Jump to ratings and reviews

Pada Luang Peluang

Datuk Adam, hartawan korporat terbilang tetapi miskin akhlak. Dikurnai kekayaan, kesenagan, isteri yang penyabar dan anak budiman tidak membuatkan Datuk Adam semakin mensyukuri rahmat Tuhan sebaliknya semakin alpa dan hanyut dalam dosa.

Apabila muncul Surina, eksekutif muda di syarikatnya, Datuk Adam mahu mengambil kesempatan seperti mana yang selalu dilakukannya dahulu. Tetapi Surina bukanlah perempuan yang mudah tunduk kepada kekayaan. Ternyata Datuk Adam tercabar dan mula bertindak! Datuk adam mahu memiliki Surina sebelum anaknya Aidid merebut hati Surina. Dia tidak sedar kehadiran Surina sebenarnya membawa bayang-bayang hitammnya suatu ketika dahulu.

Siapakah Surina sebenarnya dan apakah rancangan Datuk Adam?

Pada luang peluang, terbuka ruang menginsafi diri
Pada luang peluang, masihkah sempat merebut jalan pulang?

279 pages, Paperback

First published January 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Rohani Deraman

10 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (25%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
1 (25%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books110 followers
August 18, 2016
nak kata berat sangat, tidak. tapi sarat dengan panduan nasihat dan ingatan. tergambar betapa sayangnya puan penulis Rohani Deraman pada masyarakat kini sehingga terhasilnya sebuah karya yang amat menusuk jiwa. mungkin, manusia seperti yang diceritakan tidak akan baca apa yang terkarang tapi kita sebagai pembaca yang membaca boleh melihat sekeliling dan ambik ikhtibar...

datuk adam, seorang pendosa yang digambarkan amat jijik wataknya.. pemabuk, penzina, zalim, jahat, pendera dan semua yang negatif boleh disangkut pada watak itu. nampak tak betapa berat gambaran dosa yang dikendong? punya isteri, datin salmi yang amat sabar dengan kerenahnya yang kaki kelab, kaki perempuan, yang pulang selalu dalam keadaab mabuk. walaupun begitu, datuk adam seorang ahli perniagaan yang berjaya. mewah kehidypannya. Anaknya aidid, pula lebih suka bersederhana..

surina, salah seorang pekerja di syarikat datuk adam amat berdedikasi dalam menjalankan tugas hariannya. sayangkan ibunya dan apa-apa mesti dia dulukan ibunya sehinggakan pelawaan datuk adam untuk makan malam pun ditidakkan kerana lebih suka makan hasil air tangan ibunya. Datuk adam pernah melamarnya tapi dia menolak... sehinggalah kehilangannya membuatkan aidid gusar. Ibu surina, mak cik sakiah kesedihan dan bertambah pilu bila polis menjumpai surina di tepi lombong dalam keadaan yang trauma.. Makcik sakiah sedih kerana.. Hmm... Surina merasa sama seperti apa yang dia rasa, dicerobohi tanpa rela...

Surina, Aidid, Nur Durrah... Ada perkaitan antara mereka...
Makcik Sakiah, Netty... Ada persamaan antara mereka...
.... Sama seperti gambar dihadapan buku, epal dililit dawai berduri...

balik pada datuk adam. suka dengan gaya puan penulis Rohani Deraman yang menggambarkan perasaan roh datuk adam dalam komanya. kenapa datuk adam koma?.. Haa.... Kena cari buku ni. perjalanan dalam komanya amat menarik dikisahkan. bukan ketakutan yang digambarkan tapi buat pembaca rasa sayu, pilu, sebak.. sesungguhnya rahsia Allah tiada siapa yang tahu.. sesungguhnya walaupun pendosa, hidayah dari Allah juga tiada siapa yang dapat jangka. Mohonlah.. Berdoalah..

suka dengan cara dan gaya penceritaan puan penulis. setiap imbas kembali yang diselitkan semua dapat menjawab setiap persialan kisah. Cuma kita sebagai pembaca, ramaikah yang tahu kewujudan buku ini? Ramaikah yang akan memilih sebagai bahan bacaan? Ia bukanlah karya popular tapi PADA LUANG PELUANG boleh berdiri antara yang terbaik. Terima kasih puan penulis untuk karya yang hebat ini. moga diberi limpahan idea pada puan untuk terus menyampaikan ilmu pada kami, pembaca.. Secara tidak langsung dapat diterap dalam minda.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 11 books285 followers
February 11, 2016
Tanpa perjalanan 'alam bawah sedar', novel ini mirip kepada karya popular yang siap untuk diadaptasi ke drama televisyen yang menggunakan rencah seperti keluarga datuk korporat, hubungan majikan-pekerja dengan bumbu cinta sejati dan cinta tidak bersambut, sifat suami-isteri yang kontradiks dan moral golongan elit.

Pendahuluan dan penamatnya menjadi babak untuk dimuatkan nilai murni sepenuhnya sementara keseluruhan plotnya mengulangi sisi negatif masyarakat di negara ini yang mengejar kemodenan. Ada bahagian dalam plot agak longgar dan lompong serta tergesa-gesa tetapi novel ini menepati gaya penulisan popular.

Rasanya novel ini lebih tepat diterbitkan oleh penerbit yang memiliki keutamaan kepada novel popular berbanding penerbit seperti ITBM yang lebih patut memberi tumpuan kepada karya kesusasteraan atau genre yang kurang dimasuki oleh penerbit swasta.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews