Jump to ratings and reviews
Rate this book

Misi Menantu Mr Bad Guy

Rate this book
"Khalish? Siapa? Anak siapa? Putera raja? Anak Dato' atau Tan Sri mana?" - Umar Ahqaf

"Anak Encik Azlan. Bukan sesiapa, tapi dia ada hati yang sangat hebat. And I love him so much." - Elina Safia

Macam antara dua darjat!

Susahnya untuk lulus ujian menjadi menantu lelaki yang pernah digelar Bad Guy itu. Sesi temuduga mengalahkan nak jadi jeneral. Semua benda Umar Ahqaf ambil kira. Ingat senang nak ambil alih tugasnya sebagai pelindung Elina?

"I tak suka budak-budak tu pandang you!" - Elina Safia

"La. Takkan I nak tutup mata dia pulak." - Khalish Ammar

"Korek kalau perlu!" - Elina Safia

Tapi lagi susah apabila Elina Safia binti Umar Ahqaf itu menjadi isteri dia. Bukan sedikit kesabaran yang dia perlu kumpul untuk berdepan dengan kerenah isteri yang banyak akal. Setiap masa ada sahaja perkara yang menguji degupan jantungnya.

Dia sedar dia bukanlah sesiapa untuk menjadi sebahagian dari keluarga itu. Dia cuma ada kasih sayang yang ikhlas kerana Allah. Tambah lagi dia ada tiga hero muda yang sentiasa menjadi tulang belakangnya. Emir, Ekhwan dan Ezwan adik ipar terbaik sepanjang hayat.

Percayalah! Bad Guy itu akan peluk cium dia sebagai menantu kesayangan juga nanti.

Itulah misi lelaki bernama Khalis Ammar untuk menjadi menantu Mr. Bad Guy.

553 pages, Paperback

Published December 1, 2015

8 people are currently reading
100 people want to read

About the author

Ailah Diela

10 books50 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (25%)
4 stars
38 (40%)
3 stars
23 (24%)
2 stars
6 (6%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
286 reviews52 followers
December 23, 2015
mmg best....elina ank si bad guy ni pun mmg mcm perangai ayah dia juga....nsb baik lah emir tu cool je....klau x, confirm pening anggerik nak layan kerenah semua ahli keluarga dia....
sebuah kisah keluarga yg sgt dekat di hati saya...x kering gusi sy bc kisah mereka ni....betapa eratnya hubungan kekeluargaan ant mereka....love them so much....tahniah penulis...
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
January 25, 2016
suka dengan gaya santai penulis
terasa kelakar dgn bad guy pencen yang tak sedar diri ni
mmg watak bad guy ni over shadow watak khalish nasib lah kan

Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 27, 2020
Ini first time aku tulis review utk sebuah buku yg tak mampu aku habiskan. Aku beli buku ni 21/12/2015 kalau tak silap. 2016 aku baca, malangnya aku jd paksa diri aku utk baca jgk buku ni walaupun aku sangat-sangat tak suka. Dan akhirnya aku cuma mampu baca separuh, dlm 240 pages saja kot, rasanyalah. Lepas tu bertahun-tahun aku peram, sampailah ke hari ini akhirnya aku berjayaaaaaaa...

Berjaya jual buku ni pada orang lain, YAHUUUU!😚

***

1. Aku beli buku ni 5 tahun lepas pasalnya aku suka sangat dgn kisah Ahqaf-Anggerik dlm novel MCMBG. So novel ni pulak kisah cinta anak dia, aku expect best mcm kisah mak ayah diorang lah, tapi... ☹️

2. Tahu tak apa yg aku benci sangat dgn novel ni? Maaflah, jarang-jarang sekali aku pakai perkataan benci utk sebuah buku yg aku baca, tapi utk buku ni aku terus-terang terus, memang aku benci. Aku benci dgn watak pompuan yg entah apa nama tu, pompuan tu ank Ahqaf-Anggerik. Heroin buku inilah kiranya.

