Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu. Tetapi, benarkah rumah itu berhantu? Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luarbiasa. Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar. Berani?
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.
She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.
Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.
Under the name of Anna Lee she is the author of Terukir Cinta (2013), Mencari Mr. Charming (Dec 2013) Aku Dia dan Pinky Promise (2014). Mesej (2015) Hello (2016)
She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).
Baca 100 muka surat pertama teringat filem tahun 2005 The Lake House. 100 muka surat seterusnya teringat siri mini Perancis tahun 2016 Au-delà des Murs atau tajuk dalam bahasa orang putihnya, Beyond the Walls. Dan 100 muka surat seterusnya lagi, teringat pula filem tahun 2009 The Time Traveler’s Wife, filem adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya Audrey Niffenegger yang diterbitkan tahun 2003. Dua daripada tiga tajuk yang disebut tu ada muncul dalam novel ini tapi walau tak ada sekalipun tetap tak menghalang dari buat aku rasa betapa terasa derivatif dan tak original cerita dalam novel ini. Dan rasanya, penulis pun sedar dengan hakikat ini jika merujuk kepada satu petikan dalam novel ini:
“Carilah mana-mana penulis novel, kita minta dia tulis novel kita, nak?” Aria paut lengan Nik.
“Tak payah.”
“Kenapa?” mulut Aria muncung.
“Nanti dia orang kata kisah kita kisah fantasi, tak logik. Tak pun nanti dia orang kata kisah kita copy paste idea movie.”
Sebab dah premis ceritanya memang macam cerita yang dah pernah dijadikan filem atau buku, jadi memang tak salahlah kalau ada orang yang kata macam tu, ye dak? Dan dah jelas sekali penulis pun sedar dengan kewujudan kisah seperti The Lake House dan The Time Traveler’s Wife seperti yang ada disebut dalam novel ini juga, jadi tak boleh la nak bagi alasan tak tahu tentang kewujudan cerita yang hampir sama, ye dak?
“Jason. Aku memang salah seorang peminat movie The Twilight Zone, Time Traveler’s Wife dan The Lake House. Tapi… itu filem. Ini realiti. Takkan kut?”
“Apa kata kita tengok The Lake House. One of my favorite ni dan… kisah dia orang pun ala-ala macam kita, time-travel story.”
Tapi tu bukan la satu masalah besar sangat pun. Kisah tentang hubungan dua orang kekasih yang tinggal di masa yang berbeza dah kira macam ada sub-genre sendiri juga la kan. Jadi, kalau nak amalkan sikap bersangka-baik (#husnuzon), boleh la anggap ini cuma salah satu lagi cerita di bawah sub-genre yang sama. Dah tu kalau macam tu, apa lagi masalahnya? Masalahnya bagi aku lebih kepada betapa astaga bosannya cerita novel ni.
Novel ni dah la tebal. 3 muka surat lagi nak cukup 500 muka surat. Tapi astaga, novel ni kebanyakannya dipadatkan dengan borak-borak kosong, bergosip dan juga monolog watak utama terutamanya Aria yang bercakap dan bergaduh seorang diri sampai meleret-leret. Dan kebanyakan monolog Aria ni pun lebih tak membantu watak dia untuk disukai tetapi sebaliknya, lebih menguatkan dan meyakinkan lagi betapa naif dan dangkalnya watak Aria ini. Dari tak habis-habis mendesak ramalan seksualiti yang dibuatnya kepada seseorang ke tidak begitu curiga dengan kiriman buku yang dah terang-benderang tertulis nama pengirimnya sampailah ke terlalu mempercayai dua orang lelaki asing yang baru jumpa dah tahu banyak perkara tentang diri dia seolah-olah semua itu bukan sesuatu yang aneh.
Rasanya, kombinasi dua perkara – cerita yang tak original dan terutamanya penceritaan yang membosankan – yang membuatkan aku hampir koma kebosanan baca novel ini. Premis cerita yang tidak asli tapi sekiranya mempunyai penceritaan yang menarik, mungkin la juga boleh dimaafkan sebab sekurang-kurangnya terasa semangat la sikit nak teruskan membaca. Tapi dengan penceritaan pun membosankan dan premis cerita pun dah rasa tak original, membaca novel ini lebih buat aku hilang semangat untuk hidup. Tidak cukup dengan itu, sepanjang penceritaan juga dirasakan terlalu mendatar. Tiada turun naik yang ketara. Setiap potensi konflik atau klimaks akan dipenyekkan dengan serta-merta di dalam bab yang sama.
