ada yang kata novel karya puan penulis Rin Ahmad sangat urban... ada yang kata novel karya puan penulis hanya berkisar kalangan insan yang hidup mewah, kaya berharta... ada yang kata novel karya puan penulis terlalu moden olahannya... sayang sekalian, yang berkata itu hanya baca tanpa menghayati atau tak baca sekadar mendengar kata yang tak menghayati?.. 5 buah novel karya puan penulis dah di baca dan semuanya punya agenda yang tersendiri tetapi matlamat utama yang satu, kembali dan percaya pada YANG SATU... agak-agak betul tak apa yang saya rasa ni puan penulis?
sara dan sean adik beradik yatim piatu berdiri atas kaki mereka sendiri, menjaga diri masing-masing sebaik boleh dan pergantungan dalam erti kata adik beradik yang begitu utuh simpulannya. abang yang amat bertanggungjawab terhadap adik dan adik yang amat menjaga kebajikan abangnya. sean membuka perniagaan snooker dan sara memantau perjalanan perniagaan abangnya dari dia sekolah lagi. cuma sara ni ada macam hati kering sikit dan tak suka bergaul. dia hanya dengan dunianya sahaja -> sekolah, belajar dan sean snooker. walaupun punya teman baik, indah tapi sara memang dengan dunianya saja. masa berlalu, hubungan erat sara dan sean dipunahkan oleh indah. indah yang lupa bahawa sara adalah sahabat baiknya dan adik iparnya..
sara hidup sendiri setelah dihalau sean. bekerja sebagai akustik konsultan buat dia perlu berjumpa dengan ramai pelanggan dan ketika itulah dia berjumpa dengan que zafril. dan pertemuan mereka berentetan walaupun khidmat sebagai konsultan untuk perkhidmatan di kediaman que selesai. que sukakan sara. sara tak sukakan que. sara lebih suka pada shah tapi papa shah pula tidak suka pada sean. betapa prejudisnya pandangan masyarakat terhadap pusat snooker yang hanya dianggap sebagai pusat judi.. bagus sean yang mahu menaikkan suka tersebut tanpa pengaruh benda-benda haram. kisah mereka bertambah cantik dengan cara olahan santai dan bersahaja oleh puan penulis. dengan ayat yang puitis walaupun banyak diselit bahasa inggeris yang agak simple tapi tetap sampai jiwanya pada pembaca.. banyak juga ilmu yang terselit. sebenarkan, walaupun tajuk JEJAKA tapi kisah sara yang lebih monopoli dan kalau dikata que adalah yang edisi terhad, sebenarnya sean juga.. payah nak jumpa abang, sahabat, orang muda dan bakal abang ipar seperti sean nih.. hehe...
kebetulan tiada sebenarnya dalam kehidupan. semua sudah tertulis... walau apa pun masalah seperti indah yang licik menipu supaya sean menjadi suaminya bak ayat penulis, tiada istilah salah memilih pasangan untuk berkahwin.. cara kemudi itu yang penting. teruk macam mana pun pada awalnya isteri tapi jika betul cara didiknya pasti akan betul arah yang dituju. begitu juga dengan sara, walaupun shah lebih lama dikenal dan lebih dulu melamarnya tapi kalau dah jodoh dengan que larilah sejauh mana akan bertemu juga.. redha dengan ketentuan, jangan cepat putus asa dan jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah ada, mengadu padaNya lebih baik dari buat perkara yang bukan-bukan.. really enjoy this novel puan penulis dan tak sabar menunggu yang seterusnya.. all the best!..