Jump to ratings and reviews
Rate this book

Laksamana Sunan #8

Sunan Cinta Nan Sakti

Rate this book
CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?

Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.

Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.

“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.”

Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.

Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...

Di sinilah... lahirnya seorang legenda.

Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.

RAMLEE AWANG MURSHID mengekalkan rentak cinta dan aksi dalam alur cerita karyanya kali ini. Nanggroe Sang Kembara menempuhi banyak gendala dalam perjalanan meraih Cinta Nan Sakti. Perjuangan tidak mengenal erti lelah biarpun hampir tewas. Kebangkitan merupakan kemuncak sebuah hakikat dalam layar sebuah hikayat.

662 pages, Paperback

First published November 1, 2015

56 people are currently reading
1179 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,377 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
299 (65%)
4 stars
109 (23%)
3 stars
31 (6%)
2 stars
6 (1%)
1 star
10 (2%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
June 5, 2017
Aci tak kalau aku ulang baca kesemua siri Sunan yang lain? Haha.. Ya, memang itulah yang aku rasa bila tamatkan siri yang terakhir [harapnya ini memang yang terakhir] ini. Tapi dek terkenangkan buku yang berderet dalam gobok aku pendamkan dulu. Lagipun buku ini aku peram hampir 2 tahun [Haaa… Nampak tak betapa peram dan aku sukar dipisahkan haha :P], makanya aku berazam untuk tidak berbuat begitu pada buku-buku lain juga ahaksss…

Buku ini pelengkap pada kesemuanya, tapi aku kira ia adalah kesinambungan yang terbaik buat Sunan Nanggroe Sang Kembara. Ia menjawab hampir keseluruhan apa yang aku mahukan daripada buku sebelumnya. Syabas RAM. Cuma, ada sesetengah part yang seperti ada yang tidak kena, namun aku masih enjoy membacanya. Dan, twist tentang Seroja itu sangat aku suka. Yayyyy.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.” -- Rupanya di sini lah mulanya. Bagaimana Sang Ratu bertemu si Sunan. Namun, ianya ‘dipadam’ dalam minda masing-masing di akhirnya. Aku boleh kata ianya tidak pernah aku jangkakan. Tahniah RAM.

Tak mahu cerita lebih kerana aku senang dengan kesemua yang ada. Debaran yang menemani sepanjang tempoh pembacaan. Apatah lagi dapat berkenalan dengan Sirangka. Aku mengharapkan agar ada hidayah untuk bangsanya.

Untuk kesekian kalinya, ketika tiba di perenggan ini, aku masih berkira-kira untuk reread siri Sunan haha. Dan, jujurnya Sunan akan kekal sebagai watak laksamana yang hebat di hati, watak yang tak akan pernah dilupai.

Ps: Watak Fong Sai Lam itu banyak kali aku baca sebagai Fong Sai Yuk haha.
Profile Image for Amal Lee.
276 reviews34 followers
January 26, 2023
take a deep breath.

conclusion - i want to reread cinta sang ratu. no wonderlah the chemistry weii ishhh haishh patutlah dia macam ehh the spark between them abzsgdhddjj hahahah!

betullah cinta itu nan sakti. kalau dibaca buku cinta sang ratu kita akan rasa macam ehh cepatnya dorang jatuh cinta?! how ?! Maka disinilah permulaan kepada kisah cinta Sunan & Ratna. surprisingly Sunan & Ratna sudah saling kenal, mencintai sejak remaja, tapi terhalang kerana tujuan pertemuan adalah disebabkan dendam & kuasa.

Sedihnya, memasing sudah saling tidak mengingati & mengenali. Saifudin & Ratna saling terpisah antara utara dan selatan. Seorang memandang ke selatan seorang ke utara tanpa mengetahui sebab tetapi lagak seperti orang yang merindui. Tapi betullah bak kata pepatah kalau dah jodoh tak kemana. datanglah seribu Haryani, Luna & Maryam takkan boleh lawan cinta Sang Ratu.

p/s - Next nak baca novel apa pulaklah sebab impak Laksamana Sunan ni terlalu besar hahaha.

Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
November 21, 2015
Sebagaimana kisah Saifudin yang terdahulu, Cinta Nan Sakti ini masih membuatkan hati saya terikat pada Saifudin. Suka, duka, pahit dan manis dalam menghadapi setiap dugaan dan tentangan daripada Sang Ratu serta sekutu-sekutunya tetap membuatkan hati saya turut menyimpan debar yang sama.

Sunan, Cinta Nan Sakti ini ada jawapan pada setiap persoalan dalam trilogi terdahulu. Dan saya menoktah pembacaan kisah Sunan/Saifudin yang panjang ini dengan keinginan untuk mengulang baca kisahnya daripada buku-buku yang terdahulu! *sigh*

Komen saya, RAM masih dengan caranya. Terselit takzirah dalam bercerita, ada panduan yang boleh kita ikut dan amalkan. TAPI, RAM masih suka mengulang ayat/fakta yang sama, yang saya rasa tidak perlu kot!

Apa-apapun saya puas hati!
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
November 13, 2017
Nota untuk diri supaya senang untuk keep track. Siri novel kisah Saifuddin - Laksamana Sunan - Wali Sufi mengikut turutan

1. Bagaikan Puteri (Sudah baca)
2. Cinta Sang Ratu
3. Hijab Sang Pencinta
4. Cinta Sufi (Sudah baca)
5. Sutera Bidadari (Sudah baca)
6. Sunan Musafir
7. Sunan Cinta yang Sakti (Sudah baca)

Saya baca tak ikut turutan, garu kepala juga untuk sambung dengan cerita dari novel-novel lepas.

Sunan Cinta yang Sakti mengandungi beberapa cerita mini dalam dia. Contohnya: (1) Kisah Jaka dan Jainon (2) kisah Megat dan Seroja (3) kisah Saifuddin dan Sang Ratu Ratna (4) kisah Saifuddin dengan Orang Kenit Sibangan, Silaping, Silabu dll (5) kisah Seroja dan Fong Sai Lam (6) kisah Nyi Burga Kelara dan Baragas memperhambakan Raja Tambuakar (yang asalnya Jaka yang baik) (7) Ibu bapa Jaka mati akibat ketua kampung lalu Jaka mengamuk dan diseksa lalu membawa diri menyembah kuasa hitam menjadi Raja Tambuakar di Tanah Mati yang memakan manusia (8) Pertemuan Jalis dan Leman (9) Jalis difitnah sebagai Orang Minyak (ia disambung dalam permulaan cerita Bagaikan Puteri tak silap. Tak ingatlah kena cek balik) (10) Maharani berpakat dengan geng Mias Sima.

Teringin nak tahu sejarah hidup Wali Sufi. Siapa dia sebenarnya dan bagaimana dia boleh jadi wali. Teringin juga nak tahu sejarah Maharani dan Nyi Burga Kelara bagaimana mereka boleh jadi penyembah syaitan. Kalau jumpa RAM, teringin nak tanya kenapa perempuan dipilih sebagai watak jahat hardcore level (Maharani, Nyi Burga Kelara dan Ratna) dan lelaki pula dijadikan hero. Kalau penulis Faisal Tehrani, dia suka ambil perempuan jadi watak utama jdan sebagai superheroin macam Tun Nyemah dalam novel 1515.
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
February 20, 2016
Kerana Cinta Nan Sakti.

Wali Sufi : Apakah yg kau lihat dilangit anakku ?
Saifudin : Bulan, bintang.
Wali Sufi : Betul, tapi kurang tepat.

Soalan yg sama ditanya lagi selepas berpurnama.
Bila Saifudin dihilangkan ingatan dgn Sang Ratu.

Wali Sufi : Apakah yg kau lihat dilangit anakku ?
Saifudin : Ciptaan Allah SWT
Wali Sufi : Tepat sekali.

*Favret dialog.

*Hati meronta-ronta nak tau bagaimana pertemuan Sang Ratu dan Saifudin @Sunan. Bertabahlah nk collect Trilogi Sunan.
Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
November 23, 2015
Laksanam Sunan..tamat sahaja baca buku ke lapan ni, membuatkan keinginan untuk mengulang baca dari buku pertama datang membuak...buak....

