, makhluk lain. Soal keluarga, soal mati, dan lain-lain.
1 review
January 27, 2025
Ich habe dieses Buch in deutscher Übersetzung gelesen. Ein faszinierender Einblick in die Gesellschaft eines malaysischen Dorfes irgendwann im 20. Jahrhundert. Ein urwäldlicher Hügel soll gerodet werden, um Platz für Ackerland zu machen, doch was ist mit den Geistern, die den Hügel bewohnen?

Der Autor versteht es ganz eindeutig, eine düstere Atmosphäre auf dem Srengenge zu erschaffen. Leider stand in der deutschen Übersetzung das Ende des Buches schon auf der Rückseite im Paratext.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
September 23, 2017
Shahnon terkenal dengan teknik perulangannya dan setakat ini di malaysia belum ada yang dapat menandinginya dari segi itu dan saya berharap tidak ada lah.

Menurut admin page Dewan Sastera, Shahnon lah Faulkner kita. Saya belum baca Faulkner lagi tapi yang saya tahu Faulkner ni kerap bertaki mulut dengan penulis lain juge.

Srengenge seperti beberapa karya SA, memaparkan kehidupan kampung orang melayu. Ada part yang sakit hati bilanaku baca seperti bila tok imam tu bunuh burung dia. Ya tuhan kejam giler.

Selain daripada itu ianya okay dan tidaklah begitu membuatkan aku terduduk/terkesima ketika membaca RSJ.
Profile Image for Kamaludin Settar.
Author 4 books1 follower
March 20, 2021
Kepercayaan tahyul dan perbuatan khurafat mewarnai jelas novel ini membayangkan kepada pembaca situasi satu ketika dahulu di kalangan orang Melayu, nenek moyang kita. Walaupun zaman sudah berubah tetapi sesetengah ritual masih hidup segara di kalangan kita.
SN Shahnon Ahmad mengarap novel ini dengan penuh seni dengan tarikan tersendiri, walaupun ada ketikanya naratifnya terlalu meleret-leret.
Profile Image for Zahirah.
469 reviews17 followers
February 13, 2019
Hubungan antara alam, kepercayaan tahyul dan agama dikupas dan dihidangkan menerusi penduduk kampung kaki Srengenge. Keseimbangan pemeliharaan alam dan kemajuan juga menjadi salah satu tema novel ini. Padat dan menarik tapi agak sukar mencari kesimpulan yang pengarang ingin sampaikan. Walaupun begitu novel ini masih menarik hati saya kerana terdapat banyak perkataan Melayu yang saya tak pernah ketahui seperti meracik, pugar dan koro.
Profile Image for Shu'aib.
5 reviews
September 20, 2025
6 bintang.
Magnum opus Shahnon Ahmad (pada pendapat saya). Barangkali saya berat sebelah. Srengenge sangat dekat di hati saya kerana novel ini ialah karya sasterawan negara yang pertama saya berjaya "pugar" dari kulit ke kulit. Kewibawaan Shahnon sebagai novelis terulung tanah air paling menyerlah melalui Srengenge.
Profile Image for ' Syamil.
236 reviews6 followers
October 6, 2023
Sre nge nge

Bahagian yang menceritakan kekejaman pembunuhan burung dalam buku ini rupanya dilalui oleh penulis sendiri bila mana penulis menceritakan dalam bukunya detik-detik diri di daerah daif
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.