Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kompilasi Cerpen Bicara Tentang Cinta

Rate this book
13 cerita digarap indah oleh 13 penulis. Bercerita tentang cinta dari sudut hati mereka.


Lelaki Melayu-Jawa-Portugis Itu - Pena Kayu

Jerebu Kasih - Syeena Hamdan

Ini Cinta Insta - Ayeesha Haana

Diguna-guna Cinta - Hana Efriena

Alasan Yang Indah - Luna Bulan

Bukan Pengantin Dia - Dahlia Amanda

Hapuskan Nama Dia - Hani Fazuha

Kerana Jealousy - Zananis Ali

Cinta KIV Dulu - Cik D

You & I - Farisya Natasha

FALAK - Wawa Taufik

Bittersweet - Emy Roberto

#AiLoveStory - Farah Husain

544 pages, Paperback

First published November 1, 2015

68 people want to read

About the author

Pena Kayu

45 books85 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (19%)
4 stars
31 (50%)
3 stars
16 (26%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
March 15, 2016
Okay puas hati.... Utk orang yg memang kurang gemar membaca cerpen rasanya ada beberapa buah kisah yg berjaya menawan hati.

Antaranya...

#AiloveStory-Farah Hussain
Permulaan klise ending diluar jangkaan nasib baik kisah pendek kalau tidak mungkin ada air mata yg tumpah.

Bittersweet-Emy Roberto
Ermmm penulis ni suka tinggalkan pembaca dgn soalan dan pilih penamat sendiri sedih dan tak dpt berfikir dgn waras buat seketika...

Falak-Wawa Taufik
Menarik tapi tergantung, penamat diluar jangkaan
mungkinkah penulis menyimpan kisah mereka utk dijadikan sebuah novel penuh.

Hapuskan Nama Dia- Hani Fazuha
Mungkin percubaan pertama penulis nak buat kisah mistik hampir mental juga dibuatnya cuma twist nya membuatkan kisah ni berubah 360 darjah dri apa yg dijangkakan.

Bukan Pengantin Dia-Dahlia Amanda
Sweet tapi bab nama tu mengingatkan saya pada satu novel popular ermm.

LMJPI-Pena Kayu
Suka idea dan jalan cerita. Cuma di tengah2 tu mcm lost sedikit dan mungkin juga penulis dah ada rancangan untuk dijadikan sebuah novel penuh. Ada gaya RM sedikit dan maaf ya agak penat juga membaca gelaran lelaki itu di ulang2 mungkin boleh guna kata ganti nama yg singkat dan mudah disebut
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
December 10, 2015
Overall, aku boleh baca kesemua cerpen yang ada dalam buku ini.. Selalunya, jika kompilasi cerpen macam ni, aku akan baca karya Hani Fazuha dulu tapi untuk kali ni, cerpen dia yang paling akhir aku baca.. Pastu baca waktu siang pulak walhal yang lain tu aku baca waktu malam.. Kalau nak ikutkan, boleh je teruskan sambung baca Hapuskan Nama Dia tu tapi disebabkan takut, aku tak jadi nak baca waktu malam.. hahahaha.. Lagi satu, aku tak baca sangat teaser kat grup gara-gara takut punya pasal.. ^_^


Aku memang penakut sikit nak baca citer yang ada unsur-unsur seram ni.. Rupanya Hapuskan Nama Dia tu takde la seram manapun.. hehe..
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
December 6, 2015
suka sgt citer emy roberto dgn farah.. congrats
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
June 8, 2016
berbanding dengan Kisah Cinta Seribu Wajah, antologi ini sekadar mengisi ruang pembacaan saja.

kebanyakkan cerpen berkisar tentang hubungan suami isteri, berlegar2 dengan isu yang lebih kurang.
Andai ada kelainan, bittersweet & Hapuskan Nama Dia memberi sedikit kelainan.