Megat dengan Seroja ...senda gurau besan sungguh menarik...menerbitkan senyum sumbingku

Tabib dari Chaina sungguh menarik..

Wali Sufi tinggi ilmu mu...akan bersambung
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
January 10, 2016
Ramlee Awang Mursyid did it again. The 8th novel just mind blowing. I am a bit disappointed thinking that this is a sequel, it turned out prequel of 'Bagaikan Puteri'. Sunan and Ratu's romance keep getting stronger. [sorry, spoiler] They knew each other before 'Cinta Sang Ratu'. No wonder their feelings in the second novel sparks in a short time. Both of them just rekindling their love towards each other. Wali Sufi suppressed Saifudin's feeling so that he can be a great warrior one day while Maharani erased Ratna's feeling so that she can be evil and loveless just like her. Both of them are victims by their loved ones but due to that, their love story become a great tale. There are other stories as well in this book such as Saifudin's family, Luna, Nyi Burga Klara and other characters as well. This book is trying to make sense all the other characters and how the story related to each other.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
May 18, 2019
[BOOK 64]
.

Sunan Cinta Nan Sakti by Ramlee Awang Murshid.
.

Hebat gila wehhh. Ya, inilah kesudahan terbaik siri Laksamana Sunan. Macam mana ni, habis je buku ni, aku dah makin rindu ngan Sunan? Dan serius, rasa nak ulang balik Cinta Sang Ratu sebab rindu kisah Sunan dan Sang Ratu.
.

Buku ni menjawab segala persoalan yang ditinggalkan dalam Sunan Nangggroe Sang Kembara.
.

Betullah, cinta itu sakti. Buku ini ialah permulaan kepada kisah cinta Sunan dan Ratna. Wahhh, sebenarnya, sewaktu remaja, dorang dah pernah kenal, saling mencintai, tapi terhalang kerana tujuan sebenar pertemuan ini ialah kerana dendam dan ingin meluaskan kawasan jajahan Pulau Utara. Dan kerana cinta itu lah, Saifudin mula terlalai dan ini membimbangkan Wali Sufi kerana baginya, cinta fitrah wujud setelah cinta abadi kepada Allah sebetulnya dipelihara. Dan cinta fitrah sepatutnya makin mendekatkan manusia kepada Sang Pencipta. Dan bagi Maharani pula, kerana cinta akan membutakan Ratna daripada tujuan asal mereka menentang Wali Sufi. Maka, Saifudin dan Ratna dihilangkan ingatan mereka tentang pertemuan ini.
.

Sedih sebenarnya bila mereka yang saling mencintai tu, akhirnya lupa tentang diri masing-masing. Sunan asyik memandang ke utara, Ratna pula memandang ke Tenggara. Mereka merindu, tapi tak tahu kepada siapa. Patutlah dalam Cinta Sang Ratu, chemistry dorang memang gempak. Betullah, kalau dah jodoh, memang tak ke mana, walaupun berlikunya percintaan mereka.
.

Hahahah…dan aku terhibur bila RAM twist part Seroja tu. Aku punyalah duk fikir, kalau Seroja ni dah mati, habis tu, Megat kahwin ngan sapa. Rupanya, another Seroja.
.

Haahaha..dan aku terfikir kan, kalau lah RAM ni jadi penulis novel cinta, Nampak gayanya, penulis novel cinta Malaysia ni takleh cari makan la. Bayangkan, part sweet hanya secoet je, sekadar dengan panggilan kanda, dinda pun, aku dah cair weh.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
December 18, 2015
Seolah,
Kisah klasik untuk masa depan.
(Untuk yang memahami)

Amaran - sila mulakan jelajah dengan semua vol terdahulu. Sebab kalau sesat, tiada jalan pulang.

Mau Sunan lagi..

