A comprehensive examination of the struggle to reconcile philosophy and Islam.
From the introduction of Greek Philosophy into the Muslim world in the eighth century, right through to modern times, Majid Fakhry charts the evolution and interaction of philosophy, theology, and mysticism in the Islamic context. Highlighting key individuals, movements, concepts and writings, Fakhry also explores the conflicts and controversies between anti- and pro-philosophical parties that have characterised the development of Islamic thought. The book also features coverage the translation of ancient texts and their transmission to the Muslim world; the development of a systematic philosophy in Islam; theology, mysticism and the development of Sufism; Islam's interaction with western philosophy and theology; contemporary trends.
Majid Fakhry is Emeritus Professor of Philosophy at Georgetown University, Washington D.C. He has been a lecturer in philosophy in Lebanon and the UK, as well as in the US. His publications include A History of Islamic Philosophy, Ethical Theories in Islam and Islamic Philosophy, Theology and Mysticism: A Short Introduction.
Buku ini antara yang paling asas untuk pemula dan bahasanya tidak terlalu kompleks, walaupun masih agak mencabar.
Pengarangnya sarjana falsafah Islam asal Lubnan, Profesor Emeritus Majid Fakhry, menulis buku ini pada 2009. Beliau pernah bertugas di universiti terkemuka Barat seperti Princeton, SOAS, UCLA dan Georgetown.
Dalam Bab 1 beliau menerangkan tentang proses pemindahan ilmu falsafah dari pelbagai tamadun oleh para penterjemah. Hal ini berlaku selepas sempadan negara Islam semakin berkembang dan berlaku pertembungan dan asimilasi budaya dengan korpus pengetahuan bangsa bukan Arab seperti Yunani (terutama melalui Mesir, Syria), Parsi dan India.
Bab seterusnya menyentuh tentang perselisihan politik dan agama yang terawal, yang menjadi pemangkin kepada perbahasan-perbahasan ke arah falsafah. Isu berkaitan keadilan khalifah zaman Umayyah dan juga konflik politik selepas Perang Jamal dan Siffin antara pencetus kepada aliran pemikiran baharu.
Dalam Bab 3 pula, karya falsafah mula terbit dari buah tangan pengarang Muslim sendiri seperti al-Kindi dan al-Razi. Mereka berdua antara dua ilmuwan terawal yang membicarakan prinsip-prinsip falsafah Yunani dan cuba mengharmonikan pandangan Islam dengan pandangan Yunani.
Ketika al-Kindi berusaha merapatkan jurang antara pandangan alam Islam dengan Yunani, al-Razi dilihat agak tersasar dan mendapat bantahan daripada ilmuwan kalam. Kemudian muncul para filsuf Muslim keturunan Parsi seperti al-Rawandi, Ibn al-Muqaffa', Abu 'Isa al-Warraq dan Bashshar ibn Burd, kesemua mereka berdepan tuduhan zindik. Prof Majid juga menyebut Abu 'Ala al-Ma'arri dan Omar al-Khayyam, kedua-dua dikatakan agnostik.
Bab 4 bermula dengan al-Farabi dan rumusan tentang ideanya. Berasa agak kagum dengan usaha beliau menyusun idea tentang al-Madinah al-Fadilah, yang turut 'membenarkan' keupayaan beliau dalam mengharmonikan antara pelbagai pandangan falsafah.
Prof Majid menyatakan bahawa al-Farabi adalah filsuf Muslim pertama yang berjaya menyusun ilmu falsafah Yunani dalam kerangka yang sistematik. Idea-idea Ibn Sina pula lebih menjurus kepada perbahasan ontologi, emanasi dan Intelek - beliau tidak meneroka ilmu politik seperti al-Farabi walaupun menganggap pengaruh beliau amat besar terhadapnya.
Dalam bab yang sama kisah Ikhwan al-Safa dan risalah mereka yang disebarkan kepada lingkar ilmuwan kala itu tidak kurang menarik. Al-Maqdisi dan al-Majriti disebut sebagai dua tokoh yang terlibat dengan kelompok ini. Mereka juga berpegang kepada logik akal dalam mentakwil, malah percaya bahawa syurga dan neraka hanya wujud secara metafora sahaja. Kegiatan Ikhwan al-Safa turut terkait dengan faham Ismailiyah yang ada tempias politik. Manakala tokoh falsafah lain yang aktif pada kurun ke-10 dan ke-11 ialah al-Sijistani, al-Tawhidi, Yahia Ibn ‘Adi dan Miskawayh.
Bab berikutnya ialah bab kelima yang menceritakan tentang Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari dan peranan beliau sebagai pengasas aliran kalam yang lebih sederhana daripada kelompok keras antifalsafah. Agak mengejutkan kerana sebelum itu beliau berpegang dengan pemikiran Muktazilah.
