Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Sewel Guy

Rate this book
“Sewel bukan halangan untuk aku merasai manisnya cinta kita…”

Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil.

“Awak sengaja nak kacau saya ke?” - Nur Dahlia

“Aku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.” – Nasri Haikal

“Bukan kacau yang itu…” - Nur Dahlia

“Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?” - Nasri Haikal

Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya.

“Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?” - Nur Dahlia

“Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?” - Nasri Haikal

“Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.” - Nur Dahlia

“Itu kan telefon aku.” - Nasri Haikal

Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu.

Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat, Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.

“Kalau kau buka mata kau besar-besar, kau tentu nampak ada lelaki yang nak kahwin dengan kau.” - Nasri Haikal

“Dah… Dah buka besar-besar ni. Dekat mana lelaki tu? Dekat dalam kereta depan tu ke?” - Nur Dahlia

“Ni… Lelaki tu dekat sini.” - Nasri Haikal

“Mana? Awak ke?” - Nur Dahlia

Perlukah dia meletakkan cintanya kepada seorang lelaki sewel sekali gus menolak Ridzwan yang pernah berada dalam hati kecilnya? Setiap masa dan perbuatan Nasri Haikal… Takkan tidak pernah mencuit hatinya? Akan bahagiakah Dahlia jika menerima lelaki sewel idalam hidupnya?

750 pages, Paperback

Published November 1, 2015

13 people are currently reading
140 people want to read

About the author

Aimy Haniya

4 books47 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
35 (37%)
4 stars
41 (43%)
3 stars
11 (11%)
2 stars
5 (5%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
January 27, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Patutlah ramai yang memberi rating yang tinggi untuk novel ini. Despite tajuknya yang kurang bijak, jalan ceritanya menghiburkan.

N suka dengan sedikit elemen suspens dan teka-teki yang diselitkan. Pada awalnya, N sangka MSG adalah just another romantik-comedy. But I was wrong. Yes, it is kinda romantic and funny. But it is also more than that.

N juga suka bagaimana setiap rancangan jahat yang direncanakan tidak pernah menjadi sejak Nasri membuat keputusan untuk bangkit semula. Kurang satu stress... :p N suka dengan Nasri yang kasar tapi sebenarnya dalam hati ada taman. Saat pertama dia 'membuka mulut' dengan Dahlia, hati N tercuit. Nampak saja 'sewel', tapi sebenarnya 'pedas' dan 'berisi'.

Tak sangka jejaka yang N sangka baik, rupa-rupanya tidak sebaik mana. Mujurlah N memang dari awal kurang senang dengan watak dia. Macam menyibuk pun ada. Rupa-rupanya dia lebih teruk dari itu. On the surface macam gentleman. Tapi sebenarnya 'buta'.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
November 22, 2015
i liked this story...penulis makin mahir buat cerita memikat pembaca seperti saya..ada unsur suspen tu yg best..jd jangan selak blkang tau....lps tu dlm citer ni mmg x akan menyakitkan hati..org jahat nk buat jahat mesti x jadi punya la..mmg penulis berpihak kepada pembaca...

nak bg 5 bintang...tp sbb sy x puass..lmbt sgt nk tggu part diaorg sweet2 lepas kawin..tup2 tgok2 mcm tu je..rushing sikit nk last2 tu..but good job penulis.. :)
Profile Image for Cik Milah Sekupang.
31 reviews3 followers
November 12, 2015
Awat aku bagi 4 bintang? Sebab... Ikut suka hati akulah. Haha...
Okey, cerita ni bagi aku pada permulaannya memang best. Kisah seorang jururawat yg suka dengan doktor kat klinik dia, lepas tu ikut cakap doktor tu untuk jadi jururawat peribadi kat rumah orang semata-mata nak dapat 'tempat' dalam hati doktor tu. Tup-tup frust bila dia kena jaga dan rawat lelaki sewel kat tempat baru tu. Oh, my! Memang sewel lelaki tu. Perwatakan Nasri as a sewel guy tu memang sewel. Kesian pun ada gak bila tau sebab apa dia jadi sewel. Kemurungan tahap melampau kot sampai fikiran dia tak betul. Suka duduk bawah katil, cederakan diri dan tak pernah bercakap sejak insiden yg menimpa diri dia.
TAPI, dalam serius-serius cerita ni pun penulis berjaya buat aku terhibur dengan adanya watak bibik kat rumah Nasri tu. Nak tau pasaipa aku terhibur dengan telatah dia? Bacalah sendiri... Lucu sikit. Yang lain-lain macam biasalah, dah dia rawat, lepas tu jatuh si sewel tu jatuh cinta dengan dia.
Weh, orang sewel jatuh cinta dengan hang?! Mau tak jadi sewel jugak. Seram kot. Okey, aku nak komen takat tu saja. :) Peace (^_^)v
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
May 14, 2016
best!! this is a romantik komedi py cerita and awesomeny bila misteri dan unsur suspen diselitkan dalam buku ini. once started..mmg tak boleh nak delay sampai ke ending. pertama kali nampak perkataan kompelin..hihi.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 5, 2015
ok laa...best...konflik x berat...kdang2 geram jugak dgn watak Dahlia yg byk soal...tp lg geram dgn watak Ridzwan aka Doktor Gila tu...mula2 jual mahal sgt, pastu bila Dahlia dah x suka...mulalah terhegeh-hegeh...aku suka dgn watak Nasri dalam cite ni...mula2 aku ingat Nasri ni betol2 sewel...rupe2 nyer x lah sewel mana pun...sewel gitu2 jer...padan muka dgn Datin Sarah, last2 sekali dia yg kena racun...balasan sbb racunkan mak dan adik Nasri dulu...
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
July 1, 2024
Best betul novel ni. Plot twist yg unexpected. Wow tergamam sekejap bila tau datin sarah tu sapa. Lps ni nak baca novel author yg lain la 😍

Sweet betul mr sewel dgn dahlia. Ada jugak part lawak. Aduih mcm2 la
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
December 13, 2017
2.85 bintang

Since I can read this from start to finish, so saya bermurah hati untuk round up the rating.

Feels like reading a raw material before editing. Cerita menarik, tapi banyak adegan meleret. Watak ramai, semua pun nak ada pov sendiri, semua pun nak di-highlight-kan. Sampai kadang-kadang watak utama pun tenggelam. Rasanya tak perlu pun semua tu, sekadar menebalkan novel saja. Kalau tak dimasukkan pun tak menjejaskan jalan cerita. Lebih baik fokus terhadap watak-watak utama sahaja.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
March 22, 2016
Sebuah novel yang cukup baik. Digarap dengan penuh menarik. Karakter Nur Dahlia dan Nasri Haikal berjaya membuatkan saya terasa ingin mengetahui kisah mereka sehingga ke penamat cerita. Namun, pada masa hadapan, saya berharap, penulis menggunakan tajuk bahasa Melayu untuk karya-karya beliau yang akan datang memandang pada masa kini sudah ramai yang mengecam tajuk novel yang bercampur dengan perkataan daripada bahasa Inggeris. Secara keseluruhan, buku ini lain daripada yang lain. Yang penting, kisah ini bukan novel kisah cinta kahwin atur atau kahwin paksa. Syabas buat penulis!
Profile Image for Mohd Zackry.
2 reviews
November 18, 2015
My Sewel Guy mempunyai idea menarik dan unik. jalan cerita yang lebih ringan dan penuh dengan moral. It include in My favourite novel list. Good Job and keep on writing.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 12, 2016
Love this..lain dari yg lain..
Profile Image for Azizah Alwi.
77 reviews6 followers
March 16, 2017
Novel yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Nasri Haikal yang mengalami masalah major depression semenjak kehilangan arwah ibu kandung dan adik kandungnya dalam satu pembunuhan yang agak kejam.Nasri Haikal hampir terbunuh kerana ada musuh dalam selimut yang mahu menjatuhkan keluarga mereka demi harta.Kemunculan Dahlia sebagai seorang private nurse memberi harapan dan semangat baru buat seorang Nasri Haikal.Dahlia merupakan sidekick Nasri Haikal bagi memulihkan kemurungan yang dihidapi oleh lelaki tersebut.

Tipikal cerita melayu, at the end of the story, Datin Sarah Aleesa that is mama tiri Nasri Haikal terbunuh dalam kemalangan ketika melarikan dari daripada ditangkap oleh pihak polis atas alasan cuba membunuh Nasri Haikal.Akhirnya kerana dendam,Doktor Hakim telah membunuh Datin Sarah Aleesa ketika Datin Sarah terlantar disofa.Kematian Datin Sarah membuka mata Dato Azmi iaitu ayah kepada Nasri Haikal bahawa wanita yang dikahwini olehnya hanya mahu merebut harta dan bukan cintakan dirinya sepenuh hati.

Semenjak Dahlia menjadi private nurse kepada Nasri Haikal, Nasri Haikal sudah mampu berinteraksi dan dalam diam meyukai Dahlia disebabkan oleh personaliti ceria Dahlia yang mampu menarik minat Nasri terhadap dirinya.Kemunculan doktor Ridzwan sebagai majikan Dahlia turut memberi impak yang besar dalam hidup Dahlia.
Profile Image for Eba Abby.
5 reviews
November 18, 2015
wow.. gabungan hero ngan heroin dlm novel ni mmg terbaik.. rsa cam nk jdi cam dahlia je.. novel aimy haniya mmg best.. saya tunggu novel yg lain..
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
September 28, 2016
apa yang buat aku tertarik untuk terus baca buku ni, penulis pandai mengolah plot cerita yang santai dan lucu dan tak ada bab sedih-sedih keluar air mata.

Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
May 28, 2017
Babak pertama

Dahlia, seorang nurse di klinik swasta. Ditawarkan menjadi private nurse oleh Dr Ridwan, majikannya, untuk anak Datuk Azmi, Nasri yang mengalami tekanan.

Selepas beberapa minggu, Nasri mula menerima kehadiran Dahlia. Dan ternyata, ada komplot untuk menjatuhkan Nasri.

Maka Nasri dan Dahlia, ibarat Batman dan Robin, mula mencari dalang yang sanggup menyebabkan Nasri jadi sewel.

Antagonis berjaya dikesan dan of course menerima balasan walaupun macam tak best saja cara diorang terima balasan tu. Macam...itu aje ke.

Babak kedua

Muncul antagonis baru yang cuba memutuskan Dahlia dengan jejaka pilihannya. Watak antagonis ni diwujudkan masa babak pertama. And my thought was...really?

Dan sebab tu la saya rasa down sangat baca babak kedua. Macam tak perlu nak drag cerita ni. Patut dah tamat masa kebenaran tentang kenapa Nasri jadi sewel terbongkar.

Kira banyaklah cara digunakan oleh antagonis ni demi nak rampas Dahlia. Masa ni pula jejaka pilihan Dahlia menghilangkan diri. Masa babak pertama beria-ia si hero kawal Dahlia dari diganggu oleh watak antagonis ni. Alih-alih babak kedua menghilang camtu ja.

Sebab utama dia hilang pun macam tak logik. Saya faham hero seorang yang berdikari tapi lepas nikah pun boleh apa tunaikan impian Dahlia.

Selain dari hero yang patut kena flying kick, abang Dahlia iaitu Danish pun sama. Mata duitan sungguh.

Plot Damia, kakak Dahlia, dan suaminya tu, macam untuk apa perlu dikembangkan? Kalau perlu kenapa tak kembangkan juga watak Danish dan Darwish.

Sub-plot dan watak tambahan kalau menarik, memang dialu-alukan. Kalau sekadar macam belon kat parti harijadi, tak perlu kot.

Mungkin saya saja kot yang tak feel cerita ni. Tapi serius saya katakan, babak pertama memang best. Tersangat best. Tapi babak kedua tu la, terus dengan saya pun down.
2 reviews
July 26, 2017
Penulis berjaya wujudkan watak sewel pd Nasri Haikal yg sekaligus buatkan sy prcaya dia mmg sewel...It's a fun baca MSG...curious for the next novel plaks...
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 21, 2016
ngeeee... sy suke...

penceritaan yang menariks, walau ada love portion, part misteri tue yg super ohsem! hehehe

kesimpulannyer saya suke.
15 reviews1 follower
Read
February 22, 2019
Nak jual buku ni. Batu baca and masih sempurna. Nak jual RM20 je. Berminat?whatsapp 0138745199
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.