Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Putera Mahkota

Rate this book
“Awak ni serius sangatlah. Macam nak angkat sumpah untuk ditabalkan sebagai sultan Indera Mahkota pulak.”
“Kalau betul saya jadi sultan Indera Mahkota, awak nak tak jadi permaisurinya?”
“Awak jadi putera mahkota dulu, baru saya fikirkan.”

Pertemuan tanpa sengaja antara Dahlia Sophia dan Shah aka Tengku Shah Putra di Kota Paris telah mengubah hidup mereka. Dahlia ke Paris setelah kematian tunang tercinta manakala Tengku Shah Putra pula ‘lari' ke Paris kerana rimas dengan desakan bondanya tentang bakal permaisuri Kerajaan Indera Mahkota. Di Paris, Tengku Shah Putra yang menyamar sebagai rakyat biasa mula menyedari yang dia sudah jatuh cinta kepada Dahlia, gadis misteri yang dia temui di kota Paris. Namun, hati Tengku Shah Putra hancur berkecai apabila Dahlia mengaku yang dia tunangan orang.

“I found you. At last.” ~ Tengku Shah Putra.

Berbulan lamanya Tengku Shah Putra menanggung rindu kepada Dahlia, mereka akhirnya bertemu tanpa sengaja di majlis pertunangan Suria, sepupu Dahlia. Di saat hati Dahlia sudah hampir terbuka mahu menerima Tengku Shah Putra, rahsia identiti lelaki yang hanya dikenali sebagai Shah itu akhirnya terbongkar. Shah sebenarnya putera mahkota Kerajaan Indera Mahkota!

“Berada di sisi awak buat saya menjadi diri sendiri. Saya tenang dan bahagia walaupun awak mungkin fikir saya sudah gila, tapi saya nak awak tahu yang saya sudah jatuh sayang pada awak sejak di Paris lagi.” ~ Tengku Shah Putra.

Namun, kesetiaan Dahlia teruji apabila Riz muncul secara tiba-tiba. Riz yang mempunyai raut wajah yang sama seperti Reza, arwah tunangnya itu betul-betul membuatkan hati Dahlia goyah sehingga gadis itu tegar mengecewakan Tengku Shah Putra.

“Shah, kenapa awak memilih untuk jatuh cinta pada saya?” ~ Dahlia Sophia.

Paperback

First published January 1, 2015

1 person is currently reading
66 people want to read

About the author

Cahaya Ainn

24 books64 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (20%)
4 stars
8 (27%)
3 stars
8 (27%)
2 stars
2 (6%)
1 star
5 (17%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
December 7, 2015
Buku ke 3 penulis yang MB suka kenalah dengan jiwa yang suka berfantasi ni XD
cerita fantasi seolah2 mcm MB baca Princess Diary pulak hehe
kisah Riz tu pada mulanya MB rasa perlu ke muncul dah nak hbs dah jalan cerita boleh pula konflik muncul
dah lah dahlia tgh sedih duduk sebumbung tp nk jumpa pn ssh.. wlwpn shah selalu akan kata saya sayang awak saya tak boleh hidup tanpa awak penghujungnya Dahlia lah org terakhir tahu apa shah buat dan dimana shah
mesti stress jadi dahlia dunia canggih takkn busy sgt sampai nk calling2 pun tak boleh bi la shah ber YM si dahlia ni pulak keje nak signout cepat hishhh sakit pulak hati ni kan ... so kalaulah riz tak muncul ending takkan jadi mcm yg diharapkan
hehhe so kena lah pasrah

overall ok saya suka cuma agak meleret dan pusing jln ceritanya
286 reviews52 followers
December 20, 2015
citer nya best....ala2 fairy tales story....starting and pertengahan cerita menarik....tp bl dh dekat 3/4 cerita, dh mcm meleret2 dan blh plak dh dekat nak abis tu ada conflict yg x septtnya....adessss...rosak cerita kat situ....ermmm xpe lah....mungkin blh diperbaiki di ms akn dtg....
Author 13 books20 followers
December 26, 2015
Done!

Ya, menurut menurut penulis, kalau mencari logik dalam DPM ni nescaya tak akan jumpa. Tapi saya bukanlah pembaca yang terlalu strict. Jadi, saya boleh pejam mata dengan perkara tu.

DPM sebuah naskah yang santai. Konflik pun tak berat. Penulis memaparkan bagaimana Dahlia cuba move on selepas kematian tunangnya, Reza.

Di Paris, Dahlia bertemu dengan Shah aka Tengku Shah Putra yang turut membawa hatinya yang kosong. Bukan kosong sebab putus cinta tapi sebab hidupnya terasa seperti tidak lengkap. Campur serabut fikir pasal calon isteri yang dia janji nak bawa untuk bondanya. Tak ada calon tapi memandai cakap ada. Ha, kan dah stres.
Di situlah segala-galanya bermula. Tentang cinta. Tentang rindu.

Shah ni tersangatlah baik. Dialog yang dia tuturkan tu menampakkan dia tu tak kasar dengan perempuan. Ha, kau orang tak akan jumpa punya dialog mulut puaka atau scene gaduh caci maki hamun. Haha! Sungguh baik putera raja tu. Sweet gitu ha... Bila chatting dekat YM, alahai... tersenyum-senyum membacanya. Sungguh dejavu scene YM ni bagi saya. Sebab pernah terjebak jugak dulu. Ops!

