Jump to ratings and reviews
Rate this book

Iman_Inbox

Rate this book
Taufik

Kalau tiga tahun dahulu, memang lelaki inilah pencopet segalanya. Mencuri perasaan dia. Lelaki inilah yang dia puja. Tetapi setelah Adinda tahu satu hakikat sebenar, perasaannya mula hambar. Gaya Taufik sering buat dia tertanya-tanya. Betulkah itu kisah lama, Adinda? Dia menyoal diri sendiri. Ataupun kisah kelam Taufik itu masih bersisa? Walau kadangkala hati Adinda tercalar dengan sikap Taufik, dia sangat menyayangi hubungan ini!

Richard

Apa saja yang Richard tidak ingat tentang hal mereka berdua? Tidak ada. Semua melekat dalam kepala. Kisah lama mereka selalu menjadi cermin pada apa yang mereka lalui hari ini. Memori-memori kecil ibarat wayang gambar yang memberi bahagia. Richard sudah jatuh cinta dengan pendebat ini semenjak zaman sekolah lagi. Sehingga ke hari ini, dia masih cinta walau pendebat ini sudah pencen daripada berdebat secara umum.

Inbox : Lagi satu soalan, cerita 'Chinta Mimpi Cinta' kau tu, cerita betul ke? Atau cerita rekaan semata?Adinda : Dua-dua.
Inbox : Seperti dijangka. Plot hidup kau ke?
Adinda : Tak nak komen.

Adakah perjalanan hidupnya sudah awal-awal tertulis sepertimana yang tercatat dalm novel tulisannya sendiri, Chinta Mimpi Cinta?

Paperback

First published January 1, 2015

6 people are currently reading
68 people want to read

About the author

Shirod Shukri

5 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (55%)
4 stars
27 (32%)
3 stars
8 (9%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 40 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
January 7, 2016
Selamat Tahun Baru 2016

CikPah_Inbox versi edit

[04/01 3:30 pm] CikPah: Nak speed reading lah..
[04/01 3:31 pm] Adik Manis: Jgn laju sgt sbb dia byk point2 kecil
[04/01 3:35 pm] Adik Manis: Pelan2 kak kot nanti akk akan suka sbb cerita ni diluar jangkaan
[04/01 3:35 pm] Adik Manis: Ada ssuatu
[04/01 3:37 pm] CikPah: Akak agak adinda tolak cinta richard sbb rich non muslim kan..pastu rich convert.. depa still bestfriend.. ha stop kat situ lah
[04/01 3:38 pm] Adik Manis: Lps tu dinda dah nikah dgn org lain
[04/01 3:39 pm] Adik Manis: Laki dia plak ada ppuan lain, dah menikah, dah pregnant
[04/01 3:39 pm] Adik Manis: Adinda tu janda berhias
[04/01 3:44 pm] CikPah: Ciannya adinda
[04/01 3:45 pm] CikPah: So kena baca pelan2 lah nih ye
[04/01 3:45 pm] CikPah: Lambat lagi tak dinda tu kahwin
[04/01 3:47 pm] Adik Manis: Masa tu dia dah isteri org kot sbb penyesalan semacam je. Kisah ni kan imbas kembali
[04/01 3:47 pm] Adik Manis: Sbb tu x boleh baca laju2
[04/01 9:40 pm] CikPah: Patut la diaorg (pembaca lain) x boleh lepas.. ada rahsia dlm rahsia ye  .
[04/01 9:41 pm] CikPah: Hadoi suspen.. tp boleh agak lah
[04/01 9:42 pm] Adik Manis: Ha kan
[04/01 9:42 pm] Adik Manis: Rasa nak selak laju2 tapi kang x faham pulak
[04/01 9:47 pm] CikPah: Tu lah.. Taufik ni jahat ka.. tp cara nasihat tu macam baek jek
[04/01 9:56 pm] Adik Manis: Lps tu dah lama cerai still panggil topik tu abang lagi taw
[04/01 9:56 pm] Adik Manis: Yabang betul lah
[04/01 10:05 pm] CikPah: Sabaq sabaq kan hati bc citer macam ni yg ada udang galah / nyamuk besaq 
[04/01 10:09 pm] Adik Manis: Tadaaaa
[04/01 10:09 pm] Adik Manis: Semut je ada
[04/01 10:13 pm] CikPah: Semut je? Kena pijak ngan gajah tak
[04/01 10:15 pm] Adik Manis: Gajah baik hati sgt

Hikhik Adik Manis pujuk Cik Pah baca cerita ni sampai habis. Nasib baik dengar cakap. Best! Ada pengisian.

Anda tahu andalah Adik Manis :)
Profile Image for Anna Lee.
Author 30 books548 followers
June 16, 2016
(Saya baru sedar, saya tak reti nak review novel lah. Apa yg ada dalam hati ni tak tahu nak luah dgn kata2. Tapi saya cuba ya... Hihi)

(Lama saya hold novel ni, sbb tebal sgt, saya memang jarang beli dan baca novel tebal. Cuma yg ini memang dinanti2 jadi beli juga wlp tebal.. Hehe)

Sebuah kisah yg sangatttttt Indah.
Jalinan hubungan kekeluargaan yg sgt indah.
Jalinan persahabatan yg sangat indah.
Kasih sayang yg sangat indah.
Saya sukaaa sangat dengan semuaaaa watak. Sangat hidup. Bacaan nonstop. Selepas sahur membawa ke petang, mata rabak pun diabaikan, sebab nak tahu jawapan.
Oh, endingnya, ada rahsia baru terungkai. Walau pada awal saya dah agak, tapi langsung tak didedahkan ketika sepanjang cerita, jadi saya anggap mungkin saya terlebih fikir, hihihi. Tapi endingnnya menjelaskan bahawa anggapanku benar belaka, nakal tau rich ni! Hahaha
Oh, i love watak rich! Matang-kelakar-nakal-baikkkk-sweet-jahatttt hahahaha semua ada!!
Tentu saya sayang adinda juga, jeles dengan kelebihan adinda yg mampu ingat semua surah dan makna dgn mudah. Tak menahan, suka menangis! Saya tumpang gelakkan si dinda.(teringat kat my sis yg mudah emotional, jap2 nangis, jenuhlah ai tahan air mata
Profile Image for zairaidah.
404 reviews40 followers
February 26, 2021
Kisah yang penuh dengan pengisian ilmiah. Suka sangat. 😚

Adinda dan Richard. Dua insan bersahabat baik dari kecil. Bekerja di tempat yang sama. Tapi Adinda memilih Taufik untuk dijadikan suami.

Mula2 baca tak sangka Adinda dan Richard ni sebenarnya suka sama suka.. Cumanya pelik la kenapa pilih Taufik. Adinda dah tersalah pilih ke? Kenapa Taufik bersikap dingin dengan Adinda... Macam ada sesuatu sangat...

Dan Taufik... Mmmm... Saya tak tahu lah nak terima ke tak dengan alasan yang macam tu. Takkan sebab tu je, sampai nak kena ada 2nd wife. Motifff??? Cemburu dan berprasangka. Insiden kat tangga tu la penyebab segalanya. Dan sampai ke akhir Adinda tak tahu sebenarnya ada lagi insiden di sebaliknya. Minta ampun pada Tuhan ye Rich....

Haaa... Memang kena baca sampai habis. Macam2 rahsia tersingkap. Macam tu rupanya, ooo begini ooo begitu, kesian Richard, kesian jugak pada Adinda. Tiada watak jahat pun cuma nya ada la langau yang datang singgah sekejap. Keharmonian keluarga Haji Alwi amatlah dipuji. Persahabatan dan semangat kejiranan berlainan bangsa dan agama inilah yang patut dipuji. No gaduh2, semuanya baik2... Alhamdulillah...

Saya suka dengan perjalanan hidup seorang Richard Krishnan. Seorang muallaf dan juga seorang pencinta yang setia. Bersabar nya Rich menunggu Dinda bangun daripada tidur akibat kemalangan. Tapi bila part nak kahwin tu memang tak sabar. Bak kata Adinda jujurnya Rich. Lastly boleh berkawan baik dengan Taufik. Hailah... Encik Kaya dan Cik Kaya yang sangat sweet... 😍😍😍

Dan perempuan jangan lah bersikap terburu2. Tengok apa jadi pada Adinda. Spontan bawak kereta pergi ke Melaka macam tu je...
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
October 26, 2016
Best!

Mula-mula, aku ingatkan si Taufik ni mati pucuk. Lepas tu, apabila dia asyik menolak keinginan Adinda, aku mula syak yang Taufik ni gay. Hahaha. Rupanya, dia salah faham setelah terpandang satu scene antara Adinda dan Richard dan dia sebenarnya telah memberi tanggapan yang salah terhadap si isteri.

Apakah scene yang si Richard dan Adinda dah lakukan sampaikan si Taufik takde nafsu terhadap isteri sendiri? Jawapannya, kena la beli novel ni dan lepas tu baca la sendiri. Haha.

p/s 1: Penggunaan ayat BI yang sangat minima menjadikan pembacaan berjalan dengan lancar. Ditambah lagi dengan jalan cerita dan garapan ayat yang menarik, menjadikan mood membaca mencanak naik. Hehe. Buku tebal + ayat BI kurang + cerita best = satu kombinasi yang aku suka.

p/s 2: Tahniah untuk penulis. Moga dapat hasilkan lagi karya yang menarik.
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
January 19, 2016
Iman itu...saling berkait dengan takdir

Iman itu...mendidik hati dengan qada' dan qadarNya

Iman itu...mengingatkan tentang sabar

Iman itu...menyuruh kita redha menerima ketentuanNya

Iman itu...kasih sayang tanpa batasan jarak, waktu atau ketika

Iman itu..kesetiaan dan kepercayaan yang hakiki

Iman itu...lebih mendekatkan Richard dan Adinda

Kerana selagi iman itu ada, kau takkan hilang arah punca.

Carilah iman di mana sahaja kau berada,
ia tidak akan meninggalkanmu
walau godaan dan badai menimpa
kerana iman penyuluh hati tatkala ia sedih
kerana iman penerang jalan tatkala jiwa gelita
dan pabila dirimu dipenuhi iman
kita boleh hidup..
dengan menanti kehadiran cinta yang sepatutnya.

I will always be here for you, my Adinda, my Cik Kaya..
I know. As you have always been, before and always, my Encik Kaya.
And we have HIM to guide us in everything we do, throughout our lives.
Alhamdulilah.

Never hide from HIM.
Always make time for HIM.
Accept our destiny and fate with open hearts..
For HE shall grant us whatever we ask.
HE knows everything, isn't that so ?
The road HE mapped out for us might not always be smooth,
It might be filled with sorrow..it might be flawed with our choices..
But as long as we trust in HIM..
He shall guide us..
From the one whose steps was once a few steps away..
To become the one whose steps is rightfully by your side.

Thank you Shirod sebab buat kak maz tersenyum.
Dan terimakasih kerana mengingatkan..
Walaupun kita dilahirkan dengan iman di dada
Ia akan hilang punca dengan kealpaan dunia.
Menunggu dengan penuh sabar untuk Pearl Ruby Delima :)

286 reviews52 followers
December 10, 2015
satu cerita yg sgt awesome....bkn shj kisah cinta, ksh syg dan kekeluargaan....tp satu cerita yg penuh dgn ilmu.....byk kebaikan dan pengajaran yg blh kita dpt drpd cerita ini
Profile Image for Suzana Sulaiman.
Author 8 books76 followers
March 20, 2016
I absolutely LOVE this book! I love the lenggok bahasa. I love the teachings and I love the reminders! A book that can make me sit back and reflect is always a great book for me! I should have finished my reading earlier but I so wanted to savor every last word of it hence I took my time and read it slowly!

May Allah reward you abundantly for every bit of ilmu you shared in this beautiful piece, Puan Writer!
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
September 8, 2024
5/5 ⭐️

Saya beli Iman Inbox sejurus tamat Pearl, tanpa baca sinopsis. dah sampai rumah tu, saya baca sinopsis. "apa ni? tak faham." jadinya, letak tepi. dahla tak faham, tebal pula tu. tapi buku ni memanggil-manggil selepas baca buku yang minta dibaling masuk kolam.

100 mukasurat pertama, haih, seloww nyaaa. stop kejap, seminggu dua. masuk mukasurat 300 okay, dramaa! mari mari dannn, tak berhenti. ok tipu, berhenti kejap sebab taknak habiskan. perasaan sepanjang baca : ❓️🤔🤯😡💔🥹😭🥰💖❤️

Buku pertama Kak Shirod ini mengisahkan tentang Adinda, Taufik dan Richard yang tidak berkominikasi dengan baik. kisah mereka realistik sangat sampai berkali-kali bantal saya saksikan saya meraung. Iman_Inbox mengajar kita betapa pentingnya iman dalam diri.

Adinda. Adin ni seorang yang pemendam, selagi dia boleh uruskan sendiri, dia buat. Apa yang Adin lalui, sangat menyayat hati. Adin ni walaupun sangat manja, tapi dia kuat. dia lalui ujian dia dengan sabar. paling saya tabik bila perkara itu terbongkar, dia tak melenting. dia tenang dalam mengendalikan masalah dan perasaan dia. Seorang yang cepat keluar air mata dan si dia ini pun suka lah sakat Adin yang tiba-tiba dah mengalir 🤣

Richard. nak tulis panjang-panjang pasal Rich ni boleh takkk? 😭 yang ini sangatlahhhh penyabar. dia ni sentiasaaa ada untuk Adin, sentiasaaaa bersedia untuk Adin. Dari Adin & Rich kenal, semua benda dia ingat. tak ada yang dilupakan. nampak tak betapa sayangnya Rich 🥹 terpaling hijau lahhh. bila sesuatu terjadi pada Adin, dia literally drop everything and run to Adin 🥺 dalam sayang, selit juga kenakalan Rich. suka menyakat, dalam tidur pun sempat.

Taufik. awalnya kesian, lepastu tak ada rasa apa pun untuk Taufik selain rasa nak tumbuk. ok tu je nak cakap tentang Taufik 😋

Kisah yang ini, ada pahit manisnya. Ia mengajar kita apa pun yang terjadi, sentiasa berkomunikasi dengan orang yang kita sayang. Kisah yang ini, bukan takat cinta antara mereka, juga antara keluarga.

dan, yang nak cari naskah ini, ada lagi di shopee. selamat menyelam kisah Cik Kaya & Encik Kaya.
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
May 2, 2016
Tahniah Shirod Shukri.

First of all, tahniah utk shirod shukri sbb buat cerita berbeza dri nvel-nvel yg pernah saya baca. Plot cerita yang luar dari jangkaan saya. Gaya penulisan yg santai tetapi memerlukan mata hati yg memahami, jadi terasa apa yg ingin disampaikan leh author.

Tak sangka, Adinda Alwi seorg wanita yg sgt saya kagumi biarpun hnya sebuah watak novel. Dia punya daya ingatan yg kuat bila berbicara soal agama. Pendebat paling terhebat semasa di sekolah. Seorg yg menjaga adabnya sbgai seorg wanita muslimah. Santunnya Adinda Alwi sampai-sampai saya rasa Kak Shirod mcm ni kot. Haha. Setiap apa yg Dinda lalui, dia rasa itu adalah kafarah utk kesilapan yg dia buat.

Taufik Tarmizi? Allah! Mengapa perlu menyeksa batin Adinda begitu? Mengapa perlu mempertahankan hubungan yg kau tahu begitu dan begini penghujungnya?

Richard Krisnan? Penunggu setia Adinda Alwi. Walaupun mereka berbeza agama tetapi perasaan itu tak mampu untuk dia kawal. Seorg lelaki yg x pernah berputus asa. I can see his effort!

Ini kisah Richard-Adinda-Taufik. Siapa sangka kisah mereka se-complicated ini? Taufik dan Adinda, mereka berkahwin atas rasa suka sama suka. Tapi mengapa hubungan mereka tidak seperti suami isteri yg lain? Richard dan Adinda mereka adalah BFF dari kecil. Punya perasaan yg sama tetapi ada satu tembok besar yg menghalang mereka utk terus meluahkan rasa. Sampai satu tahap, saat satu rahsia terbongkar, Adinda Alwi menjadi rebutan dua lelaki.

Siapa sangka jodoh sebenarnya di depan mata?

Baca. This novel tell us about how parents treat their children, how parents understanding their children, how friendship can be longer eventhough one of them are married, how your attitude as a muslimah/muslim, how you conduct your bahtera rumahtangga. You can gain more knowledge bila baca kisah ni. Apa Iman_Inbox tu? Itu jawapan ada dlm ini novel.

So get the copies. Read. Understand. I love the ending. I love Dindy Rich. Keep it up Shirod Shukri. May Allah bless your writing. Semoga senantiasa dpt ilham utk hasilkan another karya yg buka mata hati kita semua. :D
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
December 19, 2015
Wow!!!

Pada skala saya, saya mendefinasikan sebuah buku itu bagus apabila kita membacanya kita akan jadi ralit. Apabila kita membacanya, kita rasa sayang untuk lepaskannya selagi kita tidak jumpa titik tamat. Dan yang paling berharga, apabila kita membacanya, ada ilmu yang boleh kita kutip jadikan iktibar.

Iman_Inbox, tidak sebagaimana judulnya yang agak pelik (pada saya), cerita yang termuat dalam naskhah setebal 729 muka surat sangat mudah untuk saya hadam walaupun... ya, walaupun ada ketikanya penulis suka buat saya tertanya-tanya apa yang terjadi pada Adinda, Richard dan Taufik di balik helaian seterusnya atau sebelumnya. Dengan kata lain, penulis bijak meletakkan hati saya dalam keadaan tertanya-tanya ketika jawapannya saya kira ada di muka surat depannya, tapi tidak! Saya harus bersabar membelek satu persatu muka surat untuk menemukan setiap jawapan pada setiap persoalan yang bermain dalam benak saya. Ya, sabar itu indah apabila kita dapat apa yang kita perlukan di akhir setiap perjalanan.

