Jump to ratings and reviews
Rate this book

Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man

Rate this book
Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man is a collection of essays by essentially former colleagues and subordinates in attempting to provide a canvas of a man who has been described as a polymath and a dominant personality in the intellectual and cultural life of our beloved country Malaysia. Royal Professor Ungku A. Aziz has had a significant effect, since the decade of the fifties, on the growth and development of the nation in general and the University of Malaya in particular. The term The Renaissance Man is a most befitting and appropriate description of him who has multidimensional and varied interests. Royal Professor Ungku A. Aziz is well known for his Sarong Index attached to the Poverty and Rural Development in Malaysia. He explained the emergence and roots of poverty and how exploitation was the key to the problem and that market reform is essential to overcome the poverty problem. His relentless work on rural poverty and his study of the deleterious effects of fragmentation of estates established his reputation as a scholar. He strongly believes that development programmes must be sincere so that poverty can be eliminated as described in his pantun:

Kelapa puan di dalam jalur,
Kelapa jantan di buat titian;
Usaha pembangunan hendaklah jujur,
Supaya kemiskinan dapat dihapuskan.

398 pages, ebook

First published January 1, 2010

Loading...
Loading...

About the author

Profesor Datuk Dr. Hashim Yaacob (lahir pada 1949) merupakan Naib Canselor Universiti Malaya ke-8 dari 31 Mac 2003 hingga 31 Mac 2006 menggantikan Profesor Datuk Dr. Anuar Zaini Md. Zin yang akan tamat tempoh perkhidmatannya 31 Mac 2003. Beliau diganti oleh Datuk Rafiah Salim sebagai Naib Canselor Universiti Malaya ke-9 mulai 1 Mei 2006.

Pengiktirafan dan Anugerah

Antaranya kejayaan menjadi orang pertama di dunia yang menemui tempat membiaknya Human Herpes Virus-7. Menerima Anugerah Fellowship In Dental Surgery of The Royal College Of Surgeon of England dari Britain dan Anugerah Fellow Pengasas Patologi Mulut dari The Royal College of Pathologist of Australasia dari Australia.

Beliau juga telah menerima Anugerah Charted Biologist dari Institute of Biology, Britain. Kesemuanya diraih dari hasil usaha kerja keras dan yakin diri.

Demikian juga halnya apabila Hashim menekuni hobinya dalam bidang puisi. Minatnya tersebut telah disempurnakannya di dalam empat buah antologi puisinya, yang antaranya adalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Juga beberapa hasil seni khatnya yang terpampang di beberapa sudut di Universiti Malaya.

Kecemerlangan perkhidmatan Hashim terhadap masyarakat mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan oleh Sultan Kelantan baru-baru ini yang membawa gelaran Datuk.

Sebagai Penyair
Beliau juga terkenal sebagai penyair yang berbakat dan menghasilkan 5 buku puisi: Air Penawar Sekacang Kelat, Air Manik Astagina, Misi, Tanah Serendah Sekebun Bunga and Aku Hanya Mahu ke Seberang. Tiga daripada buku itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukunya Aku Hanya Mahu ke Seberang mendapat Anugerah Sastera Perdana (2002).Beberapa puisinya diterjemahkan oleh Victor Pogadaev ke dalam bahasa Rusia dan diterbitkan dalam buku berjudul Poyusyi Bambuk (Buluh Seruling) di Moscow pada tahun 2005 (Penerbit Humanitary, ISBN 5-89221-098-3). Dalam prakata buku itu "Dunia di Mana Buluh Menyuling Lagu Merdu dinyatakan bahawa keikhlasan dan kesederhanaan bentuk puisinya ialah antara yang terbaik dalam sastera Melayu moden.



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (62%)
4 stars
4 (25%)
3 stars
1 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (6%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books353 followers
December 22, 2020
Hashim Yaacob, Abu Bakar Abd. Hamid, KT Joseph, Azizah Hamzah (Eds.). (2010). Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press. 248 halaman.
------------------

Buku ini mengupas tentang jasa-jasa besar Profesor Diraja Ungku Aziz kepada pembangunan negara dalam dekad terawal selepas kemerdekaan dari kacamata tokoh-tokoh yang mengenalinya secara peribadi.

Dalam kapasitinya sebagai intelektual pentadbir Universiti Malaya (bekas Naib Canselor) beliau mampu membawa perubahan nyata di dalam mahupun luar pagar akademik.

Kita sudah biasa mendengar mengenai jasanya dalam penubuhan Tabung Haji dan Angkasa demi membantu ekonomi Melayu, tetapi masih banyak lagi sisi lain jasa beliau dikupas melalui buku ini.

Bentuk Universiti Malaya pada hari ini dengan wujudnya Pusat Asasi Sains, Ambang Asuhan Jepun, Muzium Seni Asia dan Rimba Ilmu sebagai 'green lungs' universiti, semuanya kerana peranan beliau.

Namun salah satu yang paling besar adalah jasanya dalam mengukuhkan peranan bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi dan juga melalui Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pandangan-pandangan beliau selalu tepat dan berwawasan, melihat jauh ke hadapan sebelum sesuatu masalah itu berlaku.

Lama sebelum isu mutu pendidikan universiti menjadi sebesar sekarang, beliau telah memberi pandangannya bahawa penubuhan “more universities will mean lower standards.” Kita boleh melihat sekarang mutu siswazah tempatan yang dilahirkan selalu dipersoalkan dalam media-media utama.

Ketika negara menghadapi krisis ekonomi, beliau memegang pandangan yang tidak popular dalam mentadbir jabatan perpustakaan, jika dibanding dengan suasana sekarang.

