Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang

Rate this book
Realitinya, hakikat sekolah dan universiti pada masa kini telah menjadi terbalik. Sekolah telah menajdi tempat untuk mengajarkan konsumerisme dan 'efficient citizens'. Sebagai penjara, anak-anak kecil tidak benarkan untuk bertanya atau memilih apa yang ingin dipelajarinya sendiri. Setiap kelas adalah sel-sel yang dibina untuk memerangkap pemikiran mereka daripada melihat dunia luar, ilmu dan fahaman yang berbeza daripada yang dibenarkan oleh pengawal penjara. - Pengenalan, Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang oleh Zul Fikri Zamir

Kuasa blog, twitter dan facebook digunakan sepenuhnya meskipun belum cukup maksimum. Media sosial menjadi alat untuk mengukuhkan masyarakat sivil dan ruang awam; ‘social media is a longterm tools that can strengthen civil society and the public sphere’ (Clay Shirky: 32). ‘Arab spring’ menjadi rujukan anak muda di seluruh dunia, malah cakap-cakap mengenai ‘Malaysian monsoon’ kedengaran di mana-mana. Sebagai contoh, ia muncul di telapak tangan anda dalam bentuk buku ini. - Prakata, Musim Monsoon Di Malaysia: Teriak Orang Muda oleh Faisal Tehrani

Unknown Binding

First published February 1, 2013

78 people are currently reading
736 people want to read

About the author

Zul Fikri Zamir

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
170 (28%)
4 stars
289 (49%)
3 stars
103 (17%)
2 stars
21 (3%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 103 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
December 16, 2016
Sejak 2013 memerhatikan dari jauh mengenai gerakan TFTN serta pengasasnya Zul Fikri Zamir, banyak pertanyaan yang muncul di benak fikiran mengenai sumber kebangkitan dan semangatnya. Siapakah tokoh di sebalik aktivisme pendidikan ini? Dan ke manakah matlamat akhir aktivisme ini? Akhirnya melalui buku ini serba-sedikit mendapat jawapan mengenai idea dan pemikiran yang diusung oleh beliau.

Anak kepada seorang guru perpustakaan, beliau terdedah kepada pelbagai bahan bacaan sejak usia muda. Kemudian beliau mendapat pendidikan menengah di SM Sains Selangor di mana pendedahan terhadap teater pastinya telah meninggalkan kesan mendalam sehingga akhirnya ia menjadi satu elemen dalam TFTN. Seterusnya beliau masuk ke matrikulasi, diikuti IPG dan menyambung pengajian di universiti dalam bidang pendidikan.

Isu-isu yang dibawakan oleh beliau melalui buku ini (juga esei-esei lain) adalah jelas, mengenai kebebasan akademik, pendidikan, politik dan sosial, serta teater (seni) sebagai agen pencorak pemikiran masyarakat.

Memerhatikan beliau membawa isu-isu yang kebanyakan orang muda anggap berat ini, tertonjol dengan kemas keluasan pembacaan dan keberanian beliau berfikir, merentas pelbagai bidang termasuk falsafah dan ekonomi.

Gaya beliau menulis pula mengingatkan saya kepada Wan Ahmad Fayhsal dan Anas Alam Faizli dan esei-esei mereka yang memetik falsafah dan fakta dengan begitu bersahaja - seperti makan popcorn sambil menonton filem sahaja. Ini membuat saya tertanya-tanya pula, kalau 3 orang ini adalah antara insan yang berjaya dilahirkan oleh sistem pendidikan kebangsaan dan pendidikan kebangsaan sering dikatakan gagal, maka dari akar mana satu mereka menjadi buah? Saya membuat kesimpulan, sistem pendidikan ini bukanlah gagal sepenuhnya, cuma masih banyak ruang untuk diperbaiki.

Walaupun menyetujui pandangan beliau mengenai matlamat sistem pendidikan perlu diubah kerana memerangkap manusia dalam kancah super-materialistik dan menjadikan mereka hamba kapitalisme, tetapi saya sedikit berasa ragu dengan arah baru yang beliau sarankan - kerana ada kalanya kelihatan beliau agak bersimpang-siur memetik ahli-ahli falsafah tanpa kesimpulan yang jelas. Benar, kembali 'memanusiakan manusia' tetapi konsep manusia yang mana yang beliau mahukan? Sama ada beliau menyembunyikan matlamat akhir itu kerana sesuatu sebab, atau memang beliau sendiri masih belum meyakini pilihannya - itu hanya boleh dijawab oleh pengarang.

Saya percaya matlamat akhir pendidikan ialah untuk membuat manusia mengenal dirinya vis-a-vis Rabb Yang Agung, dan hasil pendidikan itu ialah seorang insan, yang berdasarkan ilmu yang diperolehinya, menjadi tidak zalim terhadap diri sendiri kerana mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini dapat dicapai apabila mereka benar2 memahami Pandangan Alam Islam.

Pendidikan Islam pada peringkat universiti yang disusun mengikut Pandangan Alam Islam memperkatakan mengenai membina insan kamil, dengan mantap dan kemasnya pernah diusahakan oleh ISTAC, yang silibusnya disusun mengikut renungan filsuf besar Islam, Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Dalam persidangan antarabangsa di Makkah, beliau telah meletakkan kerangka dan teori pendidikan Islam yang berasaskan kepada ta'dib, sebagai ganti kepada penekanan konsep tarbiyah. Ia bersangkut paut dengan pembinaan adab dalam diri insan, di mana insan dilihat sebagai mikrokosmos dan alam sebagai makrokosmos. Banyak tulisan beliau yang wajar ditelaah untuk mendapatkan pandangan yang lebih menyeluruh mengenai konsep pendidikan Islam seperti dalam The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education dan Aims And Objectives Of Islamic Education.

Saya juga agak kurang bersetuju dengan petikan yang beliau bawakan oleh Iqbal, yang saya rasa sudah berada agak di luar daripada konteks dunia hari ini. Sejak teguran Iqbal dibuat sehingga masa kini, saya berasakan bahawa sikap yang diberitahu Iqbal dalam Javid Namah, iaitu 'cendekiawan Muslim… sebahagian besarnya tidak acuh terhadap pembinaan peribadi dan pendidikan umat - sehingga menyebabkan pemerintahan jatuh ke tangan orang tidak mempunyai ahli dalam bidangnya…. (dan seterusnya)’ sudah banyak perhatian yang diberikan cendekiawan Muslim dalam hal pembinaan peribadi dan pendidikan umat.

Sebagai salah seorang hasil didikan sistem pendidikan agama naungan ulama’ Kelantan, kami ditanamkan dengan tujuan belajar bukanlah untuk mengejar matlamat keduniaan tetapi lebih jauh daripada itu. Asas yang ditanamkan sejak awal ini, saya yakin mampu menjadi ubat kepada pelbagai cabaran lain yang mendatang.

Sistem pendidikan Islam seperti ini yang diperkenalkan daripada bawah dan menyeluruh (merangkumi semua aspek agama Islam), sudah menjadi semacam trend dalam dunia hari ini, tetapi perhatikan juga bagaimana di Turki, usaha Recep Tayyip Erdogan untuk menukar status lebih banyak sekolah kepada sekolah agama, pernah ditentang oleh rakyatnya sendiri. Begitu juga sistem pendidikan di negara kita, sudah banyak suara menyarankan kepada kerajaan supaya menukar sistem pendidikan sekular kepada sistem pendidikan Islam, tetapi belum sepenuhnya dapat dilakukan walaupun usaha ke arah itu nampak lebih giat. Usaha pendidikan inilah juga yang dilakukan oleh Hizmet, pertubuhan naungan Fethullah Gulen. Pengalaman saya sebagai pustakawan, mengerjakan dokumen2 Fazlur Rahman seorang sarjana besar, menunjukkan perhatian beliau yang besar dalam bidang pendidikan Islam meskipun beliau sendiri mempunyai sejarah kontroversi yang tersendiri dalam sesetengah bidang Islam yang lain.

Begitu juga apabila pengarang memetik dari Rumi, “Jika ilmu pengetahuan dan logika membuat orang semakin pandai dan cerdik, mengapa pada saat sama menimbulkan permusuhan.” Saya lebih suka mentafsir, bahawa apa yang diisyaratkan Rumi dalam ungkapannya yang ini, adalah hanya keimanan kepada tauhid dapat menyatukan hati-hati manusia, bukannya ilmu pengetahuan dan logika.

Namun kelebihan pengarang yang utama, adalah keupayaan beliau mengesan isu yang begitu mengganjal dalam masyarakat hari ini, dan roh perjuangan beliau yang segera menggembleng tenaga golongan muda untuk turun menghidupkan TFTN.

Apapun, saya lebih suka mengambil sikap menjadi pelengkap tanpa perlu menggunjing usaha-usaha yang telah dijalankan oleh orang terdahulu, yang telah memulakan usaha mereka sendiri mengikut kemampuan, peralatan dan ruang lingkup mereka. Ramai antara mereka yang berjasa ini tidak lagi muda, dan zaman mereka telah berlalu atau mereka telah ditinggalkan oleh zaman - dan mungkin mereka gagal bereaksi terhadap zaman kini setangkas orang muda hari ini (diwakili oleh pengarang sendiri misalnya), sepertimana mereka mampu bereaksi terhadap zaman mereka dulu. Itulah yang saya lihat ada pada DBP (yang sudah dimakan usia, bukan DuBook Press), yang telah berusaha menghadirkan buku2 ilmiah sebelum ini ke dalam masyarakat - pada zaman kegemilangannya dari buku2 mereka saya belajar menggunakan bahasa, mencerna persoalan orientalisme, mengenal karya Imam al-Ghazzali dan Syed Ameer Ali.

Ini hanya secebis daripada pandangan saya yang baru belajar berkritis (maklum sudah tua, tak sekritis orang muda) - semoga ada manfaat.
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
January 24, 2019
Penulis buku ini lebih sesuai menjadi penulis buku - ahli teori berbanding terlibat sebagai pegawai khas, mahupun penerbit buku, kerana itu bukan kepakaran beliau. Bahkan jika beliau terus menjadi guru, itu juga adalah lebih baik.

Buku ini tidak menggunakan bahasa yang begitu keras. Langgam bahasa yang digunakan sesuailah untuk rakyat Malaysia yang sopan lagi santun ini. Walaupun esei-esei dalam buku ini pernah disiarkan, ia bukanlah masalah besar.

Walaupun buku penulis ini sudah tidak menggambarkan citra penulis buku ini - ketika sudah menang, ada terkandung di dalam buku ini pesan-pesan yang boleh dikutip, dibersihkan dan diamalkan. Idea Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang harusnya bukan sekadar slogan atau retorik politik, tetapi ia haruslah menjadi cita rentas generasi untuk masa hadapan.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
December 4, 2013
Terbahagi kepada empat cabang utama. Dua yang paling mendapat perhatian aku semestinya Mahasiswa Dan Kebebasan Akademik dan Pendidikan Nasional. Aku akui bersetuju dalam banyak perkara yang diperkatakan oleh penulis bagi kedua-dua bahagian ini.

Mahasiswa keseluruhannya harus teguh berganding dalam satu gerakan agar suara itu didengari dan bukan di pandang sepi oleh pihak pemerintah. Dalam memperjuangkan hak itu sendiri tidak harus ada yang hanya berpeluk tubuh di kala yang lainnya bertungkus lumus demi manfaat semua mahasiswa. Monopoli oleh pihak pemerintah yang membantutkan pemikiran serta peluang untuk melonjak lebih jauh harus dituntut pemansuhan. Namun bukan dengan hanya pekik lolong dan demonstrasi tanpa asas. Bekalkan ilmu dengan memaksimakan pembelajaran ketika kuliah dan bentangkan di pentas juang. Biar masyarakat lihat bahawa tindakan darah muda mahasiswa hari ini bukan sia-sia memberontak tanpa musabab jelas. Jika gerakan mahasiswa itu cukup lantang dan jelas, faktor seperti campur tangan partisan juga pasti mampu ditepis.

Di peringkat seawal tahap rendah sistem pendidikan negara kita dilihat kucar kacir mengikut ragam setiap kali bertukarnya menteri pelajaran. Apabila bilangan A menjadi matlamat maka lahirlah pelajar yang hanya belajar semata-mata mengumpul A yang banyak. Hakikatnya kebolehan pelajar tidak dikembangkan seluasnya mengikut acuan pilihan mereka sendiri. Pelajar yang lebih banyak A biasanya disalurkan ke aliran sains manakala selebihnya tercampak ke bidang sastera dan lain-lain. Tanpa sedar wujud jurang yang mengkastakan pelajar atas nama modal insan. Tak dinafikan usaha keras pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menambahbaik sistem sedia ada dengan memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah namun beberapa penunjuk aras masih harus diperhalusi supaya keciciran pelajar di kelas corot dapat dikurangkan.

Antara usaha yang dilakukan adalah mewujudkan Teach For The Needs (TFTN) iaitu sebuah program sukarelawan bertujuan memberi pendidikan percuma kepada pelajar lemah yang kurang berkemampuan. Tenaga pengajar yang terdiri daripada guru muda di seluruh Malaysia memperuntukan tuisyen percuma bagi membantu pelajar-pelajar ini untuk sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan. Rata-rata guru tersebut menyuarakan beban tugas perkeranian sejak sistem pembelajaran baru diperkenalkan. Penulis menyarankan supaya jawatan pembantu guru diwujudkan segera bagi menangani masalah ini. Dalam erti kata lain mengadakan satu perjawatan baru secara meluas di setiap sekolah yang secara langsung menyediakan peluang pekerjaan di sektor awam.

Buku ini disarankan amnya untuk masyarakat dan khususnya untuk mahasiswa, guru dan ibu bapa.
Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
July 17, 2013
Buku setebal 210 mukasurat ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu 1) Mahasiswa dan kebebasan akademik 2)Pendidikan Nasional 3)Politik dan Sosial 4)Kritik Teater

Bahagian pertama, saya kira adalah bahagian yang menarik dan agak rancak. Pelbagai ceritera mengenai mahasiswa di Malaysia dibentangkan. Mungkin saya kurang mempunyai ruang dan pengalaman yang cukup untuk mengkritik mahasiswa di Malaysia, namun saya amat bersetuju dengan poin-poin yang diketengahkan oleh penulis mengenai mereka. Saya kira ianya bukan sahaja sesuai untuk mahasiswa dalam negara, bahkan sesuai untuk mahasiswa yang menuntut di luar negara.Jika anda berminat untuk mengetahui apa yang penulis lontarkan, saya cadangkan anda membaca artikel-artikel beliau di The Malaysian Insider (TMI), Projek Dialog dan juga blog beliau sendiri iaitu zamiramnesia.blogspot.com

Walaupun bahagian pertama lebih sensasi, namun saya lebih tertarik dengan bahagian kedua. Iaitu mengenai pendidikan nasional. Ketika membaca bahagian ini, kepala saya ligat membuat perbandingan dengan pendidikan nasional di United Kingdom. Hakikatnya, kedua-dua buah negara mempunyai permasalahan yang sama iaitu 'instruction' untuk pendidikan ditentukan menggunakan sistem 'from top to bottom'. Saya sendiri melihat sistem ini tidak lebih hanya memenangkan mereka yang kuat dan meninggalkan mereka yang lemah. Tetapi, masih lagi menggunakan topeng bahawa setiap perubahan yang berlaku adalah untuk 'keadilan sosial'.

Jika kita melihat semula pada Fasafah Pendidikan Negara, jelas pada saya, setiap pembaharuan yang dibuat sekitar tahun 90-an hingga kini tidaklah sebegitu holistik. Hinggakan saya pernah bertanya, jika pelajar di agung-agungkan dengan sains, dan kita melihat kejayaan sains pada litar lumba F1, menara KLCC, KLIA, terbinanya sekolah-sekolah sains, MRSM, dasar DEB untuk biasiswa luar negara berat kepada sains, apa pula kejayaan dan hak sastera? Mengapa ingin timbulkan kasta antara sains dan sastera? Dan bagaimana pula untuk aspek-aspek yang lain? Jika sains kita lihat sebagai pembangunan materi, sastera pula?

