Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nasihat Buat Hati

Rate this book
“Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?”

Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.

Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

120 pages, Paperback

First published January 1, 2015

21 people are currently reading
104 people want to read

About the author

Habib Ali Zaenal Abidin

4 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
63 (61%)
4 stars
33 (32%)
3 stars
6 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
September 16, 2020
Setiap nasihat diiringi hadis nabi s.a.w dan kisah nabi s.a.w dan para sahabat yang berkaitan. Bahasa yg simple dah mudah difahami. Sesuai sgt dijadikan hadiah buat kawan atau keluarga sebagai 'teguran dan ingatan'😊. Definitely masuk rak untuk ulang baca. Penyampaian yg ringkas, buku pun taklah tebal sangat.
Profile Image for a i n c e r a.
126 reviews14 followers
April 6, 2023
Ramadhan Read : Episode Dua

Bayangkan buku yang nipis ni yang mengandungi 29 nasihat sahaja. Tu pun rata-rata mengambil dua atau tiga muka surat sahaja untuk cover setiap topik. Tapi, masih mampu shake your world. Mampu buat kita berazam untuk jadi seorang hamba yang disayangi dan dirahmati Allah swt.

Apa yang kita cuba nak sampaikan kat sini; its short but sweet. Its strike to the heart. Apa yang nak disampaikan tu bukan sekadar nak menyampaikan sahaja tapi penuh dengan kefahaman dan solusi. Mungkin ada yang rasa topik yang dibawa tu basic. Everyone knows it dan sebagainya. Tapi inilah fungsi nasihat. Dari yang basic sehingga lah kesedalam-dalam perkara. Kadang yang basic tulah yang selalu kita lupa.

Menjadi satu keperluan jugak untuk kita untuk tingkatkan ilmu berkaitan agama supaya dapat mengelakkan kejahilan. Mungkin kita rasa kita dah tau tapi sebenarnya ada banyak lagi yang kita tak tahu.
Profile Image for dausshassan.
51 reviews9 followers
July 11, 2021
Ringkasan pelajaran hidup yang boleh disemat ke benak sanubari yang terdapat di dalam makalah kecil ini melalui cangkupan 29 nasihat dari Habib Ali Zaenal Abidin. Bacaan ringan ini sedikit sebanyak boleh mentarbiah diri pembaca.

Kehidupan seumpama permusafiran, dan dunia hanyalah tempat persinggahan. Namun, kita sering terlupa sehingga kita terlalu asyik dalam melaba harta dunia. Pelbagai hal yang kita anggap ia suatu nikmat, walhal ia amat buruk di sisi Tuhan. Nalar hati yang bersifat keduniaan hanyalah mencari keduniaan dan bukannya mencari keredhaan.

Ilmu, harta, kesihatan, kedudukan dll hadirnya bersebab. Kesemuanya akan dipertanggungjawab dan dipersoal kelak. Jika elok penggunaannya, maka baiklah pembalasan. Dan sebaliknya. Semuanya akan bergantung pada cara pengurusan yang dibuat. Tidak dapat tidak kita lari dari tanggungjawab kerana hidupnya kita ini adalah suatu rahmat.

Walaupun hakikat kebenaran diketahui dengan adanya ilmu. Tetapi, ia bukanlah satu kebolehan untuk menghukum manusia lain mengikut kehendak sendiri kerana iman di hati itu suatu rahsia yang tersembunyi. Tiada kepentingan dan kelebihan jika kesalahan yang dicari. Datangnya uslub dakwah secara dihalusi tanpa ia dikasari.

Perilaku yang baik boleh dibentuk melalui baik cara pertuturannya dan tidak menyombong jikalau mempunyai ilmu. Sebaik-baik perjalanan apabila kita tidak pernah endah dari mengingati kepada-Nya.

Pelbagai Ibrah yang dapat kita ambil dari perkongsian buku ini. Nasihat mampu membentengi diri dari terus melazimi perkara yang mungkar lalu memperelokkan mata dari buta, mempedengarkan dari tuli, membetuli becok lidah apabila berbicara dan menahan anggota dari terus membuat binasa.
Profile Image for Faiz • فائز.
367 reviews3 followers
February 10, 2023
Kumpulan nasihat yang dibukukan. Isinya sederhana, mungkin ada yang acapkali kita dengar dan baca, namun sememangnya itulah sifat nasihat: berulang-ulang.

Buku ini bukan ditulis untuk dihabiskan dalam tempoh yang singkat, sebaliknya penghayatan dan pelaksanaan setiap bait-bait nasihat.

Nasihat 9 dan 26 yang paling menarik perhatian aku. Tentang sifat golongan yang bertakwa dan tanggungjawab seorang suami.

