Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa.
Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.
Namun...
Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati? Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.
Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman
At last habis pun. Satu lagi novel dari penulis yang cara penulisan not my cup of tea. Atau mungkin hanya untuk cerita ini.
Perkataan MAGIS yang melampau penggunaannya dalam cerita ini membuatkan yuni hilang mood untuk membaca. Sorry penulis. Mungkin next time (kalau yuni dapat hilangkan trauma magis itu), yuni akan try your next novel.
Baca novel ini membuatkan yuni tertanya2 ada ke kemungkinan yang begitu 'perfect' seperti kisah Adib-Rose, Waiz-Cinta dan Zen-Natasha? Sixth sense diaorg begitu mantap sehingga tak tercapai akal yuni yang simple ini. Ya, yuni tahu ini adalah fiksyen, tapi janganlah buat benda yang pelik sangat untuk menjadi jalan cerita.
Saya dah baca novel ini 2 bulan lalu..yg memorable cuma title sahaja..biasanya saya boleh ingat jalan cerita tapi not for this..maaf author..mungkin novel ni susah nak ngam ngan saya.
i....love it.. mmg follow cte ni dlu..mmg sengaja beli n baca lambat..biar lupa skit jln cte n boleh baca dr awal.. love adib n crk.. adib y ngok ngek..crk y hari hari mau...
Suka dengan jalan cerita dari pertengahan sampai last. Awal-awalnya rasa sangat marah kot dengan heroinnya. Mengada-ngada sangat. Tapi lepas baca sampai habis baru paham. Overall, bolehlah.
Except the word magis-magis that keep repeating now and then. GOD! Annoying tau tak. Every character nak cakap magis-magis. Apa? Macam tak dibuat-buat pulak.
Manisnya, bak bulan jatuh ke riba... punyalah gumbira bila dapat peluk Magisnya Cinta.. ngeee..
memang langsung x dapat lupakan CRK ngan Adib Haiman. laie x boleh lupa pada jahatnya seorang Natasha.
tp kali ini, rasa penuh gitu. bukan sahaja kisah Adib Haiman & CRK, muncul lagi kisah MWY ngan C. Alana, tambah lagi Megan Razeen ngan Natasha.. perfect!!! hehehe
sajian2 part depa masih gaduh2 manja tue mmg xleh dilupai.. omey angat!! masuk plak part iman tertinggal la, mmg cair dan sengih sorang2.. hehehe
tp bila masuk pada plan2 natasha, mmg wat perut sebu... cuak memanjang menanti apa akhirnya. tp C.Alana ngan MWY meneutralkan keadaan.. hehehhee.. i lioke!!!!
sememangnya Kalau dah Jodoh, mmg jadi Magisnya Cinta...
Jodoh itu milik Allah.. Kalau dah ditetapkan pasti bertemu.. Berbunga-bunga baca novel ini.. Sempoi, kelakar dan mendebarkan.. Kikiki.. Memang sesuailah Adib dan CRK yang garang bak harimau.. Bila dah berjodoh manja dan straight to the point.. Pickup lines pun boleh buat diabetes.. Penulis memang memberikan magis yang dasyat..
during nak beli buku ni agak skeptical. .sebab I don't like cerita revenge ni..but..I shouldn't doubt penulisan syamnuriezmil. ..best ler..ada part yg jahat buat rasa sakit hati..ada bab buat aku gelak2 sendiri sampai suami tanya aku ni sihat tak? hahahaah
Putri Rose Khadeeja mula-mula hendak kenakan Adib Hilman kerana telah melukakan hati teman baiknya, Natasha Erynna. Tetapi akhirnya mereka jatuh cinta dan bernikah. Natasha berdendam. Kerana marah keterlaluan, dia kemalangan sehingga hilang ingatan. Megat Waiz sayangkan Rose tetapi Rose hanya menganggap dirinya sebagai 'abang'. Dia kecewa lalu bawa diri untuk beberapa lama. Sekembalinya ke Malaysia, Megat Waiz berkenalan dengan Cinta Alana. Tetapi mereka berdua telah ditetapkan jodoh dengan orang lain oleh ayah masing-masing. Masih kah ada peluang untuk mereka bersama? Bagaimana dengan harapan Megat Razeen? Dapatkah dia cairkan hati Natasha dan buat dia terima dirinya? Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui jodoh masing-masing. Jika kita berserah dan selalu berdoa, Tuhan tidak akan mengecewakan siapa yang berkehendak...
Jika memerlukan genre Romantik-Komedi makanya saya akan memilih dari penulis Syamnuriezmil. Walaupun mengulang baca berkali - kali hehehe. Naskah dari penulis sentiasa mempunyai magis buat saya. Ya walaupun seakan tidak sesuai perkataan magis digunakan oleh hampir kesemua watak, tapi inikan tajuk magisnya cinta. Apapun, benda tu kecil sahaja. fiksyen kan...
Saya tertarik dengan kisah kali ini, kisah watak - watak lelaki yang melepaskan orang yang mereka suka, dan serah kepada Sang Pencipta, jika itu benar - benar jodoh, si dia akan kembali. Adib Haiman mengingatkan kita sebagai seorang pembaca untuk meletakkan Allah swt sebagai yang paling utama dalam setiap keputusan dan tindakan. Jika dia jodoh kita, makanya he or she will be. dan di sini kita dibawa mengingati sepotong ayat al Quran, 'kun fa ya kun' - jika Allah takdirkan jadi, maka jadilah... So, be it. ;)
Sebuah karya Syamnuriezmil yang tidak mengetengahkah konflik yang begitu berat. Ada unsur saspens sedikit, iaitu semasa Natasya hilang ingatan. Penceritaan kisah Adib dan CRK agak straightforward dan mudah difahami.
Novel ni sesuai untuk pembacaan santai. Namun, tetap ada banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Antara isu yang dipaparkan adalah isu jodoh dan persahabatan.
Seperti tajuknya Magisnya Cinta, banyak kali perkataan magis digunakan dalam novel ini. Tapi tanpa perkataan magis itu pun sebenarnya, kita sudah dapat lihat bagaimana cinta dapat mengubah hidup seseorang daripada jalan ceritanya.
Magisnya cinta kisah sebuah persahabatan, percintaan dan jodoh.
Ayat paling ku suka "saya cintakan awk kerana allah s.w.t, sy lepaskn awk juga krn allah s.w.t .kalau awk kembali kpd sy kerana allah s.w.t, sy akan terima awk kerana allah s.w.t"
Rose khadeeja aka CRK - yg di benci oleh adib.. Ye la mana x benci kalau kau siruh buat rumah pokok lepas tu ada toilet... Hahahaa.. Lrpas tu bila pokok tumbang kau suruh bina pokok?? Kerja gila! Sepupu kpd megat waiz, kakak kepada lily bff kepada natasha n soraya...dia merancang utk mengenakan adib kerana telah melukakan hati bff dia tasha.. Balik shj dr london dia memulakan misi dgn suruh adib bina rumah pokok.. Di gelar harimau oleh adib sbb suka marah2 n gaduh dgn adib... Hahahaha.. Dia jgk ank yatim piatu di jaga oleh papa megat waiz..
Adib haiman- seorg arkitek yg benciiiiii sgt2 dkt crk.. Asal jumpa je gaduh.. Asl gaduh jeee jumpa..tp dsbbkn kebencian itu dia mula disumpah dgn magis cinta yg disebut2 oleh ridzwan bff dia. Hehehehe.. Dia kwn baik natasha n anggap tasha tu mcm adik dia jer..sbb mereka berkwn dari kecil n ayah mereka kwn baik.. Tp disalah anggap oleh tasha.. Bila adib mengaku anggap tasha itu adik shj.. Tasha mula merancang sesuatu dgn rose..
Natasha erynna-sukakan adib n mahu rose pikat adib dan dump him... Tp apa yg dirancang xmenjadi kerana adib mula cintakan rose dan rose mcm xmampu nk sakitkn hati adib sbb adib baik xsama mcm yg tasha cerita..kerana terlalu marahkan adib dan rose menipu dia tasha kemalangan dan lupa ingatan..
Megat waiz- abg sepupu rose tetapi sgt mencintai rose..bila dia cuba nk propose rose dkt pangkor.. Xmnjd sbb rose ke PD sbb xnk berjumpa dn adib.. Dn bila dia tau rose xsukakan dia.. Waiz membawa diri ke luar negara.. Bila balik dr malaysia dia bertemu pula dgn pelukis yg diminati dan jatuh cinta.. Tp syg kerana aturan perkahwinan. papa n ayah cinta mereka pendam rasa..
But everything jadi happy ending... Termasuk tasha bertemu jodohnya dgn raz yg sgt mencintai dia..
memulakan tahun baru dengan sebuah buku yang sempoi, santai tapi sarat juga dengan mesej.. siapa kata buku macam ni takde mesej sayang ooiii.... haa... yang utama, jangan busuk hati, berkawan biar jujur dan paling utama menerima dan memberi cinta biarlah seihklas hati. ini jer pengajaran?.. ada lagi, nak tau baca sendiri dan buat kesimpulan sendiri...
rose khadeeja sanggup menolong natasha mengenakan adib haiman kerana menurut natasha, adib mainkan hati dan perasaannya. rose cukup tidak suka apabila sahabat baiknya itu ditipu lelaki. namun, diluar pengetahuan rose sebenarnya natasha yang bertepuk sebelah tangan dan adib hanya menganggap natasha hanya sebagai adiknya.
demi mahu menegakkan keaadilan kononnya, rose membuat perancangan untuk mengenakan adib tetapi hakikat betapa magisnya cinta, dia yang terpaut hati dengan adib. pada pandangan mata dan juga mata hatinya tiada apa yang buruk pada adib seperti yang dicanang oleh natasha. tetapi, demi natasha dia meneruskan permainan tersebut. niat natasha sebenar terbongkar.. dia yang sebenar gilakan adib dan baginya tiada siapa boleh miliki adib selain dia.. dalam masa yang sama muncul watak megat waiz, abang sepupu rose yang mencintai rose dalam diam.. membuat rancangan jahat untuk memiliki rose seperti yang dirancang oleh natasha namun tidak berjaya. kuatnya jodoh rose dan adib walaupun terpaksa menipu... makin menarik kisahnya... nak tau apa selanjutnya?... hehe... baca sendiri...
Peluang kedua itu magis. Cinta itu datang sebagai bonus. Hanya yang beruntung yang menemui keduanya.
Tak tahu nak review mcm mana. Tapi bila dah baca memang tak boleh letak sebab nak tahu ape jadi seterusnya. Makan masa juga nak habiskan novel MC sebab kekangan masa + tak sihat.
Cerita Kak syam ni tak sah kalau tak buat orang berdebar-debar. Sampai aku lak rasa stress sebab tak sabar nak tahu ape jadi. Nasib baik Adib tu mmg dah berjodoh dengan Rose. Walaupun ada je halangan nak2 bila masuk part Natasha sampai nak membunuh tu. Baguslah ya hilang ingatan. Dapat create 'jalan hidup' baru untuk dia.
This entire review has been hidden because of spoilers.
maaf, saya tak jumpa magis untuk karya kak syam kali ini.
Mungkin sebab jalan cerita yang boleh diagak, atau pun saya lebih suka novel2 kak syam dengan October love (Today I'm Married My BFF, Cinta Mamat Senyum Senget, Awak Sangat Nakal etc) dalam masa yang terdekat menyebabkan hilang seri untuk magisnya cinta. Atau saya mengharapkan naskhah yang lebih simple seperti karya sebelum2 ini, saya pun tak pasti. Tapi, memang lama untuk habiskan naskhah ini, malah ada yang saya lompat2.
Berapa banyak perkataan 'magis' daa.. serious! Terlalu banyak (..sehingga mengganggu pembacaan) ;P
Ada certain part agak menggelikan hati terutama tang 'kasut Jackie Chan' tu hahaha ada masa Jackie Chan nak design kasut stiletto eh? hahaha!
Tapi betul la..ramai sangat orang yang bercinta dalam novel ni & terlalu banyak kebetulan..anyway, secara keseluruhan, 'Magisnya Cinta' masih releven untuk dibaca sebagai penghilang stress kerja.
mula mula memang perkataan magis cinta tu sedikit mengganggu pembacaan...sebab rasanya terlalu banyak...tapi semakin menghampiri akhir cerita...kisah adib dan rose ni makin menarik pulak...cerita yang relaks tak ada konflik yang perlukan pemikiran berat...tahniah syam..anda tak pernah menghampakan...
suka. perjalanan cinta yang licin dan lancar walaupon ada langau. nasib baik la insaf akhirnya. baca dgn loghat utagha. dok rasa mcm pompuan siam je. hehehe..
cumanya byk selit magis cinta org lain jugak. rasa terganggu sikit. sikit je laa...
below my expectations. TAM lebih memberi impak. maybe magisnya cinta ini terlalu ramai sangah yg nak diketengahkan. terlalu ramai yang ingin bercinta. banyak sangat watak....mcm sinetron indo pulak
Cerita yg santai, tidak terlalu "drama pukul 7" walupun datuk datin, tan sri pn sri tetap ada..kisah cinta yg penuh dengan cabaran, suka duka..tentangan, tak suka jadi suka, sama seperti novel2 lain..cuma sedikit berbeza, watak natasha yg tidak terlalu kejam seperti novel2 lain..pengakhiran cerita agak baik, di mana setia watak ada pengakhiran..