Menurut beliau, dalam masalah bajet universiti, perpustakaan patut menjadi jabatan terakhir sekali yang harus menghadapi pemotongan belanjawan. Ini kerana bahan-bahan penyelidikan adalah begitu penting untuk perkembangan kesarjanaan.

Beliau juga seorang yang mantap dalam perencanaan sesuatu, tidak melakukan sesuatu sebelum ada persediaan yang cukup.

Proses peralihan mengajar dari BI ke BM di fakulti-fakulti UM dilakukan secara bertahap supaya hasilnya tercapai dan tidak mendapat tentangan daripada pihak-pihak yang acuh tidak acuh terhadap kepentingan BM dalam meningkatkan ekonomi Bumiputera.

Usaha beliau meletakkan bahasa Melayu setanding dengan bahasa ilmu lain, mampu mengalirkan air mata dalam Bab 8 buku ini. Jerih-payah pembinaan bahasa untuk membolehkan anak bangsa mendongakkan kepala duduk sama tinggi dengan bangsa lain dalam negara ini wajar menjadi azimat bagi anak muda untuk terus mempertahankan bahasa kita sebagai bahasa ilmu tinggi.

Tidak hairan jika beliau turut menentang PPSMI, sehingga beliau pernah menyebut bahawa ia adalah suatu polisi yang 'gila'. Ini kerana kedudukan bahasa Melayu dalam ilmu telah terbukti mampu membawa perubahan baik kepada ekonomi dan pendidikan orang Melayu.

Usaha mencantas bahasa ini sebenarnya akan mengembalikan ekonomi orang Melayu luar bandar kepada keadaan tersisih sebelum merdeka.

Dalam hal menghadapi persoalan migrasi wanita desa ke bandar untuk memenuhi sektor perkilangan pada tahun 1980-an, beliau mengarahkan kajian-kajian sosioekonomi dilakukan supaya saranan yang berkesan dapat diberikan secepat mungkin untuk mengimbangi kesan-kesan negatif daripadanya.

Kajian-kajian ini juga memperlihatkan keprihatinan beliau terhadap isu-isu wanita, begitu juga penubuhan Angkasa yang banyak memanfaatkan kaum perempuan.

Kebesaran pemikiran beliau ternyata kerana sentiasa bertemankan buku-buku. Antara buku-buku yang meninggalkan kesan mendalam kepadanya adalah Mukadimah Ibn Khaldun, Rubaiyat Umar Khayyam, Alice in Wonderland, buku-buku al-Ghazali, Rumi, Edward de Bono dan Sigmund Freud.

Kehebatan beliau bagaimanapun tidak pernah menjadikan beliau seorang yang berlebihan dalam menikmati kehidupan. Beliau lebih kerap memakai baju kemeja putih sahaja ketika menjadi Naib Canselor dahulu. Beliau juga seorang yang sangat sederhana.

Menurut Abu Bakar Abdul Hamid dan KT Joseph, ada satu peristiwa yang begitu menggambarkan kesederhanaan beliau:

"Ungku Aziz is a very frugal man. Visit the Vice Chancellor’s room at the University of Malaya in his glorious days, and you would get the ambience of frugality…. There is a story of three professors who came to see him to ask for carpets in their room in accordance with their designation as superscale D and C officers. When they entered Ungku’s room they realized that it was unlikely that their request would be granted.”

Usaha memartabatkan jasa-jasa Profesor Diraja Ungku Aziz dalam buku ini perlu diterjemahkan oleh anak muda dan pembaca semua sebagai satu panggilan untuk menjadikan dirinya sebagai kayu ukur dalam memberi khidmat kepada bangsa kita ini. Kesederhanaan beliau harus dijadikan teladan terutama bagi mereka yang berada dalam dunia ilmu. Buku ini juga patut menjadi satu refleksi kepada arah tuju negara kita sekarang dalam pembangunan.

Namun satu pertanyaan timbul di benak sepanjang membaca buku ini. Mungkinkah pandangan beliau satu masa dahulu lebih didengari dan ditimbang berat oleh kerajaan kerana beliau adalah salah seorang dari kumpulan elit itu sendiri? Sudah tentu lebih mudah untuk seekor burung terbang sekawanan dengan kelompoknya. Ada disebutkan dalam buku ini "throughout his tenure he was never in serious conflict with the government bureaucrats."

Apakah rakyat Malaysia perlu menunggu muncul seorang elit intelektual sepertinya, sebelum dapat menikmati kejujuran yang lebih bererti dari birokrat pemerintah dalam keadaan setenat hari ini? Sebuah Renaisans di Malaysia harus sentiasa bersifat elitis?
Profile Image for Bookworm Amir.
204 reviews99 followers
September 25, 2011
This is the biography of a man that every Malaysian must read....or at least know who he is, what he stands for, and what he has done. The best part about reading this book?

Its a collection of biographies of the same man.

And not just a man, the man that me, as a teenager, never knew, but had so much impact in Malaysia that there are things that we just take for granted!

For example the establishment of the Pilgrim's Fund (and its awesome looking building) were his brainchild! There's literally more.

You'll be surprised at who this man truly is.

And the last chapter, written by Royal Professor Ungku himself, are the three things Malaysia needs to achieve (written in a shortened academic style due to space constraints) to survive.

They are:

1 - National Unity
2 - Language and Unity
3 - The mitigation of the Extreme Poverty Group

And in line with an academic work, he gives solutions that can be worked on.

Oh and might i add a few chapters are in Bahasa Melayu, and that was awesome because it refreshed my grasp of my mother tongue even further.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews