Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jodoh Daripada Dia

Rate this book
Tekad Harris Danial untuk menambat kembali hati Nur Indah, isterinya yang dikahwini lima tahun lalu dan ditinggalkan selepas bersama untuk tempoh satu malam. Berpisah tanpa perlu ada rasa tanggungjawab yang perlu dipikul kedua-duanya.Itulah yang berlaku antara mereka.

Mereka melakukan eksperimen bodoh hanya mahu merasai kenikmatan seperti orang lain lakukan tetapi dengan cara lebih berhemah. Akad dan nikah.Ijab dan Kabul.Namun eksperimen bodoh itulah akhirnya menjerat Harris Danial ke dunia penyesalan.

Siapa sangka kuasa Allah mengatasi segalanya.Hanya untuk satu malam tapi mengubah segalanya. Namun kala itu dia sudah pergi jauh dari sisi Nur Indah tanpa mengetahui gadis yang dinikahi untuk satu malam itu melahirkan zuriatnya.

Selepas lima tahun dia mendapat tahu Nur Indah hamilkan anaknya. Dosa dirasakan kian menghimpitnya. Pertemuan tidak disangka dengan Nur Indah di Cherating membuatkan dia bersemangat untuk memikat kembali Nur Indah. Dia mahu mengembalikan status isteri disandang Nur Indah yang dinafikan haknya oleh dirinya selama ini.

“Jangan panggil saya sayang.Saya bukan sayang awak, Encik Harris Danial. Awak tak kenal saya, saya pun tak pernah kenal awak. Jadi, jangan sewenang-wenangnya panggil saya macam tu, sebab panggilan sayang tu khusus untuk suami saya,” – NUR INDAH

“Hish apa pulak..abang akad sayang jadi isteri abang lima tahun lalu. Abang tidak pernah lafazkan talak.In juga tidak pernah ke pejabat Agama minta fasakh. Jadi In masih lagi isteri abang,”- HARRIS DANIAL
Bagaimana akhirnya kisah Harris Danial dan Nur Indah. Segalanya terjawab dalam Jodoh daripada Dia.

693 pages, Paperback

First published October 1, 2015

2 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Wawa Akil

12 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (23%)
4 stars
5 (13%)
3 stars
16 (42%)
2 stars
5 (13%)
1 star
3 (7%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
December 9, 2015
Minta maaf, saya tak dapat nak beri bintang yang berkelip-kelip untuk naskhah ini. Untuk menoktahkan naskhah inipun sudah menguras seluruh jiwa raga saya, mana mungkin saya berbaik hati untuk menghadiahkan bintang yang banyak? Minta maaf lagi sekali.

Bagi saya naskhah ini tiada yang istimewa walaupun pada awalnya saya agak tertarik dengan plot yang cuba diketengahkan (walaupun tidak berapa gemar bila isu perkahwinan dijadikan eksperimen dan saya mengharapkan penulis akan meletakkan institusi perkahwinan di tempat yang sewajarnya).

Selain daripada itu, watak dan perwatakan setiap 'pelakun' juga agak longgar. Membaca deskripsi setiap watak juga tidak mampu menjentik rasa ke jiwa saya. Atau kerana saya sudah kecewa dengan penyuntingan novel ini, menyebabkan saya meletakkan seluruh kesalahan pada naskhah ini? Mungkin!

Usai membaca, saya memang mengumpul rasa kecewa yang banyak...

Pertama sekali saya kecewa dengan diri sendiri yang tidak teguh hati melawan pujukan si penjual untuk membeli naskhah ini (padahal saya sudah tetapkan hati untuk menimbang semasak-masaknya untuk membeli novel bila berkaitan dengan penulis yang saya tidak biasa dengan tulisannya - untuk makluman ini karya pertama penulis yang saya baca).

Bila saya baca di kolum Tinta Penulis,

" Berpengalaman selama 12 tahun sebagai wartawan akhbar arus perdana, Berita Harian sebelum menjawat jawatan sebagai Sub Editor di akhbar yang sama, sejak tiga tahun lalu "

saya jadi berganda kecewa kerana mutu penyuntingan (editing) untuk naskhah ini sangatlah teruk! Maaf, saya bukan editor mana-mana syarikat penerbitan, juga bukan pakar bahasa bahkan saya bukan asal daripada mana-mana bidang bahasa, saya hanya sekadar pembaca. Ya, saya pembaca semata-mata jika dibandingkan dengan penulis yang ada asas bahasa dan tatabahasa.

Apa yang membuatkan saya kecewa, hampir di setiap muka surat ada sahaja kesalahan yang saya jumpa. Jika bukan kesilapan ejaan, kesilapan penggunaan penjodoh bilangan, malah penggunaan perkataan Bahasa Inggeris juga ada silapnya (sepatutnya form bukan font -ms104; Tiger Woods bukan Tiger Wolf -ms623; tacap?? ; sekadar menyenaraikan beberapa kesilapan). Daripada rasa teruja untuk menikmati 'cerita' dalam novel ini saya jadi sakit hati kerana tanpa sengaja saya menjadi 'editor' pada nashkah yang telah diterbitkan!

Saya tertanya-tanya, apa fungsi Unit Editorial Kurnia Anggun Trader jika sebegini hasil yang diterbitkan untuk tatapan pembaca. Kesilapan yang minima masih boleh dimaafkan lagi kerana dengan muka surat sebanyak 693 halaman sudah pasti ada yang para editor terlepas pandang. Tapi kalau hampir 65% boleh dipertikaikan betul atau salah dengan ejaan, tatabahasa malah struktur ayat, angin puting beliung juga hati saya! Daripada nak bersantai jadi bertambah serabut kepala saya...

Kepada para penulis jangan terlalu bergantung kepada editor. Sebagai penulis, belajarlah bagaimana untuk meminimakan kesilapan dalam setiap naskhah yang anda hasilkan. Carilah seorang sahabat yang paling anda percayai yang boleh menegur dan memperbaiki setiap kesilapan yang anda lakukan. Jika tiada bajet untuk bayar sahabat anda, cukup sekadar menghadiahkannya senaskhah novel anda! Dan sahabat yang sebenar-benar sahabat, dia akan membantu anda tanpa sebarang ganjaran.

Jangan jadikan label 'LE" untuk memperdaya pembeli dengan cerita yang tidak layak untuk diterbitkan buat tatapan pembaca. Belajarlah untuk menghormati bahasa dengan menulis dengan bahasa dan ejaan yang betul. Jika bukan anda sebagai penulis untuk memartabatkannya, siapa lagi?

Bahasa jiwa bangsa!!!





Ps: harap penulis tidak kecewa dengan saya
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
February 10, 2016
Jalan cerita okey je tapi macam tak ada feel. Rasa macam makan nasi putih tanpa lauk. Tawar...
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 11, 2015
oklah..boleh dibaca..cuma macm x logik bila suka2 buat eksperimen kawin...
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
November 29, 2015
Bukan jiwa saya bila baca novel ini....
Rasa cam terseksa nak habiskan...huhu!!!

Mungkin penulis perlu peka setiap apa yg ingin di sampaikan.

Permulaan, perkembangan jalan cerita nampak ok la tapi semasa peleraian jalan cerita ada sedikit kekeliruan.

>>tengah2 baca kisah Rania nak buat jahat dgn Harris dalam opis tiba2 kisah Indah bersanding dgn Harris pula muncul~apa kes???

>>ada kisah pembaca perlu faham sendiri jalan cerita sbb tiba2 ayat penulis "tergantung"

>>Ada watak muncul tanpa di undang...
"Rokiah jadi Zakiah" :(

kurang penghayatan semasa penulisan di lakukan.. penulis perlu banyak menjiwa watak2 tersebut...

Usaha lagi supaya jalan cerita akan lebih mantap utk next novel.
286 reviews52 followers
November 9, 2015
light conflict....santai je...kisah sepsg suami isteri yg terpisah dan akhirnya bertemu semula....
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.