Iman_Inbox, membuatkan saya turut berfikir sama disebalik nama 'Iman dan Inbox'. Sesungguhnya Iman_Inbox membuatkan saya mengumpul setiap rasa dalam jiwa... sedih, kecewa, derita dan bahagia bersama Adinda.



tbc

Profile Image for Amal Lee.
276 reviews34 followers
November 22, 2024
Cerita ni memang tersangatlah slow paced ya. Rasanya ini cubaan kali ke 3 yang saya baca baru boleh habiskan :D.

Rasanya dah nak masuk pgs 200+ barulah bacaan saya mula jadi teruja sebab nak tahu sangat apa yang terjadi, macam terlalu banyak teka teki. Bila dah tahu permasalahan cerita ni terus rasa macam mana penulis nak buat ehh cerita yang macam ni, Adinda seorang isteri tapi pernah ada perasaan terhadap Richard tapi terhalang sebab perbezaan agama, Richard bff Adinda sejak kecil yang menaruh perasaan terhadap Adinda tapi tak terluah, Taufiq suami Adinda tapi tak macam suami yang hanya disebabkan salah faham tapi tindakan dia seakan menghukum Adinda tu macam tak patut. Boleh je kot tanya kan tapi tak nak juga buat macam tu. Dahlaa alasan pun macam ntah apa ntah.

Bagi saya, Adinda seorang yang suka pendam perasaan ini ada salah, Richard yang maha penyabar, setia dan cinta mati dekat Adinda pun ada salah, Taufiq yang awal tu I rasa dia ni mati pucuk kot takpun gay (macam kesian jugak awal tu tapi lama2 baca I nak tumbuk dia) pun ada salah. Tak patutlah kan seorang isteri/suami ada kawan baik yang berlainan jantina even dah berkawan dari kecil, dah boleh bataskan diri. Niat nak berkahwin dari awal pun dah tak betul macam manalah nak dapat redha Allah (terima kasihlah Encik Alwi sebab sedarkan Dinda & Taufiq). Dan terima kasih jugalah kepada penulis sebab tekankan isu ni (kawan baik berlainan jantina bila dah berkahwin) kalau tak I macam tak syok juga nak baca rasa macam Adinda dengan Richard macam takde salah mende.

Lastly, cerita ni banyak pengisian & pengajaran yang boleh kita renung sekali. Selain kisah cinta Richard-Adinda-Taufiq, turut terselit tentang cinta sesama keluarga yang berlainan bangsa dan agama. Sentiasalah berkomunikasi jangan terlalu pendam. ohh, kalau baca cerita ni janganlah diskip muka surat tu kalau tak memang takkan faham & lepas dah tahu mende apalah yang Richard buat ke Adinda (sampai sekarang rahsia tu hanya Richard & Taufiq yang tahu) yang buatkan Taufiq boleh tersalah sangka ni hmmm memang tak patut! Nakal ehh mg ni Richard, berdosa tahu xD.


242 reviews11 followers
April 18, 2018
awal cerita susah fhm.. mula baca igt Taufik mati pucuk. tgh cerita.Taufik curang... geram dgn Taufik. Richard sentiasa Di sisi adinda. terharu bila Richard susah pyh jaga adinda masa dinda koma. bagi jodoh ITU Di tgn Allah. Taufik, adinda dan Richard.jika jodoh adinda dan Richard, tetap jodoh mereka. sweet ja tgk Richard dan dinda ni. Taufik ni Kira cameolah. dia ada pun org tak npk.elok lah dia tak dak... menyemak ja Taufik ni.tuduh dinda curang sampai tak nak sentuh dinda.padahal dia yg curang Dari awai.geram ja dgn Taufik ni. buat tuduhan melulu...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
April 7, 2017
kalau baca mana-mana novel terbitan JS ni terbit satu perasaan yang sukar di ungkap dengan kata-kata. tak tau kenapa. walaupun berlainan penulis tapi akan ada satu perkara yang sinonim buat semua. Apa ya rasa itu? tapi yang pasti olahan penulis ini buat kita terpaku membaca helaian demi helaian. topik amat ringkas. Lelaki dan perempuan, sahabat karib atau lebih dari itu?..

richard dan adinda bersahabat dari sekolah sehingga sama di tempat kerja. adinda berkahwin dengan taufik. adinda dan taufik, PJJ. lebih kerap adinda bersama richard dari bersama taufik. dan taufik, aibnya di simpan kemas oleh adinda. Setahun berkahwin namun mereka masih 'tidak bersama'. haji alwi, ayah pada adinda perasan akan kepincangan rumahtangga anaknya tapi dia mengambil pendekatan tunggu dan lihat..

namun, bila rahsia besar taufik mula terbongkar, adinda mahukan kepastian. Kepastian diterima, musibah jua mengiringi. Adinda kemalangan. Kecelakaan yang merobek sungguh rasa hati orang tuanya. Kecelakaan yang mengundang duka nestapa pada richard kerana dia tahu adinda berhadapan dengan kepayahan sebelum kemalangan. 'tidur mati' adinda banyak sebenar merubah corak kehidupan...

banyak topik semasa yang diselit, dikait amat cantik dan kemas di celahan kisah. suka dengan terjemahan ayat Quran yang banyak ada dalam novel ini. langsung tidak bosan walaupun adakala tanda tanya yang timbul banyak diletak jawapan di hujung-hujung kisah. Tahniah buat penulis Shirod Shukri untuk karya yang amat cantik dan menarik ini.. Rumahtangga sepatut memang tiada rahsia antara pasangan. Jujur ikhlas akan memainkan peranan sebaiknya bila suami isteri sama-sama saling melengkapi bukan mencurigai. Ibu bapa juga, jangan terlalu memaksa anak-anak dalam menentukan perjalanan kehidupan. Bagi dorongan, bagi jalan dan tidak memaksa.. Itu yang sebaiknya. Anak juga, bila ibu bapa redhai apa yang dilakukan, InsyaAllah semuanya akan baik belaka walaupun akan tetap ada dugaan melanda...
Profile Image for Qayiem Razali.
885 reviews84 followers
April 9, 2020
[44-2020]

#ImanInbox #ShirodShukri #StayAtHome

Satu je, novel ini cute! Dari muka depan novel sehinggalah ke penamat cerita. Kisah cinta antara Richard, Taufik dan Adinda diceritakan dengan baik oleh penulis. Kasihan melihat Adinda. Kerana cinta yang tidak bersambut, dia memendam rasa sendiri. Namun, Richard si sahabat rapat sentiasa ada bersamanya, sehinggalah masing-masing mula mengungkap kata cinta.

Bagi saya, novel Iman_Inbox ini ada banyak pengajaran walaupun ceritanya ringkas sahaja. Santainya dua keluarga menjadikan gerak cerita tidak memberatkan. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
December 7, 2016
Penulis bijak memancing pembaca untuk menyelak setiap helaian mukasurat bagi mengetahui rahsia Taufik dan Adinda. Jadi, walaupun novelnya tebal pembaca kena juga baca sehingga ke perkataan tamat. Yay. Novel paling tebal dibaca untuk tahun ni (tolak antologi). lol
#teamabangkaya
#VWcomel
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
December 24, 2015
Wow!Wow!Wow!.. What a novel!
Pabila mula baca novel ini susah nak lepaskan. Plot after plot Yang sangat menarik. Cerita yang cukup asam garamnya. Cinta tiga segi yang lain dari yang lain buat saya jatuh cinta dengan Richard atau Mr. Rich yang sangat2 penyayang, protective and will do anything for Adinda.. Ya.. Adinda adalah nama heroin dalam novel ini.. Unik kan?
Cerita ini penuh kasih sayang hormat menghormati antara anak2 dan Ibu Bapa, jiran tetangga Yang berlainan ugama. Juga di selitkan Surah2 pendek untuk menjadi peringatan pembaca terutamanya pada diri saya.
Title novel ini banyak memberi tanda tanya pada saya, Iman_Inbox??? Bila refer to synopsis, Tak ada clue lansung accept perkenalan pada Dua watak hero dalam novel ini Richard dan Taufik.. Dari situ Saya dah rasa Ada kelainan pada novel ini.. Novel ini highly recommended to all pencinta novel, bahasa di tulis tersusun rapi and lastly the novel cover, it's so lovely..saperti kata Suzana Sulaiman " The best cover for 2015" dan Saya sangat2 setuju..

Congrats Shirod Shukri for your awesome first baby.. Kalau ada lebih dari 5 stars di Goodreads ini.. Pasti saya Akan berikan yang tertinggi. Looking forward for your next project, Salam mesra and all the best for you.. ❤️

Ps.. Thanks so much to Suzana Sulaiman yang tolong belikan buku ini di Pesta Buku November lalu... ❤️❤️❤️
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
June 13, 2016
Adinda & Richard Krisnan Abdullah

Richard Krisnan... perasan atau tidak, dia selalu ada di sisi. Sentiasa.
Richard Krisnan ini... selalu ada dalam hati dia, walau bagaimana cara dia menidakkan kenyataan, takdir tetap berpaling kepada lelaki ini..