-----

Wish someone goodnight supaya aku boleh tidur. Tapi lepas on aircond dan tarik selimut, mata masih buka. Degil. #eh

Good night, world.
Profile Image for Faiz • فائز.
357 reviews3 followers
February 22, 2023
Pertemuan pertama antara Saifudin dan Ratna. Dua remaja yang dibesarkan dalam suasana yang begitu berbeza dari dua tanah yang berseteru dari dahulu. Satu berkehendak ingin menakluk, satu lagi sekadar bertahan. Perseteruan antara Maharani Pulau Utara dan Wali Sufi berterusan dan diwarisi kepada anak asuhan. Maharani kepada Ratna dan Wali Sufi kepada Saifudin.

Usia menginjak remaja dihiasi dengan persengketaan, juga cinta. Kedua-dua anak remaja ini saling bertelingkah, walau Saifudin lebih banyak mengalah. Persengketaan mereka turut diselangi dengan cinta. Pelik! Tapi begitulah saktinya cinta.

Pengisahan ini juga menjelaskan tindakan Laksamana Sunan dalam Bagaikan Puteri yang mengahwini Ratna Sang Ratu Sulaman walau hanya sebentar cuma bertemu. Rupa-rupanya cinta itu telah lama bertamu, sedari Sunan remaja lagi. Namun bergulirnya waktu disempurnakan dahulu cinta abadi, dan akhirnya cinta fitrah yang mendatangi. Sungguh sakti namanya cinta!

Menyelak kehidupan remaja Saifudin, yang dipacu nafsu remaja namun dijinakkan dengan cinta kepada Tuhannya memberi kesedaran kepada saya. Semua manusia itu berkehendak kepada cinta. Namun cinta yang bagaimana? Penutup akhir kepada pelayaran kisah Laksamana Sunan ini seharusnya ditatapi oleh setiap remaja. Saat nafsu dan cinta bergelora, mana satu yang perlu diberi utama?

Saifudin, cintanya kepada Ratna sangat suci. Berhajat untuk menikahinya kerana agama. Semoga semua pemuda yang sedang dilanda amukan cinta bersifat seperti Saifudin. Allahumma amin.

Doa Saifudin di Mekah:
"ya ALLAH... kurniakanlah Ratna hidayah-MU... berkat serta rahmat-MU. Jadikanlah Ratna seorang muslimah yang sejati. Berjuang bersama-samaku menegakkan agama-MU yang benar selama kami diizinkan hidup di muka bumi ini. Jadikanlah Ratna sebagai suriku yang mentaati-MU... yang setia kepadaku. Ya Rahman... ya Rahim... perkenankanlah.
Amin ya RABB..."

Dan doa Saifudin yang ikhlas itu diterima oleh Allah ﷻ . Berbahagialah mereka yang bercinta kerana-Nya.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
November 14, 2015
Disebabkan novel ini masih belum berada di pasaran, makanya tak boleh nak review lebih2. Saya cuma nak simpulkan kisah ini memang TERBAIK! RAM masih lagi kekal dengan bisanya. Tahniah RAM!
Profile Image for Yana.
37 reviews39 followers
March 28, 2016
Buku terakhir dalam siri Sunan..prolog dari 7 episod sebelumnya..Hmm..RAM seperti biasa..tak pernah gagal membawa aksi seni pertahanan diri Nusantara Melayu sebagai plot yang sarat dengan pertarungan yang mendebarkan. Yana berkongsi baca (buddy reading) buku ini dengan anak teruna (Angah) dan siri Sunan ini akan sentiasa kekal menjadi siri istimewa buat kami berdua. Angah seronok bila Yana dapat sama-sama berbual santai dengannya tentang aksi Silat, watak-watak antagonis & juga protagonis dalam novel ini. Jadi, untuk ibu2/ayah2 di luar sana, jika ada yang mencari buku untuk diwariskan kepada anak lelaki, Siri Sunan inilah jawapannya!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
October 20, 2017
Legasi sunan berterusan..
Buku yang ini permulaan kepada perkenalan Saifudin dan Ratna..
Permulaan kepada pertembungan antara kuasa jahat dan baik..
Permulaan bagaimana Saifudin mendapat gelaran Laksamana Sunan..
#sunancintanansakti #ramleeawangmurshid #alaf21 #legasisunan #laksamanasunan #bookreview #bookstagram #booklover #hobisaya #bookworm #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
April 4, 2020
Prekuel kedua Laksamana Sunan. Finally, baru tahu knapa Sunan & Sang Ratu tak pernah ingt sesama sendiri... Sunan pandang arah Utara, Ratu pandang arah Tenggara tp diaorg pun tak tahu sebab apa diorang buat mcm tu...😢

