Buku berkulit hitam dan bertulisan merah ini memang menarik perhatian saya. Saya membeli nya pada tahun lepas (2015), cuma tahun ni baru berkesempatan untuk membaca dan menulis review tentang nya. Selalu baca novel English sahaja kan, jadi for a change, saya baca buku ni pula :)
Terdapat 20 kisah dalam buku ni mencoretkan kisah seram hasil karya 20 orang penulis tempatan kita. Penuh dengan suspens dan mendebarkan! Hari pertama saya baca buku ni pada waktu malam, terasa seram sangat (huhuhu...).
Cerita-cerita yang paling seram pada saya:-
1. Lingsir Wengi oleh Muhamad Fazrin
2. Yang Mana Satu? oleh Uu Syaurah
3. Gagau oleh J Hamzah Shaari
4. Jangan Main-Main oleh Suz Liz
5. Ikhtiar oleh Mawar Kamila
Memang tegak bulu roma. Pada pendapat saya buku ni sesuai untuk semua orang termasuk budak-budak juga sebab tiada bahasa kasar yang digunakan. Pada peminat cerita seram, buku ni sangat di rekemen :) Untuk lebih penghayatan, pastikan anda baca seorang diri. Itu pun kalau berani lah ;)
Akhir sekali, tahniah kepada barisan penulis tempatan kita. Keep up the good work!