Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cik Calla Lily Dan Encik Bos

Rate this book
Seperti awak mencuri calla lily, seperti itulah awak curi hati saya.

AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni.

Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali.

“Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?”

“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!”

“Enjoy kepala hotak korang. Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?”

“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?”

“Fast and Furious!”

Cantik! Memang dapat pun tukar nama kumpulan. Tapi hampeh juga, sebab semuanya ahli lembik belaka.

Sebab itu ke ada orang hantar aku bunga calla lily? Aku pun perasan juga, masa team building tu ada sorang mamat ni macam minat aje kat aku, tapi masalahnya peserta team building kali ni kebanyakannya pegang status suami orang. Tak pun duda orang. Tak mau aku kalau duda. Nanti satu kampung gelak sebab aku dapat duda.

Tapi memang serius, selang sehari selepas tu aku terima calla lily. Siapakah gerangan dia?

443 pages, Paperback

First published January 1, 2016

12 people are currently reading
218 people want to read

About the author

Airisz

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
62 (27%)
4 stars
91 (40%)
3 stars
63 (27%)
2 stars
9 (3%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 54 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,012 reviews374 followers
June 24, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

First time baca novel dari Airisz and I suprisingly find myself liking this novel very much walaupun N kurang berkenan dengan tajuk novel sebegini. But it turns out to be a trademark penulis, so I'll let it slide.

Suka dengan Chinta and Fahrain, especially since si Fahrain ni dok tunjuk muka ketat jer memanjang tapi dalam diam sebenarnya seorang yang amat romantik.

Suka sebab konflik tak berat, amat sesuai lah N baca time tengah pening dan sarat dengan kerja.

Watak Chinta took me quite a while to like sebab dia terlalu lantang. Cepat sangat nak melenting padahal hal kecik saja pun.

But overall, it's a charming story yang, walaupun tiada yang istimewa, tetap menghiburkan.
Profile Image for nrrafitah.
107 reviews4 followers
November 13, 2024
3.5 🌟

As usual, buku Airisz sentiasa stress free. Kisah Fahrain dan Chinta ni pun best jugak. Suka dengan sikap cool Fahrain dan sweet dia tu. Tapi tak suka ending buku ni. Dia macam ehh? no wind no thunder? habis??!!
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews28 followers
March 18, 2016
Ehmmmmm..... As usual Airisz pya heroin kompom brutal level langit ke7.... Sayaaaaaa suuuukerrrr tapiiiiii.... MASIH TAK BOLEY TANDINGI Cik Bunga n Haris saya.... tak tau kenapa... Dua orang tu tetap segar di hati saya. Berkali2 dihidangkan oleh orang2 baru Airisz ini tp yang dua tu tetap ada special place in my heart.

Okay.... for this story.... sebelum apa2... saya nak mintak mahap zahir batin ye pada DHF Airisz... takpelah kalau saya kenek tembak pun dgn DHF dia tapi saya betul2 suka dengan karya Airisz... kalau boley saya nak karya2 beliau kekal segar dan SUCI. Kenapa huruf besar??? kerana kali ni karya beliau.... agak ke arah bedroomy... It's like a trend nowadays is ittttt???? Well.... guess what... LESS IS MORE n definitely LESS IS ENOUGH.

So.... in the future.... Andai kata lah... my review ini diterimapakai... mohon.... kurangkan bedroomy talk and morekan other actions. There are people who doesn't expect and appreciate the current trend. Maybe we are minority but.... we are also the one who contribute to the royalty payment. *Peace*

All in all.... I still enjoyed reading this story.... As usual lawak Airisz yang bersahaja.... Bahasa yang santai... Laser yang tepat dan jitu... However.... abrupt ending! I was likeee... Eh!????? Laaaaa dah abis ko! Having said all these, I must say that I was entertained.... Will wait for her next book n crossing my fingers for Cik Bunga n Haris punya comeback.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews44 followers
March 24, 2019
3.5 star

Sebenarnya ku baca semula novel ni. Haritu baca separuh jalan. Mungkin masetu mood membaca tiada.

Seperti novel2 Airisz yang lain. Masih bertemakan santai. Tiada konflik yang berat2.

Cuma aku lihat watak heroin, Chinta Adara terlalu ganas la..haha serius.

Jalan cerita yang simple & kudah dihadam. Tapi aku hanya mampu beri 3 bintang sebab, endingnya terlalu pendek. Tiada kesudahan untuk watak2 sampingan seperti apa yang terjadi kepada Waina & Zahrain serta isteri kedua Zahrain? Tasha & nenek Fahrain pula bagaimana.? Dan watak2 yang wukud banyak kali di awalan cerita mati sebegitu sahaja seperti watak emak Chinta Adara. Dan jugak watak ayah kepada CA serta ayah kepada Fahrain. Watak mereka mati sebegitu sahaja.

Suka watak2 teman sepejabat CA. Mereka jenis kepochi tapi sangat caring. Best😄

Agak2 tahun ni Airisz buat novel cik & encik apa pulak ye😆
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
December 4, 2015
2 1/2**

Pertama kali baca karya Airisz... not bad!
Untuk bacaan santai dengan jalan cerita dan bahasa yang mudah dihadam.
Tiada konflik yang berat-berat... yang memberatkan kepala bila membacanya.


Cuma terkilan dengan penamatnya yang pada saya agak tergesa-gesa.
Profile Image for Mslvoe.
1,960 reviews188 followers
March 2, 2022
On and off baca malay novels. Banyak missed out. Sekalisekala baca cerita yg ringan and terhibur, best jugak.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
100 reviews10 followers
April 23, 2019
Okay karya airisz kalini memang aku suka sangat. This year slow read sangat, novel nipis pun aku ambil masa 4-5 days to finish reading it. This one aku start baca kebetulan tengah busy, but then bila dah start baca betul betul aku habiskan baca dalam masa a day and a half. Dia punya cerita tu buatkan rasa nak tau what's next, what's next? Tau tau dah hujung novel.

And apa yang aku suka pasal novel hasil karya airisz ni, character dia semua realistic.

For sure. Her book is chill, relax. Sukaaa sangat.
Profile Image for nilam.
363 reviews70 followers
January 9, 2016
best2...penulis airisz ni mmg x lari dari trademarknya yg buat ceriti..manis dan sweet..yg buatkan kite tersengih2...

sweet sgt Chinta dan Fahrain ni...

cuma..x puas dgn ending nya..terlalu cpt..
dan ada persolannya
1. siapa yg tgkap gmbar diorg kat supermarket dan sbr kat whatsapp group?
2. miss J kena tgkap basah dgn sape..?? haha

harap2 cik penulis bca review ni n jwp..hihi

apa2 pun thumbs up tuk cik penulis... :D
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
November 1, 2017
Best. Saya suka. Cik Ta yang tegas, garang tetapi hati lembut. Fahrain yang pada mulanya saya rasa agak pelik sebab susah sangat nak dengar suara dia. Malar muka ketat. Tapi bila start dengar saja suara dia, terus tersuka. Cair hati ini. Full pakej betul.

Tapi sayang, tak boleh bagi rating lagi tinggi sebab macam ada perasaan tak puas hati apabila tiba-tiba membaca perkataan TAMAT. Macam itu saja endingnya?

Bagaimana dengan honeymoon yang kena tangguh tu? Sebab terus senyap begitu saja. Siapa pula yang ambil gambar dan pecahkan rahsia mereka? Kalau betul memang Fahrain yang plan, nak juga tahu detailnya. Mesti best dengar explanation dari Fahrain sendiri kan. Kesudahaan nenek, Waina dan Tasha pun samar-samar. Tasha membawa diri ke luar negara. Okeylah, mungkin inilah cara penyelasaian yang Zahrain buat tu. Tapi bagaimana pula dengan Waina?

Lepas tu, persoalan tentang Datuk Omar dan Hajah@nenek lagi. Agak lambat kisah mereka ini ditimbulkan. Sudahlah lambat, tak pula disudahkan dengan sempurna. Sampai ke penamat pun tak serik-serik lagi si nenek tu. Kesian Fahrain dapat dua nenek yang jahat.

Last but not least, tentang geng ofis Cik Ta yang kaki gosip dan memegang status andartu tu. Tahulah mereka hanya watak sampingan. Tapi kan bagus kalau at least ada salah seorang dari mereka yang akhirnya bertemu jodoh. Bagi Cik Dalila bertemu jodoh kah, mesti sweet kan. Hurm
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
July 3, 2025
walaupun dia ada blank plot macam cerita tak habis not bad lah still tak leh lawan cik yah yang tu paling fav
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
February 6, 2017
Suka dengan watak heroin yang tegas dan cekap di tempat kerja tapi masih akur dengan orang tua dan ugama. Chinta Adara atau Che Ta, berkerja di bahagian kewangan di sebuah kilang pengeluaran. Baru berumur 26 tahun tapi ibunya sudah kalut untuk mencari jodoh untuknya. Dia reda dengan sesiapa saja asal bukan duda. Alergik! Tapi itulah jodoh yang dipilih oleh ibunya. Pada waktu yang sama, dia sering dapat sejambak bunga calla lily sejak pulang dari sesi team building di Janda Baik. Tapi seingatnya, di sana tiada yang bujang; hanya duda atau suami orang! Bila sudah berkahwin dengan Fahrain, satu-satu rahsia terbongkar. Fahrain telah menduda selama dua tahun dan dia adalah bos baru di tempat kerjanya. Fahrain juga adalah jiran yang selalu bermain dengannya semasa kecil. Fahrain juga adalah salah seorang peserta di sesi team building kelmarin. Semakin mengenali Fahrain, hatinya semakin sayang. Tapi Che Ta pun risau kenapa dia terlalu cemburu. Rupanya dia sedang berbadan dua. Che Ta perlu belajar untuk mengawal sifat cemburunya dan barannya pada biras dan nenek mentuanya. Dia juga rasa terpanggil untuk melindungi maruah suaminya bila nenek dan bapa kandung Fahrain datang supaya Fahrain kembali pada mereka.
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
January 26, 2016
Sekali lagi cerita ini tak mengecewakan saya. Macam biasala cerita Airisz mmg santai jer. Cerita yg xde byk konflik so x yah susah2 nak tension ke apa..
Mula2 sy igt nama heroin Cala Lily tp rupanya namanya Chinta Adara @ panggilan manja dia Cik Ta. Umur Cik Ta dah melangkau suku abad tp masih blom ada tanda2 dia bakal berdua maka dia cukup anti dgn gelaran "andartu" bak kata mak dia
Andartu ni ada 3 kategori, kategori pertama, junior andartu. Ini dikira andartu kumpulan tahap satu. Mereka terdiri drpd anak dara yg lom kawin umur dlm 26-36 tahun. Kategori kedua , senior andartu dlm lingkungan 36-46 tahun dah layak terima menantu bukannya bakal terima suami. Kategori ketiga , veteran andartu x ble kata apa dah kalu kawin tahap nyawa2 ikan, x berapa faedah sgt dah kalu kawinpon . Setakat memperabihkan boreh ja. Hahaha gila kejam tafsiran mak Cik Ta. Mau berasap para andartu ni
Profile Image for Shazalila Shah.
31 reviews2 followers
January 25, 2016
Jalan cerita ada.. Tp kureng sikit... Cara olah cerita kut yg sy x suka..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
June 21, 2019
baca kali kedua pun masih tak bosan.

kehidupan memang begini. akan ada pelbagai kisah, pelbagai cerita.

akal saja yang perlu mentafsir mana baik, mana buruk...
Profile Image for Iqa.
142 reviews4 followers
August 29, 2022
So many family and relationship problems. Also started off bad with the mc being rude and ungrateful. I’ve tried my best, but this is certainly not a fave.

So little screen time of sweet interaction between the couple. Also silly of mc to hide their marriage when it is advised to be advertised so people do not misunderstand.

Also not a fave when polygamy without a discussion was involved. Regardless if the first wife is good or less good. A lot of gossips and cheating talks as well. But, that’s the reality of nowadays.
Profile Image for Xin Ya Jian.
399 reviews36 followers
June 18, 2016
Lepas jer baca buku A Court of Mist and Fury, terus saya pick this book. Sejujurnya Airisz is one of my Malay favourite authors. Cara tulisannya best and ceritanya tak banyak yang stress sebab watak-watak utama pandai membawa diri. Serious cakap, kalau tak nak cerita yang tension or sedih-sedih, please do pick a book from Airisz.

Cerita ni mengenai seorang gadis bernama Chinta Adara mencari siapakah gerangan lelaki misteri yang selalu mengirimnya bunga lily, bunga kegemarannya - awww...so sweet! Cerita bermula di mana Chinta diarahkan untuk join team building syarikat dan dia 'berkenalan' with the mystery guy kat sana but tak berapa nampak muka lelaki tersebut dan hanya sempat mendengar suara sinis lelaki tersebut kepadanya. Selepas pulang dari team building tu la Chinta selalu jer terima bunga lily. Chinta mula terpikat tetapi telah dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya. Akan tetapi Chinta tak terpikat langsung dengan lelaki pilihan ibunya kerana baginya lelaki itu terlalu sombong. Can you guess what will happen next? Hehehe
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
January 11, 2016
I am a fan to AIRISZ and have every single collection of her book..cumanya untuk buku ni saya disappointed.
kenapa? well..penulis still mengekalkan element sweet romantic and fun character. that I always appreciate..cumanya saya rasa penyudahan dari segi novel ni kurang kemas. banyak lagi yang tergantung...what happened to dato omar ? fahrain father just easily give up? what happened to Tasha? what happened to rumah tangga si zahrain? one thing I can conclude is rumah tangga CIK TA and FAHRAIN seems going strong...
bila sampai perkataan tamat tu..kepala saya pun jadi confuse...end just like that? or maybe ada second book? hm...apapun I did enjoy the story plot but not the ending!
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
February 21, 2016
Aku tertarik nak baca novel ni sebab cover dia yang menarik dan Airisz adalah salah seorang penulis kegemaran aku. Novel ini bagi aku agak santai dan tidak mempunyai konflik yang terlalu berat. Jalan cerita dah cukup menarik tapi aku rasa macam ada sesuatu yang kurang. Rasa seperti penulis nak menamatkan penceritaan dengan cepat. Aku rasa jalan cerita boleh dikembangkan lagi. Overall,aku suka cerita ni walaupun kebanyakkan watak dalam cerita ni suka bergosip.. suasana di tempat kerja Chinta nampak real dan telatah rakan sejerja Chinta amat mencuit hati.. terutamanya watak andartu-andartu..
Profile Image for Norhasmeza.
10 reviews2 followers
January 4, 2016
hwaaaaaah....best2... aku mmg suka karya Airisz.. dr Cik bunga sambung Cik blur..pastu Cik cinderalela ...dan skrg cik calla lily....best baca.. citer simple..konflik pon simple..aku pon tak pening nak hadam.. yg penting.. karya airisz.. rasa mcm dekat di hati ..maybe sbb jln citer nye mengambarkan suasana, cara hidup org biasa2..mcm kita2 nie..