3. Aku benci karakter dia. Walaupun dah bertahun-tahun lamanya aku baca babak-babak awal yg ada dlm buku ni, still aku dpt ingat. Tak silap aku heroin ni digambarkan bertudung, tapi dia punya miangggg aku cakap kooo. Ya Tuhan, sumpah aku tak suka karakter dia. Ada satu babak ni aku ingat, kemain bersinar-sinar mata dia sampai tak nak kalih ke arah lain pasalnya dia ternampak si hero masa tu tengah berenang kat pool, tak berbajulah si hero tu. Anddd, kalau tak silap aku lagi, masa tu Ahqaf ni (ayah dialah), perasan laa kerlingan gatal ank pompuan dia kat bakal menantu dia, so Ahqaf suruhlah ank pompuan dia berambus dari situ, tapi pompuan tu punyalah liat nk angkat kaki pasalnya terliur tgk body hero. Terliur sangat-sangat. Ya Tuhan, tolonglah... Kalaulah penulis gambarkan si heroin miang ni tak bertudung ke, liar ke, kaki sosial, kaki kelab ke apa ke, aku tak hairan. Tapi dia gambarkan seorang perempuan yg lengkap menutup aurat, tapi langsung tidak punya sifat malu sebagai perempuan dan tak menjaga pandangan dia. Memalukan! Kalau watak lelaki aku tak hairanlah gatal macam ni, tapi ni watak perempuan kot! What the hell! (Level marah takleh cover dah ni.)

4. Kepada penulis, bagi aku buku ini adalah satu kesilapan besar, tak patut buat sequel kalau sebegini teruk karakter watak-wataknya.

5. Kalau rate 2* pun jarang-jarang aku bagi, apatah lagi 1* kan? Aku tak pasti ini buku pertama dpt 1* daripada aku atau tak. Apa-apa pun tahniah utk satu bintang ini, ikutkan perasaan tak suka ni, tak nak bagi bintang pun.

6. Maaf, review ini sangat kasar bahasanya. Tak bertapis. Tapi inilah review yg paling jujur aku mampu beri. Maaf sekali lagi atas kejujuran review ini.

7. Apa-apa pun, citarasa setiap orang tak sama. Mungkin di satu sisi cuma aku seorang yg rasa buku ini teruk, tapi mungkin juga di satu sisi lain, iaitu pandangan pembaca lain merasakan buku ini terbaik. So, siapa-siapa yg nak baca tu, tak perlu terpengaruh dgn review kejam aku ni.

8. Mungkin bagi pembaca lain diorang tak kisah dgn perangai miang heroin bertudung, tapi aku kisah. Macam aku ckp kat atas tadi, kalaulah heroin tu memang digambarkan sebagai seseorg yg teruk, it's okay. Tapi ini digambarkan sebagai perempuan baik yg mana mak ayah dia kemain demand nak cari menantu lelaki terbaik, sedangkan anak perempuan diorang sendiri miang dan tergedik-gedik gilakan jantan.

9. Oh satu point lagi utk mengelakkan salah faham. It's okay kalau heroin yg lengkap menutup aurat nak miang-miang, gatal-gatal pun dgn si hero, TAPI sepatutnya hero tu dah berstatus suami pada heroinlah. At least tak nampak salahlah, kan? Nak terliur dgn suami sendiri ke lantak dialah, tapi ini gak... belum ikatan sah apa-apa, mata tu dah tak reti jaga and terliur tgk aurat lelaki. Hahaha, tak berkenan aku dgn heroin mcm ni. Even watak kalau dah kahwin sekali pun tapi over sangat gatalnya, tak suka jgk aku. Geli baca.

10. Yeayyy! Mujur dah selamat jual. 😋
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
December 23, 2015
Kisah ini adalah kesinambungan drpd kisah Umar Ahqaf & Anggerik Medina dlm Misi Cinta Mr. Bad Guy.

Apabila Elina Safia, satu2nya puteri yg dia ada menyatakan hasratnya untuk berkahwin sebaik sahaja beliau tamat pengajian, Ahqaf ternyata berat utk bersetuju. Alasannya, dia blm puas memanjakan Elina & bimbang puteri kesayangannya tersilap langkah. Namun apabila Elina tetap dgn hasratnya, Ahqaf bergeliga mengatur rencana untuk Khalish Ammar, bakal menantunya.

Sementara Elina melobi adik2 lelakinya, Emir, Ekhwan & Ezwan agar turut sama memujuk daddy mereka menerima Khalish, Ahqaf pula mengadakan pelbagai ujian dr segi fizikal, mental & spiritual bg memastikan Khalish benar2 layak bergelar suami Elina. Setelah Khalish lulus cemerlang ujian2 yg ditetapkan, rasmilah dia menjadi menantu bad guy.

Tetapi Elina pula berhadapan situasi sukar apabila alam rumahtangganya tidak spt yg dibayangkan. Sulitnya dia rasa bila kurang keyakinannya akan cinta Khalish terhadapnya, dia jd mudah cemburu buta, Khalish bkn jenis romantis orgnya, ego & degil yg melingkarinya membuat dia rasa serba x kena. Dalam usia perkahwinan yg sgt muda, dia lebih byk memendam rasa.

Kemuncaknya apabila terjadi sebuah salah sangka. Dia pergi membawa hatinya (mcm mummynya, Anggerik dulu), setelah Khalish menghadiahkan dia rasa kecewa.

Khalish jd x senang duduknya, sulitnya menangani seorang Elina Safia. Sesungguhnya dia terlalu cinta tetapi x tahu bertindak bijaksana untuk menunjukkan rasa cintanya (sebijik Ahqaf the bad guy...emmm...like FIL like SIL).

Mujurlah ada adik2nya yg sentiasa di sisinya dlm susah senang & dlm senyum ketawa. Boleh hero2 yg bertiga tu sepakat memulihkan kembali hubungan kakak dgn abg ipar mereka. Yg kusut terlerai sudahnya, yg silap diperbetulkan akhirnya. Langau ijau disingkirkan dgn jayanya.

Pd saya Misi Menantu Mr Bad Guy karya Ailah Miss'nurul Ilah yg bergenrekan komedi sengal ini terbaik dr beliau. Kesengalan & kelucuan yg ditampilkan amat bersahaja & menjadi. Inilah makanan penulis...inilah dirinya..sepanjang pembacaan kita hanya nampak signature dia..tiada bayangan lain. Namun penulis kali ini juga tampil lebih matang. Nilai kekeluargaan yg erat ditunjukkan dgn cara yg sgt bagus dlm naskah kali ini..walau sesengal & segarang mana aura bad guy, kesepakatan & kemuafakatan tetap terserlah..
Profile Image for Shaky.
5 reviews10 followers
January 18, 2016
Ada improvement berbanding buku-buku sebelumnya. Thumbs up!
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
June 2, 2016
Trilogi yg best!..dr zaman the legend bad guy Gun n Maira turun ke bad guy Ahqaf n Anggerik dan akhir ke Elina n Khalish! suka olahan ailah, bahasa santai dgn watak2 yg sempoi dan gila2!

Bila satu2nya anak dara kesayangan mahu berkahwin menjadikan papa Ahqaf cerewet dlm memilih jodoh utk si anak dara! jika papa Ahqaf cerewet, si menantu Khalish pula sempoi dan berani menerima cabaran dan ujian! demi cintanya pd Elina, Khalish sedia hadapi karenah papa Ahqaf si bad guy pencen!

lucu, geram dan bahagia mengisi citer2 nih! tak terasa bacanya tau2 dah nak habis! waaaaa..mmg suka dan terasa puashati sgt2! Tahniah Ailah Diela!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
October 6, 2017
Buku ni .... saya baca juga nak cuba positifkan semula persepsi negatif selepas baca Misi Cinta Mr Bad Guy. This one sangat elok berbanding MCMBG, kurang ajar Ahqaf tak diwarisi anakx2nya. Cuma Princess Elina ni manja jer la, which is totally fine dan makes sense, dia kan anak sulung & satux2 nya daughter Ahqaf. Dia hidup mewah, branded handbag satu almari, belajar sampai ke Jepun, tapi tak sombong, tak spoilt pun. Adikx2 lelaki dia 3 orang tu pun stock normal, takde yg gila macam Papa mereka. Khalis si buah hati Elina pun punyalah baik. Anggerik & Ahqaf membina keluarga kalis kesengsaraan, "keluarga Umar Ahqaf yang pelik", tapi penuh kasih sayang. Sweet. Cuma ceritanya ... love stoey El-Khal ni, alahai membosankan la pulak huhu
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
November 22, 2021
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
April 18, 2016
mula-mula sekali nak minta maaf kalau apa yang ditaip menyakitkan hati dan menyinggung puan penulis dan pihak penerbit.. puan Miss'nurul Ilah yang saya nampak dalam 3 novel terdahulu adalah seorang penulis yang berbakat.. membaca novelnya boleh buat hati ketawa suka (novel no 1 dah ada belum baca).. sepatutnya buku Mr Bad Guy tidak dibuat sambungan kerana bagi saya watak anggerik dan ahqaf biar saja sampai takat itu. tidak perlu dikembangkan sehingga wujudnya watak anak-anak mereka.. maaf sekali lagi kalau ada yang tidak puas hati...

