Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Benji pulang ke Malaysia setelah habis belajar dengan membawa gelaran bekas model sambilan di USA. Pulangnya disambut oleh Oddie, anak kawan baik mamanya, orang yang langsung tidak pernah bertegur sapa dengan dia sepanjang hidupnya.
Oddie, dia dah jangka sangat niat mama mereka untuk menyatukan dia dengan crushnya semenjak kecil itu. Namun, semakin dia kenal Benji, semakin annoying dia dengan sikap mamat Itali itu.
Kemunculan Amzar dan Ikram membuatkan perangai Benji semakin aneh. Benji selalu tenung dia, ajak dia keluar dan sebagainya walaupun ketika itu Benji dah ada kekasih yang dipanggil ‘darling'. Semakin lama, Benji semakin berani bermain dengan api.
“I miss you.” ~ Benji “Tell that to your darling!” ~ Oddie
Mungkin sebab jodoh, mereka bersatu juga sebagai sepasang tunang. Oddie tahu, dia bertunang dengan jejaka pilihan Malaya memandangkan Benji telah lama menyambung kariernya sebagai model tetap di Malaysia.
“Benji, tentu hidup dia lebih banyak berhadapan dengan perempuan lain. Yang bodi cantik, muka cantik... bukan seorang dua yang nakkan dia. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.” ~ Sofian, abang Oddie
Oddie rela dilambung ombak berkali-kali asalkan buah hatinya di sisi. Siapa sangka, dugaan bertunang dengan orang glamor ini besar sungguh.
Patutlah Sofian menitipkan pesanan begitu. Oddie sering makan hati apabila ‘darling' Benji mendapat perhatian media semenjak kecoh berita tentang pertunangan mereka.
Mereka diuji berkali-kali sehingga Oddie mula rasa teragak-agak untuk meneruskan perkahwinan mereka. Kemunculan bapa kandung Benji memburukkan lagi keadaan.
“…Oddie nak ajak dia bincang dalam-dalam. Oddie tak mampu nak teruskan dah.” ~ Oddie
Apakah kesudahannya? Kuatkah jodoh antara mereka atau salah seorang daripada mereka terpaksa menyerah kalah? Kukuhkah rumah di tepian pantai dipukul deruan ganas ombak yang menghempas?
satu yang suka dengan karya cik penulis cantik Dekna Lee ni ialah unsur kekeluargaan. sangat rapat dan sangat akrab. nak bercinta sakan pun ada mak ayah yang sangat sporting menjaga tingkah laku si anak. kebebasan yang diberi juga digunakan sebaiknya oleh anak.
oddie, si manis 27 tahun yang sering digesa untuk berumahtangga di kenenkan pula oleh mamanya dengan benji, anak pada sahabat baiknya. walaupun telah kenal lama tapi pertemuan semula sangatlah tidak rasi. tapi still gak berjumpa bertemu. baik, bergaduh. nak pula oddie seorang yang lasak dan aggresif, pendaki, drifter. mana tak kacau bilau jiwa benji.
italiannya tang mana? oo... benji, anak kacukan. cumanya mama dan daddynya berpisah atas kerana daddy benji tidak mahu terus beragama Islam dan benji memang benci pada ayahnya. mujur juga bapa tirinya sangat baik.
mereka mula berubah. dari sering saja bercakaran menjadi lebih akrab dan mesra. dalam masa yang sama benji menerima tawaran berlakon dan oddie mula kenal lelaki lain selain ikram sahabat baiknya dan benji sendiri. benji? sangat cemburukan amzar.. hati bila berbicara.... dalam pada bergaduh semula, bercakaran, bila tahu kebenaran terus memutuskan untuk bertunang..
penceritaan dekna lee ni biasanya takkan kaku. ada saja yang menarik perhatian pembaca. sifat watak yang ditonjolkan juga sangat menarik. tidak sempurna. itu jelas digambarkan. contoh macam oddie yang terlalu memikirkan mulut orang lain dan benji pula ego tak bertempat. krisis melonjak bila benji dapat tahu oddie berhubung dengan bapa kandungnya dan oddie sendiri, tertekan dengan gaya hidup benji yang tiba-tiba mendapat perhatian umum walhal dia tidak bersedia bila terpalit sama...
bukan kerja kita nak menghukum salah manusia lain. bukan kerja kita nak menentukan dosa pahala manusia lain. bukan kerja kita juga menentukan segala qada' dan qadar. fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik. selebihnya yakinlah pada kekuasaanNya. apa saja susun aturNya dalam kehidupan kita terima dan jangan sesekali mengeluh...
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Did not like this as much as I would have liked. N sangat berharap it would be as good, if not better, than Samurai. But it did not come close at all.
Bukannya semua bahagian tak best. Don't get me wrong. Cuma part yang N rasa best came just a little too late. For me, it becomes a bit more tolerable selepas ikatan pertunangan dilangsungkan antara Benji dan Oddie.
Before that, N rasa ia monotonous, alih-alih pusing kat situ jugak. Bosan dengan 'acara' main tarik tali Benji, dan N juga rasa bosan dengan scene ibu Oddie yang tak habis-habis nak promote Benji.
Buku Italian Boy ini yang ketiga kubaca back to back selepas Jodoh Sebelah Pintu dan Salah Siapa. Rasa saya Italian Boy yang sedikit melepasi 3 star, still it doesn't come close to the best by Dekna Lee based on my previous reads, Penceroboh Hati.
Hero dalam Italian Boy iaitu Benji, gentleman juga orangnya, cute dengan sifat malu-malu kucing dan lucu (walau hanya bila dia dalam lingkungan family sendiri dan family Oddie). Yang kurang bestnya, Benji mengekalkan sifat annoying sama macam watak utama Jodoh Sebelah Pintu iaitu perengus, baran (incident Benji mengamuk hingga putuskan tunang dengan Oddie gara-gara sang kekasih cuba merapatkan hubungan ayah dengan anak memang bikin karisma Benji sebagai Italian guy yang sweet dan romantik jatuh ke laut) dan cemburu (even dengan Ikram yang when it suits him dia balaci-kan? haiii) ... such a turn off kalau ada terlalu banyak dalam diri seorang lelaki; tak kena Oddie describe Benji sebagai ".. so perfect". But again, he is to his wife only.
Apapun, bila readers bagi review membara sambil complain macam-macam pasal watak-watak dalam buku, it shows that pembacaan tu tidak sia-sia. Pembaca ada rasa nsk connect dengan watak... better than banyak novel yang kita baca a few pages terus tak lalu nak teruskan. Dekna Lee bagi saya masih penulis muda yang special dengan bakat mencipta kisah orang muda bercinta / bergaduh / tangkap cintan habis yang baik.
Apa yang saya suka? Bacaannya mudah dan santai. Juga susunan plot yang ada turun naik. Tahniah.
Mulanya saya agak annoying dengan watak Benji. Tapi slow² boleh hadap perangainya. Kemudian, tiba² saya rasa meluat dengan watak Oddie.
Saya tak suka dia buat Amzar (betul ke nama ni) ala² back up boyfriend dia bila hubungannya dengan Benji macam dilambung arus. Dia tahu Amzar ada simpan hati pada dia tapi dia still melayan walau acap kali cakap hatinya pada Benji.
Jujur agak lelah nak baca sebab bengang tapi garapan penulis, saya berjaya baca sampai habis.
Agak spoil bila member rapat Oddie pun ada perasaan pada dia. Lepas tu bacaan saya jadi kurang syok sambil dalam hati yang geram ni cakap "Oddie ni lawa sangat ke sampai 3 lelaki suka dekat dia?"😅
Saya juga tak suka sikap Oddie yang main tarik tali. Dia yg pujuk Benji jadi artis, lepas tu dia yg selalu persoalkan itu ini. Eh minah ni!😂😂
Suka sangat2 cerita ini. Begitu santai dan sempoi. Tema kekeluargaan telah diketengahkan dengan baik sekali. Oddie (Sofia Irdina) telah lama ada 'crush' pada Benjie (Airiel Benjamin), lelaki kacukan Italian dan Melayu. Tetapi bila pertama kali bertemu selepas bertahun Benjie belajar di luar negeri, mereka bertengkar. Oddie baran dan Benjie pula berlagak. Masing-masing tak kena gaya. Mama mereka pula asyik nak kenenkan mereka saja. Oddie asyik menangis. Benjie asyik minta maaf. Tapi bila bertemu dengan Ikram dan Amzar, Benjie macam cemburu. Setiap aktiviti yang Oddie lakukan bersama mereka, dia mahu turut serta. Namun mereka tetap saja keluar bersama. Lama-kelamaan, mereka dapat menyesuaikan diri. Oddie mula faham akan perangai sebenar Benjie yang sangat rapat dan 'protective' terhadap keluarganya. Oddie sentiasa sokong kerjaya Benjie dalam peragaan dan lakonan. Bila Oddie kemalangan, barulah Benjie dapat meluahkan perasaannya terhadap Oddie dan betulkan tanggapan Oddie terhadap hubungannya dengan Darling Amira. Mereka bertunang tetapi Oddie mula rasa cemburu dan tertekan. Pertunangan mereka putus bila Benjie dapat tahu Oddie berhubungan dengan bapa kandungnya, Encik Raffael. Oddie pergi jauh untuk menenangkan diri. Benjie menyusul dan akhirnya dapat memujuk Oddie untuk kembali. Hubungannya dengan Encik Raffael juga mula pulih. Akhirnya, Oddie dan Benjie diijabkabulkan setelah melalui berbagai dugaan.
Actually I luv personality Benjie ni tapi dia suka sangat main tarik2 tali dgn Oddie sampai satu tahap tu agak membosankan. Oddie ni pulak kkdg a bit pushy when comes to Benjie's dad atau penyabar sangat when comes to Darling walaupun cemburu..have to kan sebab dah sayang sangat..but the breakoff btwn is uncalled for..Sungguh merimaskan..really tak tahu watak siapa yg saya lebih menyampah.