Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lain Dunia

Rate this book
Di awal perkahwinan lagi, hati Anggriani sudah sentap. Apa taknya, dia diminta menjadi ‘isteri patung’ oleh Rayhan.

“Saya nak awak jadi isteri yang seperti patung, Anggriani. Bernyawa, tapi tak punya perasaan. Kaku, tapi boleh berfikir.” - Rayhan

Tanyalah isteri seluruh dunia. Mana ada yang mahu jadi isteri yang seperti patung. Jadi Rayhan, jangan jadi lelaki tidak logik! Nanti karma.

Ya! Karma itu wujud. Kerana selepas itu, Rayhan bagai dihukum bicara sendiri. Walau berusaha keras menafikan, dia juga lelaki yang punya nafsu.

"Awak jangan fikir saya cemburu pula, Anggriani. Saya buat semua ni sebab saya tak nak ada gosip antara awak dengan si dayus tu." - Rayhan
"Saya tahu awak takkan cemburu. Saya ni cuma isteri patung. Tak perlu awak jelaskan berkali-kali.” - Aggriani

Tapi, ‘pesanan’ Rayhan tetap Aggriani pegang. Dia harus menjadi ‘isteri patung’.

"Jangan pandang saya," mohon Anggriani sambil mengesat-ngesat hujung mata.
"Pandang saja tak cukup, Anggriani. Awak yang menangis sekarang hanya buat saya jadi gatal nak cium awak."
Kalau tadi guguran air mata Anggriani telah mulai terhenti, kini lebat semula.
"Usahlah menangis lagi. Air mata tu tak sesuai untuk masa sekarang."
Guguran air mata Anggriani tetap juga berleluasa.
"Air mata awak ni, sama degil macam awak juga," keluh Rayhan.

Mampukah seorang Rayhan yang ego dan sering menyakitkan itu berubah menjadi suami yang mendamaikan? Hanya Anggriani saja yang mampu menjawabnya.

272 pages, Paperback

Published November 1, 2015

2 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Pena Kayu

45 books86 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (19%)
4 stars
14 (26%)
3 stars
23 (44%)
2 stars
4 (7%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,042 reviews378 followers
November 14, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)


Ringkas tapi agak menarik, terutamanya bahagian ending =) Pengajarannya, be careful what you wish for. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
December 9, 2015
Manusia bodoh saja dua kali jatuh ke dalam lubang yang sama. Tetapi kali ini kujatuhkan hatiku pada hati yang sama, setiap detik. ~ Rayhan.

Rayhan, nak berlaku kejam tapi tak kejam sangat pun. Di sebabkan dendam dengan Ariana yang menolak lamaran , adik Ariana iaitu Anggriani dinikahi. Anggriani disuruh menjadi isteri patung, tiada rasa. Tapi Rayhan tak kenal Anggriani, degil. Tak terlawan Rayhan menepis tuntutan isterinya. Di pengakhiran cerita .... ehhhh...oooohhhh...ahhhhh baru Rayhan menyesal, nak sangat isteri patung kannn... baru tahu ye bila isteri betul2 jadi patung.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 9, 2015
kali ni punya cerita dari Pena Kayu kurang menarik hati sy untuk menyukai naskah ini...

tapi still boleh baca sampai habis..
Profile Image for Mslvoe.
2,113 reviews204 followers
March 16, 2025
Okaylah cerita ni. Sebaik nipis.

Nak sangat wife jadi patung... last² jadi arr. F lak seram bila dia dah sedar 😁
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
November 12, 2016
sayu jer rasa sepanjang membaca buku ni.. nipis jer tapi sungguh tebal rasa sayu itu... pengorbanan si kakak, ariana menjaga adik-adiknya sehingga korbankan rasa cintanya. dan akhirnya dia pergi, tak kembali.. anggriani, adik yang menyambung menggalas tanggungjawab si along yang telah pergi rupanya menjadi tempat pembalasan dendam dalam diam.. sangka rayhan dengan berbuat demikian dendamnya habis.. tanpa di sangka adiknya sendiri punya olah angkara.. sangkanya ariana seperti gadis lain, yang suka mengambil kesempatan.. tanpa sangkanya, adiknya rin yang memaksa ariana menjauhkan diri dari rayhan dengan harapan yang fatin akan menjadi kakak iparnya bukan ariana.. rayhan mengambil peluang menerima saranan ayahnya supaya berkahwin cumanya bukan dengan fatin, tetapi anggriani. malam perkahwinan, rayhan menyatakan agenda tersembunyinya - hanya mahu anggriani menjadi isteri patung, tanpa punya perasaan tanpa punya rasa... demi adik-adiknya, anggriani bersetuju untuk berkahwin dengan rayhan cuma dia tidak menyangka yang sejauh itu permintaan rayhan... permintaan rayhan diperkenankan... bila?.. mengapa?.. ada kisah lagi selepas perkahwinan itu yang memakbulkan permintaan rayhan... ~isteri patung~

tahniah puan Pena Kayu .... tak perlu ayat yang semanis gula, tak perlu bahasa yang romantis puitis.. olahan ayat yang menusuk kalbu cukup untuk menggambarkan perasaan yang ada dalam setiap bab... bait demi bait perkataan yang menjadi ayat cantik secantik perjalanan ceritanya..... jangan suka jatuh hukum... Allah ada.. percaya pada segala perancanganNya.. bersyukurlah.. ujian untuk mematangkan diri bukannya untuk merosakkan diri.. siapa kita insan yang hina mahu menghukum sewenang-wenangnya?...
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
January 12, 2016
Lain Dunia...

Novel pertama aku beli pd thn 2016.
Novel pertama aku review pd thn 2016.

Wow... *speechless*

Ending nyer punyalah gempak. Lain drp yg lain!

Jujurnya, pd permulaan bacaan, aku rase novel ni agak skema. Tp makin lama, alhamdulilah...aku boleh sesuaikan diri dgn keskemaan novel ini. Hahaha...

Aku suke gilerrrr dgn novel ni sbb aku rase jln ceritanya lain drp yg lain.(pd pendpt akulah)

Masa awal perkahwinan Rayhan n Anggriani, aku secara sengaja telah melabelkan Rayhan tu sewel...

Mana taknya, sdp2 Rayhan jer sruh Anggriani jd isteri patung. Bernyawa, tp x punya perasaan. Kaku, tp boleh berfikir. Klu dah mcm tu, baik dia kahwin jer dgn patung terus. Senang cite.

Akhirnya, kata-kata itu doa. ;)


Manusia bodoh saja dua kali jatuh ke dalam lubang yang sama. Tapi kali ini, kujatuhkan hatiku pada hati yang sama, setiap detik. - Rayhan
286 reviews52 followers
November 28, 2015
pendek, ringkas dan padat....walau pun nipis, tp segala2nya ckp....penuh dgn segala emosi....satu kisah yg diolah dan disunting dgn baik dan menjadi sebuah karya yg terbaik....
LAIN DUNIA....satu tajuk yg amat mendlm maksudnya.....nak tau kenapa, kena bc bk nya....
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
December 31, 2015
akhirnya,habis 50 bijik novel book challenges.. berjaya :)

best jugak tapi watak afnan & anis (adik si anggriani) sikit sangat. dah nama pun mini novel ye dak. hehe.. sedih jugak akhir dia.

yg pasti happy ending walaupun sian anggriani terbaring 5 tahun. jadi isteri patung betul-betul.
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
July 1, 2017
Mungkin sebab dah terbiasa dengan novel yang penggunaan bahasanya santai buat saya rasa novel ni skema dan wataknya nampak kaku.
Profile Image for Aida.
71 reviews1 follower
January 25, 2016
Bagi yang suka berendam air mata boleh lah baca novel ini besttt...hahaha... penuh dengan penderitaan dan baru nak bahagia dah derita baik... permasalahan yang tak besar pun cuma tak terluah apa yang terbuku di hati sebab tu jadi panjang lebar sikit...

Kalau tak yah rahsia-rahsia kan senang citer, cuba bawak berbincang lebih elok dari melarikan diri dari masalah...gituuuu... tetiba plak nak emo kannn...ok lah .. kalau nak lebih best baca novelnya...don't worry...berbaloi-baloi membaca novel ni...boleh cuci mata yang kering.... sob...sob...sob...

Berapa bintang eh:
~ *** (touching lah!)
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
December 17, 2015
First time baca dari karya penulisan Pena Kayu..

"Lain Dunia" bagi saya lain sedikit dari yang lain jalan ceritanya... Mungkin bagi pembaca kini lebih ke arah jalan cerita santai & nak kan akhir cerita happy together.

Tetapi jika mahukan jalan cerita yang sedikit kelainan walau pun masih dalam happy together & kehendak penciptannya boleh lah yang ingin mencuba memiliki novel ini.

Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
January 11, 2016
saya suka cerita penulis ni untuk buku ni....yang lain saya kurang......
lain orang lain citarasa.....

nak review otak kurang jalan jadi bg bintang jalah hihi

apa pun tahniah untuk buku terbaru penulis
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
January 3, 2016
seperti biasa karya pena kayu tidak pernah mengecewakan saya...
Profile Image for Ixora Riana.
32 reviews
September 27, 2020
Tak tahu buku ni dah lama keluar. Saya je baru jumpa dan baca. Haha.

Saya suka Lain Dunia ni sebab memang lain la plot dia. Rayhan yang cuba berlaku kejam pada Anggriani tapi takde la kejam mana pun. Kalau hero novel lain, mesti kejam tahap minta dikecam punya. Tapi Rayhan masih layan isteri dia dengan baik bagi saya. Dia takde pukul, takde maki hamun.. kira ok la.

Sebenarnya saya paling kesian dengan watak Ariana. Dia seorang kakak yang baik dan bertanggungjawab. Sanggup berhenti belajar semata² nak kerja dan sara adik² dia lepas kematian mak ayah diorang. Tiga kali dia dilamar Rayhan tapi ditolak. Rupa²nya dia tolak lamaran ke-3 tu atas permintaan Rin; adik Rayhan. Dan tak sempat Anggriani raikan berita gembira dengan kakak dia Ariana, Ariana kemalangan lalu meninggal dunia. Sedih sangat weh.

Rayhan yang berdendam sebab salah sangka terhadap Ariana, lamar Anggriani jadi isteri. Niat asalnya cuma mahu membalas rasa sakit hati. Malam pertama perkahwinan mereka, Rayhan berterus terang dan minta Anggriani jadi isteri patung. Isteri yang tak punya perasaan. Tapi sudah tentu Anggriani tak setuju. Akibat provokasi dari Anggriani, mereka berdua menjadi suami isteri sebenar. Namun bicara yang keluar dari bibir Rayhan meranapkan hati Anggriani. Malah Rayhan sanggup meminta Anggriani membuang kandungannya nanti andai hubungan mereka malam itu membenihkan hasil. Sejak dari itu Anggriani berubah malah dia menyembunyikan tentang kandungannya kerana bimbang Rayhan akan menyuruh dia membuang kandungan itu.

Rahsia yang disimpan Anggriani terbongkar bila Rayhan ternampak Anggriani menelan beberapa ubat. Rayhan terima kandungan tersebut dan melayan Anggriani dengan baik sepanjang isterinya mengandung. Saat Anggriani ingin melahirkan anaknya, nadi Anggriani terhenti. Bukan sahaja nurse dalam dewan bersalin tu sebak, saya yang membaca ni turut sebak. Berkali² Rayhan cuba memberi bantuan pernafasan untuk isterinya walaupun doktor dan nurse cuba meminta Rayhan meninggalkan ruang itu. Sedih sangat masa ni. Saat doktor hampir saja mengumumkan masa kematian Anggriani, suatu keajaiban berlaku.

Ok, mesti semua orang akan teka Anggriani hidup semula etc kan? Mungkin ya. Mungkin tidak. Saya tak cerita kan kenapa Rayhan boleh tiba-tiba terima Anggriani? Bukan sebab Anggriani mengandung. Bukan. Tapi ada kaitan dengan Rin dan gambar arwah ibu Rayhan. Ada rahsia yang Ariana beritahu pada Rayhan sebelum dia tolak lamaran ke-3 tu. Tapi korang kena baca sebab ada banyak rahsia lagi. Kenapa Rayhan dah 5 tahun keluar dari rumah ayah dia dan tak penah balik ke sana.. kenapa Ariana tolak lamaran Rayhan dan apa terjadi pada Anggriani dan anak yang dilahirkannya itu. Saat Rayhan tersedar bahawa Tuhan mungkin sedang membalas permintaan dia yang mahu isterinya jadi patung diakhir cerita, memang rasa kesian sangat. And again, korang mesti baca untuk tahu apa yang terjadi sebenarnya.

I really love this book sebab ia nipis je dan tak bosan dibaca. Jalan ceritanya juga tak terlalu klise.

p/s - feeling baca Lain Dunia ni sama macam waktu saya baca ebook 10 Hari. At the end, saya kesian dengan watak yang saya fikir jahat rupanya dia tak jahat.
Profile Image for Jessica.
171 reviews
March 11, 2016
2016 - #Novel20

Hidup Anggriani sangat mencabar. Hidup dalam keluarga susah. Zaman yg bercabar nak cari kerja sangat menyulitkan hidup Anggriani.

Sudahlah dia hidup susah, kehilangan kakak tersayang, datang pulak Rayhan yang mula mengejar dia. Anggriani sangat sedar diri untuk bergandingan dengan Rayhan tapi Rayhan selalu dan terlampau memaksa.

Sedih lagi bila Rayhan menyuruh dia menjadi isteri patung. Selalu abaikan Anggriani. Anggriani mula terima hakikat itu. Malam pertama dan kata-kata Rayhan buat dia takut bila kejadian tu jadi satu kenyataan. apa dia? Kena baca laa...

Dapat selami hati Anggriani. Jadi terasa sedih sangat jadi Anggriani. Banyak sangat laa dugaan dia.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 1, 2016
done dalam masa 2 jam!!
suka dengan ending dia, jalan cerita yang biasa pada mula nya tapi ending nya berbeza, ada sedikit twist yang tak dijangka tapi menjadi.

Saya kira naskhah ini pasti lebih menarik andai kehidupan selepas berkahwain, bagaimana Anggriani sembuh dan penyesalan Rayhan dipanjangkan.

Bukan apa, lelah membaca kisah suami isteri paksa rela last2 suka ni.. mulut kata benci last2 jadi sayang...

ps - sekian lama tak baca karya PK @ Muliati Abdul, dulu masa under KN memang my fav author.. under IKP nampak perbezaan/kematangan PK.. congrats.
43 reviews3 followers
December 10, 2015
Lain Dunia

Lepas godek godek goodreads,tengok rating ok ok..

Tapi ku nak kasi berbintang-bintang untuk novel PK kali ni.

Semua cukup.

Lain.

Ya,rasa kelainannya.
Tak cukup sebab nipis bebenor!

Suka?

Ya!

Sangat
Sangat
Suka

I'm not one of PK's bestfriend.
Nope!
Teman rapat tidak,kipas susah mati pun bukan.

Kalau saya suka,thats mean memang suka.

Best Lain Dunia.
Its beautiful.

Lain Dunia

Godai Aku Lagi
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
November 30, 2015
Anggriani dan Rayhan.
Pertemuan yang membawa kepada kisah cinta yang punya manis dan pahitnya tersendiri. Sebuah naskhah yang baik daripada penulis.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.