Jump to ratings and reviews
Rate this book

Melayu Ke Bulan

Rate this book
Buku Melayu ke Bulan adalah sebuah kritik sosial kepada masyarakat Melayu kita di Malaysia. Aku ingin mengambarkan dalam satu sudut lain "blind spot" yang orang Melayu selalu terlepas pandang, kenapa orang Melayu dari dulu tidak maju-maju `sangat'.

Aku perhatikan, selagi orang Melayu masih Iagi buat-buat pekak, sengaja tutup telinga, tulikan mata daripada melihat realiti sebenar yang berIaku depan mereka, sampai mati orang Melayu tak kan sampai ke Bulan. Orang Melayu hanya mampu bermimpi dan berangan-angan, macam frame gambar tengkorak yang korang tengok depan cover buku tu.

Sikap tak apa Iah... kesianlah, alar bukan apa pun... Melayu? Malu mengaku Melayu, Melayu tu rasis! Biarlah depa ambil hak kita, tanah dirampas, ekonomi orang Melayu lemah, malu jadi orang Islam, agungkan tamadun Barat, lemah dalam kepimpinan, berpecah belah, tidak bersatu padu, liberal, sekular, berf ikir ikut nafsu, adalah antara halangan-halangan yang mampu menyekat orang Melayu kita daripada terus maju dan membina sebuah peradaban gemilang yang berpaksikan kepada Islam.

192 pages, Paperback

First published January 1, 2015

19 people want to read

About the author

Asyraf Farique

7 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (25%)
4 stars
6 (18%)
3 stars
11 (34%)
2 stars
3 (9%)
1 star
4 (12%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Nur Aimuni.
31 reviews
April 27, 2017
Isu-isu yang diketengahkan penulis menarik, saya kagum ada anak muda yang mempunyai pemikiran dan bercita-cita melihat bangsa sendiri maju dan kehadapan. Jarang-jarang sekali membaca buah fikiran seperti ini. Cuma gaya penulisan dan bahasa yang terlalu santai membuatkan saya kurang tertarik dengan buku ini, dan merasakan buku ini terlalu simple. Saya sukakan gaya penulisan bahasa melayu yang cantik. Saya yakin dengan latar balakang penulis, beliau boleh melakukan penulisan yang jauh lebih baik lagi.
Profile Image for Ismaliza.
37 reviews
April 4, 2021
jika melayu yg sedar pun tidur, bagaimana melayu yang lena.. semoga ramai dikalangan orang Melayu yang membaca naskah ini sedar dari lena yg panjang
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
July 25, 2018
Pertamanya, penulis mungkin ada idea yang bernas tetapi gaya penulisan masih di tahap amatur. Ayat kedua biasanya tidak mencerminkan idea ayat pertama, maksudnya ayat tidak bersambung dengan baik.

Kedua, idea penulis untuk menyedarkan bangsa melayu amat baik tetapi perlukah memburukkan bangsa lain? Frasa seperti cina kafir amatlah rasis bagi aku. Hal ini seperti bertentangan dengan idea asal penulis yang mengatakan kita sendiri yang memburukkan bangsa melalui media dan sebagainya. Jadi, burukkan bangsa sendiri tidak boleh tetapi burukkan bangsa lain boleh pula?

Harap penulis boleh muhasabah.
Profile Image for YJ Tan.
3 reviews1 follower
March 5, 2020
nak Melayu jadi bangga dan maju,bukan dengan cara mengkritik ideologi universal and berfikiran luas,apatah lagi saling belajar dab bersaling dgn kaum lain?tak baloi nak baca pun,tengok isi kandungan dah beberapa tajuk berkenaan dah tau buku ni bukan sebuah rujukan yg membuka minda,tapi kritikan yg stereotype dan sempit,sama seperti buku buku fancy hipster di luar kulit buku,tapi isinya tiada.
20 reviews
August 25, 2017
Great book.
basically talks about sejarah melayu yang dilupakan,gerakan evangelis,peranan media liberal dalam disensitize izzah diri, dan banyak lagi unpopular opinion based on research and sepatutnya difikirkan oleh kita.:)
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
69 reviews1 follower
January 4, 2018
Satu buku yang bagus dalam membangkitkan semula rasa jati diri dan semangat cintakan diri sendiri, bangsa, dan negara.

Diselitkan fakta-fakta yang menjadi hujah untuk setiap kenyataan yang dilontarkan.

Syabas saya ucapkan kepada penulis muda ini.
Profile Image for Jiha Jahari.
17 reviews
July 26, 2021
Seorang Melayu yang berfikiran ke hadapan, punyalah jauh dia fikir, bagi satu refleksi untuk kita juga, hidup kita bukan sekadar untuk diri sendiri saja.

Antara buku yang membuka minda, kepala otak, hati; kalau baca hari ni pun points dia valid lagi!

Bacalah, geng!
Profile Image for Mat Jack.
38 reviews6 followers
May 29, 2016
Buku yang ditulis oleh penganalisis IRIS Institute dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kopi Press ini berbicara seputar nasib, survival, jati diri, hak dan juga untuk menyedarkan orang Melayu khusunya generasi muda tentang apa yang sedang mengasak orang Melayu ketika ini. Penulis bukan hanya memfokuskan kepada negara Malaysia sahaja, sebaliknya Singapura juga dijadikan rujukan untuk memberitahu orang Melayu apabila kuasa politik mereka telah dirampas oleh bangsa lain. Penulis berulang kali menyebut tentang nasib orang Melayu di pulau yang diperintah oleh PAP semenjak berdekad-dekad yang lalu.

Buku yang ditulis dengan menggunakan pendekatan rencana ringkas ini sangat baik untuk dibaca. Walaupun isunya agak berat dan panas, tapi apabila disampaikan secara santai, ia sangat mudah untuk dihadam dan memahami fokus yang ingin disampaikan penulis. Gaya penyampaian penulisnya sangat mudah untuk difahami tanpa menggunakan istilah-istilah bersifar registar walaupun membicarakan tentang isu ekonomi, misalnya.
Profile Image for Nabil.
2 reviews27 followers
June 30, 2016
Banyak membuka sudut pandang yang berbeza.

Sungguh memberi kesedaran.
Profile Image for Ikram Adha.
Author 1 book3 followers
September 15, 2016
buku ni sesuai utk memberi gambaran yg baik serta jalan kepada solusi kpd isu2 sekitar Bangsa Melayu seluruh dunia. Bahasa penyampaian yg sempoi tetapi sesuai dan tepat ketika mengolah isu. terbaik
3 reviews6 followers
October 8, 2019
Penulis sangat bersahaja dalam menyampaikan konflik dan permasalahan dunia dan khusus untuk orang melayu yang kian hilang jati dirinya
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.