27 kisah kisah memaparkan situasi dan pergelutan manusia. Bagaimana mereka menghadapi kemelut hidup secara sinis, luka, duka dan jenaka.
Ia cuba membawa pembaca ke alam hidup objek cerita secara ringkas dan mudah tanpa memohon sebarang rasa prejudis dalam bahasa yang tidak terlalu puitis ataupun akademik. Tiada kaitan dengan mana-mana insan yang hidup ataupun mati.
Bermula dengan kisah yang melibatkan identiti diri, seksualiti, pencarian hidup, kisah-kisah sakit mental hinggalah ke kehidupan suri rumahtangga yang kita anggap terlalu biasa. Kisah-kisah semasa yang sering kita dengar secara sipi-sipi sahaja sepanjang perjalanan hidup!
Tema feminisme, kekeluargaan, pengorbanan dan cinta berputar erat dalam himpinan 27 cerpen oleh Mama Regina ini.
Aku habis membacanya dalam hanya sekali duduk ketika pulang dari Johor ke Pulau Pinang dan hanya dua sahaja kompelin yang aku boleh uarkan tentang koleksi cerpen ini.
Pertama; aku kurang puas hati sebab ada beberapa cerpen dibaca terlalu pendek dan bagaikan terburu-buru hendak habis. Baru hendak sampai klimaks, dah potong stim. Eh.
Kedua; himpunan cerpen kali ini pada hemat aku tidak begitu dinamis kerana penulis seakan tidak meneroka lebih banyak genre dan sub-genre khusus untuk mempelbagaikan lagi variasi cerpen yang ada. Atau mungkin juga penulis mahukan keseragaman untuk koleksi cerpen ini, entahlah. Cerpen 'Tahun 2100' merupakan percubaan berani Mama Regina dalam genre saifai. Namun itu sahaja yang aku perhatikan dalam genre yang berbeza. Selebihnya lebih terarah kepada humanisme, social commentary dan juga realisme, tunjang utama kepada cerpen-cerpen yang termuat dalam koleksi ini. Walaupun kurang variasi, aku suka koleksi ini kerana setiap satunya punya cerita yang amat menarik dan tidak tersangka-sangka.
Namun begitu, aku harus angkat topi kepada Mama Regina kerana setiap satu daripada cerpen yang termuat sarat dengan nasihat dan panduan hidup. Betullah kata orang: pengalaman mendewasakan kita dan ini amat jelas sekali terpapar dalam naratif setiap satu daripada cerpen yang termuat. Semuanya bagaikan sama ada intaian cuplikan hidup seseorang yang dekat dengan diri penulis, atau mungkin didasarkan menerusi pengalaman peribadi penulis itu sendiri.
Cerpen kegemaran: 'Abang Zie', 'Anak Menantu Di Kuala Lumpur', 'Zakiah Perisik Licik 2015' dan semestinya 'Lepaskan Wahai Jamilah (Herpes & Babi)'.
Koleksi cerpen ini berlabel 'untuk pembaca matang' dan label ini harus dipandang serius kerana hampir setiap satu daripada cerpen ini aku kira tidak begitu sesuai untuk pembaca muda ataupun pembaca tua yang otaknya tidak matang dan tidak berfikiran terbuka.
Himpunan kisah-kisah pendek yang sebenarnya ada di sekeliling kehidupan kita. Kisahnya ringkas tapi ada mesej yang tersembunyi. Manusia yang pelbagai ragam dan karenah yang selalunya mementingkan diri sendiri.
Life is a game. Play it. Life is too precious. Do not destroy it.
Minda penulis Mama Regina merayau di sekitar langit Kuala Lumpur dan Pulau Pinang lalu masuk ke celah-celah bangunan kedai berlumut dan apartment-apartment tinggi untuk mengutip lalu menceritakan semula kisah-kisah manusia terkesamping yang biasanya tak diambil kisah oleh pembaca novel cinta popular. Ada banyak kisah - artis pencen, bekas pelacur, banduan wanita - yang semuanya dapat membantu kita untuk lebih kenal dengan dunia.
Cerpen yang ditulis ringkas dan ada yang biasa. Cliche'? Entahlah, aku rasa cerpen-cerpen dalam ni memang wujud dalam realiti. AKu suka cara penulis menekankan elemen kejujuran, tak usah sembunyi2, tak usah berahsia. Kerana akhirnya segala yang ditipu, segala yang disimpan, segala yang disembunyikan, Tuhan akan buka juga. Dalam semua cerpen, yang masih melekat di fikiran aku, yang kadang2 aku kenang, cerpen Babi & Sifilis.
Memang wanita ini pemaaf agaknya? Memang wanita ini tabah agaknya? Kerana di akhir hayat suaminya yang pernah menghinanya dgn perkataan 'Babi', yang pernah menyebabkan dia dijangkiti minor sifilis, dia maafkan. Dia simpan segala kisah dalam kamar daripada pengetahuan anak2nya. sampai anak2 sangka ibu bapa mereka itu pasangan mithali.
Di akhir hayat suaminya, yang sudah tua lagi uzur, sifat rahmah seorang wanita tetap tabah menjaga seorang suami yang erghh... aku benci lelaki seperti ini. Kenapa agaknya wujud wanita sebaik ini?
Paling gemar dengan cerpen 'Bicara Tiga Wanita', 'Wang Kertas 10 Ringgit' dan 'Nur GRO’. Naratif-naratifnya yang realis merayap di seputar kehidupan masyarakat masa kini yang kadang kala kita terlepas pandang atau langsung tidak pernah kita tahu (atau tidak mahu ambil tahu?).
Tahniah, Mama Regina atas penghasilan naskhah ini, dan kerana membebaskan tulisan-tulisan yang jujur dan telus sebegini.
Aku tabik penulis kerana berjaya memanipulasikan emosi aku dengan penulisannya.
Aku mampu berasa marah, geram, kasihan pon ada. Tapi cerpen last, aku tak mampu bersimpati. Sbb bg aku, hidupnya malang sbb dia trlalu stupid & taknak guna brain. Tapi hakikatnya ramai manusia spt tu.
Antara pengajaran yg aku dpt tangkap adalah perempuan harus belajar untuk berindependent. Dan buku ni juga ada feel2 feminism. Aku harus research Pink Triangle lebih mndlm lg, sbb dh bnyk kali disebut dlm buku.
Kadang2 ada cinta gak dlm cerpen2 ni. Sbg seorg aromantik, aku tak brape selesa. Wpon dia ada mesej yg menggalakkan pembaca untuk bersikap lebih independent, aku rasa penulis terlalu romanticize cinta. Cerpen last dan beberapa cerpen lain buat aku assume yg penulis berfikiran bhw cinta & pasangan itu perlu untuk hidup bahagia.
Favorites: Sarah Wong Anak Menantu Di Kuala Lumpur (paling best, aku cuma kecewa yg si mak x bg penampar) Lepaskan Wahai Jamilah (Herpes dan Babi) Bicara Tiga Wanita
Typo count: 10 (bnyk gak typo. Sangkaan aku, FIXI jarang ada typo2 ni. Sudahlah buku ni cetakan kedua pulak tu. Editor xde check ke sebelum cetak semula??)
Typos can be found on pages; 16, 41, 62, 71, 88, 89, 99, 120, 133, & 217
Saya baru membaca cerpen ini separuh dan seorang kawan saya yang tidak menyukai novel apatah lagi cerpen telah terbelek dan dia berkata "wow!". Demi melebarkan semangat membaca bahan bacaan yang baik maka saya pinjamkan buku itu kepadanya. Bayangkan betapa penulisan Regina begitu mengubahkan daya minat seseorang.
Ada beberapa perbezaan dengan nofel sebelumnya. Cerpen2 yang memaparkan realisme masyarakat, digarap dengan sinis, ada sisi kebahgiaan yang buat aku senyum seperti cerpen Amran dan beberapa lagi yang memang wajar dijadikan pengajaran pembaca.
Saya akan pastikan untuk membacanya semula nanti stelah kawan memulangkan buku ini.
Aku memang sukakan penulis cerpen yang tulis pendek dan laid back. Jenis yang kau tak payah fikir banyak dan mostly pun cerita-cerita yang mungkin biasa kita dengar dan baca. Tak ada nak plot twist susah-susah end up jadi complicated nak faham. Mungkin niatnya untuk memberi pengajaran, jadi pengajaran itu jika sukar bagaimana mahu diterima ajarannya, kan?
Tak pasti nak terangkan bagaimana, tapi dalam setiap cerpen ada roh dia yg tersendiri. Kita disajikan dengan pelbagai kisah. Sebuah realiti jujur. Personal favorite aku Jodoh Manusia, Wang Kertas 10 Ringgit.
selepas membaca cerpen2 mama regina aku termenung seketika; nanang. koleksi yang terlalu jujur, begitu banyak sindiran sinis yg berlegar2 disekeliling kita tapi acapkali kita abaikan. Terutama berkaitan diri & pandangan kita terhadap dunia.
