“Awak ni dah gila ke apa? Saya pun tak inginlah nak kahwin dengan awak ni. Sudahlah perangai macam harimau, muka macam burung belatuk. Memang malang betul!” – Safiyya
“Eh, sekali aku petik jari, berduyun perempuan yang datang tahu. Tak adalah aku nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.” - Tengku Wildan
Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.
Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati. Tetapi, bila lelaki itu meroyan tiba-tiba, dia mula pening kepala.
“Aku baru nak tag nama kau untuk share kata-kata daripada Ustaz Nazmi Abdul Karim ni. Nabi sebut dalam hadis, makruh seorang suami tidur keseorangan tanpa isterinya. Nak pahala senang aje. Peluk bini pun satu pahala. Mulai malam ni, nak tidur malam aku nak peluk kau.”
Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang menguasai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.
Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?
not bad cerita ni...boleh dpt 5bintang..tp macam x berpuas hati kat something...
cerita tentang Tengku Wildan yg sangat la menyakitkan hati..kesian kat Safiyya dpt laki yg mcm ni..dah la baik..laki buat salah pun boleh lg backup konon nampak laki dia baik..
tp so far ok la cte ni...x de la beratkan kepala sgt..cuma mcm rasa sebak kat smething part bila Wildan buat Safiyya mcm tu...bila ada lelaki suka kat bini dia mulalah jeles...marah2..kalau dia tu berpeluk sakan dgn org lain dpn2 bini dia selamba badak je...
wahhh akhirnya ku berjaya habiskan naskah ni...Ini merupakan karya 1st penulis yg kubaca...boleh hadam dan puas hati...tiada acara tarik tali yang menyakitkan hati...tahniah buat penulisan yang cuba larik dari klise...walau perkahwinan krn hasrat orang tua namun syart perkahwinan tidak spt citer lain..heroin seorang yang selamba..Boleh plak tido sekatil dengan hero walau tidak setuju dengan plan perkahwinan...adegan nakal si hero dan heroin mencuit hati..boleh layan citer ni..babak si isteri merajuk namun pujukan si hero tidak diendahkan.. namun bila si suami pula merajuk mahu makan hati si isteri...hihihi...yang best bila sisuami cemburu dengan si dia yang menyukai si isteri...Naskah ni lagu ummph jika olahan ayat lebih menyengat..4* untuk Nurfaza Alisya...kipidap!!
4 hari ambil masa sebab ada komitmen lain. Kalau tak, mungkin 2 hari aje boleh habis baca.
Overall, best. Saya terhibur baca kisah Tengku Wildan dan Safiyya. Dari awal sampai habis, tergelak-gelak aje.
Dalam benci sebenarnya ada sayang. Tapi macam ragu-ragu. Betul ke sayang? Betul ke cinta? Nak kena ada langau menyibuk dulu baru pasti semua perasaan tu.
Saya suka watak Safiyya. Walaupun digambarkan kolot tapi dia berani. Tak mudah kena buli. Demi sayangkan atuknya, sanggup berkorban kahwin dengan lelaki yang tak dicintai. Malah, dibenci. Tapi, betullah... pilihan orang tua ni jarang salah.
Tengku Wildan, hmm... suka jugak. Nak-nak time dia jadi nakal. Mengusik Safiyya. Saya suka Tengku Wildan yang beraku kau lagi daripada berabang sayang. Ahaks! Tapi, walaupun dia ni menyakitkan hati tetap ada sifat prihatin terhadap isteri yang tak dicintainya. Oh ya, burung belatuk ni punya cemburu tak beragak langsung. Dengan abang sendiri pun nak jealous. Entah apa-apa.
IUD ni kira macam kisah korporatlah lebih kurang. Tapi, saya tak peduli tu semua. Yang penting saya enjoy baca cerita ni. Ada banyak pengajaran diselitkan. Bergenang jugaklah air mata baca babak anak yang lupa dekat orang tua bila dah hidup senang. Tapi bila susah yang itu jugaklah dicari.
jln cerita menarik walau pun conflict yg diwujudkn sudah biasa kita jumpa.... jln cerita dan olahan yg menarik yg mampu membt sy utk trs bc cerita ini sehingga ke akhirnya....
Tengku Wildan Dan Safiyyah.. Bertemu Dan mempunyai cerita yang menyakitkan Hati safiyyah.. Siapa sangka pinangan yang atuk fiyya terima datangnya daripada Tan Sri Tengku Hairi iaitu ayah wildan
Perkahwinan terpaksa Dan Tanpa cinta ditambah Pula tanpa restu Puan Sri iaitu Ibu Wildan membuat fiyya terpaksa berlakon Dan bersabar
Apatah Lagi suaminya Pula bermadu kasih dengan sepupunya sendiri didepan Matanya...namun kemunculan Rafiq menambah derita fiyya kerana Wildan sering memfitnahnya...
Rancangan ana Julia memerangkap Wildan dengan menuduh Dia merogol ana Julia menyebabkan hubungan wildan Dan fiyya semakin jauh..
Apatah lagi ketika itu berlaku Wildan sudah benar2 mencintai Dan menyayangi fiyya....apakah yg Akan terjadi Pada hubungan suami Isteri ini??
1. Jalan cerita okey, best. 2. Tapi banyak kesalahan ejaan dan struktur ayat yang tak teratur. 3. Agak lambat nak habiskan sebab nak cari 'mood' membaca tu. 4. Pengajaran, setiap orang memang ada ego masing-masing. Terpulang pada diri kita sendiri untuk terima nasihat orang lain. 5. Semestinya, komunikasi itu penting untuk hubungan kekeluargaan terutamanya suami isteri. 6. Dan kepada Allah, tempat kita kembali bertaubat.
Beli novel ni sebab tertarik dengan chemistry pelakonnya dalam drama. Hakikatnya, jalan cerita IUD sama sahaja dengan novel-novel yang berada di pasaran. Kahwin diatur oleh keluarga, orang ketiga dan suami yang useless pada awal cerita seakan diulang dalam setiap novel melayu yang ada di pasaran.
Beli novel after tngok drama adaptasi drama, pemilihan pelakon yg sgt ssuai🥰 novel ni kejap je nak hbiskn sbb cerita xberat, biasalah klu kahwin paksa mesti akan ada konflik.. Btw this novel one of my top reading sbb dah brp kali repeat baca❤️👍
Buku ni memang best, banyak bab kelakar dan romantik gitu. Sweet betul la karakter Wildan. Syaffiya ni asyik ikot jew perintah laki,sekali-sekala lawan cakap laki dia ada syarat yg dia bagi.