Syed Hussein Alatas (September 17, 1928 – January 23, 2007) was a Malaysian academician, sociologist, founder of social science organizations, and former politician. He was once Vice-Chancellor of the University of Malaya in the 1980s, and formed the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Syed Hussein wrote several books on corruption, multi-racialism, imperialism, and intellectual captivity as part of the colonial, and post colonial, project, the most famous being The Myth of the Lazy Native.
Bersyukur kita ada Syed Hussein Alatas. Betapa berani dan kritikalnya pemikiran beliau sewaktu itu. Menyinggung faham HAMKA terhadap Tan Malaka. Mengkritik keras gagasan PAS pada satu ketika dahulu. Dan banyak manafaat lain yang boleh diambil dari buku ini. Buku wajib baca.
Syed Hussein Alatas merupakan ahli sosiologis Asia yang menarik. Teknik penghujahan beliau dalam penulisan sangat kemas dan teratur. Buku ini merupakan himpunan syarahan yang beliau sampaikan di merata tempat termasuk Amsterdam, Indonesia dan tempat-tempat lain. Selain mempunyai horizon pembacaan yang luas dan analisis yang teliti, setiap kali berhujah, beliau akan menurunkan satu persatu permasalahan dalam hujah pihak lawannya.
Buku ini secara kasarnya merupakan teguran beliau terhadap sikap masyarakat Melayu yang tidak kritis dalam mengkaji baik ilmu-ilmu Islam mahupun yang datang daripada Barat (Syarahan Syed Naquib al-Attas dalam Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu juga agak memuaskan dalam aspek ini), sikap tidak mahu untuk berubah (dari sudut perkara-perkara subjektif) dalam diri masyarakat Melayu serta beberapa kritikan terhadap Tan Malaka dan memorandum PAS 1978 pada akhir-akhir bab buku ini.
Penulisannya agak kritikal dan berani. Beliau antara individu yang cuba memberikan nafas dan fahaman baru terhadap Islam –walaupun ada sesetengahnya membuatkan pembaca tidak bersetuju–. Dalam buku ini terhimpun kritikan terhadap HAMKA yang telah memberi kata pendahuluan dalam buku Madilog tulisan Tan Malaka kerana tidak cermat apabila mengkategorikan Tan Malaka sebagai insan yang faham dan cintakan Islam sedangkan ia adalah sebaliknya. Sebagai seorang muslim, idea dan fahaman Barat seharusnya dicerna dan ditapis dengan baik kerana musuh-musuh itu perlu dikenali bagi mengukuhkan lagi pendirian kita terhadap sesuatu.
Kritikan terhadap memorandum PAS pula lebih kepada penjelasan yang tidak mendalam dalam memorandum, mengutamakan permasalahan sedia ada dan tidak mengutamakan permasalahan akar dalam menawarkan penyelesaian terhadap masalah pengemisan misalnya.
Penulis mempunyai kefahaman terhadap latar sejarah yang kukuh serta penguasaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Belanda, Jerman dan Rusia. Ini terbukti dengan banyaknya terjemahan yang telah beliau lakukan (disebut dengan kerap pada nota kaki buku ini). Kepentingan menguasai lebih daripada dua bahasa juga turut ditekankan ketika beliau membezakan nilai sastera Islami dan tidak Islami.
Petikan ayat pada bab akhir buku ini agak menarik untuk diteliti,
"Ilmu yang bersifat ubat dan juga yang bersifat racun kedua-duanya mesti dipelajari. Jika kita jahil tentang keduanya, nanti kita tidak tahu jika racun masuk ke dalam tubuh kita."
"Ilmu, sebagai senjata, dapat digunakan oleh sesiapa yang menguasainya. Sudah terang bahawa ilmu-ilmu yang ada harus didasarkan atas nilai-nilai Islam, bukan dihalau daripada otak umat Islam. Kalau banyak sekali yang dihalau daripada otak, nanti akhirnya otak kita kosong dan hanya debu yang hasilnya debu juga, kerana debu tidak akan dapat menghasilkan apa-apa melainkan debu juga."
Kompilasi 9 artikel yg dikarang oleh Almarhum Prof. Alatas sejak 1957. Alatas menekankan perlunya melahirkan "manusia Islam baharu" yang mampu membawa umat ke arah kemajuan lahiriah dan batiniah.