Siapa tahu, dibalik senyum terselit beribu derita.. begitulah kita, seharian memaksa diri untuk senyum kepada dunia hingga adakala terlupa untul senyum kepada diri sendiri!
Tahniah, mama!! i like it soo much!. menyedarkan sesuatu dlm diri ini yg telah lama 'mati'.
Novel pertama Fixi yang dibeli menggunakan duit tabung ayam. Aku sangat sukakan koleksi cerpin Regina ni sebab cara penulisan dia yang telus dan tak payah nak fikir-fikir unsur alam mahupun tersirat. senang difahami dan dihadam. Tidak memerlukan masa yang lama untuk khatam. Tapi jugak, tidak jemu untuk diulang baca sampai novel ni dah jadi kuning dan lenyai sbb asyik diulang baca oleh aku yang tak kenal erti jemu dgn semua cerpen Regina. Syabas!
27 buah cerpen yang mampu membuat pembaca untuk memikir pada pengakhiran pembacaan setiap cerpen.. ada yang 1 m/s pendek ada yang panjang2 seperti 2 cerpen terakhir tentang kisah kecekalan seorang wanita.
Antara yang saya sangat suka kerana elemen-elemen surprise pada pengakhirannya termasuklah 'Sarah Wong' (tentang seorang wanita yang tidak tahu bahawa dia telah mati), 'wang kertas 10 ringgit' (tentang wang nota RM10 yang bertukar tangan daripada seorang penjual babi), 'kari ayam Farah' (haha makan kari ayam dengan wain amboiii), dan 'anak Menantu di KL' (rupanya mak dia tu berpendidikan Inggeris, dan jurus memahami kata2 nista yang dihamburkan menantunya yang berbahasa Inggeris.
Setting dan jalan cerita sebegini (tentang kehidupan di kota dan seumpamanya) banyak saya baca dalam buku-buku terbitan sebelum 90-an... tak sangka dapat juga feeling cenggini melalui naskhah ini. Syabas!
Maaf, sy sekadar tegur secara general..pada pendapat sy klu dah terang2 perkara yg kita buat tu salah tak perlu kot nak tegak benang yg basah, n berckp tuhan faham apa yg kita buat atas kesalahan yg kita laku kan?? tuhan bukan kawan2 kita utk kita berckp macam tu.. islam bukan diletak kan atas logik akal semata2.. semoga kita semua diampun kan dosa & diberi kan petunjuk dan hidayah Allah swt.. Aminn.
Muka terakhir ditutup dengan emosi mendalam. 27 cerita tulis mama Regina begitu dekat dengan kisah dihadap masyarakat, terutama wanita. Ia seolah mendengar langsung kisah suka duka dan pengalaman dari yang lebih dulu makan garam waktu petang sambil pekena kopi o hangat. Buku ini dikategorikan sebagai bacaan matang, jadi jangan sempitkan fikiran dan lihatlah dari sisi lain tentang sesuatu perkara.
Buku yang paling sukar untuk dibaca ! Bukan kerana bosan atau jalan cerita yang meleret-leret, tetapi kerana kisah realiti kehidupan yang terlampau pahit untuk ditelan. Sejujurnya, LANSUNG TAK RUGI. Dan oh! amaran, minda dan dada kena lapang sebelum memulakan pembacaan. ( Bukan apa, cerpen-cerpen di dalam ni semuanya bukan pasal utopia )
Kumpulan cerita cerita pendek yang sarat dengan kemanusiaan, cinta, emosi dan seksualiti. Ia juga akan membuatkan kita merenung akan ujian hidup yang sudah di tentukan tuhan. Berhikmah sekali. Terima kasih aunty untuk tulisannya.
Buku ini bukan tidak best. Tapi mungkin disebabkan aku terlebih dahulu membaca cerpen-cerpen dari mama Regina di Wattpad, Cukaria dan lain-lain, nampak sangat perbezaan hasil karyanya dengan buku ini. Terlalu jauh perbezaan hasil kematangan tulisannya. Mungkin buku ini, hasil tulisannya sewaktu baru serius memunculkan diri di dalam dunia penulisan yang sangat kejam ini jadi ramuan dan perisanya, kekadang ada yang terasa kurang. Tapi masih boleh dilayan.
Ada beberapa cerpen yang sangat pendek. Mood belum/baru nak sampai, terus dicantas dengan tindakan menamatkan ceritanya. Rasa sangat tak puas dan tak sampai ke hati! Macam minum/makan sup Tom Yam yang sedap tapi kuahnya sikit jek. Jadi tak puas betul.
Terus terang, aku lagi suka cerpen-cerpen beliau yang sekarang berbanding yang ada di dalam buku ini!