Penyata Razak merupakan penyata yang saya sendiri rasa agak baik. Penyata yang saya rasa ideal untuk diperhalusi khas untuk pendidikan di negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Jika di UK 'Educational Reform Act 1988' memberi kesan kepada ketegangan etnik, Penyata Razak jelas menunjukkan bahawa Malaysia walaupun masih lagi dilabel sebagai negara membangun mempunyai matlamat yang jelas dalam pendidikan untuk semua kaum yang ada. (jika anda tidak pasti penyata Razak, sila google dan baca semula)Namun, masa pantas berlalu. kegelojohan untuk mengejar nama negara membangun membuatkan isi penyata Razak ini hanyalah sebagai penyata. Pendidikan negara, masih lagi di dalam lingkungan yang sama.

Akhir sekali, saya suka menyentuh isu pelajar corot. Jarang isu ini diketengahkan memandangakan media dinegara kita hanya megah mewar-warkan kejayaan mereka yang memungut seberapa banyak A yang adaa.Itulah kejayaan di sekolah.

Untuk bahagian ketiga, saya kira itu adalah pendapat peribadi penulis. dan bahagian terakhir, saya memilih untuk membaca sepintas lalu.

secara ringkasnya, buah fikiran penulis membangunkan minda dan juga membuka mata terhadap fakta-fakta yang berada dihadapan mata kita, namun kita terlepas untuk melihatnya.


Profile Image for Imran Mustafa.
17 reviews6 followers
October 21, 2016
Saya kira masalah utama dengan karya ini adalah organisasinya. Ada beberapa perkara:
1. Ketiadaan kandungan yang menyukarkan pembaca seperti saya untuk memahami struktur karya.
2. Bahagian pengenalan yang tidak menjelaskan struktur dan logik karya
3. Kurangnya kesatuan antara 4 bahagian utama karya
4. Pengulangan fakta-fakta dan idea-idea yang sama dalam satu bahagian (kerana ianya cantuman makalah, tetapi sepatutnya disunting dengan rapi)
5. Kurangnya penjelasan konseptual dan kemudian perincian bagaimana konsep tersebut diaplilasikan (saya membayangkan semacam apa yang Hallaq tulis dalam The Impossible State)
6. Kritikan dan cadangan tercerai antara makalah-makalah
7. Bahagian ke-4 berkenaan teater tidak relevan (kalau tesis mungkin masuk appendiks)

Sebenarnya buku ini semacam manifesto. Tapi perlu ada bacaan yang lebih lengkap supaya lebih jelas asasnya, bukan setakat mahu bertindak semata.

Wallahua'lam
Profile Image for Amalina Zulkiflee.
19 reviews153 followers
July 17, 2013
Jarang kita jumpa buku yang membincangkan isu pendidikan di Malaysia. Tak pasti adakah kerana Malaysia ketandusan pakar dalam falsafah pendidikan, atau kita masih takut untuk bercerita tentang isu ini.

Buku ini buat saya yang akan jadi bakal guru ini rasa tanggungjawab guru adala mendidik bukan setakat mengajar. Selain itu, buku padat dengan analisis dan bersifat provokatif yang positif.

Isu mahasiswa juga diselitkan dalam buku ini sehingga saya boleh simpulkan yang mahasiswa termasuk saya rata-ratanya bersifat narcissistic dan tidak ambil enteng isu negara. Apakah faktornya? Jawapannya ada pada tajuk buku ini,perinciannya ada disetiap muka surat.

mantap! alhamdulillah
Profile Image for Iman.
36 reviews8 followers
January 15, 2014
Kalaulah saya kaya, saya akan beli sebanyak mungkin buku ini dan berikan kepada para pendidik, guru, kawan kawan, dan ahli keluarga. Buku ini wajib-selagi-mampu dibaca oleh semua orang, dengan harapan akan membina masa depan yang jauh lebih baik.

Tapi, saya tak kaya. Jadi, saya mampu pinjamkan salinan buku saya ini kepada sesiapa yang mahu memimjamnya. Cakaplah ye? :D
Profile Image for Siti Zafira.
44 reviews5 followers
September 12, 2014
Sudah banyak pihak yang menyatakan pandangan mereka mengenai pendidikan negara kita yang mengalami pelbagai isu dan kecelaruan dalam membangun bina pelajar-pelajar dan modal insan. Zul Fikri Amir merupakan salah seorang daripada pihak-pihak tersebut dan beliau berjaya mengimplemantasikan idea dan pandangannya menerusi Teach For The Needs. Isu, analisis, dan laporan yang dikemukakan dalam buku ini sememangnya relevan dengan permasalahan kependidikan negara kita.

Saya tertarik untuk menyatakan salah satu isu yang wajar diberi perhatian iaitu isu pelajar corot (dan pelajar bukan kelas pertama kedua di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah kebangsaan). Saya pasti ramai yang berharap bahawa kebajikan mereka juga harus diutamakan memandangkan mereka juga adalah sebahagian kapasiti penggerak negara. Adakah hanya disebabkan mereka tidak cemerlang dalam akademik (dan harus diakui, ada yang dikhuatiri dari segi sahsiah mereka), maka mereka perlu diabaikan dalam pelbagai aspek? Isu pelajar sebegini dan ketidakpedulian terhadap mereka adalah realiti di kebanyakan sekolah di Malaysia. Sayangnya, isu ini seakan-akan 'angin lalu' pada anggapan beberapa 'pihak tertentu' . Selain ibu bapa sendiri yang harus bertanggungjawab dalam memantau perkembangan anak-anak dan memberi sokongan moral berterusan, para guru dan masyarakat juga punya peranan tersendiri. Paling utama, jangan sesekali merendah-rendahkan keupayaan mereka kerana penting untuk membentuk persekitaran dan psikologi yang baik dalam kalangan para pelajar tersebut.