sememangya novel kali ini berkisar tentang anak gadis mereka iaitu elina safia dan menantu mereka khalish ammar.... cuma penceritaannya kurang ummphh dan sengat yang sentiasa puan penulis ada dalam setiap novelnya kali ini agak tidak beracun... ringan saja sebenar kisahnya tetapi agak meleret.. positifnya seperti biasa pembaca akan tergeletek hati dengan dialog-dialog selamba yang ada dalam novel ini.. ini memang antara kekuatan yang puan penulis ada..

pengajaran yang ada dalam novel ini ialah ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.. tak semestinya bila meningkat dewasa, adik beradik tidak boleh bergaduh bermesra seperti sewaktu kecil. anyway, tahniah jugalah buat puan penulis kerana terhasilnya novel ini.. mengharapkan sengatan kembali berbisa pada novel terbaru K.I.S.S. yang bakal keluar sikit masa lagi...
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
January 2, 2016
Misi menantu Mr Bad Guy (MMMBG) merupakan sekuel Misi Cinta Mr Bad Guy (MCMBG)...Namun padaku MCMBG lagi ummph dan lebih kebaboom dan memang terpahat di otak ku (ahakss)...MMMBG mengisahkan misi menjadi menantu umar ahqaf...agak sukar untuk mendapatkn si princess kesayangan daddy..Namun tidak la sesukar mana..hihihi...Padaku watak si Elina boleh dikembangkan lagi selain menjadi anak manja dan isteri yang hanya cemburu dengan suami...Pengulangan storyline yang lebih kurang sama membuatkan naskah ni kurang di hatiku..Namun disebabkan ku marathon daripada membaca MCMBG dan bersambung dengan MMMBG membuatkanku sering membandingkan 2 naskah dari penulis Ailah Diela..memang jenisku yang suka si bad guy ...confirmlah ku masih memilih MCMBG di carta teratas...bukan senang untuk berkarya namun sebagai pembaca aku doakan penulis dapat menghadiahkan satu karya yang boleh menggugat MCMBG...Tahniah 3.6*..
194 reviews9 followers
October 19, 2016
best! sweet sgt si ahqaf. mmg romantik ahqaf n anggerik. suka jugak watak khalish. cumanya, agak menyampah dgn perangai manja tak bertempat si elina. rasanya dalam realiti, susah lelaki nak tahan sabar dgn perangai kuat merajuk elina ni.

adik2 elina pulak, walaupon digambarkan emir dah berkerjaya, tak tau la kenapa dok bayang mcm budak2 umur dok belajar kat universiti je. tak boleh nk bayang dah besar panjang.

keseluruhannya, novel yang menarik. dah tak de dialog dalam bahasa inggeris yang ke laut. good job writer!!
Profile Image for MackMegan.
51 reviews
April 11, 2016
Tak suka dengan Khalish, sepertinya dia adalah seorang yang perfect dan yang terbaik dari ladang. Suka sangat guna kuasa as husband pada Elina yang mana dirasakan seperti memaksa Elina untuk sentiasa ikut cakap dia. Saya tak boleh terima lah Khalish nie!

To the writer rasanya penulisan semakin mantap dan dah kurang pengunaan BI yang ada error. Anyway good job and well done. I say 'sangat baik'.
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
December 27, 2015
tak pernah menghampakan...suka sgt karya2 ailah diela...kelakor...
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.