Dan: “Sebelum kisah kita kena kutuk, lebih baik kita rahsiakan saja apa yang kita alami daripada manusia prejudis di luar sana.”
Petikan ini dah tak ada bezanya dengan komentari di beberapa novel yang mengutuk novel-novel cinta untuk rasa superior bagi mengaburkan pandangan bahawa ceritanya sebenarnya tak ada la sehebat mana pun. Mengkritik pengkritik sebelum dikritik atau sekiranya mahu diberi peluang dengan mengamalkan konsep bersangka-baik (#husnuzon) sekali lagi dengan me-KOMSAS-kan petikan ini, cubaan untuk menjadikan novel ini sebagai novel metafiskyen bagi mendesak pendapat negatif terhadap novel ini sebagai pendapat yang salah setelah 400+ muka surat cubaan untuk memaksa aku koma kebosanan, serius la, sudah-sudah la tu, dah terlambat semuanya.
Novel ini banyak dikatakan sebagai urban fantasi tapi urban dan fantasinya hanyalah cinonet saja kuantitinya yang dimasukkan ke dalam novel ini. Satu perkara unik dan luar biasa tentang novel ini adalah jumlah komen betapa unik dan luar biasanya novel ini. Secara ringkasnya, novel ini adalah cerita cinta. Itu saja. Jadi, kalau sekiranya meminati novel cinta dan terutama sekali tidak pernah menonton atau membaca tajuk-tajuk cerita yang telah disebut dalam ulasan ini, boleh la cuba membaca novel ini. Mungkin pengalaman membaca itu akan terasa lebih berbeza. Lagipun, pendedahan mengenai satu watak bernama Nik tu boleh tahan kelakar juga. Dapatlah hembus sekali ketawa sepanjang dua hari baca novel ini.
Rumah yang Aria sangka berhantu... memang betul-betul berhantu. Tapi yang peliknya, si ghost tu langsung tak mengaku dia dah mati! Aria pun blur dia hidup ke tak sebenarnya? Ke rumah masing² boleh dengar suara diaorang?
Both of them keep claiming they’re alive tapi makin lama makin jelas ada sesuatu yang tak kena dengan timeline ni.
Dalam karya ini ada 3 watak Nik Aria dan Jason. F prefer Aria choose Nik je. He’s right there in front of you!”
Jason? Entah ke mana hilangnya. One minute he's there, the next he's gone macam kena telan masa.
Kisah diaorang ni pelik.. Jason 2004 dan Aria 2014. Tak tahu benda apa yang buat mereka merentasi masa
Ternyata Mesej perlu ambil masa yang singkat cuma, untuk bertemu penamatnya. Sekaligus, mengakhiri cabaran gr tahun ini. Tahniah untuk penulisnya. Ceritanya menarik, cover yang cun berserta mesej-mesej tersirat yang ada di dalam Mesej :)
SPOILER ALERT.
Ini kisah Jason-Aria-Nik yang masing-masing ada rahsia mereka. Bagaimana mereka dihubungkan antara satu sama lain. Juga, bagaimana cinta menyatukan perasaan mereka bertiga. Untuk menyintai itu hak Jason. Untuk dicintai itu yang Aria mahu. Untuk memiliki, itu keinginan Nik. Ya, di dalam percintaan tiada syarat atau peraturan yang khusus. Tapi, mana mungkin tiga orang akan berjaya mendapat apa yang mereka mahukan. Cinta. Hanya dua pihak saja dapat melestarikan ia. Dan, satu pihak lagi perlu berkorban. Jadi, antara Jason, Aria dan Nik... siapa bakal memiliki cinta yang dikehendaki? Dan, antara Jason, Aria dan Nik... yang mana realiti, yang mana fantasi? Yang mana wujud, yang mana khayalan? Semua jawapan ada di dalam Mesej.