Boleh dikatakan antara buku yang terbaik dalam membincangkan tentang Islam dengan sangat terperinci - dan inilah yang kita mahukan dari kualiti sarjana yang dihasilkan dari universiti.
Sekalipun penulis sangat kritikal dengan Tan Malaka, kritikan-kritikan terhadap Tan Malaka itu mempunyai asas meskipun mana-mana aktivis lapangan berasa sinis dan tidak menggemari kritikan ini, dan ini adalah hal lain.
Penulis adalah nama besar bagi ilmu sosiologi, bahkan rujukan-rujukan yang dipakainya juga sangat lumayan sekali. Penulis juga seorang teoritikus dalam mengemukakan pandangan dan teori baru. Dalam Bab Akhir, iaitu Bab Rasionalisme, beliau mengupas panjang tentang banyak soal, seperti remehnya gerakan Islam seperti PAS pada waktu itu yang memperincikan benda yang remeh, dan mengabaikan benda yang penting. Bahkan patokan PAS pada Maududi, Asad yang sebelum itu pernah dikritiknya dalam naskhah nipis, Islam dan Sosialisme turut kembali dinyatakan dalam bab ini - fokus Syed Hussein pada manifesto PAS dalam pilihanraya 1978.
Syed Hussein bukanlah seorang fundamentalis nampaknya dalam kita membaca karya ini -juga Islam dan Sosialisme - aliran yang diikutinya adalah aliran Islam Progresif (bukan Amanah), tetapi kritikal terhadap fanatikus Islam, juga terhadap Kiri (Marxist) yang menolak agama, dan inilah antara idea atau pandangan utama Syed Hussein Alatas.
Buku ini merupakan himpunan artikel-artikel yang ditulis oleh Prof. Syed Hussein sama ada terjemahan atau artikel yang diterbitkan di luar negara. Beliau kritis dalam memperkatakan sesuatu contohnya dalam bidang pemikiran rasional. Beliau berterusan menegaskan umat Islam perlu maju dengan memperkembangkan fikirannya tidak semata-mata hanya terbatas dengan pengetahuan yang sedia ada, malahan perlu menerima ilmu pengetahuan luar agama Islam itu sendiri. Beliau juga kritis jika berhujah dalam sesuatu perkara. Misalnya beliau kritis terhadap pendapat oleh Hamka terhadap Tan Melaka. Begitu juga terhadap manifesto Parti PAS. Buku ini juga memberikan nota kaki buku-buku yang telah digunakan oleh beliau dalam proses tersebut untuk rujukan kita dan menggalakkan kita untuk menyelidiki sendiri.
Pada pandangan saya, banyak pendapat-pendapat Alatas dalam buku ini bersifat serdehana. Antara perbahasan yang saya kira sangat bernas adalah perihal falsafah sains – tentang bagaimana sains dapat menerangkan bagaimana alam berfungsi namun tidak dapat menjelaskan tujuannya. Klasifikasi yang dibuat oleh Alatas perihal agama Islam dan nilai-nilai Islam dalam memberikan definisi pada Sastera Islam juga menurut saya sangat mencerahkan, ia adalah satu konsep yang dicerakinkan dengan baik dan mudah difahami. Alatas merupakan pemikir yang menyambung aliran fikir Syed Jamaluddin al-Afghani dan Amir Syakib Arsalan, perihal perlunya umat Islam mengharmonikan ilmu pengetahuan Barat dengan asas-asas agama Islam untuk maju ke hadapan. Pandangan ini mengetengahkan idea bahawa umat Islam perlu menjadi moden tapi tidak perlu menjadi Barat. Kritikan yang dibuat ke atas Tan Malaka dan Hamka bagi saya adalah yang paling mencuit hati terutamanya pilihan bahasa sarkastik yang digunakan. Namun kritikan beliau bukanlah kritikan kosong, beliau dengan teliti membedah pemikiran Tan Malaka juga sumber-sumber yang digunakannya. Satu persatu dipersembahkan dan diterangkan di mana masalahnya. Secara dasarnya saya bersetuju akan anjuran Alatas bahawa perlunya kita melahirkan “manusia Islam baharu” yang berani berfikir, menguasai ilmu zaman dan menghubungkannya dengan agama Islam.