Juga dalam satu bab, menjawab pertikaian sebahagian golongan yang mengatakan bahawa sahabat yang turun daripada posisinya dalam peperangan Uhud bukan kerana ingkar dengan arahan Nabi ﷺ. Perkara lain yang menarik untuk dikongsi bersama ialah hikmah mengapa kaum muslimin tidak menang dalam perang Uhud. Seandainya mereka menang dalam keadaan melanggar perintah Nabi ﷺ, ia sangatlah bertentangan dengan matlamat Islam. Agama ini tidak terbina atas keingkaran, sebaliknya ketaatan.
Profile Image for KakEllereads.
131 reviews14 followers
May 5, 2021
Buku setebal 110 mukasurat ini sarat dengan ibrah yang bukan sahaja dapat dipelajari malah menjadi sumber untuk kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Secara peribadi Kak Elle sangat suka buku ini, setiap bab yang ditulis adalah dalam bentuk nasihat. Setiap nasihat itu pula diselitkan sirah dan hadis serta tafsir Al-Quran.

Antara bab-bab yang menarik adalah seperti Si Alim Ahli Neraka dan Tanggungjawab Suami. Buku ini amat sesuai dibawa bersama ke mana sahaja kerana isinya padat dan mudah difahami.

Bacaan ini adalah 4.5🌟 untuk Kak Elle.
Profile Image for Ieyda Hidayah.
64 reviews6 followers
April 26, 2021
Alhamdulillah nasihat-nasihat yang sangat berguna yang sering kita hadapi dalam kehidupan harian yang kadang-kala kita terlepas pandang dan abaikan. Walaupun buku ni nipis ja tapi setiap perkongsian sangat bermanfaat.
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
October 16, 2021
Suka dengan cara penyampaian penulis. Ringkas dan mudah untuk difahami. Kalau dah baca nasihat untuk diri, kita akan perasan ada kisah yg sama dalam buku ni.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
February 26, 2023
🕌 Baca berulang kali pun akan rasa baru pertama kali baca. Sebab ia buku nasihat, nasihat seumur hidup yang kita perlukan. Nasihat yang perlu sering diulang². Peringatan, teguran yang selalu kita dambakan.

🕌Terkumpul 29 nasihat. Penyampaian ringkas,santai dan mudah. Ada selitan ayat Al-Quran,Hadis.Analogi dan kisah² terdahulu diolah seringkasnya. Contoh diberi sangat menyentuh, teguran diberi lembut🥲Antara nasihat aku paling tertarik, ringkasannya :

1) Nasihat ke-21 (Sahabat yang Baik) Bagaimana untuk luruskan hati tak cari kesalahan teman sekiranya ada kesalahan mereka pada kita. Cuba luruskan walau 70 kali sekali pun cipta alasan positif, kenapa mereka buat kita sakit. Termangu sendiri tiap kali baca aku selalu tanya diri,mampu ke aku sepositif itu?

2) Nasihat ke-27 (Kemenangan Sejati dalam Islam) Fokus pada Perang Uhud,waktu ini ada tentera berpaling tadah langgar perintah Nabi, tercederanya Nabi dan tentera Islam terpaksa berundur. Pengajaran terbesar sejarah Islam,bukan untuk fokus para pengkhianat. Cuba fokus ibrahnya pada kegagalan. Tiada kemenangan sejati jika langgar perintah Allah dan Rasul.

3)Nasihat ke-28 (Kelicikan Syaitan) Nampak seperti syaitan menolong hakikat tidak. Makhluk itu mana pernah baik walau pernah jadi baik! Amat³ suka kisah Lelaki yang kuat ibadah sering berjemaah di masjid.Waktu subuh hujan lebat. Terdetik untuk solat di rumah namun dia rasa rugi kerna pahala lagi banyak berjemaah. Pergilah dia, takdir tergelincir kotorlah bajunya.Gigih dia balik salin baju namun kejadian itu berulang 3 kali berturut² dia jatuh lalu balik tukar baju. Kali ke-3 saat dia mahu terjatuh lagi ada lelaki misteri sambut. Saat sampai ke masjid lelaki itu hanya berhenti di luar tidak masuk. Pabila ditanya siapa gerangannya. Dia tak mahu menjawab. Kedua kali ditanya, baru dia mengaku.Dia syaitan. Jadi kenapa dia tolong lelaki tersebut? Nampak baik tp agendanya adalah dia tahu. 2 kali lelaki itu terjatuh. 1.Allah ampunkan dosanya. 2. Allah ampunkan dosa keluarganya. Dia tolong lelaki tersebut kali ke-3 sebab tak mahu Allah ampunkan dosa manusia seluruh kampungnya. Mana boleh susah² dia hasut selama ini😅
Profile Image for Amirah Mardhiah.
38 reviews5 followers
July 10, 2021
"Jangan angkuh dan rasa diri sudah memadai dengan ilmu yang dipelajari. Insan yang tidak angkuh dan berasa ilmunya masih sedikit akan sentiasa meminta dan berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan kepadanya ilmu yang berguna." - Habib Ali Zaenal Abidin.

Buku ini mengandungi 104 muka surat yang sarat dengan 29 Nasihat buat Hati. Ini sebenarnya adalah buku yang pertama sebelum Nasihat Buat Diri diterbitkan. Boleh baca review saya sebelum ini.

Kenapa Nasihat buat Hati? Kerana hati adalah merupakan Raja dalam tubuh manusia. Sabda Baginda SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).

Maknanya, kita perlu berusaha dari segala sudut untuk menambah baik kondisi hati kita. Sebagaimana badan kita perlu nutrisi yang baik daripada makanan untuk berfungsi, begitu juga hati. Hati perlu diisi dengan makanan rohani yang mana mampu menyegarkannya untuk kekal berusaha dalam beribadah kepada Allah SWT.

Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh mereka yang sibuk, kerana isinya sangat ringkas dan padat. Ianya juga satu buku yang baik untuk dibaca sebagai persediaan dalam menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi. Excited kan? Ma shaa Allah. Harganya juga tidak mahal, sangat berbaloi ya.

Boleh dapatkan di @bukupts , di laman web mereka atau lebih mudah. Shopee! Hanya taip bukupts, dan buat carian tajuk Nasihat Buat Hati 🤍 Semoga bermanfaat 🌹
Profile Image for Zameer.
23 reviews1 follower
April 2, 2024
I came into possession of this book during my hospital stay, courtesy of a generous stranger. Initially, I did not give it much attention and brought it home unread. Over the years, it gathered dust on my bookshelf. However, during the recent Ramadan period, I finally found the opportunity to delve into its pages.

The book proved to be an easy and enjoyable read, replete with valuable insights and practical guidance. The author's observations resonate with contemporary challenges and offer feasible solutions. I highly recommend this book to anyone seeking wisdom and practical advice in today's world.
Profile Image for Nis Kr.
62 reviews1 follower
May 16, 2018
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, dipilih Allah untuk menjadi insan yang membaca buku ini.
I am blessed and segala nasihat yang sudah di tulis di buku ini akan di amalkan dan di jadikan pedoman.

very nicely written, santai and very straight to the point.
Profile Image for Mohd Nordin Che Omar.
214 reviews8 followers
February 15, 2023
Buku ini mengandungi 29 Nasihat yang amat berguna kepada umat Islam dalam kehidupan seharian. Penyampaian yang ringkas dalam bahasa yang mudah di fahami. Sesuai dibaca dan diamalkan oleh setiap golongan tak kira kanak-kanak ataupun dewasa.
Profile Image for Sue Gee.
1 review
July 31, 2021
Alhamdulillah. Bacaan santai yg bermanfaat. Bahasa mudah faham. Beberapa nasihat dan peringatan disertai hadis, kisah sahabat dan contoh² bagi lebih memudahkan pemahaman.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
December 14, 2022
Bacaan yang menarik dalam masa yang sama menegur serta membantu diri dalam melalui kehidupan seharian..
Profile Image for Salina ab. .
11 reviews
June 25, 2023
Nasihat yang diolah dalam nada mudah faham dan ringkas. Sesuai sebagai ingatan buat insan yang sentiasa alpa dengan kehidupan dunia.. ~~
Profile Image for Faraziela Yahya.
2 reviews
December 27, 2015
Buku yang mengandungi nasihat-nasihat yang melindungi hati dari berbuat kerosakan, kejahatan, menghindari kejahilan serta mengelakkan diri dari terpesona dengan kenikmatan dunia. Buku ini juga mengandungi peringatan mesra dengan contoh-contoh dari hadith, Al Quran dan kisah ulama' serta imam ahli sunnah wal jamaah.
Profile Image for Mardhiah.
85 reviews6 followers
October 1, 2016
segera beramal;

"Apabila berada pada waktu pagi, maka jangan kamu berharap datangnya waktu petang untuk mula mengerjakan amal soleh. Dan apabila pada waktu petang, maka jangan pula kamu berharap datangnya pagi esok untuk mula mengerjakan amal soleh." m/s 8
Profile Image for Hanisah Jamil.
6 reviews1 follower
March 9, 2016
Simple view on how Muslims have to do as Muslims. The advice is a light one but such an important advice to us as Muslims.
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
May 6, 2017
buku ini sedikit sebanyak membuka pintu hati pembaca untuk memperbaiki diri ke arah muslim yang lebih baik ...
Profile Image for Akmal Danial.
4 reviews1 follower
June 27, 2024
Sebuah karya beri nasihat, Buat hati setiap umat, Nasihat wasilah kepada penyelamat, Demi bahagia di akhirat.
1 review
July 24, 2017
One of the good travel buddy for self reflection. Highly recommended as a gift for ourselves.. for friends and family too.
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.