Kisah Laki Bini by Hamka Kereta Mayat.
- Bila tengok tajuk, mesti kita akan terfikir buku ni pasal laki dan bini je kan?
- Haah, betul. Tapi tak semua kisah laki bini yang diceritakan dalam buku ni.
- Sebenarnya, buku ni cerita pasal kejadian yang berlaku sepanjang perjalanan penulis dan family ke kenduri kahwin yang diadakan di Kuala Lumpur. Nak tahu tak berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Terengganu? 3 hari. Lama bukan? Kalau nak tahu kenapa, sila baca buku ini.
- Buat pasangan yang bakal berkahwin, atau yang telah berkahwin, kalau nak bercerai tu sila fikirkan balik susah payah tetamu-tetamu yang hadir ke kenduri anda untuk meraikan anda serta keluarga anda yang telah bersusah payah nak jayakan kenduri anda. Terima kasih penulis sebab dah berjaya buka mata aku walaupun aku belum berkahwin lagi.
- Oh ya, dekat bahagian belakang, ada isu politik yang penulis selitkan. Aku setuju dengan penulis yang kritik pasal politik di negara kita atau kat mana-mana je la.
- Ada pasal perhimpunan pembangkang ( Black Parade salah satu yang disebut dalam buku ini ) yang mana bagi aku takde faedah pun nak berhimpun ramai-ramai macam tu. Korang kena baca sebelum fikir nak buat ke tak perhimpunan yang bakal menyusahkan ramai pihak tu. Betul, sebelum ni aku tak ambil port pun dalam politik ni tapi bila baca buku ni, aku dah tahu serba sedikit.
- Sebelum nak buat apa-apa tu, sila ikut sunnah Nabi. Oh dalam buku ni pun ada juga diselitkan pasal sirah zaman Nabi, zaman sahabat. Baca, tak rugi pun.
- Aku harap ahli politik, ustaz-ustaz yang kuat sangat dalam politik tu baca buku ni.
- Selamat membaca, bangsa membaca bangsa berjaya. Ajak la orang lain membaca, tak rugi pun.
#2018readingchallenge
#duniaBOOKku📚
#bukutigapuluhenam