Saya kira wajar buku ini dibaca waima oleh pelajar sekolah menengah tingkatan satu sekali pun. Kita sudah tentu tidak berniat untuk memprovokasi hanya kerana kita mencadangkan bahan bacaan ini kepada golongan sasaran tersebut. Jauh daripada itu, kita mahu remaja muda masa kini melihat bahawa mereka ada banyak jalan positif, bakat, dan keistimewaan tersendiri yang boleh diteroka dan dibangunkan.
Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
May 24, 2013
Masalah anak muda masa kini adalah terlalu larut dengan dunia kpop,showdown dan meninggalkan diskusi diskusi ilmiah. Kurangnya sikap ambil tahu tentang hal semasa kerana terlalu leka berada di zon selesa.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
August 3, 2018
Beli buku ni pada tahun 2015 sebab tajuknya yang menarik. Baru baca tahun ini. Penulis buku ni merupakan seseorang yang cintakan ilmu, boleh lihat pada rujukan beliau yang banyak quote ayat dari orang-orang hebat yang tak terkenal (rasanya?), macam Ali Shariati, Aaron Swartz, Malik Bennabi & banyak lagi.

Dalam banyak2 tokoh yang disebut, saya berminat dengan Ali Shariati, seorang tokoh revolusi Iran kerna nama beliau banyak kali disebut2. Ketika google tentang beliau, terjumpa satu blog anti syiah (Ali Syariati adalah seorang syiah) yang menyatakan bahwa beliau lega pejuang politik malaysia tak menjadikan Ali Syariati sebagai role-model, kerna arwah seorang syiah. Bagi saya, kita boleh ambil apa yang baik dari beliau seperti ideologi beliau yang ingin menentang penindasan terhadap rakyat miskin, sistem orang kaya makin kaya, status quo dan sebagainya yang memang terjadi di Malaysia. Pedulikan pegangan beliau, ambil lah apa2 yang baik sahaja....

Buku ni juga ada prakata oleh Faisal Tehrani, marah lagi blogger tu. Walaupun aku pun tak bersetuju dengan buku beliau, Tuhan Manusia yang aku pernah baca dulu. Apa yang baik tu ambil lah....

Kesimpulannya, buku ni cuba memberikan kita satu pemikiran bahwa sistem persekolahan berkiblatkan pencapaian cemerlang A++++ adalah sudah tidak relevan lagi, memang aku sangat bersetuju sebab sekolah aku, pelajar orang asli semua sampai tingkatan 2 & 3 je. Lepas tu diorang dropout masuk hutan kutip buah jual tepi jalan. Batch aku orang asli cuma 2 orang je ambil SPM. Memang mereka dipinggirkan..... yang pandai diutamakan yang bodoh dibiarkan......
48 reviews6 followers
February 1, 2015
Isinya kritis, tetapi tidak akan membawa apa-apa kesan sekiranya hanya sekadar baca. Ini bukan buku hiburan. Amatlah rugi kiranya setelah pembacaan dihabiskan si pembaca tidak berbuat apa-apa untuk memperbaiki diri. Sungguh, amat rugi!

Antara isi penting:

"Graduan yang paling bermanfaat ialah yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara."

"Belajar jangan melulu untuk membuktikan sesuatu; namun belajar adalah perayaan dan penghargaan kepada diri sendiri."

Dan saya paling setuju apabila penulis mengatakan, "bebas dalam seni bukan bermakna kita berlepas diri dengan Tuhan." Renung-renungkan dan selamat beramal.
Profile Image for Ikmal Hisham.
30 reviews2 followers
July 18, 2015
Membaca buku ini dari kaca mata seorang pendidik memang menampar diri ini. Realitinya memang begitu. Namun penulis telah mengemukakan persoalan kritikal dalam menanggapi pelbagai isu seputar yang berlegar di dalam komuniti mahasiswa dan dunia akademik iaitu kebebasan bersuara, gerakan mahasiswa yang lemah, dan ahli akademik yang terkurung dalam dunianya sahaja.

Usaha penulis yang baik dan alangkah bahagianya kalau pelajar saya mampu berfikir dan bertindak dengan kritis demi kemajuan anak bangsanya.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
May 18, 2016
Highly informative.
The author knows his stuff.
Kudos.
Profile Image for An Nasaie.
31 reviews27 followers
December 4, 2013
Sekolah bukan penjara Universiti bukan kilang adalah sebuah buku hasil kumpulan tulisan zulfikri zamir, seorang guru muda yang mengasaskan satu badan bukan kerajaan iaitu Teach For The Needs(TFTN). Melalui buku ini aku mulai mengenal susuk tubuh zulfikri yang banyak menulis di ruangan blognya sendiri,projek dialog dan malaysian insider.

Buku ini banyak memberi kesedaraan secara sinis dan jelas kepadaku tentang permasalah yang jelas semakin rancu didalam sistem pendidikan malaysia dewasa ini. Dengan tidak berpijak pada mana-mana sisi parti politik, zulfikri mengenegahkan idea dan pemikiran serta pengalamannya tentang sistem pendidikan negara yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Antara ibrah dari isu yang dapat saya kutipkan dari pembacaan ini ialah;

pertama, pengkelasan pelajar kepada kelas-kelas tertentu ibarat mengkelaskan banduan mengikut sel yang bersesuaian dengan kesalahan jenayah. Disini jelas, sistem kita, pengelasan pelajar dijalankan berdasarkan keputusan semasa pelajar. Yang pandai duk kelas nombor satu, yang kurang pandai duk kelas bawah...dan mangsa utama adalah golongan pelajar yang duduk kelas bawah dimana mereka sering ketinggalan dan kurang diberi perhatian oleh guru-guru kerna guru lebih banyak beri perhatian kepada golongan yang ada harapan cemerlang dan dapat harumkan nama sekolah. Ini sangat menyedihkan kerna golongan kelas bawahan ini yang sememangnya tidak diberi harapan dan seolah banduan yang menunggu tali di leher untuk digantung mati.