43 reviews3 followers
October 6, 2016
Salah satu kompilasi yang WAJIB dibeli!
Yihaa!Kirim my sister yang ke PWTC nanti..Sangat-sangat tak sabar!
Profile Image for Aida.
71 reviews1 follower
December 6, 2015
Bagi aku dlm kompilasi ada 4 cerita jer yg kena dgn jiwa yg lain ok-ok je...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 2, 2017
1)LELAKI MELAYU-JAWA-PORTUGIS ITU
PENA KAYU
margina punya ayah tiri dan adik tiri yang amat menyayangi dirinya. ayah tirinya sanggup tinggalkan keluarga demi mengahwini ibunya yang janda. jadinya bila margina menolak untuk dijodohkan dengan anak pakngahnya ibunya kecewa kerana itu peluang untuk ayahnya rapat kembali dengan keluarga. cuma, margina mula akur bila terdengar perbualan ayah tirinya dengan ibunya. akur juga untuk bekerja dengan ayah tirinya. bahagiakah margina melupakan fatah dan berkahwin dengan hardimin hose?..

puan penulis pena kayu sememangnya pandai mengolah ayat yang buat pembaca suka dengan karyanya.. simple saja tapi menarik..



2) JEREBU KASIH
SYEENA HAMDAN
perkahwinan jarak jauh antara ainan dan azri disebabkan pekerjaan azri yang jauh di pelantar tengah laut. perkahwinan yang baru mencecah 3 bulan itu adakala seperti ombak laut juga yang bergelora. tengku redza pula, seperti lupa yang pekerjanya itu sudah berkahwin. dia kononnya mahu mencuba nasib mengorat ainin. setiakah ainin atau tergodakah dia? azri pula, bertahankah dia?..

santai tapi penuh pengajaran. Kejujuran kunci utama kepada keharmonian rumahtangga. lembut saja olahan puan penulis syina hamdan..



3) INI CINTA INSTA
AYEESHA HAANA
lidiya, apa saja yang dilakukan pasti akan dimuat naik di laman instagramnya. obses barangkali. dia juga suka bila taqif, jejaka yang telah lama dipuja selalu ambil perhatian pada apa yang dimuat naik. tapi, dalam masa yang sama dia ada seorang pengikut yang agak misteri. di tempat kerja pula, bos barunya tuan sheikh seringkali menggesanya buat kerja dan agak sinis dengannya. dua rahsia mula terbongkar kemudian.. apakah dia?.. semuanya kerana instagramnya..

pengajaran: tapis apa yang hendak dimuat naik di laman sosial.. Hehe... peringatan secara tak langsung jugak nih. kemas perjalanan cerita oleh cik puan penulis ayeesha haana ni...



4) DIGUNA-GUNA CINTA
HANA EFRIENA

sara hani cukup panas hati bila raqiz merendah-rendahkan warung ibunya. raqiz seorang yang dibesarkan dalam kemewahan terpaksa menelan balik kata-katanya yang tidak akan makan diwarung bila bertentang mata dengan sara hani. dia cuba memikat tapi sara hani jenis gadis yang keras hati. bertunang pun atas dasar paksa. mampukah raqiz menepis semua kekasaran dan tngkah laku sara hani?..

kisah yang sempoi jer. olahan yang menarik oleh cik penulis hana efrina...



5)ALASAN YANG INDAH
LUNA BULAN

dahlia diselamatkan oleh kimi sewaktu abang dahlia, daim mahu menyerahkan dahlia pada along, tempat dia berhutang. disebabkan kimi telah menabur budi, dahlia ikutkan saja arahan kimi. pada mula, dahlia dijadikan orang gaji tapi kemudian dahlia dihantar belajar. sebenar kimi jatuh hati pada dahlia tapi dia mahu memberi ruang pada dahlia. lagipun sesuai dengan gelaran kayu oleh adiknya saleha pada dirinya, kimi memang tidak pandai menunjukkan rasa hati. mereka berkahwin tapi disebabkan cemburu, sesuatu berlaku...

cik puan luna bulan memang disenangi gaya penulisannya yang bersahaja tapi menusuk jiwa. Redha dengan ketentuan Allah, itu yang hendak disampaikan..



