Jump to ratings and reviews

Destinasi

“Saya melihat sendiri bagaimana cinta menjadikan orang itu sakit. Saya belum pernah menyaksikan penyakit yang lebih keras dan lebih aneh daripada itu. Penyakit yang bukan hanya tidak difahami oleh orang-orang sihat, juga oleh si pesakit itu sendiri. Saya tidak mampu menyaksikan keadaan seperti itu. Namun, apa yang mampu saya lakukan? Sungguh sukar menemukan ubat bagi putus cinta seperti itu.”

“Allah. Dialah ubatnya,” potong Khair.

***

Khair, pemuda berusia 19 tahun, serta sahabat rapatnya, Turam, memutuskan untuk mengikuti ajaran Guru. Mereka meninggalkan kepekatan tradisi berhala yang menguasai masyarakat. Mereka kemudiannya menempuh jalan yang lurus menuju Tuhan. Tidak sekadar secara maknawi, tetapi juga secara fizikal.

Destinasi adalah kisah seorang penempuh jalan. Perjalanan menuju puncak cinta dan cita-cita. Perjalanan menuju Tuhan. Ia adalah kisah yang akrab dengan kita semua, namun seringkali hilang maknanya dalam arus globalisasi yang mengancam. Melalui pembacaannya, ia diharap mampu menyentuh hati-hati di luar sana untuk merenung hakikat kewujudan diri di dunia ini.

256 pages, Paperback

First published January 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Alwi Alatas

24 books53 followers
Alwi Alatas has already written 19 books, most of which were published in Indonesia. He started publish book in Malaysia at the beginning of 2010. His books are about history, adolescence, religion, and motivation; fiction and non-fiction. He became head of Forum Lingkar Pena (FLP) Malaysia from 2008 to 2010. At the moment, he is doing PhD at International Islamic University Malaysia (IIUM).

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (55%)
4 stars
1 (11%)
3 stars
3 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Mali.
210 reviews
January 29, 2017
"Bukankah dengan mengetahui keburukan, kamu akan lebih memahami kebaikan?"

Penulisan asal buku ini dipublish pada tahun 1970+, and was later translated into Malay and published by Galeri Ilmu in 2015.

Buku ini bermula dengan dua orang sahabat menaiki bahtera dan meninggalkan kampung mereka. Khair yang merupakan anak yatim yang berumur 19 tahun bersahabat dengan Turam sejak kecil lagi. Melalui Turam, Khair mengenali Guru yang dianggap gila oleh masyarakat kampungnya kerana membawa ajaran Islam yang bertentangan dengan tradisi kampung tersebut iaitu menyembah berhala.

Bersama murid-murid serta pengikut-pengikut Guru yang lain, Turam dan Khair menaiki bahtera menuju ke satu tempat untuk berjalan atas 'jalan yang lurus'.

Persahabatan Turam dan Khair diuji dengan kemunculan seorang wanita yang menjadi rebutan antara Turam dan Khair yang akhirnya menyebabkan persahabatan mereka putus apabila wanita tersebut, Rabiya dikahwinkan dengan Turam.

Setelah bahtera berlabuh pada destinasi, pengikut-pengikut Guru berusaha untuk kekal pada jalan yang lurus di samping diuji. Tidak semua kekal pada jalan yang lurus, ada yang tertinggal dan ada juga yang membelot. Sepanjang perjalanan, persahabatan yang baru terbina antara Khair dan Zuhdan.

Main fokus pada buku ini adalah setiap ganjaran memerlukan pengorbanan dan syurga Allah itu bukanlah murah dan perjalanan ke arah Taman Keabadian akan sentiasa penuh dengan ujian. Juga memberi penekanan terhadap ukhuwah dan persahabatan.

NOTA:
Bought this book at a secondhand price because Galeri Ilmu commented on my Instagram one fine day recommending this.
Profile Image for AISYAH NASIR.
46 reviews1 follower
October 20, 2021
Buku ini bagi pendapat saya seperti sebuah fiksyen yang diolah berdasarkan soalan-soalan tauhid yang asas.

"Mengapa tuhan tidak menciptakan semua manusia menjadi baik?"
"Mengapa tidak ramai yang mengikuti jalan lurus, sedangkan mereka mengetahui bahawa pengakhirannya itu manis?".

Saya sendiri, sebagai seorang yang kurang ilmu, sering mempersoalkan perkara-perkara sebegini. Bukan untuk mencabar, tapi mahu kuatkan lagi kefahaman. Isi dalam buku ini menghuraikan secara ringkas mengenai persoalan begini dalam bentuk penceritaan agar mudah difahami dan dapat dihubungkaitkan dengan kehidupan seharian pembaca.

Dalam penceritaan ini juga, terdapat beberapa konflik yang sebenarnya sangat berkait rapat dengan situasi masyarakat sekarang. Setiap konflik yang dihuraikan memberi penyelesaian dan jawapan kepada kita. Hanya tinggal untuk kita berfikir dan menilai.

Apa-apapun saya suka buku ini >3.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews