Bacalah buku ini bersama dengan mata hati yang terang, fahamilah dengan hati yang bersih dan tafsirlah dengan akal yang waras.
Biarlah hati kita terus berkata yang elok-elok dan bila hati mulai terasa, syukurlah iman kita masih ada.
“Ada suara rancak berbicara. Kata-katanya jujur dan luhur. Itu yang dirasa. Itu kata-kata yang terlahir dari jiwa. Ada gelisah menghempap diri. Ada resah menyentap hati.” ~Bonda Nor~
“Sungguh...Banyak yang mahu aku nyatakan. Namun ia tidak terkata. Aku tidak mampu berkata-kata. Memikirkan takut hati terasa.” ~MKI~
Ia soal menjaga dan mendidik hati supaya hampir kepada pencipta. Penulis berkongsi pengalaman dari pelbagai sudut kehidupan untuk menjuruskan hati kepada sesuatu yang bermanfaat agar hati kita menjadi tempat sentuhan hidayah Allah SWT dan setia dengan kebenaran. Moga dengan asbab tersebut kita beroleh ketenangan yang sebenarnya.
Ubat bagi yang hati yang menderita. Boleh diulang-ulang agar dapat mengurangkan duka. Terkadang kesakitan hati yang kita alami tak ada manusia lain yang tahu. Terkadang diri sendiri pun tidak peka dengan penyakit hati yang kita alami.
Buku ini dapat membantu kita memahami apa yang kita sedang hadapi. Teguran yang lembut dan ikhlas namun tegas dari dua orang penulis yang benar-benar menginginkan kebaikan buat pembaca seperti kita.
Alhamdulillah.
Semoga Allah memberkati dan merahmati Bonda Nor serta keluarga dan MKI serta keluarga dan mengurniakan mereka Syurga Abadi, aamiin yaa rabb!
Sesuatu perkara yang berlaku perlu diterima dengan hati yang tenang dan reda...biarkan hati itu terus berkata-kata sambil mengucapkan rasa syukur kepada Illahi di atas apa jua yang dinikmati. Hakikatnya dalam kehidupan ini ialah bagaimana kita melahirkan rasa kesyukuran dan syukur perlu sentiasa ada dalam hati kita...