6)BUKAN PENGANTIN DIA
DAHLIA AMANDA

Adam frust bila suzana memutuskan hubungan setelah dua tahun bercinta.. pulang ke rumah bila abang angkatnya rizman hendak bernikah. Dia hadap pula jirannya riya yang frust bila rizman berkahwin.. Ada saja modal hendak di sakat gadis itu sehingga mencederakan dirinya sendiri. Ibunya yang menyedarkannya tentang sesuatu...sesuatu antara dia dan riya...

Suka dengan adegan sakat menyakat. Penyampaian yang menghiburkan. Kadang-kadang dalam hidup ini kita perlukan orang lain untuk sedarkan sesuatu yang kita tak nampak, kan?



7) HAPUSKAN NAMA DIA
HANI FAZUHA
hanina selalu diganggu. gangguan yang menyeramkan. sepupunya iskandar sering risau dengan keadaan hanina. Rimas hanina bila perkahwinannya dengan ikmal turut menjadi persoalan. ditempat kerja ada yang tidak menyenangi hanina. Bila makin serius ibu hanina dan mak iskandar membawa dia berubat. Memang ada yang gunakan ilmu hitam dengan niat nak porak perandakan ganina. Dan lagi, sebenarnya iskandar juga hendak menyedarkan hanina yang ada sesuatu buruk berlaku dalam perkahwinan hanina yang hanina harus terima hakikat....

rasa macam 1st time baca karya HF dalam genre begini. macam biasa otai berkarya memang menusuk jiwa paling dalam. Iri hati tidak akan membawa ke mana-mana. Malah merosakkan diri jua...



8) KERANA JEALOUSY
ZANANIS ALI
luth dan nisa. punya pengikat kasih. Anaknya nadrah ditatang penuh kasih sayang .mereka pernah kehilangan bila khalish meninggal. Cuma cemburu menghuru harakan hubungan mereka. Luth cemburukan waqif dan nisa cemburukan melina. Bergaduh dan masing-masing tidak mahu menerima penjelasan.. Akhirnya?...

Cemburu ni umpama api yang hidup ditiup angin yang kencang. Jika tak berjaya dikawal, api boleh makin marak.. Kawallah ia. Apa ada dipandangan mata tidak boleh terus dijadikan senjata.. Ringkas bersahaja kisahnya..



9) CINTA KIV DULU
CIK D
nickman pulang ke malaysia dan mahu tinggal bersama bekas pemandu arwah papanya. Pulang bertujuan sebenarnya. Anak haji syukur menjadi agenda utamanya. Cuma intan qurnia memang tidak suka kehadiran nickman. Dia masih rasa sakit bila dihina. Tambah lagi bila melihat nickman memilih mel berbanding dirinya. Tapi, apabila ibunya menyampaikan sesuatu, qurnia menjadi panik....

Bila ada depan mata kadang-kadang kita tak hargai. Bila hilang kita tercari-cari.. Idea yang menarik oleh cik puan penulis..



10)YOU & I
FARISYA NATASHA
ammar dan kamila bersahabat baik. dalam diam kamila mencintai ammar tapi ammar sibuk dengan wanita lain. lydia menjadi pilihan hati. kamila kecewa tapi sebabkan sahabat baiknya itu, dia hanya memendam rsa. lydia seperti tahu isi hati kamila...

simple sangat kisah tapi memang menarik. antara lelaki dan wanita sebenar boleh bersahabat cuma ada batasannya...