psstt: agak2 korang kan.. camna nak hubungi penulis ni.. nak minta tandatangga dia la.. wat koleksi..
242 reviews12 followers
October 15, 2016
Genre ringan. Sehari ja baca dah hbs. 1.30 pagi jumpa perkataan tamat. Ha... Ha... Rupanya geng ofis ni kuat gosip rupanya. Sama dgn buku airisz yg lain menonjolkan heroin chinta adara yg dipanggil cik ta seorang yg berani. Kalau tak jena cik ta ni sound terus tak kira siapa. Bos pun kena dound. Hero yg kaka tapi dlm hatu ada taman. Siapa nak genre ringan blh baca buku ni. Gelak ja baca
Profile Image for Azra Yukiko.
20 reviews
November 30, 2017
Cerita yang mengangkat 3 isu utama, gosip, andartu, & duda.

Serius aku suka novel ni. Cik Ta yang selamber, Fahrain yang tak la macam tipikal hero-hero novel sangat, tambah pulak dengan geng-geng gosip Cik Ta. Kelakar sangat-sangat, tapi gelak-gelak pun makan dalam jugak la.huhu... Tapi rasa macam tak puas jek baca. Tengah duk suspen, dah tamat. Rasa macam tergantung pun ye jugak (nak jugak tau Miss J kena tangkap basah dengan sapa...haha). . Mungkin penulis nak suruh pembaca fikir sendiri kot apa jadi pastu. Apa-apa hal pun mula dengan gosip akhir pun dengan gosip. Ntah bila nak insaf...hahaha
8 reviews
October 27, 2023
Recently re-read this book. Some things yg saya perasan dgn penulis ni,

1. Bodyshaming
2. Racist
3. Misogynistic
(Also her constant use of stupid@bodoh)

Takdelah extreme tapi almost every book I read from her will always mention body, skin colors and how a woman needs to do certain things to get men attention. And most of the time, the 'villain' of the story will be women.
Kampung tak kampung, sebagai org yg kulit tak berapa nak putih, tiap kali protagonist mentions darker skin equals unattractive, I cringed.
Bila dah asyik nak mention benda2 macam tu, jadi tak sedap lah nak baca.

Well, this book is from 2015-16 I believe, so I won't say anything much. Just hoping her writing will be better now in 2023.
6 reviews
December 25, 2016
airisz, one of my favourite author. i like semua naskah airisz tapi yang ni the best antara semua. kelakar. actually at first i dont like watak heroin ni. agak lancang dan lasak. straight to the point je kalau bercakap tanpa pikirkan perasaan orang lain. i was like "sombongnya perempuan ni, ni ke heroin??" tapi lama kelamaan macam lawak lah pulak. watak hero tu memang i suka. 'kayu kayu' ni memang my type. i hope banyak lagi naskah yang akan memikat hati di masa akan datang.
Profile Image for Pawa Pazley.
7 reviews
June 14, 2021
Untuk novel ni, tak menyesal beli & baca.. Di sebabkan jalan ceta yang best & simple, memang best di layan.. Tak paya nak pening kepala fikir2.. So boleh dikatakan tak mengecewakan..

Selain novel ni, novel cik isteri & encik suami juga merupakan fav saya.. So boleh dikatakan penulis ni merupakan penulis novel yang wajib di beli novel dia..
21 reviews
September 12, 2020
Suka sangat dengan cover sebab lawa and cerita pun best juga cuma gantung. Patutnya boleh je sambung pasal keluarga sebenar Fahrain tapi dibiarkan tergantung begitu sahaja. Dan macam biasa, epilog pendek dan tak best. Kalau macam tu lah epilog, tak buat pun tak apa
Profile Image for rara.
84 reviews6 followers
December 6, 2016
banyak gosip chinta adara dgn kwn2 pejabat dia.
kan lg best kalau ada kisah cik dalila, kak liza dgn suzi. hehe..

ending dia mcm cepat nk abis.
Displaying 1 - 30 of 54 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.