For those yg bru nk start baca siri ni,aku suggest better mula baca dri Bagaikan Puteri, sbb if start baca prequel dulu, mungkin ada yg rasa byk sgt characters dlm this novel. Tapi if baca dri BP, sebenarnya novel ni lebih kpd peleraian utk side characters dlm Laksamana Sunan.
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
April 15, 2016
Sunan Cinta Nan Sakti merupakan novel kedua dan terakhir siri prekuel kepada Trilogi Sunan 1 dan Trilogi Sunan 2. Sunan Cinta Nan Sakti juga merupakan sambungan terus kepada novel sebelumnya yang bertajuk Sunan Nanggroe Sang Kembara. Novel kali ini menyambung kisah yang tergantung di dalam novel sebelumnya.

Secara peribadi,saya tidak dapat merasakan saktinya membaca novel ini. Adakah mungkin kerana saya sudah terbiasa atau jemu dengan gaya penulisan Ramlee Awang Murshid (RAM) yang tipikal dan boleh dijangka? Saya sendiri tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Malah,RAM seperti terlupa untuk merujuk kepada 'fakta' penting di dalam hubungan antara watak-wataknya ciptaannya. Sebagai contoh,Taghut seolah-olah terlupa siapakah bangsa Polip sedangkan sebelum dirinya menjadi Taghut,dia merupakan Raja Roman yang menentang bangsa Polip. Namun demikian,terdapat juga kejutan yang saya tidak jangkakan,terutamanya mengenai watak Seroja yang sebenarnya.

Novel ini saya kira masih lagi baik. Mungkin saya perlu mengulang baca kedua-dua novel prekuel ini pada masa akan datang untuk membolehkan saya lebih menghayati jalan ceritanya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
May 10, 2018
Sunan Cinta Nan Sakti agak tebal berbanding novel-novel Sunan terdahulu namun tebal bukan sebarang tebal, tebal penuh dengan ilmu. Dua hari lepas saya baru baca Sunan Musafir justeru masih terkenang-kenang manisnya, sejuknya, sucinya kasih sayang antara Saifudin dan Ratna. Pasangan secocok segenap segi. Novel SCNS mengkisahkan pertemuan mereka sebelum Ratna Sang Ratu Sulaman di-susuk dan di-brainwash oleh ibu angkatnya Maharani Pulau Utara dengan Sang Petala dan Taghut di belakang. Si iblis perempuan Nyi Burga Kelara dan adiknya Baragas, memangsai Jaka menjadi Raja Tambuakar. Watak-watak orang kenit Sirangka, Sibanga, Silaping dan raja mereka Silabu are amusing. Mereka ada ladang daun kumkum yang menyembuhkan, berjaya menarik minat Wali Sufi, dapat juga benih kumkum untuk dibawa balik ke Aceh. Watak Fong Sai Lam si tukang tabib dari Tanah Besar Cina juga membawa sesuatu yang baru. Mungkun dalam cerita-cerita Sunan yang kemudian akan dikembangkan cerita mengenai beliau. Megat yang kegalauan bertemu Seroja yang baru untuk mengubat luka di hati, jatuh cinta pandang pertama dan terus akur menikahi wanita cinta fitrahnya. Sarifudin bagaimana? Apa lagi helah Maharani untuk menghapuskan Wali Sufi? Maharani + Nyi Burga si kuntilanak = next series.
Profile Image for Zura.
53 reviews2 followers
January 16, 2018
Pengakhiran yang sangat disambut. Seperkara yang tidak diduga ialah Sunan dan Ratna saling mengenali dan tertarik antara satu sama lain bertahun-tahun sebelum pertempuran yang meruntuhkan empayar Maharani.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azura Chan.
523 reviews7 followers
February 1, 2016
Finally, it's time to move on. I'm going to miss Laksamana Sunan every bits. I am not looking for another sequel. Enough is enough. Hehe. I hope there will be more on other characters like Haryani, Indera or Andika.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
November 12, 2016
Jujurnya aku ingat2 lupa jalan crita Sunan...huhu..dah lama sgt tgglkan dan byk sgt trilogi membuatkan otak aku x mampu nak recall balik...but overall mmg thorbaikkk... ^_^
Profile Image for Su Zainudi.
143 reviews
November 2, 2025
Satu pengakhiran untuk perjalanan siri Sunan, tapi permulaan bagi kehidupan seorang Laksamana Sunan.