I like how Dr. Syed Hussein explain the connections of the society with the islam. It is valid in the past and still valid even in 21st century. The points written were well explained and understandable through the words written. They are applicable to be applied; the method to improve and create a society of intellectual in this modern world. The comparisons between the western and the asian especially the malay culture can be seen in this book. One good point about this book that it is good to see how the writers who wrote this in the past but the writing is genuine and accepted in this 21st century reign
Buku yang masih relevan untuk dibaca dan diteliti pesanan-pesanan yangt terkandung di dalamnya. Buku ini merupakan himpunan tulisan Syed Hussein Alatas sekitar 1960an dan 1970an yang mengupas persoalan-persoalan sekitar kemajuan masyarakat Melayu, falsafah yang seharusnya dipegang selain menyentuh kesilapan-kesilapan yang ada dalam masayrakat yang membantutkan usaha membina peradaban. Agak ringkas sebenarnya, namun melorongkan pembaca kepada sumber-sumber lain yang boleh ditekuni untuk memahami persoalan dengan lebih mendalam.
I read the book back in the 70s and it has since much influenced my worldview especially my perspective on intellectualism and Islam. I had the chance to share my thought about the book with the author during a conversation in the early 1990s. I remember lamenting the fact that the book was not widely available and known then. I'd lost the book and often wondered whether I will ever have access to it again. Isn't the new technology marvellous, ?
Kritikan Alatas terhadap masyarakat Muslim masih relevan sehingga hari ini walaupun karya ini telah berpuluh tahun diterbitkan. Seperti Al Attas, Alatas pada awalnya bab ini memperincikan sebab utama masalah terbit ialah kerana worldview atau pandangan alam terhadap realiti. Atau pendek kata ideologi atau falsafah merupakan dasar seseorang itu bertindak dan melakukan sesuatu perkara.
Di sini, Alatas mengkritik sikap kaum muslim secara keseluruhan spdan lebih khusus lagi sikap ahli akademik dalam menilai dan mengembangkan sesuatu ilmu yang tidak langsung didasarkan kepada ciri-ciri Islami. Banyak dari mereka yang masih terpengaruh dengan cara dan gaya pemikiran orang-orang Barat dan mereka meneruskan apa yang dipelajari guru mereka tanpa kritikan mengikut pandangan-pandangan Islam.
Walaupun hampir 60 tahun kita merdeka, seperti pada prakata masih tiada lagi Pak Lebai yang sanggup menelaah karya-karya falsafah serta pemikiran Barat demi mewujudkan satu pandangan realiti yang baru mengikut cara gaya pemikiran Muslim zaman sekarang. Seperti juga yang ditegaskan Al Attas dalam karyanya Risalah buat Kaum Muslimin untung menghadapi tantangan ini hendaklah terlebih dahulu menguasai kedua-dua ilmu dasar baik Islam mahupun Barat.
Malam kemerdekaan begini, elok juga kita melawat kembali pesan-pesan kemerdekaan oleh Syed Hussien Alatas dalam bukunya Kita Dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah.
Kritik beliau pada pengriwayatan Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, adalah lahirnya manusia yang memberi ketaatan kepada sultan/pemimpin secara ketaatan binatang belaan kepada tuan gembalanya.
Kritikan SHA itu, hijau sehingga ke hari ini. Manusia yang merdeka, akan berfikir dua kali dalam memberi ketaatan kepada seseorang pemimpin. Manusia yang masih feudal cara fikirnya, terbelenggu dengan "rasa berhutang" kepada manusia, bukan manusia yang merdeka.
Emancipate yourself, kata penyair-penyair Perancis sewaktu Revolusi Perancis 1792.
Kata SHA, untuk memerdekakan diri kita dari belenggu feudal, hanyalah dengan satu cara: semangat berfikir. Menjadi manusia yang berfikir.
I finished reading this book in a few days. It's one of the best books I've ever read. It's a must read. Why? Because it gives you a different perspective to look at. And the points that he pointed are still relevant until now. Islam is not just what is branded as 'islam', Islamic values could be anywhereee everywhere