Ilmu al-Rijal ialah satu cabang ilmu daripada ilmu hadis yang perlu dipelajari oleh para penuntut ilmu hadis dan perlu menguasainya dalam menetapkan kesahihan status hadis Rasulullah s.a.w. Ilmu al-Rijal menurut ulama hadis bermaksud perbincangan secara menyeluruh yang memperkenalkan keadaan para perawi hadis daripada sudut penerimaan mereka dan penolakan dalam periwayatan dan semua berkaitan dengan mereka adalah suatu yang membawa kepada perkara tersebut.
Ilmu ini memiliki nama lain seperti ‘Ilm Rijal al-Hadis, ‘Ulum Rijal al-Hadith, ‘Ilm Tarikh al-Ruwat dan ‘Ilm al-Tarikh. Perbahasan ilmu Rijal ini pula merangkumi pelbagai topik seperti: pengetahuan tentang para sahabah, tabi’in, atba’ al-Tabi’in dan atba’ al-Atba’, pengetahuan tentang para perawi thiqah dan dhaif, al-Mukhtalitin (para perawi yang bercampur-baur periwayatannya), al-Mudallisin (menyembunyikan keaiban dalam isnad dan mengelokkan zahirnya), Akabir al-Ruwah dan al-Asaghir (para perawi yang senior dan junior), al-Sabiq dan al-Lahiq daripada kalangan perawi (para perawi terdahulu dan terkemudian), al-Wuhdan (perawi yang tidak diriwayatkan daripadanya kecuali seorang perawi sahaja di kalangan sahabat atau tabi’in dan golongan selepas mereka), al-Mudabbaj (dua orang rakan yang saling meriwayatkan antara satu sama lain) al-Mubhamin (nama perawi yang tidak dinyatakan di dalam sanad dan matan) pengetahuan tentang biografi para perawi daripada sudut kelahiran, kewafatan, gelaran, keturunan dan panggilan mereka, dan, al-Mukhtalif, al-Mu’talif, al-Muttafiq, al-Muftariq dan al-Mutasyabihah pada nama-nama perawi (perbahasan mengenai perihal membezakan tulisan dan bentuk lafaz nama perawi)
This entire review has been hidden because of spoilers.