11) FALAK
WAWA TAUFIK
falak, diceraikan nazim dengan alasan tidak membantu ekonomi keluarga. tambah lagi menuduh falak mandul. hancur luluh falak. sanggup berhenti belajar demi mahu menjaga keharmonian rumahtangga. sanggup bekorban menggadai barang kemas demi mahu membantu nazim dalam ekonomi rumahtangga. tidak tahan dengan keganasan nazim, falak lebih rela bercerai. disebabkan tahu diri tidak sebagus mana, dia menerima tawaran menjadi orang gaji datin maimun. ada yang mengintainya, sampai angau mengenangkan dirinya. mahukah taqi menunggu falak?..

suami harus tahu tanggungjawab, isteri harus tahu hak. jangan kerana sayang, semuanya melayang.. kisah yang tidak menjanjikan bulan bintang oleh puan penulis, idea yang amat menarik dan mencuit hati...



12) BITTERSWEET
EMY ROBERTO
jojie dan roy, pasangan suami isteri yang saling menyayangi. setiap masalah mereka akan hadapi bersama. persoalan anak, walaupun jojie stress bila disoal mengenai anak, roy pula sebaliknya menerima setiap ketentuan dengan hati terbuka.. penantian berbaloi, akhirnya jojie mengandung. tapi khabar yang baik diiringi bersama khabar yang amat mendukacitakan. semuanya dari kesalahan lampau....

dugaan rumahtangga akan datang dalam pelbagai bentuk. sama ada kuat mengharunginya atau melangkah pergi saja.. mencuit emosi sedalamnya oleh puan penulis...



13) #AILOVESTORY
FARAH HUSAIN
iman dan aidid dijodohkan atas kehendak keluarga. mereka tidak membuat apa-apa syarat, sekadar menerima sahaja walaupun pada mula aidid seperti tidak suka. cuma bila fikirkan mahu menggembirakan ibu bapa mereka apa salahnya dia setuju. perkahwinan mereka baik saja, iman pandai menarik perhatian aidid. perasaan sayang makin bertambah bila iman mengandung.. cumanya....

rumahtangga yang bahagia bila bertolak ansur sesama suami isteri. kasih sayang boleh dibaja setiap hari.. sedih sebenar kisah #ai ini.. puan penulis bijak mencuit emosi pembaca dengan olahan kisahnya..



SECARA KESELURUHAN, himpunan kisah cinta yang jelas mencuit sanubari. tahniah buat semua..
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
July 16, 2018
Buku ni lama dah habis bacanya..review aje tak terbuatkan...dan...saya sukakannya!
Profile Image for Jessica.
171 reviews
January 23, 2016
2016 - #Novel5

Lelaki Melayu-Jawa-Portugis (Pena Kayu)
Ok, serius sweet si Hardimin Jose. Sangat kata batas dia. Jatuh cinta dalam diam dan cuba nak jadikan Margina isterinya. Si Fatah pulak cam gila talak aje. Nak balik Si Margina padahal dia yg salah. Kali ni kak Pk punya cerita ada sedikit lain dan ianya syok!

Jerebu Kasih (Syeena Hamdan)
Ujian perkahwinan jarak jauh sangat mengujikan. Tambahan pulak ada pulak mamat yg serba-serbi sempurna cuba tarik perhatian si gadis. First sakit hati dgn Azri. Langsung tak tolak ansur but lepastu sweet pulak. Simple and santai aje cerita kak syeena.

Ini Cinta Insta (Ayeesha Haana)
Best! Jatuh cinta kat Insta. Hanya dengan gambar-like-komen. Mula2 rasa garang gila Si sheikh ni but lepas tu dia ambik berat laa juga nan Lidiya. Pastu rupanya stalker ya Sheikh oit.

Diguna-guna Cinta (Hana Efriena)
Ouh sangat bisa kata-kata Raqiz ni. Anak orang kaya nak semua perfect katanya. Sampai sanggup hina orang lain. Yang Sara Hani pulak boleh tahanbkeras hati bila si Eaqiz dah tangkap lentok dengan dia. Kali ni Santai je cerita kak Hana.

