21 buah cerpen, semuanya berkenaan dengan ayah. ada ayah yang baik, ada ayah yang jahat, ada ayah yang lupa diri dan ada ayah yang sanggup apa saja demi anak.. menarik pada keseluruhan novel ini. ada yang menyesakkan dada ketika membacanya tapi maaf ya, ada juga yang buat ku termanggu-manggu dengan cara penceritaan dan penyampaiannya.. mungkin pertama kali kot....
tahniah buat semua yang terlibat... moga terus maju jaya dan hasilkan karya yang lebih menarik.. ayah.... sesungguhnya tiada yang dapat menggantimu.. sesungguhnya segala ilmu bakti yang dicurahkan terpahat kukuh dalam hati dan kasih sayang diberi melekat erat di sanubari.... sebuah antologi yang tak rugi untuk anda semua miliki....
Antologi ini menghimpunkan karya 21 penulis yang berkisar tentang ayah. Ada beberapa nama yang pernah aku dengar seperti Muhammad Fatrim, Idora Darwina dan Chua Pei Yong.
Apabila kita membaca sebuah antologi cerpen, perasaan bingung akan melanda setiap kali mula baca cerpen baru. Kita perlu cuba memahami dari awal kerana pastinya tentang kisah berbeza dari sebelumnya. Inilah yang berlaku kepadaku, perlu ambil sedikit masa untuk memahami perjalanan cerita.
Aku suka cerpen Minggat oleh Baharuddin Sairi dan Pemulauanku tulisan Chua Pei Yong.
Aku kurang kenangan bersama ayah kerana arwah ayah meninggalkan kami ketika aku berusia 13 tahun. Membaca pengalaman penulis membuat aku rindu sosok seorang ayah. Seorang ayah lazimnya tegas dalam mendidik, cekal dalam mencari rezeki membesarkan anak-anak. Namun, ada juga kisah sedih ayah tidak berwatak bapa malah menjadi haruan makan anak. Aku bersimpati.
Satu persamaan dalam beberapa cerpen, ada anak yang berjauh hati dengan ketegasan dan kata-kata seorang ayah hingga membawa diri bertahun lamanya serta berdendam pula. Setelah segalanya terlambat barulah hati jadi insaf dan menyesal.
Aku tiada di kasutmu, aku tidak tahu apa di hatimu. Tapi, masa selalu mengajar kita lebih dewasa dan melembutkan hati muda yang mudah membara. Ayah dan ibu membawa kita ke dunia. Tanpa mereka siapalah kita.
Pada saya, buku yang memuatkan 21 koleksi cerpen ini tidak menghambarkan langsung. Ada 2 3 cerpen yang saya tidak faham sangat, namun yang selebihnya, saya suka. Terjumpa buku ini di Pustaka Amirah dan harganya agak murah kerana ada 'clearance sales'. Dengan harga yang agak berbaloi dan mengangkat tema 'Ayah' membuatkan saya terpanggil untuk membelinya. Mana tahu saya dapat menelusuri naluri seorang ayah pula kali ini.
Kisah ayah, banyak kisahnya. Secara asas, setiap lelaki didunia, jika berkahwin dan mempunyai anak sememangnya akan digelarkan ayah, baba, abah, daddy, appa, papa dan sebagainya. Panggilan yang mungkin berbeza, namun membawa maksud yang sama. Pelbagai unsur yang cuba dibawa setiap penulis dan tentunya setiap hasil karangan mempunyai pengajaran. Karya pendek yang menyentuh hati saya didalam buku ini ialah 'Surat untuk Ayah' oleh Muhammad Fatrim. Ceritanya agak 'cliché' tapi begitu meruntun perasaan saya. Akhir kata, ayah juga manusia bukan Tuhan yang sememangnya sempurna. Moga ayah kita diangkat darjatnya di sisi Allah. Kepada ayah yang ibarat haruan makan anak, diharapkan Allah memberi mereka hidayah untuk berubah.
Dibawah adalah bait-bait perkataan yang menjadi kegemaran saya: 👓 Kalau ayah gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang ayah, itu biarlah Tuhan yang membalasnya. Tetapi aku sebagai anak tidak berhak membenci atau menghukumnya. Tanggungjawabku sebagai seorang anak tidak akan putus selagi dia masih hidup - Kerana Dia Ayahku oleh Norhanisamila 👓 "Haris, dengar sini. Kasih sayang ayah tidak pernah bermusim. Tidak pernah hilang ditelan modennya waktu. Tidak pernah hilang juga kasih sayang seorang suami mengikut tuntutan masa dan ketika. Kerana Allah mengukur baik buruk kita sehingga kiamat. Kamu nak jadi ayah yang anak-anak kamu lempar bila dah tua esok? Kamu mahu jadi suami yang buat hati isteri kamu terluka setiap waktu?" - Pesan oleh Ramizah Ramli 👓 Begitu indah seni pendidikan yang dipersembahkan oleh insan yang bergelar ayah. Pada pandangan kasar hanyalah indah yang menyakitkan. Hakikatnya peduli yang tiada penghabisan. - Milik Kita oleh Norzaymah Al-Rashid
Buku ni merupakan sebuah cerpen yang berkongsi 21 buah cerita pendek tentang seorang Ayah. Ada ayah watak putih. Ada ayah watak hitam.
Aku suka bila buku ni, akhirkan setiap tajuk tu dengan kemaafan. Buku ni mendidik kita untuk menghargai Ayah dan memaafkan kesalahan Ayah walaupun teramat pahit untuk ditelan.
Mungkin ada yang tak berapa puas hati dengan kisah2nya terlalu pendek. Beberapa buah cerita pada saya dapat dikembangkan lagi menjadi sebuah novel. Namun ada juga beberapa kisah yang amat tidak menarik untuk dibaca lalu gagal habis menarik perhatian saya. Erti katanya, saya membaca skip2. Jadi secara purata, buku ini sederhana sahaja.
Kompilasi cerita bertemakan ayah dalam pelbagai latarbelakang. Ada yg dari kampung, bandar, sains fiksyen, jenayah, kemasyarakatan. Tapi walau apa pun, cerita-ceritanya mengajak kita menghargai ayah, memaafkan ayah yg tak mungkin sempurna, dan sebolehnya connect atau reconnect dgn insan bergelar ayah.