Dahlia, sebenarnya dia taklah move on sepenuhnya lagi walaupun bila dah kenal Shah. Buktinya? Kemunculan Riz buat dia macam hanyut sekejap. Tapi bila terjadi satu insiden baru dia pasti perasaannya. Gitulah, memang kena terhantuk dulu baru sedar siapa yang ada kat dalam hati tu.

Secara keseluruhan, okey. Cuma kalau watak Riz muncul lebih awal pasti konfliknya lebih panas dan buat hati putera mahkota tu panas jugak. Tapi, saya faham bila penulis kata sukar membina plotnya, bermakna apa yang terhasil itulah yang terbaik dan termampu dia lakukan. Tahniah, sebab berjaya menyudahkannya.

Semoga terus sukses.
Profile Image for Mali.
210 reviews
June 2, 2018
DNF. beli sbbnya kedai buku at campus buat promo, 1 novel for rm10. and aku mmg pantang klw books are put on sale. tp entah when will I learn yg AKU. TAK. SUKA. BACA. NOVEL. CINTA. CLICHE. MELAYU.

This book aku beli sbb sale. titik. pastu tah nape, royal theme pd buku ni buat aku tertarik. tapi x smpai stgh buku, aku dh givap dah sbb dh nk hampir 200 mukasurat and I can find no intelligent being dlm novel ni.

last2, aku bg ni kt kwn. tu pon dia ckp the last 15 pages salah cetak jd ending dia trgantung.
Profile Image for Meera.
Author 8 books136 followers
February 1, 2016
akhirnya dapat juga saya membaca novel ini hingga ke halaman terakhir. saya telah mengikuti cerita ini sejak ianya mula dipaparkan dalam blog penulis lagi dan menanti-nanti untuk membaca kisah tengku shah dan dahlia yang penuh berliku.
saya rasa tak jumpa pun typo. walaupun ending agak klise, says masih bagi empat bintang sebab saya tak dapat nak meletakkan buku ini selepas memegangnya. karya yang digarap dengan baik... kalau jadi adaptasi, best.. macam citer the prince and me... :)
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
June 4, 2021
Baca cerita fairytale ini best juga. Sebuah kisah fantasy fiction bagaimana Tengku Shah Putra, seorang putera mahkota boleh jatuh cinta dengan Dahlia yang hanya rakyat biasa. Memang tak masuk akal tapi layan ajelah.
Paris dipaparkan dengan terperinci. Saya suka bab yang ini. Dahlia seorang berdikari tapi macam cengeng. Sikit-sikit nangis. Adoiii wanita air mata Dahlia ni bila Reza, tunangnya mati dalam kemalangan.
Watak sampingan Amir Fitri dan Suria saya suka. Mereka berdua ada bab yang kelakar juga.
Bab Riz yang muka seiras Reza tidak dapat menyokong jalan cerita. Kalau takde Riz pun pada saya masih ok aje tak terkesan apa-apa.
Musykil saya majlis pertunangan Tengku Shah dengan Tengku Aziana tergantung padahal dah heboh satu negeri Indera Mahkota.
Perkahwinan Shah dan Dahlia tidak diceritakan langsung. Bab percintaan mereka pulak yang banyak sampai adakalanya meleret.
Bagaimanapun naskhah ini cukup menghiburkan walaupun ada lopong sana sini.
Profile Image for Lexicon Aficionado.
99 reviews4 followers
September 4, 2017
Jalan cerita yang menarik kecuali kemunculan Riz dan obsession Dahlia untuk merapatinya hanya kerana rupanya seiras mendiang tunangnya sungguh memperkecilkan kasih sayang Shah terhadapnya dan juga prinsipnya Dahlia sendiri. Sayang perihal Tengku Aziana dan teman-temannya terhadap Dahlia tak diketengahkan dengan lebih lanjut. Lagi seronok jika dapat ditunjukkan yang Shah menyokong pilihannya dengan lebih terserlah ataupun Dahlia dapat membuat sesuatu yang mematikan mulut mereka. All In all, cerita yang cukup memuaskan, tentunya lain dari yang lain yang biasa kita baca dalam alam novel Melayu. Shah ia a keeper! Syabas penulis kerana berani mencuba sesuatu yang biasanya hanya wujud dalam alam novel Inggeris!
1 review
April 11, 2016
Novel kelima beliau. Memang trademark penulis ni ialah heroin yang pemalu agaknya. Frasa muka berbelas2 inci, gigit bibir, tunduk lihat tanah sering kali diulang. Tabiat menggigit bibir boleh di olah seperti sesuatu yang di amati sang Putera apabila dia berkata seperti contoh - "saya perhatikan yang awak ni suka gigit bibir apabila awak memikirkan sesuatu atau awak sedang runsing". Jadi pembaca boleh tau ini tabiat Dahlia. Tak payahlah pembaca di asak dengan ayat yang diulang-ulang.

It's a shame because the author really has great ideas and I love her description of Paris and how I felt like I was there. I felt Dahlia's pain when her "Dahlia and Reza" lock fell in the water when 'guess who' appeared out of nowhere and gave her a fright. I cried with her when her fiance died just days before their wedding. I just can't accept her forever "tunduk kepala lihat tanah" and "always crying - mata beranak sungai" bit. Dahlia is such a cry baby. Future princess must be strong ok...
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.