Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hamka: Ulama, Pemimpin, Sasterawan

Rate this book
Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat.

Hamka mempunyai sejarah hidup yang penuh warna-warni. Pernah disanjung tinggi sebagai ulama, sebelum difitnah sebagai seorang pengkhianat bangsa. Pernah menjadi sahabat akrab Presiden Soekarno, dan kemudiannya terlempar ke penjara juga kerana Presiden Soekarno.

Inilah kisah beliau, kisah seorang ulama yang menjadi pemimpin, dan juga dikenali sebagai seorang sasterawan.

486 pages, Paperback

Published January 1, 2014

7 people are currently reading
102 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (56%)
4 stars
24 (34%)
3 stars
6 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Dyanna.
19 reviews
January 28, 2016
A detailed insights of the life and times of Buya Hamka; pejuang kemerdekaan Indonesia, negarawan, sasterawan, ilmuwan dan ulama' terkenal dan berpengaruh di Indonesia.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
May 11, 2020
Kisah hidup Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) yang dituliskan dalam bentuk novel. Ia meliputi kehidupan beliau sejak lahir hingga meninggal dunia.

To be continued
33 reviews1 follower
June 23, 2019
Highly recommended😍😍😍 Buku yang mengisahkan kehidupan Abuya Hamka dari kecil hingga akhir hayat beliau. Perjalanan hidup beliau bukanlah satu perjalanan yang biasa.Menjadi harapan keluarga,terpaksa berjauhan dengan ibu tercinta,di pinggir oleh sanak saudara, difitnah oleh teman dan rakan, kehilangan isteri tercinta antara mehnah yang dilalui oleh Abuya sepanjang hidupnya. Tidak mengenal erti putus asa adalah kunci utama abuya. Tersangatlah menarik buku karya Tuan Abdul Latip Talib ini sehingga mampu membuatkan pembaca tertawa membaca kisah lucu yang diceritakan dan mampu menitiskan air mata apabila membaca kisah sedih Abuya Hamka.Selamat membaca.
1 review
November 19, 2020
Buku ini mengambarkan bagaimana perjuangan hamka pada zaman dahulu.kita dapat mendalami kisahnya daripada kecil hinggalah ke hujung nyawanya.perjuangan hamka sememangnya hebat.Antara perjuangannya adalah menentang belanda,menentang jepun,mempertahankan muhamadiyah dan perjuangannya dalam parti masyumi.disebabkan ideologi hamka berteraskan islam dan ideologi soekarno pula ke arah pancasila.perbezaan fahaman tersebut telah membuatkan hamka dimasukkan ke dalam penjara oleh soekarno sendiri selama dua tahun dan dalam tempoh tu jugalah hamka menyiapkan tafsir Al Azhar.
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
June 5, 2020
such a good way to 'tell' history. penceritaan yang menarik, santai dan mudah difahami.
52 reviews3 followers
November 3, 2019
Buku seorang sosok manusia yang dikagumi, semangat juang yang tinggi, berpegang teguh kepada agama walau terpaksa menongkah arus yang ganas...
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.