Melalui Adinda, dia kenal erti beragama.
Mengenali wanita itu, dia belajar erti sabar.
Dengan Adinda, dia diuji menerima qada' dan qadar Allah.
Wanita ini asbab yang Allah SWT hantar kepadanya.

Syukur Richard dengan kurniaan-Nya.
Semenjak dia transit agama, dia sentiasa tertunggu-tunggu waktu nikmat antara dua khutbah solat Jumaat. Waktu keemasan. Waktu mustajab doa. Rugi kalau dia terlepas saat-saat seperti itu.

Walau sedalam mana pun hati dia lembut untuk Adinda, nikmat untuk solat Jumaat ini, dia perlu keraskan juga hati ini. Sanggup!


Adakah lelaki-lelaki yang saya jumpa di kompleks membeli belah sewaktu rehat makan tengahari di hari Jumaat adalah orang yang lembut hatinya???
Hmmm.. tepuk dada, tanya iman..
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
December 29, 2015
Inbox
Di dalam hati
Ada samar.

Inbox
Di dalam jiwa
Ada reda.

Inbox
Di dalam akal
Ada logika.

Inbox
Ada amanat Dia...

Ada IMAN di mana-mana.

Iman in his inbox, his soul inbox.

Done with Iman_Inbox by Shirod Shukri. Novel ni banyak pengisian yg boleh dibuat renungan dlm hidup. Konflik antara Rich-Adinda-Taufik yg digarap dengan unsur kejutan yg tak disangka-sangka. Dalam fikiran kita ingatkan akan jadi mcm ni, rupanya jadi lain. Pandai si penulis twist dia punya cerita. Sekarang baru faham kenapa tajuk dia Iman_Inbox. Pokok pangkalnya dalam kehidupan, buatlah sesuatu keputusan dgn niat yg betul. Bila kita buat something dengan tujuan yg salah, benda tu akan jadi tak berkat. Nak keberkatan dari-Nya, harus buat kerana-Nya. Bukan kerana orang sekeliling yang menginginkannya. Tetapkan iman dalam inbox ya.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
January 3, 2016
"Dlm dada ni, hanya ada nikmat iman yg baru aku kenal, atas nama kasih sayang Allah, atas kasih sayang Rasulullah...dan dlm ni hanya ada satu nama."~ Richard Abdullah.

Melalui adinda, dia kenal erti beragama, dia belajar erti sabar, dia diuji menerima qadak & qadar Allah. Adinda adalah asbab...

Apabila IMAN inbox, in our soul..sabar mampu menangani curiga, jiwa mampu reda & akal mampu bereaksi secara logika. Insya-Allah..

Membaca naskah ini seakan2 saya membaca penulisan ilmiah. Sarat ilmu bertunjangkan agama, berlandaskan Al-Quran & hadis, dikupashurai & disampaikan dgn cara sgt halus tetapi berkesan. Banyak pengisian yg boleh diambil tauladan.

Terima kasih penulis atas perkongsian. Kisah Richard & Adinda ini sungguh "sesuatu".

Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
January 5, 2016
Membaca tak boleh berhenti.. jalan citer yang sangat baik.. congrats cik writer untuk naskah yang hebat ini..
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
December 19, 2015
beautifully written book. tq ms writer for this wonderful piece. i want one of encik kaya pls....hihi. kudos sista.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,321 reviews67 followers
May 29, 2019
[BOOK 67]

Iman_Inbox by Shirod Shukri.
.

Buku inilah penyebab kenapa aku beli buku sempena JS Blind Box haritu, walaupun ku dah sedaya upaya menjaga hati. Tapi terjebak jugak. Haha
.

Ni kisah antara Richard, Adinda dan Taufik.
.

Richard, si sahabat yang setia di samping Adinda. Biarpun pernah ada sejarah cinta tak kesampaian antara mereka. Adinda ialah isteri Taufik. Tapi, hubungan rumah tangga mereka agak dingin.
.

Mula-mula baca, memang obvious la Taufik yang salah. Dia berkahwin lain tanpa pengetahuan Dinda. Pada masa yang sama, dia tidak pernah menyentuh Dinda sepanjang setahun perkahwinan mereka. Dan Dinda memang sangat sabar. Tapi, pada masa yang sama, dia memendam rasa.
.

Tapi, lama kelamaan, kita akan sedar yang bukan sahaja Taufik yang salah, Adinda dan Richard juga sama. Kerana kecewa dengan keluarga Richard, Dinda menjadikan Taufik sebagai rebound love. Richard pula agak slow. Ye lah. Lagipun dorang ni ada perjanjian persahabatan bagai. Taufik pulak, kerana cemburu, melepaskan amarahnya kepada Dinda. So, memang complicated.
.

Aku suka penulisan SS ni. Padat dan berilmu. Walaupun buku ni tebal, tapi rasa curious nak tahu tu yang buatkan cepat je habis baca. Lagipun SS banyak gunakan teknik imbas kembali. So, kena fokus. Dan bagi aku, penulisan SS ni agak berkias. Ia bukanlah straight forward je. So, kena hadam betul-betul untuk faham maksudnya.
.

Satu je yang aku tak puas baca. Part awal dan akhir cerita. Apa yang dilakukan oleh Richard kepada Dinda sewaktu Dinda pengsan, sehingga menimbulkan fitnah kepada Taufik. Ada la diterangkan secoet, tapi ku tak dapat imagine pulak scene tu. Ku tak nampak apa motif Richard ni.
Profile Image for Rin Nadiya.
6 reviews
December 30, 2015
Naskah yang diadun dengan baik. Setiap mukasurat adalah page turner cuma kekangan masa dan tanggungjawab pada kerjaya membuatkan saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya.
Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel yang baik seperti ini. Moga setiap ilmu yang cuba diserapkan di dalam naskah ini dapat 'menyerap' ke hati pembaca.
Waiting for her next piece (s).
Profile Image for cik_ngoh.
34 reviews
December 23, 2015
Bagusnya buku ni kerana banyak ilmu yang ingin penulis sampaikan dalam cerita ini. Tahniah kepada penulis.
* Kulit buku sangat cantik
65 reviews13 followers
January 23, 2018
Reviewing author from my home state is always biased...

Kept the book long time ago & since the writer have a new book, hence I'm compel to write the long awaited review, here goes shirod:-

Awal-awal tu tak faham apa lah yg Richard dah buat kat Adinda, tp boleh agak & fikir sendiri & jugak knp lah dgn Taufik ni dia ada split personality ke?? (rupenya jeng2 dah tak kira spoiler alert lah ni, si taufik ni jealous, cemburu, dendam dgn apa yg Richard dah buat kat Adinda masa dind pengsan)
*** tapi kene ku fikir ini hanya alasan taufik aje tuk berbini 2????**** jawab puan writer.

Percubaan pertama pn writer ni mmg tepat kat selera saya yg tak suke cerita sweet bergula sbb dah jd tak real pulak .

Richard & Adinda tu selalu mcm berada di sekeliling kita kan Shirod and this is where & why kenapa cerita ini sungguh menarik walaupun buku nya agak tebal tetapi saya dah baca lebih 6x utk sampai kan saya dpt pearl....

***taufik yg masa kat mahkamah tu knp saya fikir mcm ALAH LELAKI sllu EGO & nak kan dia nampak TAK BERSALAH tuu*** jd depan hakim dia wat lah meleleh2 air mata dia ....

OK lah shirod TAK SABAR nk tugu pearly tuyyy
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
March 17, 2017
best juga. Dah suku nak habis saya banyak skip la sebab tahu dah apa jadi.... cuma nak tahu kenapa dan siapa penyebab Taufik buat gitu kat Dinda. Konflik pun nak saya cari juga. Ada konflik kecil dengan Pauline tapi sepoi bahasa saja. Entah ada sebut ke idak, sampai ni tak tahu siapa Encik Cicak inbox. Rich ke Taufik?
Profile Image for Eta My.
79 reviews
September 22, 2016
Tak pandai nak review. Tapi cerita ni memang best. Kena dengan jiwa saya..
Adinda yg cewek (cepat leleh)
Richard yg sangat naughty..sweet talker (after dah halal)..kelakar dan yg pasti sangat setia...lama kot tunggu dinda a.k.a sayang a.k.a dear a.k.a dindy dan byk lagi nick yg dia bagi kat Adinda...hehehe
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
October 3, 2016
Review pendek (sb tak sempat nk susun ayat, excited baru hbs baca). Ahaha


Aku je ke yang rasa sebak nak nangis baca buku ni? Ada part2 yg buat aku rasa sgt terharu dgn ketulusan si Richard ni. Adoi la, mana nak cari mcm ni? Haha

Keseluruhannya, aku mmg suka cerita ni. Pengolahan sebuah kisah cinta melayu-muallaf yg baik. Byk pengajaran. Ada ilmu tp senang difahami. Plot pun kemas, detailed. Sweet tu takyah cakapla. Blh potong kaki. Epilog dia aku suka. Ingat nak tersenyum gembira ke apa, sekali bergenang pulak air mata ni. Cengeng sungguh. Haha.

Apa2pun, tahniah kpd penulis. Mohon menulis lg ye.
Displaying 1 - 30 of 40 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.