Kerana begitu taasub membaca novel pengarang terkenal Perancis, Marcel Proust, seorang pemuda di Kuala Lumpur memulakan penulisan sebuah jurnal yang merakam pengakuan dan perjalanan jiwanya untuk meraikan semua benda dalam kehidupan. Prinsip dan falsafah hidup ini ternyata berkonflik dengan banyak pihak termasuklah keluarga, kekasih dan kawan-kawan terdekatnya. Dia harus memilih sama ada kembali kepada kehidupan lalu atau melangkah ke depan dan menjadi seseorang yang asing dalam masyarakat.
Sejarah ialah roda nasikal yang berputar. Sejauh manakah pengarang jurnal ini akan mengayuh untuk mengubah takdir hidupnya dan menghalang dirinya daripada dikuasai oleh pemikiran seorang pengarang besar bernama Proust?
Aku mengambil masa dua hari untuk menghabiskan novel/jurnal ini.
Ia bersifat peribadi dikaburi mimpi-mimpi surreal Poe Mahadi. Ia mengajar kita untuk melihat sesuatu rutin dalam kehidupan kita dari perspektif berbeza dan menyeronokkan. Itu pendapat peribadi aku.
Tidak, ia tidak menyeronokkan. Ia semacam satu kunci ke satu daerah penulisan yang wajib diterokai. Aku percaya aku juga punya cerita-cerita begini. Aku akan beli karya Marcel Proust dan cuba memahami Soneta Roda Basikal ini dengan andaian:
"Aku Marcel Proust dan aku adalah basikal merah bernama Poe Mahadi"
Aku baru sahaja selesai membaca sebuah novel slash jurnal.
Wan Nor Azriq telah memberikan diari Encik H kepada kita melalui D.U.B.L.I.N.; memberikan dompet yang sarat dengan segala resit, catatan, tiket parkir, etc. melalui Dompet Kulit Buaya; dan kali ini memberikan pula jurnal seorang pemuda (Azriq?) dari Alor Setar.
Jika Yeats telah membuat Shakespeare tersedak di dalam kuburnya dengan sajak 'Leda and the Swan', aku tidak tahulah apa yang orang tua berdahi luas itu akan rasa tentang Soneta Roda Basikal. Bentuk 14 baris soneta kini telah menjadi 14 tahun yang padat dan jauh. Menjauh menuju Proust. Tetapi tidaklah seletih berjalan di dalam D.U.B.L.I.N. Kerana Wan Nor Azriq telah memberikan basikal untuk kita kayuh menemui watak-wataknya di Kuala Lumpur, di Alor Setar, di dalam mimpi Poe Mahadi.
Mimpi Poe Mahadi. Aku lebih tertarik dengan mimpi-mimpinya berbanding catatan-catatan jurnal itu sendiri. Dunia Poe Mahadi nampak luas tetapi disempitkan oleh situasi-situasi janggal (sudah nama pun mimpi, kan?) dan ada kalanya mengerikan. Mungkin roh Edgar Allan Poe akan sejuk di dunia sana.
Naratornya memilih untuk meraikan semua benda di seputar kewujudannya. Dan disebabkan itulah catatan-catatan jurnal ini penting untuk menarik kembali kita ke permukaan, setelah lama hanyut di dasar mimpi yang gelap Poe Mahadi. Di permukaan, barulah kita nampak matahari. Tetapi selama manakah kita mahu, dan mampu, melihat matahari?
“Kematian adalah anugerah untuk menikmati mimpi yang berpanjangan.”
Manual Penulisan Jalanan. Bagi aku, manual inilah yang paling jelas sekali dalam cubaan naratornya meraikan semua benda. Ianya sangat reflektif. Paling gemar dengan 'Mengumpulkan Tiket' dan 'Dengar Rakaman Suara Anda’. Siapa sangka sekeping tiket empat segi berkuasa menjadikan kita seorang penerima arahan yang patuh? Dan siapa sangka sebenarnya kita tidak mengenali pun suara kita sendiri?
Aku tidak menulis jurnal, mahupun diari, secara peribadi. Dan bolehlah dikatakan jarak aku dengan medium ini begitu jauh sekali. Tetapi Soneta Roda Basikal telah mendorong aku untuk meraikan sesuatu yang dipanggil “jurnal" ini, atau paling kurang pun, mendekatkan aku kepadanya.
“Jurnal dapat menjadi banyak benda: teks seni (Rilke), atau catatan idea (Barthes, Sontag), atau medan berfalsahah (Nietzsche, Cioran, Canetti). Surat sudah tidak penting pada zaman sekarang. Kita tidak berminat lagi hendak menulis untuk orang lain. Kita hanya hendak menulis untuk diri sendiri.”
Dan ya, Soneta Roda Basikal telah menjadi kesemua benda yang disebut tadi.
Mungkin aku akan kembali lagi kepada novel ini nanti, kerana bukankah “sejarah ialah roda basikal yang berputar”?. Cuma pada waktu itu, aku akan membaca sambil mengunyah biskut kering. Dan mencicip secangkir teh Sultan.
