Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penawar Bagi Hati

Rate this book
"Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Shahih Bukhari

512 pages, Paperback

First published March 1, 2015

49 people are currently reading
552 people want to read

About the author

Mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda pada 1917 dan lulus kelas lima pada 1923. Pada 1924, beliau berhijrah ke Kedah untuk menuntut ilmu. Pada mulanya, beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Bakar Tobiar, Pondok Penyarum, Pendang, Kedah. Kemudian berpindah ke Pondok Air Hitam di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada 1926, beliau memasuki Madrasah Darul Saadah al-Islamiyyah (Pondok Titi Gajah) yang pada ketika itu baru diambil alih oleh Syeikh Wan Ibrahim Abdul Qadir (Pak Chu Him) dan berguru dengannya selama 10 tahun sehingga diterima sebagai guru pembantu di pondok itu sekitar tahun 1934.

Memulakan pengajian di Makkah pada 1936 dan berguru dengan beberapa tokoh ulama. Antaranya Pak Da ‘Ali al-Fattani, Syeikh al-Maliki, Syeikh Hasan al-Mashat, Syeikh Muhammad al-Arabi, Syeikh Syed al-Alawi, Syeikh Muhammad Ahyad, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Yasin Isa al-Fadani, Syeikh Abdullah Lahji dan Syeikh Zakaria Abdullah Bela.

Pernah menjadi tenaga pengajar di Masjidil Haram, beliau diperakui kebanyakan ulama sebagai seorang yang alim sehingga digelar oleh Tuan Guru Haji Husin Che Dol sebagai al-Alim al-Fadhil Wa al-Abdi al-Kamil kerana menggambarkan keilmuan beliau ketika itu.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
45 (48%)
4 stars
18 (19%)
3 stars
13 (14%)
2 stars
9 (9%)
1 star
7 (7%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews210 followers
February 11, 2020
Alhamdulillah berpeluang menghadiri daurah kitab ini. Jazakallahu Khayr Maulana Wan Mohd Aswadi Al-Mujaddidi (moga Allah merahmatimu) atas ijazahnya.

Ilmu tasawuf : Pengetahuan yang diketahui dengannya segala kelakuan hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan bersabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesarkan diri. Membersihkan anggota zahir dari segala perbuatan keji untuk membawanya kepada pembersihan hati dari sifat2 cela.

Sedikit nota ringkas : - Buat baik (mahmudah), menyangka diri baik (mazmumah)
- Orang sembahyang juga Allah celakakan, kerana riak.
- Semua orang wajib bertaubat dan bertaubatlah atas dosa2 secara terperinci satu persatu.
- Lalai dari Allah : memanjangkan maksiat tapi bercita2 diampuni.
- Zahid : benci dunia dan berpaling darinya. Meninggalkan kesenangan dunia demi menuntut kesenangan akhirat.
- Zuhud ialah KELAKUAN HATI, bukannya luaran (cth : berpakaian buruk)

Salah satu soalan peserta : "Kat dunia ni ada banyak jenis zikir. Zikir asmaul husna, matsurat, ratib dll. Zikir apa yang perlu diutamakan?". Jawapan Maulana :
"Zikir ada 2 jenis. Zikir hasanat (untuk tingkatkan pahala) dan zikir darojat (untuk tingkatkan darjat di sisi Allah). Belajarlah zikir dari guru2 yang bersanad, zikir yang mengingatkan diri pada Allah untuk menyucikan hati"
Profile Image for Aisarahmad.
15 reviews1 follower
September 27, 2014
Alhamdulillah. Sebuah buku yang sangat baik untuk memuhasabah diri sendiri dalam usaha untuk mencari penawar bagi hati.

Diperincikan dengan sangat baik oleh penulis mengenai anggota tubuh manusia yang bersangkut paut dengan hati; kemudian menyentuh 10 penyakit hati dan 10 amalan hati yang dipuji. Setiap bab disertakan dengan nas dari Al-Quran dan Hadis, saya memberikan pujian kepada penulis.
1 review
October 1, 2020
Bermanfaat
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews210 followers
August 1, 2019
Alhamdulillah berpeluang menghadiri daurah kitab ini. Jazakallahu Khayr Maulana Wan Mohd Aswadi Al-Mujaddidi (moga Allah merahmatimu) atas ijazahnya.

Ilmu tasawuf : Pengetahuan yang diketahui dengannya segala kelakuan hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan bersabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesarkan diri. Membersihkan anggota zahir dari segala perbuatan keji untuk membawanya kepada pembersihan hati dari sifat2 cela.

Sedikit nota ringkas : - Buat baik (mahmudah), menyangka diri baik (mazmumah)
- Orang sembahyang juga Allah celakakan, kerana riak.
- Semua orang wajib bertaubat dan bertaubatlah atas dosa2 secara terperinci satu persatu.
- Lalai dari Allah : memanjangkan maksiat tapi bercita2 diampuni.
- Zahid : benci dunia dan berpaling darinya. Meninggalkan kesenangan dunia demi menuntut kesenangan akhirat.
- Zuhud ialah KELAKUAN HATI, bukannya luaran (cth : berpakaian buruk)

Salah satu soalan peserta : "Kat dunia ni ada banyak jenis zikir. Zikir asmaul husna, matsurat, ratib dll. Zikir apa yang perlu diutamakan?". Jawapan Maulana :
"Zikir ada 2 jenis. Zikir hasanat (untuk tingkatkan pahala) dan zikir darojat (untuk tingkatkan darjat di sisi Allah). Belajarlah zikir dari guru2 yang bersanad, zikir yang mengingatkan diri pada Allah untuk menyucikan hati"
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.