Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anticonformity

Rate this book
Anticonformity merupakan buku kedua Benz Ali. Menghimpunkan pemikiran dan pandangan kritikal beliau terhadap agama, sosial, politik dan juga isu semasa.

440 pages, Paperback

First published November 30, 2015

2 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Benz Ali

20 books103 followers
penjual buku.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (16%)
4 stars
14 (37%)
3 stars
14 (37%)
2 stars
3 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Benz.
Author 20 books103 followers
March 16, 2020
Dua kali mengulang baca, dan kali ini (2020) boleh dikatakan habis kesemuanya, dan banyak isi dalam buku ini akan diambil-ulang untuk diperkemaskan-solid untuk buku-buku seterusnya. Berharap buku-buku seterusnya akan lebih baik dan dahsyat dari buku-buku sebelumnya. Ternyata proses seseorang pengarang itu mengulang baca karya-karyanya berkali-kali, baik yang telah dicetak ataupun belum dicetak adalah sangat penting. Adapun begitu, perasaan mengulang-bacanya (sehingga habis) tak jauh beza dengan catatan sebelum ini. Pengarang juga tak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan - (nota/catitan pembacaan pada tahun 2020)

***

Dalam banyak-banyak yang karya yang seseorang penulis itu hasilkan, pasti ada satu dua karya yang teruk dan paling tak hendak dibaca. Dan untuk aku, Anticonformity-lah karya itu. Maaf jika penerbitnya terbaca pandangan penulis sendiri. Kerana aku menghasilkan karya ini agak tergesa-gesa, masih di peringkat amatur. Sungguhpun ia catatan-catatan facebook / cafe, ia telah ditambah dengan isi-isi lain dan lebih dari Antithesis yang lebih ringan (dan lancang).

Aku merasakan aku mempunyai penyakit narsisis yang amat ketara. Aku cuba kurangkan sedikit demi sedikit. Ia adalah penyakit yang agak sulit untuk dihilangkan, mengenangkan self-confident yang begitu tinggi dikeranakan selalu diasingkan (dan terasing), menyebabkan aku terlalu self-motivated. Kesannya, karya-karya aku agak ketara ciri-ciri narsisis itu.

Aku masih lagi tak dapat menghabiskan Anticonformity sehingga sekarang. Aku harap aku dapat merawat penyakit ini, dan dapat menghabiskan (baca-ulang) karyaku ini. Karya ini sekadar hendak mendokumenkan apa yang aku tuliskan, namun aku harus akui, ianya tidak cukup kuat dan sebanding dengan karya-karyaku yang lain. Jalan Kiri dan Agama & Hegemoni Negara, juga Advencer aku fikir lebih kuat dan tegap. Mungkinkah semua pengarang di dunia mengalaminya, mempunyai proses karya dari mentah-belum masak kepada karya yang masak dan betul-betul masak? Aku hanya mengandai-andaikan sahaja kerana kelemahanku ini.

(tambahan: kulit belakang buku juga tidak sama seperti yang aku bincangkan dengan penerbit. Jadi quote-nya (Kurt Cobain) agak tak sampai dan tak masuk dengan perubahan di kulit belakang. Kata penerbit, kulit belakang yang aku nak itu, dibimbangi ada hakcipta dsbnya. Penerbit tak mahu menanggung risiko itu. Jadi apa yang Anticonformity-nya?)

Jika ada apa yang baik, ambillah. Jika tidak, ia sememangnya datang dari kekurangan diriku.
Profile Image for Wan Faizuddin.
30 reviews4 followers
February 7, 2016
Buku orang rebel. Untuk ketuk kepala manusia-manusia yang masih tidur. Yang masih mrnaruh harapan bergantung harap pada politikus korupt, akademia syok sendiri dan agamawan berlagak maksum untuk ubah nasib hidup mereka. Overall aku boleh paham apa yang Benz nak sampaikan sebab selalu jumpa author personally. Naskah ni pun hadiah daripada penulis.

Komen aku lebih kepada sudut teknikal persembahan buku. Terlalu obvious copy dan paste dari status-status Facebook yang Benz pernah share. Satu chapter kepada chapter yang lain terlalu random dan tak nampak kesinambungan. Saiful Nang dan Mat Luthfi punya buku pun dari status Facebook, tapi cara susunan chapter diorang lebih mesra pembaca untuk kutip point. Bukankah buku itu sifatnya menanam idea?

Bukan salah buat buku dari status facebook. Semacam dah jadi trend penulis buku zaman sekarang. Status Facebook pun dikira karya asal author yang tak diciplak. Saranan aku adalah better untuk pembaca kalau author boleh letakkan tarikh pada setiap entry supaya nampak kronilogi peristiwa dan event yang berlaku di sebalik pandangan yang dikemukakan author.

Mungkin target pembaca adalah dalam kalangan orang muda yang baru nak kenal dunia, tapi aku secara peribadi lebih sukakan gaya penulisan tersusun thesis akademik, walaupun Benz kritik tak ada orang baca penulisan camtu. Pandangan kalau ada backup dengan rujukan, pasti lebih meyakinkan.

Aku yakin penulis ada sebab peribadi untuk kekalkan gaya penulisan sebegini. Dan aku akan terus membaca karya manusia trending media sosial kalau penulis ada tulis buku lagi.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
December 27, 2015
Ya, Anticonformity adalah abang kepada Antithesis. Benz mengulas dengan lebih details mengenai satu-satu isu. Dan tulisannya tampak kemas berbanding Antithesis-nya dulu.

Tapi tak keterlaluan aku cakap; isunya sama. Sama dengan Antithesis, sama dengan post-post fb dia. Hanya ada beberapa yang disangkalnya balik kalau dibandingkan dengan Antithesis. Tapi walaupun sama, diulasnya dengan lebih kemas.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews8 followers
December 11, 2017
macam antithesis, tapi yang ni lagi banyak isi dan maklumat
akhirnya.. kita perlu terus melawan...
Profile Image for Siti Noor.
14 reviews
Read
March 25, 2016
Isu yang agak kritikal dibincangkan . Pandangan penulis yang agak bertentangan dengan kebiasaan orang lain.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews351 followers
September 24, 2025
OK kalau dibandingkan antara Antithesis dan Anticonformity, aku rasa ia cukup signifikan dari segi nada, pendekatan, dan kematangan pemikiran, walaupun kedua - duanya lahir daripada semangat yang sama: penolakan terhadap dogma dan keinginan untuk membebaskan fikiran dari belenggu konformiti.

Antithesis mentah, agresif dan penuh kemarahan. Nadanya sangat provokatif, menyerang secara langsung institusi agama, sistem pendidikan, dan norma sosial - bersifat manifesto perlawanan, di mana Benz Ali menulis dengan semangat radikal yang tak berlapik. Ia adalah jeritan seorang anak muda yang menyedari sesedar - sedarnya dunia tak seindah yang diajarkan, dan bahawa kebenaran tak semestinya datang dari suara yang paling lantang atau institusi yang paling berkuasa. Senang cerita ia ledakan awal - penuh tenaga, tapi kurang tersusun dari segi hujah dan struktur.

Anticonformity pula memperlihatkan sisi Benz yang matang dan reflektif. Walaupun masih kritikal dan menolak konformiti, buku ini ditulis dengan nada yang lebih tenang dan introspektif. Selain menyoal sistem, kali ni Benz juga menyoal diri sendiri. Dia bukan lagi hanya seorang pemberontak, tapi seorang pemikir yang telah melalui pelbagai pengalaman hidup - trauma, cinta, kehilangan, dan pencarian spiritual. Lebih bersifat esei falsafah dan renungan peribadi, dengan struktur yang lebih kemas dan hujah yang lebih berlapis.

Kalau Antithesis adalah suara yang mahu menggoncang dunia, Anticonformity pula suara yang mahu memahami dunia.

Kedua - dua karya ini penting dalam memahami evolusi pemikiran Benz Ali, tapi Anticonformity lebih dalam, dan bukan sekadar ledakan emosi.

Entah kenapa intipati resensi aku ni lebih cenderung terhadap transformasi penulis, berbanding isi. Hmmm.

3.4 / 5 stars
Profile Image for Erin95.
152 reviews5 followers
October 24, 2018
Buku untuk jiwa² yang masih mencari jawapan tentang agama dan dunia. Buku untuk jiwa² yang rebel.

Ada beberapa (sebenarnya banyak) yang aku kurang atau x berapa setuju dengan apa yang penulis tulis.

But still ada jugak ilmu yang aku dapat dari buku ni

Paling aku setuju bila benz bercerita tentang perpustakaan negara yang hanya buka pada hari bekerja, sapa yang nak pi. Orang dok keje 8-5pm. Time cuti hangpa dok tutup pulak. Nice benz. Tq sebab menyuarakan suara hati aku selama ni.

Apepun aku harap benz terus menulis. Banyak membaca dia ni. Banyak yang dia tau yang aku kurang tau pasal dunia sekitar aku.
3 reviews
April 4, 2018
Rebellious but very interesting view of the author for the reader to ponder.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.