Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Padam Rindu

Rate this book
Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!

Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.

Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.

Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?

Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?

Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.

Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.

Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?

“Simpan rindu dalam hati!”

633 pages, Paperback

First published January 1, 2016

25 people are currently reading
201 people want to read

About the author

Rina Farizq

15 books39 followers
Masrina Mustapah

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
49 (36%)
4 stars
39 (28%)
3 stars
24 (17%)
2 stars
18 (13%)
1 star
5 (3%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
July 1, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Let's just say that I like Miss XL more than I did this one.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
January 13, 2016
menarik best pembuka selera

walaupaun ada cacatnya pada kisah keluarga mr engineer@tuan haji complicated sampai MB stresss hehehe so i ignore je baca part yang penting2..
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
January 2, 2016
Speechless!!

ingt cerita santai..rupanyaa..mcm2 kisah yang kita x dpt agk dalam novel ni..
mula2 cerita rasa nk tergelak je...bila si Ellie yg kena kawin paksa dgn 'Tuan Haji'..yela umur dah 30++ mmg kena paksa kawin la jawabnya...dah agak dah..bakal suami dia tu bukan 'Tuan Haji' bertongkat yg sprti dibayangkan..

bila dah tau siapakah gerangannya...kenapa Ellie tersangat benci...rupanya ada kisah disebalik Ellie yang x hingin berkahwin...si tunang rupanya cinta pertamanya...kenapa dia benci sgt??

nak tau kena baca sendiri...:)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 16, 2021
kalau ikut garis masa, ada dua kalau tak silap. masa kini dan kisah tiga tahun lampau. kisah yang tiga tahun lampau ini ada dua tapi ada titik pertemuan antara keduanya.

bermula dengan kisah kinilah, kan. ellina yang hendak ditunangkan dengan jiran. umur pun dah tiga puluh tiga. dia memang tak nak tapi bila melihat ibunya yang penuh pengharapan, ellina jadi tak sampai hati. tapi punyalah dia geram sebab bakal tunangnya orang tua!

tapi, sebenarnya bukan. punyalah selama ni dia berangin je. rupanya tunangnya adalah seseorang dari kisah tiga tahun lalu. seseorang yang dianggap sangat merobek dan menyiatkan hatinya melalui percakapan dan perbuatan.

akid fauzan. inilah lelaki itu. lelaki yang menyebut 'i don't do girlfriend'. tapi ada sesuatu yang mengikat mereka. masing-masing sedar tapi dua-dua dalam bijak pandai, ada kedunguan. ego pun ya.

puan penulis cantik Rina Farizq seperti ramai pembaca tahu hebat dalam penyusunan dialog yang sangat catchy. pembaca boleh sama rasa setiap gerak rasa dan naluri pada kesemua watak yang ada. walau sekecil watak sekalipun. contoh macam hani. impak watak ini pun kuat untuk keseluruhan pergerakan cerita.

berbalik pada ellina dan fauzan. walau tiga tahun mereka terpisah, jodoh menemukan mereka semula. satu persatu kisah terlerai. kerana dosa silam, dapatkah ellina bertahan untuk bersama fauzan?

setiap manusia, ada saja kisah silam yang memeritkan. hendak dipadam, memang tak akan boleh.

cuma

jangan padam sifat kemaafan dalam diri.

itu saja.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 23, 2017
2.8* NLB
Cerita dari author kali ini agak santai. Rasa macam masih ada yg kurang. Biasanya saya ni jenis beremosi bila membaca..but here..NIL..Walaupun ada scene yg sweet, saya masih rasa kosong. Tapi itu bukan bermakna saya tak suka dengan karya author kali ini.

As much as I luv this novel, ada juga yg saya tak begitu suka. Terpegun dengan ketampanan seseorang sampai lidah terkelu, pergerakan pun terbehenti begitu dan mata tunak memandang hingga terlupa rasa malu, fikiran melayang. Setiap perjumpaan dia tetap begitu..Kalau pertama kali okaylah, masuk kedua kali pun boleh dimaafkan lagi, ni kalau dah berkali2 begitu, menyampahlah pulak. Bila berbual bab kerja, boleh lagi fikiran melayang tak focus. Ditegur berkali2 pun masih speechless. But that doesnt mean she is cheap.

Lelaki pun begitu tapi pandai control..maybe because he said, "I dont do girlfriends." Warning bell that he might be a player until he met the One. And he did. Tapi ada yg masalah yg timbul menghalang untuk mereka bersama.

Issue dalam keluarga Fauzan, penceraian Ibu bapanya, Abang kandung meninggal dan adik angkat mengandung anak luar nikah. Quite different plot twist here. Semuanya atas nama pengorbanan.

Fauzan jenis yang tight lip. Lebih suka beri arahan dari beri pandangan dan expect Ellina follow to a T. Emotional lah sikit si Ellina ni. Dan bila his past, "his favorite kind of nights" datang to claim his luv, almost ruined hubungan dia dan Ellina. Dah namanya masa lalu, buat apa lah nak difkirkan.

Betul juga Fauzan kata, Overthinking breeds negativity.

(Certain scene and dialogs remind me of Proposal cinta, Tundukkan Playboy Itu dan Seteguh Qaseh Faqya.)
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
March 22, 2016
suka dgn cerita ni...cerita yg santai, tanpa konflik yg berat...plotnya tersusun rapi...x de ruang untuk rasa bosan pun..

walaupun hero diceritakan mempunyai kisah silam yg x elok, tetapi cintanya terhadap heroin merubah keseluruhan hidupnya ke arah yg lebih positif...betapa hebat kuasa cinta antara mereka...turut menyelitkan nilai kekeluargaan, memaparkan tentang tanggungjawab...sesama ahli keluarga, sesama insan, terutamanya tanggungjawab kepada Tuhan...

walaupun ini kisah tentang cinta...tentang rindu...tanpa gambaran adegan mesra yg keterlaluan, rasa sweet & romantik tu tetap terasa...tetap me"melting"kan

sesungguhnya rindu itu sgt pedih, tapi ianya juga sangat indah..

Kuasa cinta mengatasi segala...walau bibir melafaz benci, hati tetap melagukan cinta


Profile Image for Jessica.
171 reviews
March 22, 2016
2016 - #Novel22

Best. Fauzan nampak sangat berkarisma semasa memikat Ellina sebelum dan selepas berpisah dengan Ellina. Ayat manis Fauzan sangat manis sampai aku sendiri pon boleh cair kot. ahahaha...

Tapi kesian Ellina ditinggalkan begitu saja dan pada masa yang sama juga kesian dengan Fauzan. Keluarga dia sangat besar teruji. kematian abang, adik yg hamil luar nikah dan perpisahan ibu bapa.

Ellina ingat dia kena lamar oleh Tuan Haji kerepot rupanya anak tuan haji laa. Bila si Fauzan memikat semula... sekejap aje Ellina cair. dari 3 bulan hanya 3 hari saja. Ellina ni cepat cair dan terpegun nan Fauzan.

I like... sweet sangat!
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
March 3, 2016
jangan padam rindu...simpan rindu dalam hati...haish...asyik terngiang-ngiang ajer ayat ni dalam kepala...

another winner from Rina Farizq. sungguh la tak sia-sia simpan buku ni lama-lama tak nak baca..because saved the best for the last! I love how El and tuan haji berkenalan at the beginning..and the flashback..and snippet what had happened two years ago also to Fauzan family...

a sinner is not always a sinner!
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 24, 2016
omey angat depa nie. hehehe... kisah lama, susah nak berkubur, kalau x diselesaikan.. sama lah ngan citer nie, when some1 from your old life interfering your current life. br betul buku temu ruas. hehehe
2 reviews2 followers
Read
April 24, 2021
Awal cerita menarik la jugak....tapi bila dah flashback pertemuan fauzan dan ellina dalam cerita ni sangat la buat aku berfikiran negatif aje pada si ellina ni. Awat la perangai hang mcm tu ellina. Sangat2 annoying. Aku struggle betul la nak baca abis dia punya flashback tu. Dah la panjang bab dia. Harap penulis boleh build character yang boleh menjadi ikutan yang baik kepada umum terutamanya remaja2 yang suka bahan bacaan seperti novel. Try make a strong personality for the better no for the worst.
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
October 24, 2017
Ellina dirisik oleh seorang tuan haji dan diterima oleh ibunya. Namun sebenarnya si abang aji yang menjadi tunangannya. Abang aji tersebut adalah orang yang sama pernah mengecewakannya dulu.

Tertanya-tanya apa yang telah terjadi selama perpisahan Fauzan & El..lina. Setelah mengetahui kisahnya, saya simpati dengan apa yang dialami keluarga Fauzan. Dan siapalah kita untuk menilai dan menghakimi kisah silam orang lain?

Pertama kali membaca tulisan penulis. Kisah yang santai tapi cukup rasa.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
January 12, 2022
Any books yg reprint…show how good is the story..cerita lengkap dengan love story..konflik keluarga… susunan cerita pon menarik…u done a good job writer…and how sweet the guy call ther girl name.. ell..lina..awwww..sweet and sexy weii…
52 reviews4 followers
May 21, 2017
erm maybe my expectation untuk novel ni sangat tinggi sebab terpengaruh dgn blurb di kulit belakang novel..
Profile Image for Chekemdotty.
39 reviews3 followers
February 13, 2016
Buku ketiga yang dibaca dalam bulan Februari.Wei,dah kenapa dua buah buku yang aku baca adalah novel cinta.Hahaha!!!Aku rasa sempena Valentine Day kot.Tu yang hormon-hormon gatal mengalir begitu deras untuk membaca buku-buku seperti ini.
Okey,about this book.This is the 2nd book from the writer that I’ve read.For me,this author really awesome and a lot of surprise elements in her books.Takde maknenya wei nak baca skip muka surat ni.Mau tertinggal train kalau buat macam tu.

Pengajaran yang terkesan dalam buku ni adalah aku teringat pada buku Hamka.Tajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.Perempuan biasanya tak akan lupakan kekejaman lelaki pada mereka,padahal kekejaman mereka pada lelaki tersebut bukan sedikit untuk dilupakan.Aku tak nak cerita pasal hero dan heroin.Tapi yang terkesan adalah bagaimana ibu bapa hero,Encik Akid Fauzan mengambil keputusan untuk berpisah.Kalau mak dia sabar sikit sebenarnya,mungkin tiada perpisahan.Ayah dia akan mempunyai keberanian untuk berterus terang kenapa dia nak kahwin lain.Miwal mungkin takdirnya berbeza..Huhuhu..Miwal yang kesian
Profile Image for Liya71.
111 reviews14 followers
April 15, 2016
Jalan cerita yang menarik, tak sarat, laju dan antara novel yang dihabiskan dalam masa yang singkat sebab antara satu plot ke satu plot tu tak de meleret2.

Moral of the story:
1. Jangan suka buat assumption.
2. Ibu akan buat perkara terbaik untuk kita, takkan la nak jodohkan dengan orang tua kerepot!
3. Sabar dan solat
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
February 15, 2016
Novel Yang pertama hero tidak memanggil heroin "sayang" tetapi memanggil dengan El li, El, Princess, Lady, Baby .. romantic dan manja.. Patut lah si heroin cepat cair.. Hehehe.. Congrats untuk penulis Ada kelainan dlm novel ini.. love Jangan Padam Rindu Simpan Rindu dalam hati!
1 review
January 8, 2016
jatuh cinta dengan fauzan..mamat ngok ngek..hahaha..jalan cerita santai dan kelakar..tak berat seperti sesetengah novel..tapi seriusly karakter fauzan sangat sangat melekat di hati..congrats author
Profile Image for Fara Farhan.
63 reviews1 follower
March 22, 2016
quite similar dgn novel inggeris yg penah sy baca...hmmm
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
June 23, 2016
JPR - Blh dihadam dgn baik. jln citer juga tdk meleret. Bahasa mudah yg senang nak faham! Dannn...Saya sukakannya! puashati!
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
February 20, 2016
Bacaan yg menarik..suka cite nie..simple..tak ler ngarut or berjela jela
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
January 15, 2017
Cerita yang sweet and funny.
Saya suka part sebelum kahwin..lepas kahwin dah jadi biasa-biasa for me.
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
January 11, 2016
rasa biasa2 je cte ni..jln y cte..ok la..not bad..tp dia imbas2 kembali ni..mcm x best plak..
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.