Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pada Waktu Waktu Yang Terhapus

Rate this book
Kadang-kadang kita harap masa berulang kembali. Supaya kita dapat betulkan kesilapan lepas, walau kita tahu ia mustahil. Sebab kita sedia maklum yang masa yang pergi tidak akan berpatah balik untuk kita.

Tapi, bukan untuk Mikael. Kerana untuk Mikael, masa bukan saja kembali semula, tapi telah menjeratnya untuk membuat pilihan, membetulkan apa yang berlaku, atau mencuba suatu yang baru.

Dia harus pantas, kerana masa mungkin kembali untuk dia, tapi masa tidak pernah menunggu.

262 pages, Paperback

First published January 1, 2015

3 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Sahidzan Salleh

14 books76 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (26%)
4 stars
37 (48%)
3 stars
14 (18%)
2 stars
4 (5%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 16, 2016
3.25* untuk naskah ini.

Mengingatkan aku pada cerita movie yang berjudul The Triangle yang mana wataknya akan berulang melakukan jalan cerita yang sama sehinggakan watak utama itu ingat jalan cerita yang bakal dilaluinya dan cuba mengubah situasi tersebut. Cerita itu akan terus berputar di dalam latar yang sama.

Apa-apa pun, naskah ini masih baik.

Mungkin aku membacanya pada masa yang tidak sesuai.

Kisah ini memenatkan. Berbelit-belit.

Mungkin Murakami sebagai inspirasi.

Lagi suka buku yang sebelum ini.

Cukup sekali saja aku baca naskah ini.

Apa-apa pun kalian cubalah. Mungkin anda akan menyukai naskah ini?

Peace!
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
January 6, 2016
Being one of his biggest fans, it still amazes me how very few people know Sahidzan Salleh. He does have his own fanbase but I still don't think he gets the credit he deserves. His previous book Sepuloh Nama was just brilliant so I went into Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus with high expectations.

PWYT starts with a writer discovering his neighbour's dead body before he goes to work and his life just goes downhill from there. The first part of the story made me think the book was just going to be another Sepuloh Nama but even before you know it, you have stepped out of the familiar zone and into a strange territory. And you'll be hooked from there, wanting to know what is really going on.

Don't be irritated if you feel the story a little bit messy and cluttered, it is meant to be that way.

Sahidzan Salleh is just on a whole new level than other local authors; he doesn't spun stories out of thin air and really does his research. He's so good that I'm going to forgive all the unnecessary obscenities and few spelling mistakes in the book.

Go read either Sepuloh Nama or Pada Waktu Waktu Yang Terhapus if you love mysteries and thrillers. Sahidzan Salleh is, no doubt, one of the best local thriller writers we have.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
March 28, 2016
Hamba suka Pada Waktu Waktu Yang Terhapus. Tajuknya mungkin ala kadar dan tidak kedengaran indie (haha) tetapi hamba menyukai buku ini. Tentunya tidak melebihi suka hamba pada Kolonial Mimpi tetapi lebih sedikitlah dari Sepuloh Nama.

Buku ini menceritakan tentang seorang penulis bernama Mikael dan hari paling malang dalam hidupnya. Ya, lebih malang dari masalah buku yang tidak laris, bil-bil tak terbayar mahupun bebelan si isteri. Dia telah jatuh/terjatuh/dijatuhkan ke dalam sebuah perigi buta di dalam sebuah kedai buku pelik yang cuma menjual novel Inggeris tulisan penulis yang sudah mati, yang dimiliki seorang perempuan berambut biru yang punya falsafah perniagaan yang tidak akan mengembirakan Penyata Untung Rugi.

Perigi buta itu telah membawa Mikael ke satu hari sebelumnya dan dia harus menjalani semuanya sekali lagi sebagai seorang Mikael dalam versi berbeza untuk menyelamatkan dirinya sendiri dalam versi semasa/sebelum/selepas. Ini membuat Mikael secara langsung telah terlibat dengan kematian jirannya Ahmad, urusan jual-beli dadah, Sagel, polis korup dan duit 1.2 juta.

Mengelirukan tetapi menarik sekali sehingga hamba merasa sayang untuk meletakkan buku ini setelah memulakannya. Tetapi ya, hamba letakkan juga demi hadiah terhebat untuk manusia iaitu waktu malam dan tidur. Haha. Namun, serius, buku ini telah diplotkan dengan baik sekali. Mungkin hamba adalah pembaca cemerkap yang tidak sensetif pada loophole atau apa-apa kesilapan kecil tetapi hamba merasa penulis melakukan kerja yang teliti merangka jalan ceritanya. Paling tidak, dia menjawab soalan-soalan besar yang dia wujudkan sendiri.