Wowww speechless!!! I don't know what to say ahhhhhh bestt!!
cumanya ada sedikit part yang aku tak berapa setuju bila Aria bertemu Dr Arif dan berbincang keadaan mental health Jason "sebenarnya split-personality berlaku apabila manusia berada jauh dari penciptaNya. Apabila manusia kembali kepada fitrah, kemabli kpada pegangan Islam, insyaAllah semua stress dan kekeliruan akan hilang'. No no its not, mental health ni bukanlah sekadar berdoa & bertawakal pastu terus okay baik sembuh & hilang.. tapi walaupun agak turn off dekat part ni langsung tak menjejaskan pembacaan aku sampai ke penamat. Thums up.
Tak boleh di sangkal lagi..novel urban fantasi ni mmg patutlah di julang tinggi oleh pembaca. Bagi saya kisah cinta merentasi masa dan alam sangat2 berbeza namun tetap diterapkan ciri2 batasan antara pergaulan dalam Islam. Mungkin ada saja novel begini yg jarang2 kita jumpa but Anna Lee weaved it beautifully and differently.
Bagi saya wataknya hidup serasa seperti saya yg berada bersama mereka. Rasa kehilangan, rindu yg sarat pada yg jauh tapi dekat, bingung kepada yg tak pasti especially kewujudan mereka dan pelbagai lagi, semuanya role into one. Yg penting novel ni buat saya ketawa pecah perut di atas katil tengah malam2 buta especially di bab2 yg awal.
Banyak makan semut agaknya bila Aria tak ingat detik2 pertemuannya dengan Jason di London hingga ke Paris. But I dont think that's the case. Dia cuma enggan membuka ruang untuk merasa pedih sekali lagi. Dan apa yg di rasakan dusta semata2 sebenarnya adalah janji yg masing2 cuba tepati namun aliran masa yg berbeza di waktu yg sama telah memalapkan sirna harapan. Tambahan lagi dengan penyakit Jason yg tenggelam timbul serta DID sukar buat dia membuat pilihan.
Betapa pentingnya bersangka baik pada setiap kejadiaan yg menimpa..senang di lafaz sukar di pratikkan.
Kisah Badri walaupun sedikit tapi itu lah titik tolak hubungan antara Jason dan Aria. Benarkah dia yg curang dan sahabatnya memfitnah kerana cemburu akan attention yg di beri pada Badri dari Natasha? I will go with Aria's instinct. Dan Sophia..cinta tak harus memiliki dengan cara begitu. Namun sayangnya tetap tak di gapai kerana hati pemilik bukan untuknya. Hampa, Aria membawa diri pulang ke Msia. Tapi ada sesuatu miliknya yg tertinggal buat kenangan.
Jumpa pula Bos (Nik) yg sinis dan 'hantu' di rumah sewa Aria yg baru. Macam2 hal..cleansing of the house buat saya tergelak habis. 😂😂😂 Apa2lah Aria..Jason nak layan tidur. Tapi boleh kah Jason tidur kembali selepas mendengar ayat suci di laungkan? Unlike cerita KDrama W where character comic hidup dan watak di dunia realiti boleh terjerat dalam dunia comic dan sebaliknya..di sini hanya gambar seseorang yg menjadi perantaraan di antara mereka.
A unique book indeed. Worth reading & having it in ur collection. I will not elaborate more on this.
Puan Anna Lee, anda harus bangga dengan bakat yang anda ada dan akak puji keberanian anda untuk menulis sesuatu yang di luar jangka. Dari awal terbit karya pertama hingga yang ini, setiap satu pamerkan kelainan dan idea yang segar. Seperti membaca karya dari penulis yang tidak sama....
Mesej, walaupun tema cinta masih menjadi tunjang tapi garapan dan idea yang amat lain dari kebiasaan itu yang mengikat pembaca untuk khusyuk membaca hingga ke helaian yang terakhir malah akan mengeluh... alaaa... kenapa sampai ni jer.. kenapa pendek jer kisahnya... walhal tak sedar buku tu tebal. Siapa sangka aria, yang berada di tahun 2014 rupa-rupanya berhubung dengan jason yang berada di 10 tahun ke belakang.. siapa nak sangka lukisan di dinding yang menjadi warisan keturunan rupanya yang menghubungkan kisah cinta mereka... siapa nak sangka kuala lumpur dan paris menjadi amat dekat dalam perhubungan cinta unik mereka... tak sangka kan?..
Konon duduk rumah berhantu tapi kuasa Allah siapa nak jangka?.. suara yang di dengar oleh Aria di dalam rumah yang baru di sewa rupanya suara Jason.. mereka berbual, berkongsi cerita, tanpa menyedari yang mereka berlainan tahun hinggalah kepulangan Jason buat pertama kalinya ke Malaysia setelah kematian ibunya. Rancangan untuk bertemu aria gagal buatkan jason bertukar arah berjumpa dengan datuk dan neneknya..
Setelah terbongkar kisar rahsia tahun mereka perjalanan kisah menjadi semakin menarik.. nik, bos aria juga menaruh hati.. badri bekas teman lelaki aria yang buatkan aria tidak mahu jejak kaki ke paris lagi turut mahu menyambung kisah mereka yang lama putus.. hati aria pada jason.. janji yang telah mereka ikrarkan...
Khayal baca.. sememangnya puan penulis berjaya membawa pembaca menjejak setiap langkah watak dan setiap emosi yang ada. Olahan cerita juga menarik..flashback, selang seli kisah yang berlaku.. penggunaan bahasa yang santai dan dialog yang catchy... thumbs up!! Terlalu memuji?.. tidak rasanya sebab penceritaan tidak berlebih-lebih dan tidak meleret dan puan penulis tahu takat mana dia harus berhenti... all the best untuk yang seterusnya.. ... cuma tinggal satu tanda tanya, siapa perdana menteri malaysia di tahun 2020 dan apa kaitan ya dengan kisah ini... hehe...
ya Allah..cerita ni..so so amazing...rugi sape x baca..walaupun x logik tp apa ak peduli...tetap ku suka cerita ni...tq kak Anna Lee yg berfantasi dan berkongsi cerita yg awesome seperti ni....mmg x sanggup nk lepas dari habiskan buku ni...
masa part nk last tu..dah berdoa2 dah jgn la Jason mati..sedih sgt rasanya...pandai penulis bermain emosi dgn pembaca kan...haha
apa2 mmg x rugi buat koleksi..Anna Lee memang terbaik!!! ;)
Makin lama.. Makin bergeliga karya Anna Lee ni.. kadang2 terfikir jugalah.. macam Mana Anna Lee ni dapat idea utk menghasilkan cerita yg unik ini.. Tak sia2 pergi pesta buku 2019 semata2 nak cari buku Masej... dan ceritanya tidak menghampakan.. membaca Masej.. kita juga terbuai di alam fantasi.. tak sabar nak baca novel AL yg lain pula..
fuh! genre urban-fantasy! first time kot aku layan genre mcm ni. memang terbaik! superb!
setakat ni memang byk jugaklah karya2 dr Anna Lee kena dgn taste aku. setiap kali ada novel baru dia keluar, memang aku akn beli(walaupun agak lambat). kiranya Anna Lee ni memang dah jd fav author aku laa...
seriously, MESEJ memang rare. novel cinta yg langsung tak cliche. bkn senang nk cari penulis novel cinta yg tulis kisah2 fantasi mcm ni. so, aku memang tabik spring arh kat Anna Lee ni. hahaha...
In Shaa Allah, aku akn terus kumpul novel2 karya Anna Lee pd masa akn dtg...
I’m not really a fan of romance story. Dan cerita ni boleh dikatakan 95% romance. Tapi romance yang berunsurkan fantasy & time travel gitu. Cerita ni agak straight forward, rasanya pembaca pon dah boleh teka2 sendiri time pertengahan bacaan tu. Cuma ada la sikit kejutan kat hujung cerita tu.
As for me, i think cerita ni boleh dikatakan sedap jugak la untuk dibaca hingga ke penghujungnya. Good job Anna Lee!
Done reading this novel within 6 hours... Daebak!!! Ini cerita yang sangat100x best.
Walaupon ni cerita fantasi pasal time travel, still, the romance and love was there. Aria yang berada di Malaysia pada tahun 2014 berkenalan dengan Jason yang berada di Paris pada tahun 2004. Jarak masa 10 tahun memisahkan mereka. Pada masa yang sama, pada tahun 2014, Nik muncul sebagai bos Aria. It was very difficult to share the story here. Memang kena baca sendiri. Serius best.
Apa yang best pasal novel ni;
1. I love the cover. After finished reading this novel, you gonna feel like ‘patutla cover dia camtu’. 2. It’s not cliche. Memang susah nak predict the storyline. Even the love between Aria and Jason was not cliche. 3. The storyline and language were smooth. Ayat yang digunakan tu sangatla familiar dalam kehidupan seharian. Dia bukanla bahasa buku teks ataupon bahasa skema. 4. Kak Anna Lee sangatla hebat mengadun pelbagai perasaan dalam buku ni. There’s sometimes, you feel like crying, amazed, shocked, terharu and so on. Especially, kisah cinta antara Aria Jason sangatla amazing. Rasa terharu dan nak nangis. 5. 10 tahun memisahkan mereka. Jason yang setia dan Aria yang menanti tanpa sedar. Nik yang mencintai Aria tanpa sedar. mesej yang mehubungkan mereka. 6. Part yang paling saya suka ialah bila Jason ngan Aria kat Paris pada tahun 2004. Aria yang baru putus cinta. Jason pulak memang dah suka kat Aria time tu. Seriously, part ni memang boleh buat rama rama terbang dalam perut dan naik ke paru paru. I really love this moment. 7. Last but not least, with discount price at Pesta Buku Sogo, I bought this novel RM25 with 536 pages. It’s so worth the reading. You’re not gonna regret it!!!
Apa yang tak best pasal novel ni:
1. Hahahaha...there’s no bookmark. So, memang tak leh nak letak la buku ni... kena baca continuously...
p/s: thanks kak Anna Lee sebab bagi can kat kitorang berangan angan ke Paris. Terima kasih kerana buku ni bukanlah limited edition. Kalau la buku ni limited, rasanya, buku ni dah abis, dan saya tak sempat dah nak baca buku ni pada tahun 2016. May Allah grant your wishes untuk dapat anak and semoga buku akak ni tersebar worldwide dan dialih bahasa. That’s your dream...don’t be sad when few people are not with you. Because, there’s still a lot of other people enjoy being with you, reading your masterpiece...Kita pernah jumpa sekali kat Pesta Buku Sogo. Thanks for your hospitality. So far, you are the only writer yang tak buat saya rasa krik krik when we met for the first time. Don’t worry. I’m gonna buy your other novels, sooner or later. Sebab dia bukanla limited edition, so saya ada banyak masa lagi untuk menabung.
really out of the box ... eventhough have similarity with the lake house ... but with combination of split personality .. it make more interesting ...
the language is acceptable ... the characters are acceptable ...
normally I don't really have the energy to read and trying to finish it less than a day .. I started with few pages last night and today ... it keep on going ...
the mystery is there ... only logic or not logic ...
point is .... get the book and read ... something different ..
Interesting storyline.. lain dari yang lain. Penulis berani mencuba kelainan. Kisah cinta yang berunsurkan time travel seperti dalam movie The Lake House. Kisah cinta Jason dan Aria yang dipisahkan oleh time frame selama 10 tahun. Kisah cinta yang amat pelik tapi sweet. Lebih2 lagi berlatar belakangkan kota cinta,Paris.. Overall,best storyline,best character and best novel. Highly recommended
Mesej oleh Anna Lee ialah karya pertama yang saya baca oleh penulis ni.
Cerita Mesej ni ialah cerita fantasi tentang time travel. Pada mulanya teragak-agak untuk baca buku ni. Tapi disebabkan ini ialah pemberian kawan dari tahun lepas, rasa sayang kalau tak baca.
Buku ni buatkan saya teringat beberapa filem yang saya pernah tonton. Yang paling ketara, saya teringat akan cerita The Time Traveler’s Wife.
