Disebabkan semangat yang membara mahu menyambung pelajaran ke luar negara, Aina Yasmin (Min) terpaksa akur pada syarat bapanya untuk bertunang dengan dua pupunya, Ameer Aazad (Aazad), lelaki yang ego, perasan bagus dan jelas membencinya. Lima tahun bertunang, tidak pernah sekali pun mereka berhubung. Pertunangan atas dasar terpaksa dan demi sebuah janji semata-mata tidak mungkin menjanjikan bahagia.
Maka Min nekad memutuskan pertunangan mereka sebaik pulang ke tanah air. Sangkanya tentu Aazad tidak akan membantah kerana sedar lelaki itu amat membenci dirinya. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Aazad mengenakan syarat sebelum bersetuju. Syarat yang membuat Min tersepit dan keliru.
Aazad yang pernah hanyut dalam keasyikan dunia suatu ketika dulu, kini telah berubah 100%. Dia kini mahu memburu cinta Min. Mahu berpegang pada janjinya kepada bapa gadis itu. Namun bukan mudah untuk Min menerimanya setelah kata-kata hinaan yang pernah dilemparkan dulu masih memberikan kesan yang amat mendalam di hati.
“Badan kurus sekeping macam jantan, kulit pulak berkilat semacam je, macam terbakar. Eee… aku langsung takde selera nak pandang… Kau tengok aku! Takkan pompuan macam tu layak nak berdampingan dengan orang macam aku ni?” – Ameer Aazad
Sukarnya melenturkan hati seorang Min. Sukarnya menagih peluang kedua daripada gadis yang pernah dilukainya dulu. Namun sukar lagi bagi Aazad untuk mengaku kalah. Gadis itu harus dimiliki walau dengan apa cara sekalipun. Itu tekadnya.
Dalam misi memburu cinta Min, hubungan mereka dilanda dugaan yang hebat. Min begitu mudah mengaku kalah kerana tidak sanggup lagi dilukai oleh lelaki yang sama berulang kali. Cukuplah peluang yang telah diberikan kepada Aazad. Tiada lagi!
Masih adakah peluang bagi Aazad untuk meraih cinta Min? Bisakah dia merawat hati Min yang sudah retak seribu? Benarkah tiada lagi ruang dalam hati Min buat Aazad?
Penat jugak nak habiskan kisah ni. Penat dengan karenah Aina Yasmin yang manja dan cengeng. Benda dah lama nak simpan lagi sakit hati dengan kata-kata Aazad tu. Tapi hati tu sayang gila dengan Aazad.
Aazad pulak disebabkan kemalangan yang menimpa dirinya. Dia berubah. Dia nak tunaikan janjinya dengan Ayah Aina Yasmin untuk menjaga anaknya. Aina Yasmin pun dah berubah dah makin cantik berbanding dulu. Mana tak angau. Pujuk rayu si Aazad ni memang la, macam ada tanam tebu kat tepi mulut. Hahaha. Tapi itulah tempoh enam bulan tu ke laut jadinya. Kemaruk sangat nak jadikan Aina Yasmin miliknya.
Kadang ujian rumah tangga datang dalam pelbagai bentuk. Kali ni Aazad yang jadi mangsa khianat ex staff. Aina Yasmin pulak memang degil. Ikutkan rasa hati yang tersakiti. Selesaikanlah dengan baik. Bukan dengan tindakan melulu. Bila dah marah ni kata-kata tak terjaga. Dah sakitkan hati orang lain. Mujur Aazad tu sayang gila-gila dengan Min.
Saya abaikan bahagian watak sampingan yang lain. Banyak sangat.
Honestly, I think Min never really moved on from what Aazad said masa mereka bertunang dulu... kutuk fizikal kot memang sakit hati lah. 5 tahun Aazad ghosting tunangnya... Min sent email untuk akhiri relationship diaorang.
Aazad dah berubah after accident. Dia insaf. Dia nak tebus kesalahan dan terima Min seadanya.
F suka Aazad yang suka mengusik.. dok panggil Min 'cik tunang'. Blushing lak F
They got married but ada jantan-tak-guna kacau daun. Aazad turned all cold and angry, sampai tak boleh dekat pun dengan Min. 🥲
Kita yang baca ni pun dah rasa sesuatu. Diaorang ni panas je bila dekat. Bila Aazad tertolak Min, Min nekad keluar dari rumah bila Iqbal datang.
Aazad went full heartbroken mode. Kesian. Susah bila wife taknak percaya.
F paling tak puas hati part Min ni keras hati sangat. Kenapa tak nak tahu langsung apa jadi sebenarnya? Balik² dia ingat kes lama Aazad kutuk dia tu.
Lelah² pun habis gak F habis baca. ermm mujurlah Aazad sayang cinta giler kat Min yang manja dan cengeng.
penulisan dia kali ini ya berjaya buat hati tertawan dgn aazad.. tak pernah lupa untuk selitkan kisah kekeluargaan.. ada gembira ada sedih.. mesti ramai jatuh cinta dgn watak si aazad ni hehehe
sebuah karya yg terbaik drpd sblm ini....penulis dh improve a lot.... sebuah cerita yg ckp segala rencah dan emosi......mcm2 rs bl bc....and dh start bc mmg xleh nk stop....suka sgt dgn watak aazad, min, iqbal, shafiq dan mas..... ikatan kekeluargaan, nilai kesetiaan dan kepercayaan, persahabatn merupakan isu yg diketghkn yg mampu menarik minat pembaca....
Peluang kedua tidak mustahil...tp akan adakah peluang ketiga andai hati disakiti berkali2?
Aina Yasmin (Min) disyaratkan agar mengikat tali pertunangan dengan anak angkat Hj Zainal (abahnya), Ameer Aazad (Aazad) sebelum diizinkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ini kerana bapanya berpendapat status tersebut mampu memelihara Min daripada dipengaruhi gejala negatif sepanjang berada di luar negara. Demi cita2nya, Min akur menerima. Demi budi Hj Zainal kepadanya, Aazad juga turut bersetuju.
Di awal tempoh pertunangan, hati Min dirobek luka apabila cacian & hinaan Aazad tanpa sengaja menerobos ke pendengarannya. Aazad tak pernah sukakannya. Bagi Aazad, dia gadis yg buruk rupa, budak yg entah apa2, langsung tidak sesuai berganding dgnnya.
Biarpun terluka, Min gagahi juga demi mencapai cita2nya. Selama 5 tahun dia berada di luar negara, tidak pernah sekalipun Aazad menghubunginya, apatah lg mahu mengambil berat tentangnya selayaknya sebagai seorang tunang. Dan tidak pernah sekalipun Min lupa kata2 penghinaan Aazad…kata2 yg membawa pergi seluruh keyakinan dirinya.
Sedang dalam tempoh 5 tahun tersebut juga, Aazad di Malaysia alpa dgn tanggungjawabnya, lupa pada janjinya yg pernah dilafazkan kpd Hj Zainal, lupa statusnya dek hanyut dalam keseronokan dunia. Sehinggalah pd suatu ketika di mana dia ditimpa kecelakaan jln raya & hampir lumpuh. Apabila teman berliburnya semua mula menjauh, dia mula sedar khilafnya...baru teringat amanah yg dipertanggungjawabkan ke atasnya. Namun dia kekok...bagaimana cara untuk dia bermula...apa yg harus dia lakukannya...
Sehinggalah pada suatu hari apabila Min meminta utk dileraikan tali yg mengikat mereka...Aazad mohon diberikan peluang kedua. Dia mahu memupuk cinta antara mereka..mahu menjadi tunang yg sebenar2nya & kalau boleh mahu ke fasa yg seterusnya.
Walau berat bg Min untuk membuat keputusan, ekoran luka di hatinya masih bersisa, namun keadaan akhirnya membuatkan dia & Aazad bersatu juga akhirnya. Lantas dia reda & bersedia membuka hati menerima cinta seorang suami. Maka Aazad pun menjalankan misi menggodanya... menggoda sehingga sang isteri bisa jatuh cinta kpdnya.
Sedang bahagia melingkari mereka, sedang mereka saling memberi & menerima, sedang mereka asyik memikat & mengikat, ujian hebat dtg menduga dgn tidak disangka2. Nikmat berumahtangga dirasakan seketika cuma. Aazad berubah dgn tiba2... baran tidak semena2 sehingga mengasari & mengusir Min dr kediaman mereka.
Kecewa Min bkn kepalang. Lantas dia mahukan sebuah pengakhiran....dibinanya tembok penghalang di sekelilingnya demi enggan terus2an terluka hati & perasaan.
Mengapa Aazad berubah sedemikian rupa sedangkan dia pernah nekad mahu Min menjadi pendampingnya sehingga ke akhir usia? Akan kembalikah dia kepada isterinya @ menerima sahaja salam perpisahan yg dihulurkan? Wanita yg setia tidak sukar memberikan peluang kedua kpd yg dicinta, namun perlukah diberikan peluang ketiga?
Sejujurnya kematangan penulis terserlah dlm karyanya yg ke3 ini. Masih menerapkan nilai kekeluargaan - ibu ayah yg mahukan yg terbaik untuk anak2 mereka...adik beradik yg saling menjaga, nilai persahabatan - sahabat yg sentiasa setia dlm susah & senang...dpt menerima segala kekurangan, serta nilai kemasyarakatan - sifat dengki & iri yg akhirnya memakan diri. Gaya bahasanya tersusun indah..baik BM mahupun BI nya, itu yg paling saya suka ttg penulis ini. As if i could feel your sincerity within.
sebuah kisah yang menarik intipatinya. body shaming. ramai je yang buat, sama ada disengajakan atau tidak. menghina bentuk fizikal mampu buat yang terhina itu berada di tangga emosi yang sangat rendah.
itulah yang dihadapi oleh aina yasmin bila tunangnya, ameer aazad menghina bentuk fizikalnya yang masih seperti anak yang baru meningkat usia walhal umurnya sudah pun mencecah 18 tahun. min pun secara tidak sengaja terdengar aazad mengutuknya. aazad menerima untuk bertunang kerana hormatkan ayah min.
sekembali setelah lima tahun menimba ilmu di negara orang, min ambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangan. tapi tidak aazad. kemalangan yang menimpanya buat dia berubah sikap kepada yang lebih baik walaupun dia menjadi dingin dan kaku bersama orang lain.
late bloomer. itu yang berlaku pada min. jangka masa yang merubah personaliti dan fizikal min. tapi aazad, dia tak peduli. dia terima min seadanya walau macam mana pun rupa min. tapi jauh sudut hati min, dia masih ragu. ragu dengan penerimaan aazad. kuat pasak kata-kata aazad menghinanya buat dia rasa kurang percaya. bagi dia, aazad hanya menunaikan amanah dan mengotakan janji.
mereka tetap bersatu dengan ikatan yang halal.
puan penulis membahagikan kisah dengan cantik. begitu juga dengan pembinaan watak-watak. betapa kuatnya ikatan kekeluargaan. tipulah kalau tak pernah bermasam muka atau bergaduh. itulah selingan dalam kehidupan.
jangan sangka min yang kelihatan lembut baik, tak punya sisi keras dan degil. sekali dia memberontak, adik-beradiknya sendiri tak mampu nak pujuk. ada juga terselit kisah manusia yang busuk hati hingga sanggup menggunakan sihir untuk kepuasan peribadi.
dendam. memang mampu merosakkan. tanpa dijangka mampu meletus hingga memburukkan keadaan.
jangan lebih cinta manusia daripada cinta pada Allah.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
I like! Tapi bila dah separuh jalan tu, tiba-tiba Mas dengan Syafiq pulak interframe. Tak payah kut...Biarlah hanya fokus pada Min dan Aazad sahaja. Tambahan pula, Min and Aazad memang ada chemistry yang kuat, jadi mereka tak perlu bantuan kisah salingan.
Bukannya sebab tak suka dengan watak Mas and Syafiq, cuma memang N tak suka bila ada secondary couple dalam novel. If dalam drama, it's ok. But in novels, pada N, jika penulis mahu watak-watak lain mempunyai cerita mereka sendiri, simpanlah cerita itu untuk novel yang lain.
Penulisan kak Lynn mmg tak lari jauh daripada elemen romantik dan kekeluargaan. Banyak penekanan tentang kasih sayang Aazad & Min walaupun tak berasa suka watak Min yg ada kalanya keras hati dan suka buat andaian sendiri. Tapi tak leh nak salahkan Min 100% jugak sbb dia pun terkesan dengan peristiwa lalu. Orang ejek kita mestilah terasa dan sukar nak lupa. Nasib baik bila Aazad dah insaf nak cuba perbaiki keadaan, Min boleh terima. Bapak romantik Aazad dalam ni tau dakkk! Hehehe Suka jugak part Min dgn abang2 diorang, sangat rapat with each other's. Overall, cerita ni best. Banyak dugaan dlm kisah percintaan diorang. Korang boleh baca sendirilah ya.
Sebuah karya yang tidak mengecewakan. Karya yang mengutarakan kisah hubungan kekeluargaan, kesetiaan, pentingnya kepercayaan dalam sebuah perhubungan. Kecantikan luaran hanya sementara. Yang penting kecantikan dalaman.
Great book..walau ada sakit hati gila kat si aina yasmin yg tetibe jer nk meroyans, still jatuh cinta pada manisnya aazad... Iqbal ngan syafiq pula mmg baek gilos!!!
Aku rasa cam tak pernah je aku tak suka buku LS. Semua suka. Semua membuai perasaan, buat aku blushing. hahha. .
Ni cerita tentang Aina Yasmin dan Ameer Aazad. Mereka bertunang atas desakan keluarga. Cumanya, Yasmin rasa Aazad tak suka dia sebab dia pernah terdengar Aazad kutuk dia, cakap dia tomboy la, hitam la. Sebab tu la, Yasmin nekad untuk putuskan hubungan mereka. .
Tapi, ada kemalangan yang menimpa Aazad yang buatkan dia berubah. Yang buatkan Aazad cuba menerima Yasmin. Dan lagi penting, masa ni Yasmin dah cantik. hahaha. .
Berjaya ke Aazad memikat hati Yasmin? .
Aku suka cerita LS sebab semuanya mementingkan ikatan kekeluargaan. Watak hero selalu digambarkan macho, dominan, protective. Watak heroin pulak cantik, ayu dan baik. .
Cuma, yang aku kurang suka ialah bila penulis selalu tulis nama penuh hero dan heroin. Bagi aku, sepatah nama pun dah okay. Lagi suka, aku tak suka bila watak heroin terlalu cantik sehinggakan semua lelaki sukakan dia. hurm. .
3.8* Let the past remain in the past. Why let it rule over ur future? Kalau dah kahwin, tindakkan lainlah kalau dicurangi. Ni tunang lagi. And tak mesra lagi. Kenapa harus rasa sakit kalau tak cinta lagi dan kenapa masih berpegang pada janji jika enggan meneruskan?..Alasan, belum bersedia. Padahal cinta masih tersemat dilubuk hati yg paling dalam. I know its not easy to let go but sometime, u simply have to, in order to move on. Lagipun tu kata2 zaman ketika Aina masih remaja kut..apalah nak dikisahkan sangat. Memanglah geram dan marah sebab kita belum dewasa lagi.
Lelah jugalah dgn sikap Aina ni. Akibat terdengar perbualan Aazad dengan Daniel suatu ketika dahulu, dia jadi terlalu self conscious and inferior to the max. Keras hati. For this novel saya baca skip2 certain chapters..Penat melayan sikap Aina. Berbaik tapi tak meluahkan perasaan cinta..simpan buat perkasam sehingga lah Aazad berubah sekali lagi, bukan kehendak Aazad. Dan semakin keraslah hati Aina ni. Kata tak berdendam hanya kecil hati..tak nampak macam tu pun. Menyampahlah Aina.
Anyway kesian jugalah dgn si Fadli. Kerana pernah dimalukan oleh Aazad didepan staff yg lain, dia menjadi pedendam hingga sanggup melakukan perkara terkutuk. Jadi manusia ni tak lepas dari khilaf, kekadang tumbang juga. Mulut nak kena jaga bila bertutur..air muka orang pun nak kena jaga. Kalau semua nak kena jaga tapi hati sendiri terluka, might as well jgn berbual jika tiada keperluan. Lebih afdhal, jiwa aman.
___**___
My Opinion Kalau saya jadi Aina, penghinaan Aazad tu saya akan tukarkan menjadi pembakar semangat untuk menjadi lebih baik..and beauty doesnt lies on the outside but internally. To me, when u feel good inside, automatically u feel good on the outside. A friend once said, she felt great when she dressed well..presentable. Dia tak cantik tapi manis bila dipandang and the way she carried herself, exudes confidence. So, who said beauty lies externally? Her life is not theirs. (U cant please everybody but the least u could do is to please ur deen and family, the rest will follow suit.)
I believe there are many out there who face the same problem. X factor varies on different people. Ada yg rasa orang itu cantik kerana kebaikan dalam diri mereka, ada pula kerana orang itu bijak, ada pula kerana simplicity or their versatility..see its not about facial appearance je..its more than that. Isnt beauty lies in the eyes of the beholder?
Aazad was once shallowed and inclined towards external beauty before the changed..why turn a blind eyes to his changed instead choosing to hang on to his past. Especially bila hal penceraian menjadi issue and Aina beri alasan hinaan ketika remaja to Lukman as if it were happening currently..hmm..Aina's too much. Im livid with her excuses yg dah bertahun basi. Kalau tu bangkai dah jadi baja..pokok pun dah tumbuh..kalau boleh berbuah dah keluar hasilnya..
In life there's always risk..Nak pergi syurga pun ada risk, bukan? Crossing the titian. Ingat senang ke? Dalam berbuat baik pun tanpa sengaja ada dosa terkandung dalamnya bukan? Hamba penat Aina..penat nak layan ketidak matangan and ur inferiority complex. hmm..
