Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hijrah Diri

Rate this book
Aduhai jiwa yang berpaut kepada dunia, terengah-engah engaku tindas-menindas, bak anjing berebutan seketul tulang yang telanjang! Aduhai jiwa yang menagih nikmat dunia, terbata-bata engkau mengucup nikmatnya, sedangkan dunia itu seumpama titis air yang tersisa daripada satu celupan di hujung jemari!

Demikianlah novel Hijrah Diri, yang bercerita tentang Sufi yang dibutakan oleh ketaksuban akan dunia, yang buta hati akan tuntutan Allah. Jiwa berontaknya dipupuk dibelai, sampai menjadilah dia manusia degil kosong jiwa. Kebestariannya hanya tertumpah pada kerjaya, sedang rohaninya dalam zulmat.

Namun, hidup manusia Sufi itu tidak sendiri. Yang menginginkan dia tegak di jalan-Nya, senantiasa ambil peduli, menyiramnya dengan ungkap nasihat bertali arus beserta setimbun doa dan contoh teladan harum mewangi. Akan tetapi, yang berkuasa menghijrahkan manusia, Allah. Akan hijrahkan Allahkah manusia Sufi itu?

517 pages, Paperback

First published January 1, 2015

12 people want to read

About the author

Hasanuddin Md. Isa

25 books16 followers
Hasanuddin bin Md Isa dilahirkan di kampung Kuala Atok, Raub, Pahang Darul Makmur pada tahun 1 Januari 1961. Bapanya, Md Isa bin Omar merupakan petani yang pernah belajar pendidikan Islam dan bahasa Arab di sebuah pondok pengajian Islam di Bunut Payung sebelum perang. Hasanuddin Md Isa mendapat pendidikan awal di kampung halamannya iaitu di Sek.Kebangsaan Kuala Atok pada 1967-1973. Beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Kebangsaan Raub pada 1974-1977. Dengan berbekalkan A15 dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Teknik Kuantan 1977-78. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men. Abdul Rahman Talib , Kuantan 1979-1980 di tingkatan 6 Sastera. Setelah mendapat pencapaian agak baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 1981-1984. Seterusnya mulai tahun 1988-89, beliau mengikuti kursus diploma pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1992, beliau sekali lagi mengikuti kursus dalam bidang Pedogogi dan Metodologi Pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau telah berkahwin dengan Puan Nor Aliza bt. Mohamad Hanib pada November 1990. Hasil perkahwinannya itu dikurniai Allah empat orang cahaya mata.

Dalam kerjaya yang pernah dijalankannya, beliau pernah menjawat jawatan dalam sektor awam. Antaranya ialah:

i.GSTL di Sek.Men.Kebangsaan Alor Akar,Kuantan 1986-87
ii.GSTL di Maktab Rendah Sains Mara,Kuantan, 1987
iii.Kurator muzium Sultan Abu Bakar,Pekan, 1988
iv.Tutor Bahasa Melayu Program Khas Diploma Pendidikan, UIA 1989-90
v.Guru Bahasa Melayu/Ekonomi Asas di Sek.Men.Agama Pulau Tawar,Jerantut 1990 –96 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang JAIP)
vi.Guru Ekonomi Asas di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. 1997-98 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang JAIP)
vi.Guru Bahasa Melayu dan Ekonomi di Sek. Men. Agama Al-Ulum Ad-Diniah, Dong- 1999 – 2008 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang JAIP)
vii. Pengetua Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini, Bandar Jengka 2008- 98 Februari 2011
viii. Pengetua Sek. Men. Agama Al-Falah Batu Talam, Raub mulai 9 Februari 2011 hingga kini.

Dalam bidang penulisan, beliau telah mula menulis sejak di bangku sekolah menengah lagi. Hasil-hasil karyanya berbentuk sajak sering disiarkan di dalam majalah tahunan sekolah. Kemudian bakat penulisannya dilanjutkan dengan menulis rencana-rencana di dalam akhbar tabloid seperti Watan, Tanahair dan lain-lain juga menulis rencana dalam majalah ‘ Al-Muslimah’ (tahun 1980-an) dan majalah keluaran Pusat Islam Malaysia (Cahaya). Kerja-kerja penulisannya turut mendapat pengiktirafan. Beliau pernah memenangi anugerah iaitu:
i. Anugerah Khas Budaya Negeri Pahang 1986 Bahagian Penulisan Rencana Budaya,
ii. Hadiah Sastera berunsur Islam 1988 (DBP:Novel Mereka Yang Tertewas [dijadikan teks sastera SPM 1991-2001]
iii. Sastera Berunsur Islam 2, 1990 (DBP: Novel Halangan dan Rintangan)
iv. Novel Al-Abrar dipilih dalam penilaian peringkat akhir , Hadiah Sastera Nasional anjuran Utusan Publication & Distributors 1994
v. Memenangi hadiah utama pertandingan penulisan puisi tradisional (Syair: Masyarakat Madani mengharung zaman) anjuran Permodalan Nasional Berhad 1999
vi. Memenangi hadiah sagu hati pertandingan Penulisan Al-Manak 2001 (cerita rakyat : Puteri Indung Gunung Tahan) anjuran Nett Space Sdn. Bhd. 2000.
vii. Tahun 2004, beliau diberi Anugerah Pengkaryawan Sastera oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
viii. Novel "Cebisan Mantera Terakhir" diangkat oleh Majlis Buku Kebangsaan sebagai antara 50 buku terbaik guru dan karya terjemahan guru sempena Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-42
IX. Novel "Sarjana Bangsa" mendapat tempat ke-2 kategori novel di Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2.

Rujukan: http://piathangtuah.blogspot.com/2013...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (37%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
1 (12%)
2 stars
1 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
February 7, 2023
Hijrah Diri adalah novel yang bertemakan dakwah dan keagamaan. Satu kisah percarian dan perubahan diri. Cerita tentang penghijrahan seorang wanita yang hidupnya jauh menyimpang dari landasan agama. Kisah yang mampu membawa pembaca untuk merenung ke dalam diri. Cerita yang sarat dengan pangajaran yang mampu memberi keinsafan kepada pembaca. Satu cerita yang memaparkan realiti yang berlaku dalam komuniti kita.

Semasa aku baca novel ni, ada sesetengah bahagian aku rasakan semacam aku membaca satu Teks tazkirah. Banyak pengajaran yang ingin disampaikan dalam novel ini. Novel ini pada pandangan aku, memberi penekanan kepada perhubungan semasa manusia perhubungan manusia dengan Tuhan dan penghijrah diri.
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
December 27, 2022
Sufi yang cemerlang dalam kerjaya tetapi teraba-raba di dalam kehidupannya kerana tiada guidance daripada sesiapa untuk solat, menutup aurat, etc.

Buku yang tiba-tiba di hujungnya dalam 1/4 pages macam tiba-tiba ditergesa-gesakan dan ditamatkan dengan tiba-tiba.

Macam eh macam nih je.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.