Genap 10 bulan saya menghabiskan siri Sunan (berselang seli dgn bacaan lain juga). Untuk buku ke 8 ini, kebanyakan titik permulaan dalam perjalanan Sunan terjawab.
Saifudin-Ratna, Megat-Seroja, Wali Sufi dan segala kebatilan.

Suggestion: Kalau nak baca ikut perjalanan hidup Saifudin, mulakan dari buku ke 7 dan seterusnya, baru mula buku pertama. Kalau nak baca ikut siri, mulakan dgn buku pertama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
November 4, 2019
Innama amruhu iza arada syaian ayyaqullalahu qun fayaqun - Sesungguhnya urusan Allah apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya hanya berkata, "Jadilah! " Maka jadilah sesuatu itu.

Sunan Cinta Nan Sakti membawa pembaca hanyut ke alam pengembaraan yang penuh onak dan duri. Penceritaan mempunyai bunga-bunga cinta serta disulami dengan bahasa yang puitis dan agak mencabar jiwa untuk memahami setiap baris kata. Mujur ada glosari untuk lebih memahami maksud kata.

Setelah selesai membaca buku ni, terus menyelak buku Bagaikan Puteri untuk ingatkan balik cerita selepas Saifudin Jalis diangkat menjadi Laksamana Sunan.

Pada awal pengembaraan agak membosankan tetapi setelah 200 muka surat barulah rasa tak boleh tinggal buku ini dari mata.

Ada bahagian agamanya, cinta, pengorbanan, aksi, konflik, mistik dn semua sekali digaul sebati.

Peminat mistik dan thriller serta cinta yang disulami aksi amat disarankan untuk membaca buku ni 😊
229 reviews16 followers
March 28, 2016
Selepas menoktahkan Sunan Cinta Nan Sakti nie, byk persoalan bagi novel2 siri Laksamana Sunan akhirnya terjawab. RAM berjaga sekali lagi menghidupkan watak Saifuddin dgn berkesan, seolah2 Saifuddin merupakan salah seorng dari warisan kita yang hidup sezaman Hang Tuah. What a love story, lain dari yang lain!! Kisah cinta antara Saifuddin dan Ratna serta Megat dan Seroja. Tidak keterlaluan jika saya katakan kisah percintaan yang sukar didapati dari kebanyakkan novel2 melayu yang berada di pasaran kini.

RAM juga berjaya menerapkan nilai2 Islam ke dalam setiap karyanya. Semoga bermanfaat kepada kita. InsyaAllah.

I have to rate it as 4.5 since a few sentences kept popping up again and again and again. I found it rather disturbing. Overall, it was a very good read.
Profile Image for faryna syaza.
75 reviews13 followers
June 24, 2021
This is just way too awesome. Saifudin kotttt hahahahaha. "Sebagai manusia, aku sayang padamu" oh god please 😭❤️ Suka sangattt Saifudin & Ratna 😭❤️❤️
Profile Image for Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali.
72 reviews8 followers
January 10, 2018
Buku ke-8 Sunan ini sambungan dari Sunan Nanggroe Sang Kembara. Buku terakhir. Untuk membaca kisah Sunan ini, boleh dibaca dari buku pertama ataupun boleh baca dari buku ke-7. Bagi saya,lebih baik mulakan dari buku ke-7, kemudian 8-1-2-3-4-5 dan 6. Kisah sunan ini lebih kurang cerita Misteri Mak Lampir (Misteri Gunung Merapi)

Mengisahkan sambungan ke Pagar Ruyung dibawah Kerajaan Minangkabau. Engku Aminah yang dikatakan mati tiu, adalah penyamaran sahaja. Laluan ke Pagar Ruyung oleh Saifudin sangat berliku & perlu menentang manusia syaitan. Ratna Sang Ratu juga memburu Saifudin tapi tewas mudah.

Wali Sufi & Saifudin telah menghantar pulang Ratna Sang Ratu yang lumpuh kesaktiannya ke Pulau Utara. 10 tahun Maharani menyiapkan Ratna Sang Ratu, kini Ratna bangkit semula untuk menyerang Acheh. Boleh baca Bagaikan Puteri.

Btw, cerita yang sangat bagus, memang kena dengan jiwa. Jalan cerita menarik, plot twist yang tepat pada penceritaan. Tamat sudah jelajahanku Sunan.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
January 23, 2025
Alhamdulillah, berjaya juga menghabiskan novel RAM siri Sunan..bila google balik rupanya aku baca kisah no.2 kalau ikut urutan siri.😅

Novel tentang apa?
✅️ Lebih kurang macam dunia the Lord of the ring kalau nak bagi faham diri sini.
✅️ Aku terasa macam kurang sikit bila bab percintaan dimasukkan dalam novel. Suka adventurenya tapi cinta cintun tu aku lebih banyak fast or skip. Macam ada yang tak kena..ntah ler...orang lain mungkin suka..tapi aku kurang sikit.
✅️ version melayu ni banyak Saka2,syaitan dimasukkan dalam cerita.
✅️ Peperangan kebenaran vs kebatilan tapi cinta menganggu gugat pendirian😔
✅️ Banyak sangat watak kali ni yang penulis masukkan dan setiapnya semua nak dijelaskan sampaikan aku pun kadang2 bosan dibuatnya..kadang2 aku lajukan je pembacaan sebab ada part rasa tak perlu and patut dah abis, abislah...aku pun penat and bosan😖


Rasa nak continue dengan Sunan??🧐🧐, akan difikirkan balik...cari buku lain lah dulu..
3 reviews
November 17, 2022
Cinta tak mengenal kawan atau lawan,
Cinta tak mengira sahabat atau musuh,
Cinta kadang buta mengukur benar atau palsu,
Cinta kadang tuli menilai betul atau salah,
Namun tulus sebuah hati,
Mengundang restu Sang Pemilik Cinta dan Hati,
Membawa hati-hati bersatu,
Di bawah lembayung reda dan cinta Ilahi.

Melambangkan realiti situasi golongan muda yang tak terlepas dari pengalaman memiliki rasa yang belum mampu dimengerti, namun bimbingan yang benar akan menjadi pemandu arah agar tidak terpesong haluan. Akhirnya cinta Yang Esa akan memandu hati untuk tak tersesat dalam mencintai.
Profile Image for Edi Rozaidi.
123 reviews
December 28, 2023
Sambungan langsung dari Sunan Nanggroe Sang Kembara. Jika diikutkan secara siri, ini novel kedua Saga Sunan.

Bagi saya, novel ini di awalnya agak membosankan kerana Sunan hanya menggembara selepas peperangan dan beberapa cerita tepi yang sedang dibina.

Cerita jadi menarik apabila Saifudin mula bertempur Raja Tembuakar. Selepas itu dah mula menarik dan telah di setting utk buku OG Sunan - Bagaikan Puteri.

Apa-apa pun, sebagai peminat cerita Laksamana Sunan, memang best dan rasa nak sambung baca Novel Bagaikan Puteri sekali lagi.
Profile Image for Mariani Mukadis.
7 reviews
February 12, 2020
Alhamdulillah..selesai habiskan Sunan Cinta Nan Sakti. Rasanya nak baca balik dari Bagaikan Puteri tapi tu lah...bila memikirkan ada novel yang belum di baca masih membukit, terpaksa pendamkan buat sementara waktu.

Komen? Rasanya tiada komen yang boleh diluahkan kerana hasil buah tangan Ramlee Awang Murshid tidak pernah mengecewakan. The best di dalam kategorinya sendiri. Anyway..antara koleksi Laksaman Sunan yang paling saya sukai.
Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.