Turut disebutkan ialah nama tokoh-tokoh al-Asya'irah yang lain seperti al-Juwayni, al-Baghdadi, al-Baqillani dan lain-lain. Nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi ialah Imam Abu Hamid al-Ghazali, pemuka Asya'irah yang membawa pukulan hebat kepada falsafah melalui karyanya Tahafut al-Falasifah.
Bab 6 membicarakan tentang hubungan antara falsafah dan tasawuf. Beberapa idea falsafah dikatakan turut mempengaruhi tasawuf Islam. Antara tokoh yang diberikan huraian yang panjang dalam bab ini ialah Ibn Arabi, al-Hallaj dan al-Bistami serta Imam al-Ghazali.
Selepas Timur, buku ini membawa pembaca ke Barat yakni ke Andalusia untuk melihat perkembangan falsafah yang diwakili oleh Ibn Bajjah, Ibn Tufail dan Ibn Rusyd, dengan karya masing-masing Tadbir al-Mutawahhid, Hayy ibn Yaqzan dan Tahafut al-Tahafut.
Ibn Bajjah melontarkan idea kehidupan falsafi di luar kerangka 'Madinah Fadilah' al-Farabi, manakala Ibn Tufail cuba mengharmonikan antara falsafah dan tasawuf melalui alegori Hayy yang merenung hidup secara falsafi dan pertemuannya dengan Absal dan Salaman yang hidup berlandas syariat. Ibn Rusyd pula menyodorkan pandangan balas terhadap karya Imam al-Ghazali yang menyanggah para filsuf, terutama dalam tiga persoalan yang disentuh oleh Tahafut al-Falasifah sebagai mencabut keimanan para filsuf, iaitu penciptaan alam semesta, pengetahuan Tuhan dan kebangkitan jasmani/ruhiah.
Ketika ada terbina barisan baharu, begitu juga ada langkah kembali ke sumber asal, apa yang disifatkan Profesor Majid sebagai antirasionalisme yang menyurutkan perkembangan falsafah. Beberapa tokoh ilmuwan yang mewakili golongan ini ialah Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan Fakhruddin al-Razi. Mereka juga dianggap sebagai Neo-Hanabilah. Kelompok Wahhabi hari ini adalah kelangsungan daripada gerakan ini. Suatu susuk yang agak terpencil ialah Ibn Khaldun, yang menyusun Muqaddimahnya menurut kerangka falsafah sejarah - yang pertama di dunia Islam.
Bab mengenai kemerosotan falsafah diikuti oleh Bab 9 yang merumuskan tentang falsafah Isyraqi yang berasaskan konsep cahaya. Dari Suhrawardi, obornya disambut oleh al-Shirazi atau lebih dikenali sebagai Mulla Sadra. Aliran falsafah ini masih lagi mendapat tempat dan dipelajari di pusat-pusat pengajian falsafah di Iran.
Bab terakhir iaitu Bab 10 membicarakan tentang aliran moden dan kontemporari dalam falsafah Islam dengan penekanan terhadap negara India-Pakistan dan Asia Tenggara. Turut disentuh perkembangan semasa kelompok Isyraqi di Iran dan kedudukan falsafah Islam dalam dunia moden hari ini. Antara nama tokoh yang disentuh ialah Prof SMNA al-Attas, Muhammad Iqbal, Sirhindi, Ahmad Khan, Amir Ali, Hamzah Fansuri.
Good summary of major thinkers. Summary, as it must be, of course. I found the section on Subcontinental and South East Asian philosophical trends to be sorely lacking, but that is likely due to lack of scholarship. Additionally, the modern/contemporary trends concluding chapter was far too Arab-centric. Additionally, at times the author's biases were far far too apparent for a work that is meant only as an introduction.
Overall I enjoyed the book as a quick overview but I wouldn't recommend it as a first introduction to the subject due to the author's biases. The book also assumes a decent knowledge of Aristotelianism and Neoplatonism from the reader.
A good starting point for everyone who wants to learn more about philosophy in Islam. This book teaches us how it started and the history of some of the most important philosophers in Islam.
Do get this book if you’re into philosophy. It was a tad bit hard for me as I just got into philosophy and am still learning about it.
I'd say that words and phrases used are not particularly fit beginners' need. But topics discussed are ample for a beginner to have a rough grasp on the subject throughout the history up to our modern times, though some may not be touched enough on.
Straight forward introduction to islamic philosophy easy to understand and we get helicopter views on the development of islamic thought . A book that deserve to re read from time to time
Not so plain to read as I thought, but still this book is welcoming to get a grasp on Islamic philosophy. People may only know about Averroes or Avicena, but they can really get thunderstruck about how well-developed Islamic framework was and nowadays can still flourish