Buku ni tebal, tapi belum cukup membuatkan saya betul-betul suka. Ada beberapa perkara yang buatkan saya jadi hampir berhenti daripada baca buku ini terutamanya dari segi penceritaan. Penceritaannya kurang menarik perhatian saya. Ianya agak membosankan. Tapi beberapa bab terakhir, saya mula seronok membacanya.
Selain daripada itu, saya sukakan setting dan cinta tiga segi antara watak-watak yang ada dalam novel ni. Terasa nak pergi Paris pula. Dan bahagian yang paling best ialah plot twist. Memang tak disangka.
Secara keseluruhannya buku ini agak menghiburkan dan walaupun tebal ceritanya terasa ringan.
"Doing What You like Is Freedom" -Mesej yg AL tulis pada halaman pertama MESEJ pada setiap pembeli novel yg beli direct penerbit @PrologMed. (Lain pembaca, mesej yg diberi pun lain-lain tau) :)
Miss Coklat – Mr Masalah Miss Was-Was – Mr Confident Riang Ria – Mr Grumpy Aaron Aziz – Beto Kusyairy (saya sama seperti yang mak Aria pilih)
Terima kasih pada AL sebab hasilkan novel ni. Buat minda berfikir, tiap kali baca tiap kali tu kena relatekan antara Aria-Jason-Nik dan jangka masa. Baca sensorang memang boleh sengih-sengih. Jadi, pada yang sesiapa belum baca, cuba baca. Ketebalan yang berbaloi utk dibaca & dengan wang ringgit yang kamu laburkan. Tak boleh nak bagi full * sbb ada typo, jadi terganggu sikit.
Kali ni, takkan ada spoiler. Cover MESEJ ni, adakah terinspirasi daripada filem Upside Down?
P/s: “Baca buku apa tu? Omputih ke?” :) Serius cakap, sangat puas hati dengan keseragaman 3 anak @PrologMed (NTLI /C /M) ni. Cantik. Minimalist. Moden. Tak perlu saratkan cover atau layout/font dalam novel. Just nice. Orang boleh pulak tanya kita duk baca novel omputih. :D Lagipun, kita takyah la nak segan-segan kelek MESEJ ke mana-mana, baca pun boleh baca kat tempat awam, tempat kerja, etc. Ada banyak perkara dalam MESEJ, literally ada sesuatu yg AL nak sampaikan. Mesti akan jumpa & ada satu tu akan terkena batang hidung sendiri.
Saya seperti tidak percaya pada kebolehan diri membaca naskhah setebal 536 muka surat dalam masa satu hari! WOW! Ternyata Mesej berjaya menarik seluruh perhatian saya untuk terus menekuninya sehingga ke noktah akhir.
Saya suka pada plot cerita. Saya suka pada pengakhirannya.
Tapikan...
...saya kurang gemar pada cameo 'Anna Lee' di akhir cerita. Cameo Anna Lee pada saya mengganggu rasa 'logik' cerita kepada rasa fiksyen.
I am speechless! In love with Jason. Now wishing I could find my own Jase! Hahahhaha.... been awhile since I fell in love with a character in a book. Maybe I will be in a reading slump after this? Which book should I read after this?
Thank you for the author for writing Mesej. Highly recommended!
Bila baca Mesej seperti (seakan2 tau) baca "aku, dia & pinky promise" cuma ada berbezaannya... sbb ia lebih kepada urban fantasy. so klo yg jenis sukar nak faham atau tak boleh hadam memang susah nak terima ceritanya, tapi jika mempunyai jiwa yg inginkan kelainan dlm pembacaan boleh dapatkan novel ini...
Mula2 pembaca nak tegak gak bulu roma den bila rumah Aria duduk ada misteri. hahaha!! ~dah lama tak baca novel seram kata kan...
Mesej lebih kepada apa yg ingin di sampaikan oleh penulis kpd pembaca secara tersurat & tersirat... & kita kena memahaminya sendiri.
Teruja bila sebuah lukisan boleh menghubungkan perbezaan waktu, masa & tahun..>>agak2 ada tak lukisan tue, klo ada bak mai satu.. he he!!
