“Cuit sikit boleh?” Soal Mat Piah dengan suara yang cuak. Jarinya yang tembam menekan-nekan bucu bantal. Bibirnya digigit-gigit manja.
“Jangan pegang. Bila aku kata jangan pegang bermakna jangan cuit, jangan gesel, jangan tekan, jangan buat apa-apa pada awek yang tengah tidoq!”
“Kalau dia yang pegang kita.”
“Kalau dia pegang kita bermakna mampoihlah kita berempat. Hostel perempuan menjadi lubang kuboq kita pada malam tu nanti.”
“Dah tu kita nak buat apa kalau depa pegang kita?” Soal Mat Piah. Wajahnya berkerut meminta kepastian.
“Bertenang dan cuba jangan menjerit.”
“Walaupun depa pegang peliaq kita?”
“Bertenang dan cuba jangan pegang depa balik.”
“Walaupun depa…”
“Anokharom kita bincang hal tu kemudian la Piah! La ni kita fokus lagu mana nak tembus masuk dan keluaq dulu. Kedudukan bilik Zakiah dan jugak kelengkapan yang perlu dibawak. Sat aku cari pen aku dulu.”
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.
Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.
Balik-balik, obsesi pada tetek dan perihal melancap. Tiada modal lain dalam bakul idea penulis lelaki kategori buku-buku sebegini. Sambutan luar biasa terhadap buku ini langsung tak masuk akal.
Dalam bab 24, budak hostel perempuan yang sedang period tak dapat sertai aktiviti surau digambarkan melepak di asrama hanya bercoli dan berseluar kecil. Yeah, right! Fantasi penulis gersang.
Aspek paling mengecewakan buku ini ialah klimaks hujung. Sekadar beberapa perenggan yang seakan ditampal sekadar tangkap muat bagi menutup cerita yang tidak ke mana. Punyalah meleret-leret peringkat awal menceritakan penuh teliti agenda pecah masuk asrama. Hanya untuk berakhir dengan kisah penculikan selaku plot twist. Hmmm…
Tempohari aku cakap buku HR yang paling aku kurang suka adalah Lelaki Yang Tidak Punya Apa-apa Untuk Dipersia! Tapi aku nak tarik balik cakap aku. Sekurang-kurangnya buku LYTPAUD itu, aku masih gembira dengan kisah Monet berbanding buku ini. Aku tak tahu kenapa aku boleh tak suka dengan naskah ini macam orang lain. Entah di mana silapnya.
Mungkin kalau tiada unsur humor yang kadang-kala buat aku tersenyum (takdelah sampai golek-golek kat lantai), watak-watak dari buku-buku penulis yang sebelum ni yang boleh melepaskan rindu sedikit dengan mereka ada di dalam buku ni dan nama-nama yang comel macam Cupin, mungkin buku ni tiada apa pun. Aku tak suka dengan unsur-unsur yang dipersembahkan. Atau juga mungkin mood dan masa yang tak kena untuk memilih naskah ini.
Huhaaiii, budak-budak asrama dalam buku ni, carutan dah macam zikir harian. *senyum senget*
Tapi kalian boleh cuba. Lain orang, lain citarasa. Buku ini masih santai untuk dibaca.
Semput nafas nak habiskan cerita ini, mana kan tidak asal baca je gelak asal gelak je baca. Gelak yg mcm orang gila nasib baiklah baca masa sorang2 kalau tidak tak pasal2 di chop sewel.
Macam biasa gelak, gelak lah juga tapi dihujung-hujung tu rasa aisehhh (tak tahu perkataan yg sesuai) tapi yg pasti ada rasa sayu/sedih sbb teringat pengakhiran Qisas. Nasib baik tak igt letak buku Qisas kat mana jadi capai buku Murtad je lah selak2 balik dan simpan.
Nokharom punya kelakar. Plot dia biasa je, kecuali twisted kat ending dia. Tapi perkataan dan ayat dia kelakar nokharom punya lawak macam super saiya ke-7 gitu. Kahkahkah
Dalam banyak-banyak watak, Imam Maslang serius boleh pecah perut. Walau ada Adam, Akhil, gua rasa gua macam suka Cupin. Maybe sebab Cupin tu bunyi macam cute. Lol!