kedua, budaya bertanya dan berkongsi ilmu kurang diterapkan didalam pembelajaran. Ini dapat dilihat dimana pelajar sekolah tidak diasah budaya fikir dari peringkat tunas lagi dan jarang membuka titik persoalan yang akan membuat pelajar tertanya-tanya dan berfikir. Kebanyakkan guru hanya tahu fikir nak habiskan silibus subjek tanpa memikirkan pelajar2 faham secara jelas atau pun tidak (bukan niat nak rendah2kan martabat guru, tapi ini hakikat yang perlu diterima oleh guru2, sebab saya juga pernah melalui zaman persekolan dan tahu macam mana guru2 saya). Akibatnya, pelajar2(termasuk saya) menjadi penerima yang disuap oleh guru tanpa bertanya samada itu racun atau madu. Guru juga jarang melakukan 'perbualan dua hala' dengan pelajar dan sepatutnya, guru juga perlu belajar daripada pelajar.(jangan tahu nak mengajar je cikgu!)

ketiga, 'budaya ignorant' dalam kalangan mahasiswa sekarang(termasuk saya) yang kurang mengambil tahu isu semasa dan menganggap biarlah orang lain yang urus. Memang tidak dapat dinafikan Akta Universiti Kolej Universiti(AUKU) banyak 'membunuh' mahasiswa sekarang untuk menjadi penentang dan menjadikan mahasiswa 'defensive' dan 'ignorant person'. AUKU secara halus telah memenjarakan ilmuan moden didalam penjara pemikiran dan membunuh suara-suara mahasiswa yang ingin menengahkan ide-ide. Natijahnya, mahasiswa takut untuk keluar bersuara; takut pembelajaran terjejas dan mungkin tergantung. Tengok sajalah Adam Adli yang terpaksa meringkuk didalam penjara hanya kerna cuba menunjukkan ketidakpuashatian terhadap pemerintahan Najib. Jelas 'memberontak' tidak digemari oleh politikus2 fasisme malaysia. AUKU yang ditubuhkan oleh Tun Mahadhir 30tahun dahulu(manusia pujaann rakyat malaysia..tolonglah jangan jadikan dia idola kau kalau kau tak kaji siapa dia..)secara halus membunuh bangsa malaysia. Satu ayat yang pernah ditutur Tun Mahadhir "nak kawal budak muda senang je, kawal dia punya pendidikan". Halus kan?

Ya, bukan masanya kita menyalahkan sistem kerna ia tidak dapat membaikpulih keadaan dan sebaiknya perubahan lahir dari ihsan sendiri. Antara usaha sendiri yang perlu kita lakukan dari sekarang meningkatkan kualiti pembacaan(bacaan yang berkualiti) sebab saya melihat sendiri diri saya seorang yang sangat nihil dan bodoh tentang banyak ilmu. Sedih juga tengok diri sendiri bila tidak mampu ikut berdiskusi dalam sesebuah wacana dan tidak mampu memberi pandangan sendiri akibat 'ketebalan ilmu yang nipis'. Akibat dari ilmu yang nipis ini jugalah kita tidak mampu bangun berdiri dan bersuara kepada dunia tentang ketidakpuashatian kita kepada sesuatu isu. Sedih kan?

Jadi, kawan-kawan, mari membudayakan ilmu dengan membaca!

*buku ini seharusnya dibaca oleh semua bakal2 guru, mahasiswa, pelajar2 sekolah dan ibu bapa.

senyum.aman.

Profile Image for dausshassan.
51 reviews9 followers
February 21, 2021
Penulisan dari saudara ZF Zamir ini bersama-sama mengajak kita untuk menilai struktur pendidikan di Malaysia. Sistem yg sudah berkurun lama ini seakan-akan berat sebelah dimana pendidikan itu hanya difokuskan kepada kelompok bijak pandai. Sedangkan golongan yang tercicir terus dibiarkan ketinggalan.

Hedonism dan membontoti sistem penindasan telah menjalar ke akar umbi sifat manusia yang telah diwujudkan dari sistem tersebut.
Sistem korupsi ini telah berjaya melahirkan manusia yang pandir dan pengecut dalam memperjuangkan hak-hak tertentu.
Bagaimana akan lahirnya manusia yang intelek sekiranya “freedom speech” dilarang secara halus dari pelajar sekolah rendah sehingga ke golongan pendidik.

Sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa, anda sepatutnya sedar akan tanggungjawab anda kepada masyarakat. Bukan belajar sekadar untuk mendapatkan sekeping sijil, mendapatkan pangkal nama di hadapan (Dr, Proff, Madya) dan akhirnya mendapatkan kerja untuk hidup tidak ubah seperti lembu yang juga bekerja di atas padang.

Pelbagai isu yang dikupas di dalam makalah ini. Saudara ZF Zamir wajar dicontohi mahasiswa lain. Kerna setiap kritisan yang diajukan itu disertakan ia dengan usaha untuk membantu menaik taraf kemahiran dalam pembelajaran bagi golongan yang tercicir dengan mewujudkan Teach For The Needs (TFTN). Makalah ini juga menyelitkan beberapa contoh peristiwa yang melibatkan segelintir manusia yang cuba untuk memperjuangkan hak asasi tertentu dari dibelenggu oleh rantai sistem yang memundurkan pemikiran manusia.
Profile Image for Ramzah Dambul.
Author 9 books59 followers
December 4, 2014
Buku yang mesti dibaca oleh semua pendidik di universiti! Suara yang mewakili orang muda; iaitu entiti terpenting dalam proses dan operasi pendidikan. Buku ini membuka banyak dimensi dan perspektif baru kepada pelbagai perkara yang selalunya kita "take for granted".
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
April 15, 2015
Kagum dengan cara penulisan dan fakta yang disertakan bersama. Sesuai sebagai panduan untuk mencari bahan-bahan yang disebut dalam buku ini untuk carian pasca pembacaan naskhah ini. Ada juga sebahagian teks yang agak sukar difahami kerana disertai jargon yang agak asing untuk orang kebanyakan.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
January 27, 2014
isu 'panas' yang diketengahkan yang berlaku dalam negara jelas membuka minda. digalakkan untuk membaca buku ini memandangkan isu ini jelas sedang bermain di mata rakyat waktu ini
Profile Image for Wadi AR.
36 reviews2 followers
May 19, 2013
pelajar, cikgu, pemerintah, mahasiswa/wi kene beli
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
September 28, 2014
Buku ini adalah himpunan artikel yang telah ditulis oleh saudara Zul Fikri Zamir. Sebuah buku yang menarik untuk dijadikan koleksi kerana buku ini mampu mengetuk kotak fikiran kita untuk koreksi diri semula, kita di mana dan apa peranan kita dalam masyarakat.

buku ini bagi saya adalah dalam kategori wajib baca bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan sistem pendidikan, universiti mahupun sekolah. mungkin ada antara kita yang 'fobia' dengan nama orang yang menulis pra kata untuk buku ini iaitu Faisal Tehrani dan menimbulkan persoalan-persoalan seperti "eh bukan Faisal tu syiah?" atau "buku ni ada unsur syiah ke? sesuai ke untuk jadi bahan bacaan budak sekolah?", jawapannya tidak. jangan nilai sebuah buku dengan penulis pra katanya. hehe. malah faisal tehrani hanya memuji dan memberi pengenalan awal siapakah penulis buku ini.

antara isi yang menarik adalah kritik teater. tapi lagi menarik kalau kita sendiri pernah menonton teater tersebut. heh.

ps: semalam jumpa penulis kat art for grabs. tapi dia sibuk tak sempat mintak sain. sobs.
Profile Image for Shafaza Zara.
166 reviews34 followers
May 7, 2014
Sekian lama menimbangtara untuk memiliki buku ini, akhirnya aku beli memandangkan ulasan yang aku dapati daripada rakan-rakan yang membaca adalah memberangsangkan.

Pada hemat aku, sebagai seorang pendidik --- saudara Zul Fikri telus dalam mengutarakan pandangan beliau mengenai isu pendidikan yang selama ini sesetengah pendidik (termasuk aku), hanya mampu bisik-bisik di belakang. Tanpa ke hadapan dan hanya mencari jalan penyelesaian sendiri. Barangkali kalau hasil karya beliau dibentangkan dalam simposium pendidikan kebangsaan, akan ada hati yang terguris - tapi bukankah sesuatu yang jujur itu harus dikongsi bersama dengan ramai yang lainnya?

Sekolah adalah tempat di mana anak-anak yang kita didik harus menjadi manusia, tapi, manusia bagaimanakah yang kita mahukan?

:)
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
Read
July 16, 2013
Terbitan DBP. Ya tak silap baca, DuBook Press.

Selain tarikan FT yang menulis kata pengantar, tulisan-tulisan pengarang dibahagikan kepada beberapa bahagian:

1) Mahasiswa dan Kebebasan Akademik
2) Pendidikan Nasional (apa lagi kalau bukan seputar laporan TIMSS, PISA dan PPSMI)
3) Politik dan Sosial
4) Kritik Teater (di beberapa tempat mengingatkan saya pada Sinema Spiritual FT)

Nantikan ulasan penuh, catitan pendek ini buat mengubat lupa.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
October 8, 2014
Karya2 Zul Fikri yg dikumpulkan dari laman web, disatukan menjadi buku yang menarik dan membuka minda anda. Zul Fikri bijak mengupas sesuatu isu yang berlaku dengan konsep ilmiah dan bertoleransi. Bila membaca buku ini, anda akan masuk ke alam yang baru, alam sedar yang kita sendiri tak sedar masa kita kecil2 dahulu. Buku yang sangat berharga dan memang patut ia bestseller sehingga sekarang.

Thanks Zul Fikri Zamir & Dubook Press kerana membuat buku sebegini.
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
February 2, 2015
Nyatanya sistem pendidikan di Malaysia sangat jauh ketinggalan. Pendidikan kita tidak mampu menjana pemikiran malah melahirkan produk2 kilang untuk memenuhi permintaan industri2 yang hanya mementingkan keuntungan. malah Kajian2 yang dilakukan di universiti masih tidak mampu untuk melahirkan graduan berotak pencipta.
Profile Image for Arsyad Nawi.
7 reviews1 follower
June 2, 2013
buku yang nipis tapi mengambil masa yang lama untuk di hadamkan.
amat menarik minat sebagai seorang mahasiswa, mungkin seorang guru di masa depan.
banyak bahagian yang biasa di lupakan telah dicerahkan melalui buku ini.

semoga isi di dalam buku ni dapat digunakan untuk jawab exam final ni
Profile Image for Sharir Shazni.
7 reviews
February 1, 2015
Ulasan yang menarik. Merangkumi aspek sejarah, sosial dan budaya dalam membincangkan perihal pendidikan di Malaysia. Kalau anda merasakan belajar tinggi-tinggi untuk dapatkan kerja bergaji tinggi semata, maka tolonglah baca buku ini.
Profile Image for Rashidah.
18 reviews1 follower
March 14, 2018
Laras penulisan sederhana, tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. Boleh difahami dengan agak mudah. Ada beberapa artikel yang aku perlu ulang dua atau tiga kali untuk hadam seeloknya.