Aazad yg ego dipermulaan namun berubah selepas ditimpa kecelakaan. Aina Yasmin (min) dan aazad ditunangkan tanpa persetujuan keduannya. Kata nista si tunang membuat hati min terluka. Setelah lima tahun mereka terpisah pertemuan kembali keduanya membuka kisah baru.
Kepercayaan si tunang cuba diraih Aazad bila min mahu ikatan mereka dileraikan...
Owesome...menduga jiwa novel ni. Geram, sedih, benci pun ada.
Saya suka sgt watak Aazad yg digarap dgn baik sekali.. seorang yang tegas sesuai dgn min yg lembut dan berjaya mencairkan min bila menjadi keras hati dan degil.. congrats Lynn Safiya.. luv this book so much.. waiting for your next project..
Lynn Safiya, diantara penulis kegemaran kita. dengan cerita yang sangat menarik dan tidak menghampakan. semakin improve gaya tulisan nya dari buku 1 hingga ke 3 ni. well done. siapa yang belum baca. SILA BACA SEKARANG DENGAN SEGERA.
Aina Yasmin mnjd tunangan Ameer Aazad sbagai syarat utk dia lanjutkan pelajaran ke luar negara!
5 thn berlalu...min kembali mnjd seorg yg manis penuh pesona! Aazad pula berubah mnjd serius dan penuh rahsia!
Rupanya ada kisah antara mereka! Kisah sedih dan pedih!
5 thn dulu min bkn gadis yg manis yg blh buatkan aazad memandangnya! Sepanjang tempoh 5 thn brtunang juga tidak ada hubungan antara mereka! Min diam trtanya sndri...aazad juga menyepi tk beraksi!
Dan itu buatkan min nekad mahu putuskan ikatan mereka...5 thn tempohnya ckup buat min sedar yg aazad hanya terpaksa terimanya demi amanah arwah bapa min...
5 thn yg buatkan aazad juga punya cerita yg mengubah dirinya! Aazad yg baru ini tdk lg sempurna pakejnya! Ketidaksempurnaan yg menyedarkan aazad siapa kawan n lawan! Ketidaksempurnaan yg buatkan aazad merasa malu utk menghubungi min!
Bertemu dlm satu ruang bagai mengugat keputusan min...aazad trnyata lain dr yg min hrpkan...wlu dia mahu akhirinya dan tiada siapa yg mmbantah tp min ttap rasa trikat! Layanan baik kluarga aazad membuat min dlm dilema!
Tempoh 6 bln diminta aazad utk ruang n peluang! Aazad akan akur bila dlm 6 bln masa itu...min mmg sudah tk ada rasa buatnya...dan dia sndri akan gunakan 6 bln masa utk mendapatkan min! Lalu misi memikat dan mengikat dimulakan!
Fadli...dlm diam rupanya menaruh rasa pd min...tp min skadar mnganggap teman sekerja! Min yg mirip bekas tunangnya dn wlu tau min tunangan aazad...fadli ttap mahukan min...ada rancangan diaturnya!
Merasa tergugat... aazad lalu nekad dia bertemu keluarga min utk meminta dicepatkan tarikh perkahwinan mereka!
Dlm meniti hari...insiden malang menimpa bila ibu min meninggal angkara perompak! Tinggallah min bersama dua abangnya!
Kuatnya jodoh mereka wlu fadli nekad merancang tp tergagalkan! Min~aazad akhirnya bersama juga...
Sedang elok manis berdua ada pula yg menduga! Perubahan aazad buat min terasa hati...aazad mula baran n sprt mengelak drnya.....terjadilah pergaduhan...
Min angkat kaki dn aazad bertahan menanggung sndri....perubahan itu bkn mahunya aazad! Itu bkn dirinya...dia seolah tdk mampu lg bersama min...Ada yg menyekatnya! Ada yg membuatkan rasanya bertukar kpd si isteri! Mereka diuji...tiada rasa bahagia lg dan suma itu krn ada sesuatu yg tk mereka ketahui! Sesuatu yg misteri! Apakah itu? Kenapakah itu? Meh cari n baca YBDH ya!
akhirnya dapat juga beli novel ini.... jalan cerita yang best... kadang2 saya agak xberapa bekenaan ada setengah babak dalam novel... bahagian yasmin keraskan hati xmau terima hakikat yg suaminya sedang 'Sakit'. aduhai rasa nk je marah yasmin sebab buat suami dia mcm tu....keras hati mcm xboleh terima takdir je.... aduhai, apa2 pon tahniahkepada puan penulis ini sebab menghasilkan cerita yang banyak unsur2 kekeluargaan juga,persahabatan.... tahniah