Urban fantasi yang ohsem.. Tak mustahil sebab semuanya kuasa Allah.. Cerita cinta yang merentasi masa.. Suka garapan penulis pada watak utamanya.. Tidak sempurna.. sebab kita manusia dijadikan tak sempurna.. Aria dan Jason.. cerita cinta mereka unik dan menakjubkan.. Kalau dah jodoh, jauh macam mana pun pasti bertemu.. Mesej membawa mesej yang biasa dengan cara luar biasa.. Apa yang luar biasa? Kenalah baca.. 😉
Terbaik terbaik terbaik.... Suka giler... Tq Anna Lee sebab buat buku cerita yang lain daripada kebanyakkan buku yg ada... Start baca pkul 12tghari... 12jam selepas itu abis... Wahhhhh.... Hebat buku ni.... Ok now kita baca next buku Anna Lee... Tq Anna Lee...i love u la...
sangat suka!! dengan kelainannya,. olahan cerita yang tak meleret2, #MESEJ berjaya pada kiraan saya. Sangat berbeza dengan karya Kak Anna lee sebelum ini dan nampak kematangan dari segi pengolahan jalan cerita.
hands down to one of an amazingly written book i have read. all i can say about kak Anna Lee is that she's a whole genius. ni kalau boleh lalu selok belok dalam otak akak, perlukan peta. macam macam betul ada ya.
Aria berpindah ke sebuah apartment tapi tak sampai satu hari duduk, dah kena kacau. eh hantu ke manusia? tiba tiba jadi member dengan hantu handsome, Jason. lepastu, dapat pula bos baru, Mr Nik di tempat kerja. dahla grumpy je memanjang, tapi handsome! ketaq ketaq 🤣
Aria, dia ni penakut 🤣 no i mean, i would be scared as well if tetiba ada lagu lama french berbunyi dalam rumah sendiri 😭 pastu bunyi orang bertukang. berlari tak cukup tanak mat 🤣 Aria seorang yang expressive jugaa, legit you can know if she's annoyed, sebab dia kuat merengus 😠🤣
Nik. the grumpy handsome hot bos yang suka belanja semua orang 😭 best gila?!!? dahla handsome, pemurah pula, fuh kalau i pun terjatuh cinta beb. he's so dominant jugaaa ah! sukaaa lakik gini!
Jason. this sweet kind French mix Malay man memerlukan tight hug!!! he deserves all the hugs and lovesss. Jason sangatlah caring and cute dan soo lovely.
thorughout bahagian 1, for me, a bit predictable, bahagian 2 pula more to throwbacks, but bahagian 3 though... me otak gone, me otak cannot function, me all the time: HA????? plot twist tak boleh difikir yaaa. the ending was hilaaaarious! tapi sang suami sangat comel 😭😭😭😭
Dah agak dah yang Siz takleh nak berhenti baca buku ni. Habis baca lebih kurang 12 jam. Sebab keluar jap. If tak keluar tadi. Rasanya dah habis awal. Now is 4:30 a.m!
Siz tak tau macam mana nak tulis resensi buku ni. Risau nanti ada spoiler .
Urban fantasy . Tak ramai penulis boleh tulis jalan cerita macam ni. So imagine Siz yang kekadang susah nak focus boleh habiskan buku 497 muka surat ni!
Plot sangat menarik . Out of the box! Macam mana Anna Lee boleh terfikir nak buat jalan cerita macam ni eh?
Siz harap one day ada producer filem / drama akan buat adaptasi buku ini.
The book was as expected from Anna Lee. It was written so well and the story flowed like water that I was reading the book in a day. The only reason I'm not giving this book a full 5 🌟 was because of the little twist at the end. I was kinda expecting the end to happen and fortunately it didn't go as I expected but I wasn't fond of how easily the ML's problem was mentioned and resolved. All and all a great book to read and after a tiring day at work and totally worth reading.
Ada bahagian yang meleret sikit. Boleh diabaikan. Boleh diterima akal kenapa Aria langsung tak mengenali seorang Nik itu rupanya dia. Beza 10 tahun kan. Jason yg dulu tu berjambang. Sangat berbeza dengan Nik yang sekarang.
Kau masuk kerja situ semata-mata nak jumpa Aria. Haha. Senangnya.