Mungkin sebab aku jenis manusia yang agak terbuka semasa membaca buku, aku tiada masalah dengan idea-idea yang dibawa. Malah bagi aku adab penulis dalam tulisannya menyenangkan. Aku tiada imej penulis semasa membaca jadi aku tiada penghakiman peribadi samada beliau sebaik tulisannya ataupun tidak. Aku suka ideanya, semudah itu.

Aku gemar dengan fakta dan senario yang diadun dalam artikel tanpa menjadikannya terlalu berat. Setiap jargon dijelaskan maknanya, menjadikan artikel dalam buku ini sesuai dibaca manusia pelbagai latar.

Antara idea yang aku gemar :

1. Mahasiswa perlu lawan hujah dengan hujah, bukan slogan semata-mata.

2. Puncak ilmu ialah apabila ilmu itu kembali kepada masyarakat.

3. Pendidikan ialah tentang pembinaan personaliti (petikan)

4. Pendidikan tentang memanusiakan manusia.

5. Kehadiran ideologi akan merubah corak ekonomi,sosial dan (beberapa aspek lagi) kehidupan masyarakat.

6. Walaupun ada seribu filsuf pada zaman Yunani mereka tidak akan senang, kerana tiada gerakan atau perubahan yang dicetuskan. Tidak seperti para nabi.

7. Penerapan asas yang kukuh lebih utama berbanding penguatkuasaan.
Itulah keadaannya yang membuatkan sahabat sanggup terus meninggalkan arak sebaik sahaja diharamkan, padahal ia sudah sebati dengan kehidupan mereka.


Sangat berbaloi untuk dibaca. Usai menghabiskan buku ini aku jadi lebih ingin tahu, nak teroka lebih dalam idea-idea yang yang beliau perkenalkan.
Profile Image for Nur Fathinah.
130 reviews6 followers
April 25, 2019
Membaca tajuk sahaja sudah menangkap perasaan ingin tahu tentang isi kandungan buku ini . Prakata oleh Faisal Tehrani yang memuji tinggi isi kandungan buku ini seolah-olah menambah lagi perasa ingin tahu . Yang menariknya, cara penceritaan Faisal Tehrani tentang bangun dan jatuh mahasiswa seolah-olah dialami sendiri oleh beliau . Penceritaan beliau tentang tamrin dan buku haraki menarik perhatian saya .

Antara faktor utama yang menyebabkan saya membaca buku ini adalah ingin mengetahui cara pemikiran penulis . Akhirnya terjawab setelah beberapa point utama telah saya jumpa .

Pada awal buku, penulisan banyak tertumpu kepada peranan mahasiswa . Mahasiswa perlu berani menyatakan yang hak . Kebobrokan pemimpin kerajaan pada masa itu dilontarkan oleh penulis iaitu pada zaman pemerintahan DSN . Ada beberapa pujian khusus untuk parti PKR . Agak sedikit canggung kerana parti PAS yang turut menyumbang kepada kemenangan PKR tidak dinyatakan oleh penulis .

Kemudian penulis memuntahkan segala bentuk teori, falsafah pendidikan yang mungkin susah difahami oleh orang biasa seperti saya . Bersesuaian dengan latar belakang penulis sebagai lepasan IPG . Agak susah untuk difahami oleh mereka yang tiada latar belakang pendidikan .

Seterusnya beberapa kritikan kepada teater yang ditonton oleh penulis .

Kesimpulannya, buku ini boleh dibaca untuk mempelbagaikan genre bacaan dan melihat cara pemikiran yang agak kritis . Sesuai untuk anda yang meminati tentang bidang pendidikan . Tetapi perlu diingat, ini sekadar lontaran pendapat, bukan kitab rujukan.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
August 24, 2017
Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang. Zul Fikri Zamir. Dubook Press. 2014.

1) Buku ini menghimpunkan tulisan-tulisan Zul Fikri Zamir yang pernah disiarkan di dalam The Malaysian Insider dan juga di dalam blognya.

2) Mengandungi 209 mukasurat & terbahagi kepada 5 bahagian : Pengenalan, Mahasiswa dan Kebebasan Akademik, Pendidikan Nasional, Politik dan Sosial, & Kritik Teater.

3) Secara umumnya buku ini membicarakan soal pendidikan.

4) Penulis memberi kritikan terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

5) Sekejap, penulis bukan hanya mengkritik tetapi, disertakan juga cadangan-cadangan untuk penambahbaikan sistem pendidikan kita.

6) Antara cadangannya ialah : Usaha pertama untuk memperbaiki sistem pendidikan negara harus bermula dengan memartabatkan guru pada tempatnya yang betul. Aku setuju dengan cadangan ini.

7) Untuk cadangan-cadangan lain, korang boleh baca sendiri dalam buku ini. 😁.

8) Ada juga kritikan untuk mahasiswa. Jadi, mahasiswa-mahasiswa sekalian, bacalah buku ini. Cabar diri anda untuk keluar dari zon selesa.

9) Pertama kali aku baca buku ZulFikri Zamir rasa macam jatuh cinta pulak. Cinta pandang pertama . Pfft. 😰.

10) Ok, itu sahaja. Selamat membaca !


#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breathNread
Displaying 1 - 30 of 103 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.