Bahasa dan nada tulisannya juga baik. Hamba terdorong untuk menghargai aspek itu untuk sebuah buku indie yang mengandungi perkataan/adegan kesat yang sejujurnya tidak memberi seorang dewasa yang akan berumur 27 tahun ini sebarang masalah besar. Menapis dan tidak meminjamkannya kepada budak bawah umur, itu pun bukanlah satu masalah. Itu tanggungjawab.

Untuk pengemar cerita pengembaraan masa yang diisi dengan bicara-bicara tentang buku dan dunia penulisan, memiliki unsur aksi, penyiasatan dan... mistik (?), Pada Waktu Waktu Yang Terhapus mungkin sesuai untuk anda.



p.s Watak Isabel membuat hamba tiba-tiba punya cita-cita untuk membuka kedai buku sendiri ;)
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
August 31, 2017
Pada Waktu Waktu Yang Terhapus dimulakan dengan scene pembunuhan yang berlaku di Tingkat tujuh di Urban 3Sixty dan jiran mangsa, Mikael mendapati dirinya terjerat dan dia harus melakukan sesuatu untuk membetulkan apa yang berlaku.

Sejujurnya buku ini buat aku penat sedikit. Mungkin kerana ceritanya sedikit kompleks dan agak repetitif atau mungkin juga timing aku baca PWWYT ini tidak kena? Aku tak tahu. Apa apa pun, bagi aku jalan cerita memang absurd (ini memang teh kegemaranku) -- dengan kisah kisah kucing hitam, hal hal merentasi masa, telaga buta, pemilik kedai buku berambut biru, dan hal hal korupsi.

Aku cuma tidak berkenan dengan perbualan perbualan di dalam naskhah ini. Ia kelihatan janggal dan tidak natural. Aku kadang kadang cringe bila baca perbualan perbualan tersebut - geram pun ada sikit sikit.

Rating sebenar: 3.5/5 bintang untuk Pada Waktu Waktu Yang Terhapus tulisan Sahidzan Salleh. Masih tidak boleh menandingi Sepuloh Nama. Apa apa pun, aku sangat suka dengan jalan cerita Sahidzan, jadi buku ini bukan buku yang terakhir yang akan aku baca dari beliau.
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
December 24, 2016
Saya suka watak Isabel, gadis berambut warna itu, pemilik kedai buku yang falsafahnya sedikit pelik. Si penjual yang hanya menjual buku-buku di mana penulisnya sudah mati.

"I cuma jual novel-novel yang pengarangnya telah mati. Orang yang dah mati tak akan dapat membaca sebarang review yang buruk-buruk tentang novel-novel mereka..." mukasurat 58.

"Tiada yang original di dunia ini. Jim Jarmusch kata, nothing is original, curilah dari mana-mana saja yang dapat memercik inspirasi dan menyalakan imiginasi. Jim Jarmusch mengingatkan orang-orang seni akan kata-kata Luc-Godard; ianya bukan tentang dari mana you dapat suatu benda tu, tapi ke mana benda tu akan you bawa. Dalam hal ni, benda tu adalah idea." Mikael.

Sekalipun ada waktu-waktunya saya hilang arah dengan perjalanan cerita, tetapi falsafah penulis berjaya buatkan saya bersabar di dalam kesesatan yang dia cipta. Namun, akhirnya penulis sendiri yang berikan gps membawa saya keluar dari sebuah maze dengan perasaan lega.
Saya kira ini adalah novel berbentuk sai fi. Betulkan jika saya salah.

Yang baru-baru nak belajar memahami sesebuah genre :p

Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
April 7, 2019
OMG buku ni memang habis gini je ke? Ke mmg dah ada sambungannya? Sakitnya hati tergantung 😂

Buku ni syiokk tapi sebabkan ending dia gitu je, tak dapat la nak bagi 5 stars huhu. Watak, tempat, kejadian, boleh dikatakan semuanya macam pusing2 dalam bulatan yang kecil & ulang2 pada point yang sama je. Yang membuatkan cerita ni menarik sebab dia ada campur unsur2 crime, thriller, mystery & paranormal.

Pembaca akan sentiasa curious bila baca dari satu page ke page seterusnya, yang boleh membuatkan pembaca tak dapat nak stop baca. Tapi.. akhirnya akan kecewa juga sebab tak jumpa jawapan & penyesaian pon kat penghujung cerita ni 😂
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
May 12, 2017
Satu absurdity yang merentas masa, duplicating self dan macam mana Mikael sendiri kena betulkan keadaan.

Jalan cerita buat aku teringat dengan novel The Wind Up Bird Chronicle-- kucing-kucing dan telaga buta, dan itu juga buku novel English terakhir Mikael baca sebelum realiti dia bertukar fiksyen waktu di Kedai Buku Isabel. Sungguh aku ingat Mikael delusi dalam fiksyen ciptaan dia sendiri (he's a writer anyway), a well scripted one, nice plotting and all, tapi tragedi sangat sampai kasihan pulak aku dengan si Mikael ni.

Strange dan banyak buat aku fikir-- ada 3 Mikael, pening juga lah. Hey encik penulis, awak tak pening ke?

Aku suka Isabel (walau perangai macam pelik sikit). Unik dan pembantu Mikael yang bagus but Isabel, I think you should sleep sometimes. Anyway, sangat enjoy baca walau ia fiksyen yang sedikit berat (atau confusing?) tapi jalan cerita dicipta sangat bagus dan fun. Lain dari yang lain, bukan senang nak jumpa buku lokal ditulis begini.

ps : Kalau ada sambungan (part 2, mungkin), aku harap dapat 'jumpa' Pablo.

Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 9, 2016
3.8*

pokok nya, novel ni mengisahkan bagaimana Mikael berjaya merubah kehidupannya dengan kejadian paling tak logik!

ceritanya menarik for me, ala2 time travel yang dalam 3 masa yang berbeza (tapi pada hari yang sama - ala2 cerita 24). atau, boleh dikatakan semuanya adalah imaginasi mikael sejak awal untuk mengambil wang ahmad, yang ditokok tambah olehnya atas kapasiti seorang penulis.

seperti yang dikatakan oleh isabel, semuanya telah ditakdirkan Tuhan untuk berlaku, tiada apa yang mampu mengubahnya.

cuma persoalannya, bagaimana nasib mikael yang lain? kewujudan telaga itu masih misteri & kemunculan jai & jef yang diakhiri sebegitu saja agak lari dari jalan cerita asal (saya kira) memandangkan ia lebih kepada roh sahaja.

apa pun, tahniah untuk penulis.

ps - 1st baca buku penulis, next #delirium!
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
May 19, 2016
Jalan cerita mmg best tp berpusing2 buatkan kepala ku makin pening. skjp faham lps tu aku blur. huhuhu
Profile Image for Su Zainudi.
150 reviews
October 19, 2025
Mikael, seorang penukis novel fiksyen terlibat dalam kematian jiran sebelah rumahnya, Ahmad, seorang ahli kongsi gelap Pablo. Seperti kes kematian biasa kan? Sebenarnya ya tapi bila penulis mengimbas kembali macam mana peristiwa pembunuhan tersebut berlaku, itu yang menjadikan cerita ini luar biasa.

Sebuah telaga yang berada di kedai buku milik Isabel menjadi titik mula untuk Mikael menelusuri kejadian yang membawa kepada pembunuhan Ahmad yang membawa kepada penglibatan Inspektor Jai dan Jef.

Tapi ada yang tergantung di sini. Apa kesudahan Mikael? Siapa Isabel dan kenapa telaga itu penyebab. Kenapa masa berulang buat Mikael? Kenapa?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews8 followers
May 30, 2018
cerita tentang pengembaraan masa. ada sesetangah bahagian yang aku ambil masa untuk faham sebab pengembaraan masa tu menjadi satu masalah apabila terjadinya klon Mikael (watak utama) kerana kesilapan percaturan strategy untuk pulang balik ke waktu yang silam. Ending punya plot twist boleh tahan juga
Profile Image for Azrie Idzmeer.
Author 3 books4 followers
November 6, 2018
Mula-mula baca macam bosan sikit tapi bila dah sampai ke Bahagian II, terus rasa macam tak boleh berhenti baca. Sayang sekali pengakhiran sedikit tergantung. Harap-harap ada sekuel sebab nak tau sangat sama ada Mikael berjaya keluar dari timeloop tu atau tidak. Polis tak jumpa cap jari dia ke? Jeng jeng jeng!
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
June 12, 2019
Konsep perulangan dan rentas masa dah banyak dibuat orang tapi yang membezakannya adalah garapan cerita tersebut, bagaimana ia membuatkannya segar dan sedikit berbeza.
Profile Image for Fee.
211 reviews1 follower
March 20, 2021
Kisah dadah, bunuh-bunuh, telaga buta, kedai buku yang tak pernah tutup, kucing yang bercakap, polis korup, rentas masa, dan macam-macam lagi. Antara karya lokal terbaik yang pernah saya baca.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
August 27, 2020
Konsep masa menjadi latar. Mula² memang agak confuse, tapi makin lama makin faham tentang gerak waktu yang dilalui Mikael. Kenapa ianya terjadi, dan bagaimana. Masa tidak pernah menunggu.
Profile Image for Fiqvertigo.
4 reviews1 follower
July 3, 2018
this is my personal favorite. The author is highly imaginative with settings - the apartment, jalan lama gombak bentong, kepong etc - proving his skill as a great fiction writer. A good effort from the author to write a time travelling, time loops Malay novel, which is rare for me.
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
July 2, 2019
Gila! Gila! Gila! Tapi menarik!