Tulang plot jurnal-jurnal berlandas hukum Proust dan falsafah beliau di realiti seorang lelaki kelahiran Alor Setar. Ini macam apa Mesin kata-- simptom pascakapitalisme, minda antara delusi dan penciptaan utopia. Not a bad thing, aku terhibur juga. Suka cebisan-cebisan kata daripada para penulis lain dalam jurnal yang banyak buat aku berfikir-fikir sendiri. Ada kacau-bilau dalam imaginasi dan mimpi, realiti hubungan dan keluarga, juga Poe Mahadi dan basikal merahnya. Penulisan kemas yang bawa aku ke satu advencer tahunan dan isi kenangan dalam meraikan semua benda. Ia satu melankoli yang janggal.
I don't read a lot of Malay books of the literary genre or as some people say, sastera. So Soneta Roda Basikal is just on a whole new level for me. Inspired by (or obsessed with) a French novelist, Marcel Proust, our protagonist decided to start his own journal of thoughts and memories.
This book made me feel stupid, both in a good and bad way. Good, because it made me realize how much I'm still lacking in terms of Malay fiction. Bad, because most of the time I didn't enjoy it. It's not like I need a book so dumbed down for my intellect but I'm just one who prefers a smooth narrative, like I'm on a journey. Reading this however made me feel like I'm stuck in someone's brain, which might be what the author have intended.
I applaud the author's commentary on some issues which were on point and original, and his descriptions are actually really beautiful. I don't think it's the author's fault that I did not enjoy this just as much, it just wasn't my cup of tea.
Membaca Wan Nor Azriq membawa aku ke satu dunia penuh dengan falsafah hidup yang kadang kala tak pernah aku terfikirkan. Seperti biasa, karya kali ini tidak mempunyai satu plot tetap kerana bagi aku ia lebih kepada jurnal yang hidup seperti manusia itu hidup.
Dan yang lebih memeranjatkan ialah cara jurnal itu ditulis. Mungkin kita fikirkan bahawa menulis jurnal itu hanya sekadar mencatat apa yang kita lakukan sehari hari. Aku tidak boleh menafikan bahawa ini adalah aku.
Namun membaca Soneta Roda Basikal memberikan aku satu pendefinisian baru untuk jurnal.
Bahagian yamg paling aku suka ialah pada bahagian mimpi poe mahadi. Kedua duanya. Satu imaginasi yang mengagumkan dan bagi aku ia adalah satu certot. Nice!
Novel ni...terlalu berbeza dengan novel-novel lain yang aku pernah baca. Dulu aku sangka novel-novel Ridhwan Saidi saja yang mampu menampar kewarasan aku. Tapi novel ini lagilah dalam fantasinya. Makin jauh aku selak, makin aku keliru, tapi makin jauh diselak, aku rasa aku makin faham. Akan diulangbaca bila ada masa nanti.
yang disebut paling banyak dalam buku ini ialah basikal warna merah - ya, sudah itu watak utamanya. gambar di kulit, bukan basikal warna merah (mungkin faktor pencahayaan). this was a cover buy - untuk mencukupkan amaun membolehkan pos percuma. bersyukur sebab tidak membayar harga penuh untuk buku ini. tidaklah teruk sangat, ada bahagian-bahagian yang menyeronokan (dibaca). ya, watak basikal merah dan emak itu paling menarik.
lebih tertarik dengan kata-kata emak poe daripada petikan kata-kata proust. membaca banyak kalinya disebut tentang proust membuatkan diri teruja mahu mencari dan membaca karya-karya besar tanah airku, sama ada daripada kalangan sasterawan negara atau... ya, penulis-penulis itulah.
Bacaan mudah, tetapi kesannya tidak mudah.(Menghabiskan bacaan dalam tempoh satu malam sebenarnya) Ia menghidupkan sesuatu dalam diri saya ketika dan selepas membaca karya ini dahulu. Saya pun tidak pasti bagaimana untuk menerangkan sesuatu itu, tetapi ini memang karya yang baik, selepas menjadi jarang membaca. Sekian.
Pada awalnya aku nak memberontak, sebab penulisan cerita terlalu rawak. Siapakah Poe Mahadi? Fikir ku. Tapi aku paksa diri baca sampai habis. Aku benarkan diri aku tenggelam dalam bacaan jurnal, dalam emosi si penulis. Dan kelakarnya pada muka surat terakhir aku sedih bila sedar aku dah habis baca buku ni. This book was not something I expected, but I like it. Kudos.
Tema pengaruh Marcel Proust terhadap seorang pemuda di Kuala Lumpur sangat kabur kerana karya dibina tanpa konteks yang kuat walaupun teknik penulisan sangat kemas dan teliti. Pengalaman emosi pembaca terganggu akibat terlalu banyak name dropping secara tiba-tiba. Mengecewakan.