Jauhari, lahir dan tumbuh dalam masyarakat Minangkabau yang kuat memegang adat pada masa berkembangnya gerakan Paderi dalam rentang waktu 1800 - 1830an.
Sebagai kader gerakan Paderi yang bermimpi membangun masa depannya, ia juga ingin menikah dengan Nilam, seorang teman guru mengaji yang dikaguminya. Namun, mimpi itu menjadi berantakan karena sebuah persekongkolan jahat yang membuatnya terusir dari kampung.
Dalam perantauan di Bukittinggi, ia menghadapi masalah besar. Jauhari terlibat perdagangan ganja. Ia tertangkap pasukan Paderi dan terancam hukuman mati di tiang gantungan.
Bisakah Jauhari bebas dari tiang gantungan dan memperbaiki nama baiknya? Bagaimana sikap Jauhari ketika ia kemudian ditolak keluarga Nilam dan seorang tokoh Paderi ingin mengambilnya menjadi menantu? Apakah arti gerakan Paderi bagi seorang Jauhari? Siapakah bidadari Paderi di mata Jauhari?
Jalan cerita berkisarkan pejuang beragama. Pertembungan kumpulan adat dan kumpulan agama mmg panjang susurnya. Lebih menyusahkan bila adat-adat yg diamalkan tidak pernah di pandang dari sudut agama. Hujah mereka pastinya apa yg diamalkan adalah dari nenek moyang dan kelihatan jelek bila di tinggalkan. Lagi satu aku rasa tajuk buku ini tidak sesuai. Walaupun pederi tu merujuk pada ulama' tapi ia utk kategori agama lain.
Menghayati karya ini mampu mengingatkan kepada plot filem Semerah Padi oleh P Ramlee..garapan bertema kehidupan silam penduduk minang yang kaya adat serta terjaga susila keislamannya.. meski gaya bahasanya kurang menarik, namun kesempurnaan penceritaan yang bersifat rinci buat pembacaan jadi mengkagumkan dengan info yang ada
Baca buku ini berasa kembali ke masa SMP pas lagi banyak-banyaknya baca karya sastra para pujangga Indonesia. Ber-setting di daerah Padang, Bukittinggi, dan daerah-daerah sekitarnya pada masa penjajahan Belanda. Zaman perjuangan Tuanku Imam Bonjol dengan pasukan Paderi-nya. Ber-cerita tentang Jauhar, seorang anak yatim piatu yang ditinggal mati kedua orang tuanya ketika berumur 4 tahun. Jauhar tinggal dengan kakek dan neneknya dengan kondisi ekonomi yang sangat sederhana. Seorang berhati bersih. Menjadi guru ngaji di surau dekat rumahnya dan menjual kayu untuk menambah biaya makan keluarganya. Ada Nilam, seorang wanita kemenakan Imam Mudo yang termasuk salah seorang yang disegani di kampung sekaligus teman Jauhar sejak kecil dan juga guru ngaji di surau yang sama dengan tempat Jauhar ngajar ngaji. Ada Johan, ketua komplotan anak-anak nggak nggenah dari kampung, anak dari seorang pedagang kaya dengan segala akal liciknya. Ada Salim, teman ngajar ngaji si Jauhar. Ada Rabiah, anak perempuan Sutan Sinaro salah satu petinggi Paderi. Inti cerita lebih ke percintaan plus perjuangan. Banyak nasihat dan petuah dari Al Qur'an dan Hadits yang ditampilkan dalam cerita ini. Yang paling mengena dalam hati adalah perjuangan seorang Jauhar dalam menjalani hidupnya. Benar-benar diawal cerita ngenes kali hidup si Jauhar ni. Dan berangsur-angsur semua berubah menjadi lebih indah. Seolah-olah sudah disetting oleh Sang Sutradara untuk meneguhkan hatinya agar siap menerima amanah yang besar kelak di masa mendatang. Ceritanya agak klise mungkin ya. Kisah percintaannya gampang ditebak meski tebakan saya gak bener persis. hehehe....
Novel ini banyak menghuraikan erti sebuah perjuangan. Keperibadian Jauhar sebagai seorang pahlawan sangat elok dijadikan contoh untuk muda mudi zaman ini supaya menjadi lebih tabah dan kuat serta berpegang kepada ajaran agama. Di samping mempunyai akhlak yang baik dan berpendidikan agama yang tinggi, Jauhar juga dikagumi kerana selalu tenang dalam menghadapi situasi yang genting.
Isu yang diketengahkan dalam novel ini bukan saja tentang keteguhan cinta antara Jauhar dan Nilam tetapi juga tentang perbezaan fahaman di antara penduduk kampung di situ. Kehidupan yang berpuak-puak, saling dengki dan iri hati menjadikan mereka berpecah belah. Tidak habis di situ mereka juga sanggup bertindak di luar batasan demi untuk memastikan bahawa mereka adalah puak yang paling dihormati di kampung itu. Keadaan sebegini sangat memberi keuntungan kepada pihak musuh untuk menyusup masuk menakluki daerah mereka.
Senario sebegini bukan saja wujud pada zaman dahulu. Tetapi sampai sekarang kita masih lagi dapat melihat ianya wujud di kalangan kita sendiri. Sanggup berbalah hanya kerana fahaman politik yang berbeza walaupun hakikatnya kita seagama. Masing-masing mahu menegakkan kebenaran yang mereka bawa walaupun kebenaran sebenarnya telah lama dibawa oleh junjungan besar nabi kita Muhammad SAW.
"Ya. Karena cinta perempuan untuk kebanggaan hatinya. Sementara, cinta laki-laki untuk dimilikinya. Kalau orang perempuan berkumpul, mereka akan sibuk menyebut kelebihan suami masing-masing. Cinta perempuan ibarat hiasan, yang selalu dia pakai untuk dibanggakan dan diperlihatkan pada orang lain. Tetapi, laki-laki yang baik tidak pernah menyebut kelebihan istrinya pada orang lain. Sebab, cinta laki-laki adalah harga diri dan muruahnya. Laki-laki yang baik tak pernah mempertontonkan atau menceritakan kebaikan istrinya pada orang lain, karena itu adalah auratnya." . "Ya Allah, hamba adalah orang yang lemah, yang hanya mengetahui apa yang terlihat oleh mata, apa yang terdengar oleh telinga. Karena itu, hamba menggantungkan jalan hidup ini padaMu, Ya Allah. Engkaulah yang Maha Mengetahui rahasia hati dan segala yang tersembunyi." . . Sebaik-baik rancangan manusia, maka Allah lah sesungguhnya perancang terbaik... :) . #Novel #SaifulArdiImam #BidadariPaderi #Republika #RepublikaPenerbit #Membaca
Sebuah novel yang mengisahkan pertentangan antara kumpulan adat dan agama di Minangkabau yang ditandai oleh gerakan Paderi pada awal abad ke-19 serta perjuangan menentang Belanda. Selepas berjaya menjejakkan kaki ke ranah Minangkabau dua bulan lepas, membaca novel ini memberi kefahaman tentang adat Minang yang cukup unik dan tersendiri tetapi masih mengandungi rahsia yang masih belum dapat difahami sepenuhnya. Masih banyak lagi adat Minang yang belum dapat kita cerna dengan baik kerana keunikannya yang bernasabkan ibu. Gerakan Paderi yang membawa ke beberapa tempat seperti Padang, Bukit Tinggi, Lembah Anai, Danau Maninjau, Padang Panjang, sekadar mengimbas kembali sesi kembara yang lalu sambil merujuk kepada peta untuk mengesan kedudukan lokasi yang dimaksudkan.
Konsep cinta yang diutarakan nyata bukan kisah cinta picisan dan bersifat komersil. Sarat dengan nilai kemanusiaan dan realiti agama dan adat setempat era itu. Falsafah cinta diungkapkan dengan indah dan suci bertunjangkan perjuangan dan pengorbanan untuk agama dan tanahair. Berlatarbelakang perjuangan Kaum Padri dalam masyarakat Minangkabau yang semestinya dekat dengan jiwa daku yang mempunyai susur galur campuran etnik Minangkabau merupakan suatu yang amat sentimental.
Oh, aku masih merasakan tajuknya tidak perlu sebegitu. Walaupun kisah cintanya agak cliche tapi sebagai sebuah novel yang mengangkat sejarah peradaban islam, penulis harus dipuji kerana petah menyusun kata untuk menjelaskan situasi perjuangan islam di sumatera.
Satu wacana yang indah untuk dibaca bagi meningkatkan motivasi menegakkan islam
Paderi bermaksud golongan ulama yang sanggup berkorban dan berjuang dalam peperangan menentang Belanda di Indonesia.Perasaan hasad dengki dan tamak haloba membuatkan manusia sanggup menganiaya sahabat sendiri.
Perjuangan adalah segalanya. Setiap yang berlaku adalah ketentuan daripada Alah yag Maha Esa. Ada juga dipaperkan kisah cinta yang tidak kesampaian tetapi ada hikmah atas apa yang terjadi. Redha dan yakin pasti kebahagiaan menunggu