Alasan Yang Indah (Luna Bulan)
Kesian hidup Dahlia. Diuji dengan kakak angkat yg sombong gila, sikap sepupu yg asik nak duit, berhutang dgn along pastu hampir saja dia dijual. Nasib ada Kimi Lee Chain. huhu... dalam kayu ada taman. Sekali lagi Dahlia diuji after menjadi isteri Kimi. Kesian Dahlia! Dalam sedih ada bahagia. Suka and sweet citer ni.

Bukan Pengantin Dia (Dahlia Amanda)
Kecewa bila orang yg Riya suka sudah berkahwin dengan perempuan lain. Punyalah frust sampai nangis bengkak mata. Adam pula tak habis usik dengan kata2 yg menyakitkan hati. Last2 atas kata2 si ibu baru Adam tahu apa rasa hatinya mahu terhadap Riya. weee... ganas2 pon comey!

Hapuskan Nama Dia (Hani Fazuha)
Disebabkan baca waktu siang so tak rasaa takut. Kesian Si Nina ni. Dahlah suami mati pastu ada yg dengki. Lain dari lain. Masa baca teaser kat group kak Hanj pon dah meremang bulu roma. hehehe...

Kerana Jealousy (Zananis Ali)
Boleh tahan kuat cemburu si Luth and Nisa ni. Sampai bertengkar besar-besaran. Masing2 salah faham dengan apa yg diaorg lihat padahal kejadiannya tak seperti apa yang difikirkan. Nasib baik cepat sedar. hihi

Cinta KIV Dulu (Cik D)
Cerita santai dan kelakar. Nick pujuk Qurnia kembali kepada dia. Dari orang bandar berusaha berubah jadi kampung sikit sebab nak patuh syarat2 Nia. Kelakar dan sweet juga diaorg ni.

You & I (Farisya Natasha)
Dari kawan baik jadi suami isteri. Rasa macam yak puas baca. Sikit sangat kisah mereka berdua ni. Kisah Ammar dan Kamila. Sweet bila dah kahwin. I like...

Falak (Wawa Taufik)
Janda muda bekerja di rumah keluarga Tengku Maimon. Ini pon sikit je ceritanya. Ingat boleh tgk diaorg bila dah nikah. hahaha... Falak dan Taqi. Dua-dua nama unik. Ending dia... suka buat orang penasaran.

Bittersweet (Emy Roberto)
As always style kak Emy Roberto. Pasti tergantung dan sedih. Kesian Jojie. Sangat! Sampai hati Roy. Anak yg mereka tunggu sudah tercapai tapi saat bahagia datang, biasa laa ujian. Rasa tak puas tau. Nak tahu lagi. Penarasan lagi.

#AiLoveStory (Farah Husain)
Ni pon sedih. Awal2 dah sweet dah. Dari kahwin paksa dah mula terima. Iman.... Kesian Aidid. Sedih citer ni. huhuhu...

2 kisah terakhir dalam cerita ni sangat sedih. Kalau panjang lagi mahu berguling. Hahaha... Nak pilih cerpen apa yg terbaik? I donno. Semua best. Bacalah dengan segera ya?
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
December 13, 2015
Nama pun cerpen...x boleh nak expect too much...overall, semuanya menghiburkan...13 cerpen dgn kisahnya sendiri.
Saya paling suka cerpen Bukan Pengantin Dia, Hapuskan Nama Dia, You & I, #AiLoveStory & Bittersweet
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
January 29, 2016
Seperti biasa semua penulis pilihan IKP tidak menghampakan.. Awesome... Saya suka cerpin dari Farah Husain, Wawa Taufik, Emy Roberto Pena Kayu dan Ayeesha Haana.. Congrats you all. Hopefully your cerpin will be upgraded to Novel. Looking forward....
Profile Image for Nazura Hassan.
18 reviews
December 28, 2015
very interesting indeed. don't know which one to read 1st as i love all d writers. so i started with d 1st story. finished reading in 1 hr actually. well done to all d writers. job well done.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.