Buku paling best baca tahun ni! Sepanjang pembacaan, pipi ni tak lekang dek gelak tawa dan senyum kerang busuk. Lawak pun tidak seakan try hard dan tak hambar. Tak tahu nak bagi rating macam mana 🥹
Siapa yang pernah duduk asrama/hostel mesti boleh relate dengan cerita ni sedikit sebanyak. Memandangkan majoritinya ramai yang dah pernah baca buku ni apalagi dah pernah tonton siri ni di Astro Ria, jadi tak perlulah saya ulas lagi jalan ceritanya.
1. Sebenarnya dah lama habis baca. Cuma kesibukan duniawi jadi penyebab kemalasan nak update. Haha.
2. Rasanya daya penarik buku ini (selain penulisnya) adalah watak Adam dan Akhil. Dah jadi macam trademark penulis kot.
3. Tapi bagi saya daya penarik buku ini adalah watak-watak kawan Akhil yang sewel tu. Memang gaya selamba bebudak lelaki kot.
4. Kelakar? Memang kelakar. Tahap kelakarnya sama level dengan lawak dalam whatsapp group conversation geng lelaki kat tempat kerja saya. Gaya memang profesional tapi.... lol
5. Memang jalan ceritanya biasa-biasa tentang kisah pelajar asrama cuma sikit extra point untuk twist di penghujung cerita.
6. Buku ni boleh dibaca dan dijadikan koleksi untuk peminat penulis. :D
Kisah mengenai Akhil n da geng, dengan rancangan gile diorang nak masuk asrama pompuan! di samping tu, ade kisah2 dengan pelajar junior diorang masa orientasi.. kire buku ni kisah masa minggu awal orientasi pelajar baru. kemuncak majlis nanti, malam tu la diorang plan nak terjah masuk asrama pompuan!
Siapa baca buku fixi, trilogi murtad tu tau la siapa Akhil dan Adam kembar dua orang ni.. ni kisah masa diorang belajar la, kire zaman 90 an gittew . dalam ni banyak sikit mencarut, kate2 kesat sikit n tak senonoh budak2 asrama (lelaki) la... ade yang jijik gak la, so kena tabah sikit nak bace... 😅😅😅
overall, saya suke je sebab kelakar, n menggamit memori zaman asrama sikit.. seb baik la zmn saya da xde kena buli, ambik sign senior bagai ni... haahahah... tapi tu la, banyak sngt kata2 kesat so sikit annoying la.. n lambat sikit nk tau arah tuju buku ni.. klimaks dia masa malam diorg ceroboh asrama tu la... awal2 tu bunga2 intro je... pasal orientasi n so on tu..bukan x best, tapi macam lambat la nk sampai.. lagi 1 banyak sangat watak2, pening gak..
Mudah terhibur. Sempoi dan bersahaja. Kisah budak hostel yg otaknya sewel, sgt sesuai dengan tajuknya. Kelakar dan menghiburkan. Ada beberapa part skip, nak2 part si Akil jenguk tandas, aku mcm tahu je apa yg writer nak tulis. Baca sepintas lalu, sah betul so terus skip. (Haih... Itam jap otak. Hahaha.)
Takde konflik berat sgt pun. Kisah kenakalan dan kesengalan budak 4 org tu. Sepanjang bacaan aku pikir, takkan mat gorn ni nak citer pasal budak empat orang ni melaksanakan misi pastu kantoi kot? Klise sangat tu. Aku tak fikir penulis akan buat mcm tu. Nasib baik endingnya ada twist di situ. Jadi berbaloi lah untuk dilayan.
Kisah "gila" kehidupan di asrama. Hal-hal yang sebahagiannya memang berlaku di dunia nyata, dan tidak ada yang dapat menjustifikasikan kenapa perkara ini wujud.
Kisah empat sahabat yang sekepala, dan terlalu mengikut darah muda.
Tapi, entahlah.
Kurang umphnya.
Ada babak-babak yang seperti melebih-lebih tanpa ada keperluan.
"Kita respek semua orang. Kita cuma berdendam pada orang yang memperlekehkan respek yang kita beri pada dia jer."
Budak Hostel Otaknya Sewel, sebuah novel bergenre realisme/seriau, mengisahkan sekumpulan pelajar nakal iaitu Akhil, Mat Piah, Cupin dan Widad yang ingin memecah masuk asrama perempuan apabila dicabar musuh ketat mereka iaitu Borhan. Segala perancangan telahpun disusun rapi, namun tanpa mereka sedari bahawa mereka terjerumus ke dalam sebuah perancangan yang lebih jahat.
Novel ini bermula dengan empat sahabat ini sedang membincangkan perancangan mereka. Kemudian sepanjang pengembangan plot yang sarat dengan elemen komedi, pembaca disajikan dengan perwatakan mereka berempat yang menghiburkan. Menghampiri pertengahan novel, timbul konflik sampingan yang memberi kesan kepada perancangan mereka di mana Akhil harus memilih sama ada mementingkan pertalian darah dengan kembarnya Adam ataupun memilih egonya untuk membuktikan kehebatan mereka. Kekurangan ketara pada novel ini ialah pada kecenderungan penulis untuk menggunakan perincian terhadap fizikal watak perempuan dan bahasa kasar di mana kedua-duanya agak berlebihan. Mungkin penulis ingin memberikan kesan realisme yang lebih mendalam untuk novel ini, cumanya jika dikurangkan dua perkara tersebut tidaklah mencacatkan plot. Walaupun perkara tersebut boleh mengganggu sesetengah pembaca, susunan plot yang menarik serta gaya penceritaan yang lancar menjadikan novel ini tetap akan memberi debaran kepada pembaca hingga penghujung cerita. Antara perihal yang disentuh dalam novel ini ialah keakraban sesama pertalian darah dan bahana mementingkan ego.
Secara keseluruhannya, novel ini berjaya menggamit memori pembaca terutamanya bekas pelajar asrama yang sarat dengan kenakalan remaja yang baru ingin mengenal dunia. Walaupun plotnya mudah, tetapi penulis berjaya menggarapnya dengan baik di mana pembaca dapat menghabiskannya dalam sekali pembacaan. Sesungguhnya, novel ini akan sentiasa segar dalam ingatan pembaca kerana mengulang bacanya tidak akan berasa bosan malah akan penuh dengan gelak tawa kerana komedinya yang tidak akan lapuk ditelan zaman.
Sebelum nak baca buku ni, sila lah baca murtad dulu. Basically buku ni cerita pasal Adam and Akhil masa zmn sekolah. Mula baca buku ni dkt wattpad, tp cerita dia tak complete di situ.
Buku ni belum officially keluar at bookstores, but i got it already, siap ada sign mat gorn! Heeee! Mengharapkan ending yg lebih power tp takpolah buku ni klakor giloo!
alhamduillah, tamat sudah buku matgorn ni. Novel matgorn mmg aku suka sejak baca Murtad lg, tika baca novel ni aku senyum bila watak Adam n Akhil pun wujud. Kisahnya buat aku ketawa. Kelakar amat dgn sikap2 sahabat terutama sekali Mat Piah. Bukan sekadar bahan ketawa, ia menghidangkan kisah persahabatan dan juga perjalanan hidup bebudak hostel. Naskah terbaik Dubook aku baca. Tak rugi beli buku ni.
Setiap helaian mampu menggoncangkan perut, sehingga orang sekeliling akan mempersoalkan samada kau tengah baca novel ke atau tengok sitkom komedi. Lawak nak mampus, diisi pula dengan beberapa babak dramatik.
Menyahut cabaran Borhan, The Kamjat Boys tekad untuk memecah masuk ke asrama perempuan. Semua demi menutup rahsia Akhil daripada dibocorkan oleh Borhan. Namun tanpa sedar ada banyak lagi rahsia yang menanti mereka.
Seawal muka surat pertama sudah membawa SH mengimbau kembali zaman di asrama dahulu. Lompat pagar dan keluar curi-curi sememangnya hal yang biasa dikaitkan dengan pelajar asrama. Namun ada beberapa perkara/perbuatan yang diceritakan dalam naskah ini yang SH rasa tidak sesuai dengan tatapan umum.
Mungkin faktor kenangan lama adalah yang juga membuatkan SH seronok membaca naskah ini walaupun ada masanya berkerut juga kening memikirkan apakah ini sahaja yang difikirkan oleh pelajar lelaki semasa zamam remaja mereka.
Walaupun pengakhiran cerita ini sememangnya lain dari yang lain tetapi SH rasa agak tiba-tiba. Rasa macam eh kenapa macam ni pula. Mungkin kerana elemen itu tidak diselitkan sedikit demi sedikit daripada awal cerita.
Antara sebab kenapa aku suke buku ni ; -lawak -kisah bdk sekolah yg sengal@sewel -boleh buat stres aku hilang kejap -semua watak dlm buku ni 'sewel', haha...
Hmmm...aku rase tu jer lah kot...
Tapi, buku ni memang the best! Hahaha...
Watak Ahmad Maslang memang terencat. HAHAHA... ;'D
Such a fun book to read. Back story, aku baca buku Misteri Kem Motivasi (MKM) dlu sebelum beli BHOS. So dalam fikiran aku dah ada bayangan watak2. Budak2 setan ni semua aku bayang kurus2 evethough tak tinggi. Sebab nak buat keje setan mesti selalu kena berlari kan? So kurus lah jadinya. Tengok-tengok mat piah gemuss rupanya. Takpela. Tu just assumption aku je.
Anyway before beli BHOS, aku jadi 50-50 sebab ada review yang kata buku ni agak sexist dalam membayangkan pelajar perempuan sebagai makhluk yang hanya ada breast dan bila period seperti ada slumber party di bilik. But honestly no. Sebagai bekas pelajar asrama, agak tepat description HR dalam membayangkan macam mana suasana budak-budak perempuan masa lepak2. Memang ye pakai sexy habis because...everyone has one. Nak kesah apa? But i’m glad aku teruskan jugak beli buku ni dan baca.
Lawak dia tak lah selawak MKM, tapi masih okay untuk dibaca sebab kisah yang menarik, plot di susun cantik; tak heavy dan ada peristiwa yang membawa ke misi ulung : MASUK ASRAMA PEREMPUAN. Which is nice. Tak meleret, tak rasa draggy, setiap plot tak rasa out of place. Just nice.
Kesimpulannya, kalau suruh pilih between MKM dgn BHOS, aku suruh beli MKM. Tapi kalau beli dua dua, baca mana2 dlu pun ok. Sekian. 5/5 dari aku. Menghiburkan.
Mengekek-ngekek aku baca woi! 1 watak yang aku suka sangat dalam novel ni; watak Mat Piah. Kepala otak gila-gila la geng ni. Adoi. Kalau watak Mat Piah tak wujud, mungkin jalan cerita ni jadi malar kot.
Oh, twisted plot by the way. Disyorkan sebagai koleksi. Bolehlah buat hilang stress tempat kerja.
Ok lah .. kelakar not bad. Cuma tak dapat nak bayangkan sangat sebab tak pernah sekolah asrama .. and tak tahu situasi kehidupan sekolah asrama termasuklah berkawan ramai-ramai macam geng Akhil ni dan otak sewel ...
Sejujurnya aku agak terkejut melihat rating orang lain berikan agak tinggi, akan tetapi aku, sebaliknya. Mungkin bukan citarasa aku agaknya? Entah
Watak-watak yang ada kebanyakannya menarik, diperincikan peribadi setiap watak, akan tetapi tidak dikembangkan untuk dijadikan plot plot yang menarik. Dari mula sampai ke ending pasal pecah masuk asrama perempuan je. Konflik tak banyak, membuatkan buku ni agak lambat juga untuk aku habiskan. Tambahan pula, penggunaan bahasa dan ayat yang agak meleweh. Ayat patut simple tapi dipanjang panjangkan seperti tiada penghujung tapi akhirnya ada juga penghujung. Aku mengetap geram hahahah jk
Tak tahu bahagian mana yang kelakar seperti yang digembar gemburkan oleh orang lain. Kadang kadang aku yang cringe bila baca.
Btw mungkin boleh kurangkan lawak lucah? Atau takperlu ada langsung pun lagi bagus. Sebab kalau ada, tak membawa makna apa apa.
Dan di pengakhiran cerita, aku tercampak buku secara refleks dan automatik aku macam eh macam tu je ending dia???? Tapi bahagian plot twist kat hutan tu seharusnya dipuji.
Apa-apa pun, semoga Hasrul dapat hasilkan banyak lagi naskhah yang lebih berkualiti!
Buku tulisan Hasrul Rizwan yang pertama aku beli dan baca. Jalan cerita menarik, ayat yang digunakan sempoi. Buku ini memang sama sebijik seperti Mat Gorn yang aku kenal di Twitter. Ayat dalam loghat Kedah sentiasa bermain dalam buku ni tapi sikit aku perasan kurang dia part ayat Ahmad Maslang time cakap loghat Terengganu, aku perhati campur aduk dengan loghat Kelantan, spoil sikit situ.. Yang lain-lain memang tip-top kelas hang Mat Gorn.