Tu ayat yang keluar lepas aku baca buku ni. Aku nak bagi 4 bintang pada mulanya, sebab aku rasa mengarut sangat dan tak logik. Tapi tangan aku galak sangat tekan 5 bintang. Kerana apa. Mungkin itulah rating selayaknya untuk buku ni.

Baca buku ni serasa macam aku masuk sekali dalam cerita ni bersama watak Mikael yang bawa aku menyelusuri masa dan ceritakan apa yang dah berlaku satu persatu.

Dari Mikael yang hanya seorang penulis fiksyen yang hari² dia hanya dipenuhi dengan menulis dan menyayangi isterinya Julia. Pada pendapat aku, Mikael amat menyayangi Julia, kerana sering nama Julia meniti di mulutnya atau ingatannya.

Last² apa jadi? Dari seorang yang just jalankan hidup dia seperti biasa terlibat dengan konfliks pembunuhan yang besar yang pada asalnya dia hanya nak perbetulkan keadaan. Tapi last², ....... Yang bunuh Ahmad. Oh man! It's crazy.

Part² last dengan dua polis Jai Jef tu lagila. Patutla waktu dia cakap dengan staff dia yang waktu tu tgh isi duit bantuan kerajaan, dye tak layan pun. I see. I see.

Aku bagi 5 bintang. Sbb aku still lagi dalam fasa oi betul ke ni oi. Aku baca baca baca, sampai aku terduduk tersandar jup, sebab rasa aku pun hampir tak waras dah baca konflik dalam cerita ni.

"Hanya membaca buku fiksyen boleh membuatkan seorang itu jadi tak betul, Mikael! Suara Samad bergema. Overdose buku-buku fiksyen boleh membuatkan seseorang itu mengalami masalah untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Sesekali, kau kena baca non-fiksyen.
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
June 23, 2021
MIKAEL, JULIA, ISABEL, SAMAD, INSP. HAIDAR, KONSTABEL FARIS, INSP. JAI & INSP. JEF, SAGEL, AHMAD.

Buku ini ada unsur mystery & sci-fi. Ermm.. pada awal bab aku keliru jugak dengan jalan cerita. 'Masa' ada unsur merentas masa walaupun hanya kembali pada waktu semalam. Bila baca kena fokus 😌 'ending' nya gitu yer.

Tentang Mikael, seorang penulis buku fiksyen yang masuk ke dalam sebuah kedai buku yang hanya menjual 'English Fiction' dengan syarat penulis itu telah meninggal. Nama pemilik kedai buku itu Isabel. Di dalam bilik belakang kedainya ada telaga. Dia terjatuh ke dalam telaga dan Mikael kembali ke masa semalam.

Ada pembunuhan di apartment sebelahnya. Jadi tanpa sedar, sebenarnya Mikael terlibat dengan kejadian tersebut. Dia cuba merungkai apa yang terjadi kepada Ahmad, satu-satunya jiran dia di tingkat 7 apartment tersebut. Pada masa yang sama dia cuba menghalang tiap perkara yang berlaku ke atas dirinya. Perkara tersebut melibatkan dia, Ahmad, Sagel, Insp. Jai & Insp. Jef.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
June 2, 2023
Influence Haruki Murakami kuat sangat termasuk dengan kucing hitam yang berkeliaran. Mulanya, aku ingat watak-watak dalam cerita ini akan jadi kucing-kucing hitam yang berkeliaran itu. Tetapi tidak.

Walaubagaimanapun, aku dah lama tak baca buku macam ini. Teringat pulp fiction walau tiada kaitan sangat. Dan seronoklah. Segala-galanya terancang daripada awal. Berpusing macam roda. Macam tonton filem Nolan.

Tapi aku rasa, ada baiknya cerita itu tamat awal sedikit. Cerita tentang Jef dan Jai terlihat dipaksakan. Kalau perigi itu masih boleh diterima dek akal, cerita Jef dan Jai sudah jauh daripada logik dan fizik cerita ini.

Apapun, tetap best. Mungkin selepas ini akan semakin banyak baca buku Sahidzan Salleh.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
January 16, 2020
Kronologi cerita yang sangat lain daripada yang lain, tapi sejujurnya perjalanan Mikael bagi aku sangatlah memenatkan. Tak ada satupun babak yang boleh buatkan aku rasa mahu berehat daripada perjalanan watak ini. Aku agak kasihan, kenapa dia yang kena? Mungkin kerana nama 'Mikael' itu sendiri, dia diberi rezeki untuk mengubah apa yang perlu diubahkan.

Jika dibaca dengan teliti dan menggunakan sedikit imaginasi, sebenarnya agak banyak mesej berkenaan ikhtiar hidup tenteram. Kuncinya adalah satu; engkau tidak jujur dengan amanah engkau, pandai-pandailah engkau menjawab di 'sana', di mana engkau tidak akan ada peluan untuk perbetulkannya lagi.
Profile Image for Firdaus Mfd.
6 reviews
August 5, 2018
Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus (PWYT)
Penulis : Sahidzan Salleh

Novel kedua Sahidzan Salleh aku baca untuk tahun 2018 (1,2 Jaga bakal menyusul) dan novel pengembaraan masa yang pertama kali aku baca.

Permulaan kisah dimulai dengan kematian. Kematian yang sebenarnya bukan penghujung sebuah kisah, tapi satu permulaan untuk pengembaraan hidup seterusnya. Kematian seorang jiran Mikael (seorang penulis) yang bakal membawa Mikael ke satu takdir masa menembusi logik akal manusia.

full review with the picture... visit my blog below

http://idsly.bid/PadaWaktuYangTerhapu...
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
December 19, 2020
Damn Sahidzan Salleh.

Karya yang terbaik lah. Aku suka dengan jalan cerita dia walaupun bahasa dia sedikit baku. Permulaan cerita yang kaku dan macam pelik sikit bahasanya pada mulanya tapi di oleh secara baik dengan konsep “time travel”. Penceritaan yang tak pening bagi aku walaupun jalan cerita dia kena focus lebih. Mungkin sebab aku nak cepat habis sebab best. Page turner juga bagi aku.

P/S : Aku geram dengan Julia. Rasa nak tumbuk je. Hahahaha. Selamat tak jumpa lagi manusia macam tu.
Profile Image for Ema.
1,118 reviews
August 15, 2020
Mula2 aku macam nak surrender je baca buku ni. Aku pilih pun sebab covernya cantik.
Tapi lama2 jalan ceritanya menarik. Tapi kena fahamkan betul2lah. Jangan kau baca selang dua minggu ke apa. Memang ke lautlah.
Lepas ni aku kena cari buku lain penulis ni
Profile Image for Reine.
11 reviews
October 21, 2021
1. Design kulit buku yg terlalu malas untuk fiksyen yg sangat bagus isinya.

2. Membaca ceritanya sekali duduk, buat kau rasa mcm menonton filem. Itu kelebihan penulis setakat yg aku pernah baca beberapa novelnya sebelum ini.

3. Plot berpusing² buat aku teringat dekat Timecrimes dgn Primer.
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
May 13, 2019
Hadoi, penat otak nak faham last last pusing camtu ja. Kahkahkah
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
April 20, 2016
best.

tp nasihat aku, klu ko tgh stres@serabut@ade masalah bertingkat2, ko x perlu lg bace buku ni. Tunggu bila otak ko dah rileks, bru boleh start bace.

kenape?

sbb bg aku, buku ni boleh buat otak ko lg serabut. serabut berfikir apa yg tgh berlaku kat watak2 dlm buku ni.

aku bace silap timing sebenarnya. otak dah laa tgh pikul masalah-stres-belajar, pastu bace buku kene byk-pikir-mcm-ni. rase mcm giler sekejap td.

tp alhamdulilah, aku masih boleh habiskan.

ape2 pun, buku ni best. aku kasi tabik kat tuan penulis.
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.