Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fiqh Medic

Rate this book
Buku ini mengupas tentang hukum-hakam dalam dunia perubatan kontemporari. Justeru, amat sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat yang ingin mengetahui penerapan fiqh dalam bidang ilmu kesihatan dan budaya hidup seharian mereka.

160 pages, Paperback

First published April 1, 2015

2 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Fauwaz Fadzil

14 books9 followers
Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil ialah seorang sarjana Islam di Malaysia. Beliau terlibat dalam banyak jawatankuasa syariah institusi kewangan dan badan bukan kerajaan di Malaysia. Beliau juga menulis beberapa buah buku dan rencana dan mengendalikan latihan berkaitan bidang kepakaran beliau, iaitu fiqah perundangan Islam.

Fauwaz ialah anak kepada tokoh negarawan Malaysia, Dato' Fadzil Mohd Noor dan Datin Khatijah Ibrahim. Beliau memegang ijazah sarjana muda Syariah dari Universiti Al-Azhar dan sarjana syariah dari Universiti Malaya.

Selain itu, beliau memperoleh sijil penasihat dan juruaudit syariah dari Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI), serta memperoleh Sijil Kemahiran Fatwa dari Dar al-Ifta Mesir pada 2008.

Beliau telah dilantik sebagai anggota jawatankuasa syariah Alliance Islamic Bank Berhad pada 1 April 2018. Beliau turut berkhidmat sebagai Perunding Syariah di syarikat penerbitan, Telaga Biru Sdn Bhd, dan menjadi anggota jawatankuasa syariah bagi FWD Takaful Berhad.

Fauwaz juga mengendalikan latihan kepada pegawai syariah dari pelbagai institusi kewangan Islam termasuklah dari badan penguat kuasa agama negeri-negeri. Beliau juga sering memberikan syarahan mengenai syariah dan perundangan Islam di radio dan televisyen tempatan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (37%)
4 stars
6 (37%)
3 stars
4 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Izzuddin amin.
9 reviews1 follower
June 23, 2021
Buku fiqh perubatan yang ringkas. Didatangkan dalam bentuk soal jawab dengan laras bahasa yang mudah. Penulis mendatangkan kesimpulan dan pandangan yang amat baik setelah membentangkan setiap permasalahan dengan penuh tertib dan tersusun.

Isu-isu yang dibincangkan dalam 16 bab adalah seperti berikut.
1. Perubatan Islam Sebenar
2. Permasalahan Derma Darah
3. Pemindahan Organ
4. Permasalahan HIV dan AIDS
5. Permasalahan Eutanasia
6. Pengguguran Kandungan
7. Permasalan ibu tumpang
8. Permasalahan Bayi Tbung Uji
9. Permasalahan Bank Organ Manusia
10. Permasalahan Wanita dan Kecantikan
11. Permasalahan Menukar Jantina
12. Permasalahan Pembedahan
13. Permasalahan Bius
14. Permasalahan DNA dan Nasab
15. Permasalahan Klon
16. Penyakit berjangkit
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.